“Aku kau salahkan?”


Apabila pasangan berlaku curang,…selalunya pasangan yang jujur itu dipersalahkan – Itulah cara ALASAN paling klasik yang digunakan hehe 🙂

Apabila terbongkar skandal, sewaktu konfrontasi… taktik zaman dahulu kala yang digunakan pula adalah  – ‘Apabila bersalah, ubahkan kesalahan kepada orang lain’ hehe, tiba-tiba kita pulak yang bersalah…dia yang skandal pula marah-marah… semua tu old tricks beb,

jangan terpedaya!

Sepanjang minggu ini beberapa wanita yang meluahkan masalah cinta kepada Bro Razzi, …mungkin kerana mereka masih sayang dan juga rasa rendah diri, mereka telah menerima kegagalan dalam perhubungan cinta mereka dengan cara, MENGAKU MEREKA YANG BERSALAH!

Apa yang cuba diluahkan adalah dengan mengaku, pasangan masing-masing meninggalkan mereka dan mempunyai kekasih yang baru adalah kerana :-

  • Mereka tidak pandai ‘JAGA’
  • Penampilan sudah tidak bagus
  • Badan sudah menggeleber
  • Sudah tidak dapat rasa cinta
  • Sudah tidak cantik
  • Perbualan sudah membosankan
  • Layanan sudah tidak mesra
  • Masa sudah tidak cukup diluangkan

Well, macam-macam lagilah alasan yang diberikan dan berbagai-bagai kesalahan lagi la kan…

Ya, mungkin ada betulnya apa yang dipersalahkan itu. Mungkin ada sesetengah pasangan yang sudah kurang menjaga perhubungan apabila sudah lama bercinta atau berkahwin. Mungkin penampilan dan bentuk rupa dan tubuh badan juga hanya dibiarkan begitu saja kerana beranggapan, pasangan itu sudah miliknya!

TETAPI… adakah itu satu alasan untuk pasangan anda berlaku curang dan bercinta dengan yang lain? Bukankah ianya boleh diubah jika dibincangkan dan diusahakan bersama apa-apa yang kurang? 😉

JADI… kepada wanita-wanita yang merasa lemah dan tidak cantik kerana ditinggalkan… kepada lelaki-lelaki yang merasa anda tidak berguna dan kurang keyakinan apabila pasangan anda bercinta dengan yang lain…

  • JANGAN SESEKALI SALAHKAN DIRI ANDA!

Jangan menerima bulat-bulat kegagalan ini kerana kelemahan anda… Ini kerana anda juga pernah dicintai dia dulu kan,  jadi pastilah ada sesuatu keistimewaan dalam diri anda dulu betul tak?…sehingga anda berdua boleh bersama. Hingga membuatkan dia terpikat dulu, kan? Mengapa anda pula yang dipersalahkan?

Cadangan :

  • Jika ada rasa tidak puas hati, berbincanglah dulu…ceritakan dulu apa-apa yang membuatkan cinta itu hambar
  • Jelaskan, apa saja yang mengubahkan jadi bosan tu… kemudian sama-sama usaha kan.

Jika anda tahu kesilapan anda, pastinya anda akan melakukan berbagai cara untuk menyelamatkan perhubungan itu betul tak?, pastinya anda juga mahu berusaha untuk mengembalikan rasa cinta kan?

  • Hakikatnya, JANGAN biarkan diri anda dipersalahkan apabila dia yang berlaku salah! Stand your ground!
  • JANGAN biarkan dia buat anda rasa tak berguna dan tak cantik lagi sebab itu dia pergi pada yang lain…JANGAN!

Angggaplah anda jauh lebih baik dari dia…jauh lebih hebat walaupun dia yang pergi pada yang lain!
“Isshhh!! Aku pulak kau salahkan? Apa hal?!”

You know, sometimes…ada juga individu yang masih cun melecun…cantik, lawa, tampan, punya kedudukan, tetapi pasangan tetap berlaku curang… jadi, pada asasnya mereka hanya SUKA curang, SUKA menipu, SUKA skandal… that’s it. Tak ada sebab besar pun…

So jika anda masih solid, masih unggul tetapi pasangan anda didapati curang atau punya skandal… well you all sepatutunya memandang diri anda semua MULIA! BERMARUAH & HEBAT! Kerana anda tidak mempunyai sikap busuk hati seperti mereka. Anda tidak meletakkan diri anda dibawah seperti mereka, you should be proud!

Tapi, jangan lah pula kita nak balas dendam dengan melakukan perkara yang sama seperti dia lakukan pada kita. Biarlah dia nak gadai maruah dia… biarlah dia nak ada yang lain pun… biar! Dia bukan taraf anda…anda lebih bermaruah dari dia!

  • Yang penting, jangan biarkan diri anda terpedaya sehingga anda dipersalahkan sampai anda kehilangan keyakinan diri, berubah menjadi takut bila berada dikhalayak ramai, bertambah malu berdepan dengan masyarakat!
  • Be strong Be bold, and dare to say NO!!

p.s : Ketahui tentang Koleksi 3 ebook cinta terlaris dari Razzi Rahman – KLIK DI SINI

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *