“Thrill” tak?

Bila bercakap pasal thrill ni…macam-macam thrill ada dalam kehidupan kita. Tapi since we are at Brother Love’s blog, for sure la I nak cakap pasal thrill dalam relationship la kan, nama lagi blog cinta hehe 🙂

1st of all, nak faham juga apa erti thrill ni kan, for some yang faham tu okeylah. Tapi, bagi mereka yang agak kurang faham, jom sama-sama kita cuba memahaminya…

thrill yang dimaksudkan adalah, “The undescribable feelings of excitement!” amacam? Boleh faham? Hehe…don’t worry, I pun tak berapa nak faham tu :))

Okey, for example, bila kita jatuh cinta…,

kita rasa tak boleh duk diam, tersengih sendirian, merindu giler kat dia, excited sangat nak jumpa, macam bila bersama dia, ada satu perasaan yang amat menggegarkan jiwa gitu haaa….. pernah rasa kan? Best sangat kan? Habis naik bulu roma… berdenyut-denyut habis seluruh anggota, bernafas pun tak lepas, sesak je haha!!  …well itu thrill! 😉

AKAN TETAPI…masalah yang muncul, adalah apabila rasa thrilling tu hilang. Aduhh…memang tak dapat nak repair, very hard! Macam, bila kita tengok dia pun kita rasa – seolah-olah tak ada rasa apa-apa fuhh…memang bahaya apabila perasaan keterujaan itu sudah hilang, ‘kethrillan’ itu habis… maka habislah sesebuah perhubungan itu…

“Itu yang I selalu sangat takut…you guys macamana? masih ada thrill?”

Some of us, selalu tidak sedar yang thrill sudah hilang, lalu masih ingatkan perhubungan you all still going strong. Sedangkan pasangan kita hanya berlakon saja, nak jaga hati. But the truth is…?? Cuba perhatikan, adakah dia masih excited to talk to you, masih teruja nak jumpa you? If not…maknanya dah tak da thrill lah tu 🙂

Ada macam-macam thrill, berbagai cara dan berbagai rasa dalam cinta :-

  • Tidak mahu komitmen juga kerana tidak mahu hilang thrill dalam relationship. Some of them, tak mahu kahwin, tidak mahu sebarang ikatan kerana apabila sahaja ada ikatan, rasa thrill tu akan hilang. Pelik tak?
  • They prefer, “just enjoy the moment – enjoy the ride” tengoklah kalau ada jodoh, ada lah. sebabnya untuk keep the thrill.
  • Pelik tak pelik, apabila berlaku curang kepada pasangan, memang rasa thrill habis bila dapat melayan yang lain hehe…
  • Menipu pasangan begitu thrilling sekali, bila nak-nak tertangkap pulak tu kan, rasa macam sempit ruang untuk bernafas hahaha!!
  • Bila ramai yang syok kat kita….wahhh teruja tu.
  • Bila apa sahaja yang kita cakap dapat membuatkan dia merasa ghairah…huhu baru cakap saja, belum jumpa, belum buat apa-apa. Memang thrill!
  • Dapat merasa seperti kembali bercinta macam masa-masa sekolah dulu wahhh…best!!
  • Bila ada yang memuja-muja kita, memuji-muji rambut kita, bermain-main dan membelai-belai rambut…thrill tak? 🙂
  • Bila ada yang baru kenal, yang kita interested tiba-tiba say “I sayang sangat kat you…” ….kita boleh tak balas, senyap je dan layan rasa thrill tu hahaha 🙂
  • Some of us, berlari-lari bila nampak laptop, tak sabar nak buka YM, nak chat dengan dia yang probably ada online…bukak-bukak, aduuuhh offline pulak, thrill jugak tu haha!!
  • Bila tackle-tackle tak dapat… “CIS!!…geram aku!” hehehe…thrill tuuu tak dapat yang kita pikat. Buat kita lagi nak pikat dia.
  • Milik orang, jatuh cinta dengan kita thrill tak? Uuhhh bahaya…tapi memang thrilling!
  • Bila kita keluar dengan pasangan kita, tiba-tiba ada pulak yang datang dari belakang dan pegang tangan kita sedangkan tangan kita lagi satu memegang tangan pasangan kita, uhhhh…takut, teruja, ngeri….tapi exciting giler!
  • Blind date? scary!!…but thrill giler. So exciting kan bila kita wondering je macamana la rupa dia yang sebenar.
  • Berchatting saban hari, saban malam…tapi tak jumpa-jumpa, tak kenal-kenal…tapi bila chat tu kemain lagi, macam dah 10 tahun bercinta 😛 …bayangkan tiba-tiba, esok ni adalah hari kita akan bertemu fuuuuuhhhhh……CRAZY!

Hehehe…I get thrilling only by talking about it! 😀

Well, to me all this adalah “The thrill of a lifetime” pengalaman yang tak dapat kita lupakan dalam hidup kita. Malah, jika kita selalu merasa thrill, wajah kita juga turut kelihatan begitu ceria sekali, ketrampilan kita juga akan bertambah menarik sehingga mengundang begitu banyak cinta!

Jadi kita kena ada thrill selalu, kena ceria. SEKIRANYA kita asyik fikirkan kegagalan, kekecewaan. Kita selalu bermasam durja, selalu marah, wajah kita seperti bermasalah je, kita tidak akan menjadi penarik kepada happiness, malah kita akan bertambah-tambah lagi gagal!

I hope I can never lose it, the feelings, the experience, the thrilling of it. Sedihnya, apabila terikat, bercinta, bertunang, berkahwin… semua ini hanya tinggal kenangan, tiada lagi kehangatan, tiada lagi semangat untuk berlari menjawab handphone, tiada lagi beriya-iya membuka chat space, tiada lagi mahu keluar enjoying the moment…tiada lagi thrill, kalau ada pun hanya dengan orang baru, MENGAPA? Hanya Tuhan saja yang tahu…

We can try to keep the faith, try to keep the thrill and hope for the best! But for now, “Let’s us shut up and drive!” 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *