YES! Akhirnya bro dapat juga memilih satu prolog yang bagi bro sangat berkualiti. Semua yang hantar bagus-bagus sebenarnya, namun prolog ini bro pilih adalah kerana cara penulisan Zack yang Cool, ideanya yang unik dan berbeza dari cerita biasa. Jalan ceritanya juga menarik, ada cinta tapi tidak jiwang, tidak heavy!

Tetapi bro ada DUA permintaan lah…

1. Untuk mengelakkan cerita ini lari dari konsepnya, ada 1 syarat yang perlu dipatuhi, selain dari syarat ini, anda masih free berkarya.  ~ “Tidak boleh ditukar menjadi sebuah cerita sebuah mimpi, fantasi atau khayalan.” 🙂

2. Bongkarkan persoalan dari prolog ini, “Bagaimakah boleh berlaku kejadian buruk itu?…Apakah ada sebuah perhubungan cinta?…Siapakah yang memfitnah? Adakah akan ada bukti siapa yang bersalah? 😛

Ok??…that’s all, selebihnya gunakan segala kreativiti dan khayalan anda yang mengukir kepada kenyataan! ON WITH THE PROLOGUE…

“Aku Tidak Bersalah!”

Penulis:

Zack, Shed, Razzi, Nissya, Samara, Lizz, Anor…

Hukuman telah di jatuhkan. Tertunduk Azroy mengenangkan nasibnya. Masih terngiang-ngiang di telinganya lafaz hakim,  "... hukuman yang di jatuhkan kepada Azroy bin Mustafa, adalah penjara seumur hidup di atas kesalahan membunuh Faliza bt Musa!"

Kedengaran tangisan ibu dan keluarga Azroy sayup-sayup sedih. Suara orang ramai yang berbisik sesama sendiri juga mula bergema di dalam bilik perbicaraan yang sebentar tadi sunyi ' Apakah nasib ku?...aku tidak bersalah!'  bisik hati kecil Azroy buat kali ke seribu mungkin.

Seperti kilat menyambar, Azroy tergambar tubuh Faliza yang berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. Entah bagaimana ianya berlaku begitu, bagaimanakah pula gadis itu boleh berada dirumahnya, Azroy tidak tahu. Di ketika itu, dia baru pulang dari masjid menunaikan solat subuh.

Berketayap putih, berbaju melayu dan berkain pelikat, Azroy rebah ke lututnya di hadapan tubuh Faliza yang terbujur kaku. ‘Apa dah jadi? Siapa yang tergamak berbuat begini?’

Kedengaran bunyi siren polis menghampiri kediaman Azroy. Masih kaku, bagaikan putus akal, Azroy tidak bergerak sehingga pihak polis tiba. "Jangan bergerak!" Anggota polis menghunuskan pistolnya dibelakang Azroy.

"Err..err..aku…aku tidak bersalah!" Kata Azroy, panik dan kebingungan.

Sedar-sedar, Azroy digari dan dibawa ke kereta polis, yang terus meninggalkan perkarangan rumahnya yang kini dipenuhi jiran-jirannya.  ‘Aku tidak bersalah!’ jerit hati kecil Azroy apabila menyaksikan jiran-jirannya yang saling berbisikan.

Persoalan yang sama bermain di fikiran Azroy sejak satu tahun yang lalu sehingga hari ini di bilik perbicaraan. Siapa yang melakukan ini? Siapa yang telah membunuh Faliza yang disayangi? Siapa yang telah memerangkapnya sehingga dirinya dipersalahkan? 

‘Aku tidak bersalah…aku tidak tergamak melakukan perkara sebegini!’

Bilik perbicaraan menjadi sunyi sepi semula. Semua diminta bangun untuk menghormati hakim keluar dari tempatnya. Azroy menoleh ke belakang kepada keluarganya yang masih teresak-esak. "Aku tidak bersalah ibu... ayah... aku tidak bersalah!" Namun, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Azroy yang digari, dibimbing keluar…

Semuanya masih tersemat di fikirannya. Segalanya bermula 3 tahun lepas ketika pertama kali bertemu mata dengan insan yang bernama Faliza. Seorang pekerja baru di syarikatnya. Memang tidak dapat di nafikan, ramai yang terpaku dengan kejelitaannya...

Jom bikin e-cerpen : comments

New Logo