Peluang ke 2…

Razzi Rahman & Catriona Ross

Pernahkah anda gagal dalam apa jua, sepanjang hidup anda? Pernahkah anda bertanya pada diri anda sendiri… “Berapa ramaikah orang yang pernah berjaya kemudian gagal seperti aku di dalam dunia ini? …dan pernahkah anda bertanya, “Masih adakah peluang ke 2 untuk aku?”

 Ada berbagai-bagai jenis kegagalan. Antaranya :-

  • Dari sumber Jakim, statistik perceraian untuk seluruh Malaysia sepanjang 2005 mencecah kepada 13,465 yang dilaporkan – Berbelas ribu orang, gagal dalam perkahwinan!

  • Sabtu 18mac 2006, Berita BERNAMA, Hampir 400ribu wanita di Malaysia adalah penganggur, 14ribu pemegang ijazah, 10ribu diploma – Beratus ribu orang, gagal mendapat kerja!

  • Dari Wikipedia, demography of US, pada Oct17 2006 penduduk Amerika berjumlah 300 Juta orang. Dan 35% dari mereka pernah dikecewakan cinta. – 105 Juta orang pernah gagal dalam bercinta.

Fuhh…berjuta-juta manusia di dunia ini pernah gagal. Peritkan apabila kita pernah berjaya, kemudian kita jatuh, dan terus gagal mendapatkan apa yang kita pernah miliki. Sedih sekali bila berbagai-bagai cara kita cuba, kegagalan juga yang kita dapat. Gagal dalam hidup, gagal dalam kerjaya, gagal dalam bercinta, gagal dalam memiliki sebuah keluarga yang sempurna…

Letih rasanya, apabila bertahun-tahun kita berusaha, kita masih ditakuk lama, paling kuat pun… sekadar itu sahaja pencapaian kita. Cukup susah untuk kembali kepada kejayaan yang silam…Di kala inilah kita mulai bertanya, “Apakah ada lagi peluang ke 2 untuk aku kembali berjaya??…”

Pada pendapat saya, TIDAK ADA!

WO!…sabar, jangan cepat bersedih, jangan sesekali putus asa. Maksud saya tidak ada peluang ke 2 untuk kembali berjaya seperti dulu, TETAPI masih banyak peluang ke 2, ke 3… dan seterusnya untuk anda kembali berjaya tetapi melalui cara yang lain, melalui saluran yang berbeza, melalui bakat yang hanya anda ketahui.

Saya menganggap kegagalan itu adalah untuk kejayaan! Apabila kita gagal, banyak yang kita boleh perbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lagi banyak anda gagal, lagi banyak pengalaman yang anda pelajari, diri anda dan pendirian hidup anda juga akan turut berubah. Kegagalan, mematangkan kita! Anggaplah ia sebagai satu ‘equipment’ demi untuk kejayaan.

  • Kegagalan bukan untuk anda berputus ada, tetapi untuk anda berusaha lebih lagi
  • Kegagalan bukan untuk anda merasa malu, tetapi untuk anda bangga kerana berani mencuba dengan cara anda yang berbeza
  •  Kegagalan bukan bermaksud anda gagal, tetapi ia bermaksud anda belum berjaya lagi
  • Kegagalan bukan bermaksud anda tidak pandai, cuma kejayaan memerlukan cara yang anda lebih pandai
  • Kegagalan bukan kerana Tuhan membenci anda, tetapi Dia mempunyai rancangan yang lain untuk anda.

Razzi Rahman & Catriona RossDengan prinsip ini, Setelah 10 tahun, saya kembali…pastinya, bukan sebagai Razzi Rahman yang ramai kenali sebagai seorang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Rembulan Kesiangan dan Syakila. Pernah menjejak kaki di pertandingan akhir juara lagu, pernah berlakon filem dan drama…TETAPI, Razzi Rahman kembali dengan cara yang amat berbeza… Kembali sebagai seorang usahawan yang memiliki 2 syarikat sendiri… kembali di dada-dada akhbar dan majalah sebagai seorang penyanyi, penulis dan penerbit buku sekaligus! ALHAMDULILLAH…syukur kepada Allah yang memberi rezeki.

Inilah peluang ke 2 yang telah Tuhan kurniakan kepada saya…, yang tidak pernah lekang mendoakan pertolongan darinya Allah yang Maha Esa. Anda semua juga boleh kambali berjaya. Yakin dengan kebolehan anda. Berusaha lebih keras dan impikan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya, InsyaAllah…anda akan mendapat peluang ke 2 itu.

Tetapi, walau berapa banyak usaha sekali pun jika tidak disertai dengan doa kepada yang Maha Kuasa…segala-galanya tidak bererti apa-apa. Saya tidak henti-henti mendoakan agar Tuhan memberi kejayaan kepada saya, membuka peluang kepada saya, memberi satu peluang yang berjuta-juta orang di dunia ini impi-impikan…iaitu peluang ke 2 “The Second Chance!”

Leave your comment here :-

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *