My story, “From Hero to Zero?…”
Orang selalunya bermula dari Zero ke Hero, tapi saya, akibat EGO, tak berpengalaman dan masih muda sudah kecapi kemewahan sebegitu, yaa…saya terus jadi Hero dan berakhir dengan ZERO. Zero sungguh!… I’ve lost everything!
Asalnya, saya bersama Penerbangan Malaysia (MAS) dulu selama 5 tahun. Di sana, saya menyertai Bakat MAS. Dan dari kemenangan itu, saya dapat 6 tawaran kontrak untuk merakamkan album. “Apa lagi Razzi, berhenti kerjalah” itulah suara – suara teman dan sahabat handai…
Setiap kali tengok rancangan hiburan, saya selalu berangan-angan jadi penyanyi dan dapat wang banyak, hidup kaya raya.
Mungkin bakat dari anugerah Allah s.w.t saya pandai menyanyi dan mudah ingat setiap lagu, walaupun baru 7 tahun. Dan setiap kali acara apa-apa, cikgu-cikgu mesti panggil saya buat persembahan dari semenjak sekolah tadika lagi hingga sekolah menengah. Hidup terus penuh susah, tanpa masa depan cerah.
Kemudian, ‘Rembulan Kesiangan’ pula jadi hit di seluruh carta-carta radio Malaysia, Singapore dan Brunei. Tawaran menyanyi semakin bertambah, pendapatan meningkat hingga puluhan ribu sebulan. Pernah dibayar Rm2000 setiap 1 lagu dinyanyi.
Hidup mulai glamour, diminati ramai gadis-gadis. Hidup dengan kemewahan, MAS dan kawan-kawan saya tinggalkan. Malah saya hanya tinggal sendiri di sebuah bunglow dan miliki 3 kereta mewah. Hujung minggu buat show, setiap malam, saya enjoy!
Akhirnya saya buat keputusan pulang ke kampung dan mula berniaga bersama ibu. Dengan bantuan ibu dan kakak tersayang, kami sama-sama menguruskan butik pakaian dan juga spa. Alhamdulillah, walau tak banyak mana income, tetapi stabil, dan dapatlah mendirikan rumahtangga.
Sekali lagi, saya menempuh kegagalan apabila perniagaan kian merosot. Kerisauan, malah takut apa akan jadi kepada saya dan keluarga. Isteri pula menyambung belajar buat ‘Master’ di UITM. Terpaksa saya jaga anak sendirian sementara.
Dalam hati saya… “This is it!…mungkin inilah peluang terakhir aku untuk berjaya”
Saya terus buat keputusan untuk menyertainya. Pinjam duit Rm1000 dari kakak, untuk yuran workshop dan drive 7 hours ke KL. Dan itulah detik permulaan saya mengenali perniagaan ONLINE. Dapat pula bimbingan terus dari Pakar Jutawan internet Malaysia, Irfan Khairi. Kebetulan beliau pernah meminati lagu-lagu saya. :))
Alhamdulillah akhirnya, saya join Irfan Khairi Sdn Bhd dan menjadi Designer, Editor dan kini telah dilantik sebagai CEO & Head Designer IKSB.
Inilah perjalanan sebuah kehidupan “Anda tidak akan tahu sehingga anda mencubanya. Jangan putus asa, KEEP ON TRYING…pasti akan ada sinar di penghujung jalan mu!”
Di bawah ‘guidance’ sifu terhebat, Irfan Khairi
Semenjak itu, dengan berbagai ilmu yang dipelajari dari Irfan Khairi, Razzi Rahman sudah berjaya menjadi usahawan online dan menjual produk ke seluruh dunia.
Namun kepuasan sebenar yang amat dirasai adalah apabila beliau dapat menjadikan minat dan kegemaran dalam bidang penulisan dan grafik, sebagai satu lagi cabang pendapatan lumayan di mana kini Razzi telah dapat menerbitkan 2 buku motivasi dan 14 ebook terlaris di internet, hasil dari bimbingan rapat dan mentoring jitu, Irfan Khairi. Dan mengendalikan kelas grafik terbaik di Malaysia.
Buku Kamus Cinta dan Nota Cinta serta 14 ebook-ebook cinta yang terus laris terjual di internet.
Kini, Razzi Rahman yang telah berkerjasama dengan Irfan Khairi dalam berbagai-bagai projek sejak dulu lagi, akhirnya telah menyertai syarikat Irfan Khairi Sdn Bhd dan telah menjawat jawatan sebagai Chief Executive Office (CEO), Graphic Designer dan juga menjadi ketua editor Majalah IK serta menjalankan kelas-kelas siri iclass bimbingan di bawah kelolaan IKSB.
Pengalamannya dalam menghasilkan 2 buku dan 14 ebook dengan berbagai tajuk membuatkan beliau seorang yang arif dalam bidang penghasilan bahan informasi dan rekabentuk ebook. Ditambah pula dengan kredibiliti Razzi Rahman sebagai Graphic Designer dan ketua editor Majalah IK milik syarikat Irfan Khairi sdn bhd.
Jadi, inilah masanya untuk anda pula menimba ilmu dari Razzi atau mendapat khidmat dari seorang…
– Ketahui lebih lanjut tentang saya melalui link-link di bawah ini :-
Ebook 101 cara Mencari Cinta
Ebook 101 cara Memikat Lelaki
Album – Kerana
Copyright © 2019 – www.razzirahman.com – All Rights Reserved