best

😀 Hehe… tajuk macam tu, gambar lauk sedap-sedap pulak. Apa yang nak dituliskan dalam artikel bro Razzi kali ini ni ya? tak tahu nak tulis tajuk apa sebernarnya kut, but ianya berkisar di sebalik berbuka puasa sedap-sedap semalam di sebuah restoran…

Kebetulan…  amatlah terganggu dengan sepasang ‘burung yang baru berkenalan’…meja deorang lak sebelah je meja saya, habis segala benda yang dicakap sebijik-bijik kita dengar. Lepas tu langsung tak kisah and you all tahu saja la kan, bulan puasa, restoran penuh, memang rapat-rapat je meja…

  • 1st of all… it’s Ramadan month, korang dating! – Tak apa kalau tak over… and 2nd of all… hormatlah sikit orang-orang di sekeliling yang sama-sama berpuasa dan baru nak mengadap juadah berbuka puasa di restoran yang cukup ramai orang itu…

Ya I know you all BUKAN berpelukan, bukan bersentuhan… Si lelaki segak sekali dengan memakai baju melayunya… I pun pakai jeans and tshirt je. The girl pula, wah ayu bertudung fesyen gitu…

BUT please la… time buka puasa, its time makan kita makan la, dan berbual tu suara tu pelan-pelan la sikit kan. Why lelaki ni kena bercakap punya kuat bagai nak beritahu satu dunia kisah hidup dia?… and why pula gadis yang ayu ini ketawa mengilai-ngilai sampai perit telinga ni, satu restoran hanya dengar hilaian dia saja…Ya Allah Ya Tuhan ku KUATNYA!!

Malu la sikit… mana kelembutan seorang gadis melayu Islam? jagalah adab tu sikit kan… semua orang asyik pandang pada mereka dan dalam hati saya… sebenarnya AMAT KESIHAN sekali kerana, kedua-duanya cukup kelihatan tidak matang walaupun dari wajahnya kelihatan bukanlah remaja-remaja lagi.

Tapi tak apa, meh abang nak beri FREE TUTORIAL, abang Razzi bagi tunjuk ajar sikit ya dik… kalau adik-adik ingat lagi muka abang semalam yang tenung je kat adik-adik ni …inilah Abang Razzi kalau nak kenal.

Pertama sekali nasihat saya kepada si ‘adik’ lelaki,

  •  I know you nak memikat, nak tunjuk terer bercakap…BUT be cool, suara jangan tinggi sangat… bunyi cam sombong dik walau adik tidak bermaksud begitu. Cuba perlahankan sedikit suara tu, baru lebih relax, romantik dan wanita dengar pun rasa selesa.
  • Kalau nak bercerita sangat… which is very good lah kalau pandai bercerita dan boleh buat the girl ketawa dan happy. Tapi cover sikit, nanti orang cop kita OVER bercakap. Bahagi-bahagikan… setengah waktu you bercerita, setengah waktu lagi biarkan the girl pula yang bercerita. Biar seimbang perbualan itu.
  • Jadilah pendengar juga, bukan pencerita saja… PLUS kena tengok juga, adakah story you memang REAL boleh buat orang hilai ketawa giler ke? atau hanya KETAWA PALSU? Mungkin ketawa yang dibuat-buat saja?
  • TAKKAN masa you cakap tentang you terpaksa pergi kerja walau you cuti itu pun FUNNY? TAKKAN you cerita about your mom pun FUNNY GILER sampai ketawa terbahak-bahak? …

Dan kepada ‘adik’ yang si gadis pula…

  • I also know you suka kat lelaki tu… obvious sangat dik, cover-cover la sikit. Nak ketawa pun ketawalah tapi ketawa kepada sesuatu yang betul-betul kelakar, jangan setiap ayat dia cakap semua you ketawa jugak walaupun hanya cerita biasa.
  • PLUS terdengar seperti you menjerit-jerit, mengilai-ngilai punya kuat macam hantu… BINGIT TELINGA ABANG DIK, girl yang cantik pun dah tak cantik lagi, tambah yang biasa-biasa saja…. lagi la adoi! Tak malu ke dik? Ke ingat seksi bila ketawa mengilai cam tu? Kalau awak minah rock seluar koyak saya boleh faham… which minah rock pun tak mengilai macam you dik, seorang gadis yang bertudung!
  • Ke you nak show off pada seluruh orang di restoran tu that you bersama balak hensem? Owh please laa…nobody care ok.
  • I also know you trying so hard to tell him that you suka giler kat dia… all that I know, BUT simpan sedikit dik… jaga adabmu, jaga maruahmu… jika betul-betul dijaga, itu akan lebih membuatkan lelaki meminatimu lebih-lebih lagi…
  • Kadang-kadang, walaupun cerita itu kelakar giler… cuba buat-buat macam kurang kelakar sedikit. Instead of ketawa, cuba berikan senyuman manis saja. That way, lelaki akan rasa usaha dia kurang sebab you tak ketawa pun dengan cerita dia… so dia akan terasa ingin berusaha lebih giat lagi untuk memikat you. Nampak? 🙂

NOW you dah buat macam semalam tu dik, it’s like it’s DONE n OVER laa… so, apa lagi lelaki tu nak usahakan, you dah tunjuk yang you giler habis kat dia dah ON YOUR FIRST DATE! Ayo 🙁

So both of you, and all of you yang pernah buat seperti mereka berdua ni…this is my honest advise la kan… ISLAM MENGGALAKKAN KITA BIAR BERSEDERHANA dalam apa jua yang kita lakukan. JANGAN OVER DO IT!

JADI, nak dengar nasihat abang Razzi ni okay la tu, tapi kalau tak nak dengar pun up to you all la. BUT bila KEHAMBARAN tiba…at that time don’t ask me why la… because I already told you why! 😉

OVERALL… Alhamdulillah, nasiblah tiger prawn sedap, black pepper beef pun sedap… so enjoy lah juga buka puasa tu walau keperitan telinga dengan ‘little drama’ di sebelah meja hehe. Till next time, PEACE NO WAR

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com/ebook

Share this article at your facebook…