Asyiknya jika jatuh cinta lagi… masa bagai terhenti, hati diulik rindu, jiwa meronta-ronta mahu dipeluk sayang. Kadang, hanya dengan ucapan “I miss you, sayang” …jantung bagai terlompat-lompat suka, diri melonjak girang!

Apatah lagi, bila diri kesunyian di malam hari tiba-tiba wajahnya muncul di ingatan penuh cinta, senda guraunya bagai tiada henti buat kita tersenyum dan ketawa seorang, sekilas lalu senyumannya begitu mencuit kalbu yang begitu merindukan teman yang dapat mencurahkan kasih…

Lalu kita tersedar, itu semua angan dan harapan. Mulai kita tertanya pada diri,

“Mengapa aku masih single lagi?…takkan lah sebaik-baik dan seelok-elok aku ni, tak ada yang nak? Apa silap aku? Mengapa dia yang begitu berminat mulanya, kini menghilang diri?….ahhh, letihnya untuk ku mula jatuh cinta semula!”

Yang sebenarnya, ada 2 faktor yang mungkin kita tidak sedar. Yang tentu pasti menghalang dari kita mempunyai insan istimewa dalam hidup kita :-

1. Faktor paling utama adalah campur tangan keluarga! Apabila kita mempunyai Ibu bapa yang ‘Control freak’ – terlalu mengawal anak.

  • Kemana sahaja mesti ditemani ibu atau bapa. Atau diminta pula bapa/mak saudara temankan.
  • Nak pilih kekasih pun tak boleh, ada je mak cakap yang tu tak suka, yang ni pun tak bagus.
  • Pergi holiday pun kena ikut holiday mak dan ayah, kalau tidak…duduk je la kat rumah.
  • Nak pergi tengok wayang pun kena pergi dengan keluarga.
  • Siapa yang call, siapa yang hantar rumah, siapa yang berbual, semua kena report.

Hehe, you and your parents macam ni ke? Well, it is positive laaa in a way..tetapi…ianya akan membuatkan ramai takut untuk mendekati anda for sure!

My advise : Berhenti jadi pengecut! Mama dan papa you are your parents forever you dengar cakap atau tidak! Kita yang bercinta, bukan dia orang. You kena be firm. Bukan budak-budak lagi…kalau kahwin dah boleh jadi mak/bapak budak! So, Im sure boleh buat keputusan sendiri. Jadi, buat! Jangan pandai cakap saja…tapi bila kena diri sendiri…takut!

2. Faktor kedua utama adalah diri kita sendiri yang selalu menganggap yang hanya kita yang betul! Ini satu penyakit yang susah untuk diubatkan. Ianya telah menular dalam diri kita sejak azali lagi.

  • Sedari kecil, kita suka menegur orang, suka mengkritik.
  • Diri sendiri kita tidak sedar yang kita banyak lagi yang perlu diperbetul
  • Yang kita nampak hanya keburukan orang. Kebaikan orang, langsung tidak nampak.
  • Sehinggakan, apabila bercinta, kita asyik menegur kekasih kita, asyik membetulkannya dalam semua hal.
  • Kita juga selalu tidak bersetuju dengan sesiapa saja, perkataan yang mula-mula keluar dari mulut kita adalah, “Taaakkk…”

Hehe, you ada penyakit ni kan? Koyak lah beb…sampai ke tua lah membujang! For sure, kenal you lima minit, dia akan belah punya. Thats why mula-mula macam minat sangat, tetapi kemudian hambar lalu menghilang…

My advise : Bertenang! Dalam hidup kita ni, tidak perlu segala-galanya perfect. Tidak perlu semua kena betul. Jika ada salah, so what? Jika tak cantik, so what? Berikan peluang kepada dia untuk berubah mengikut caranya. Jangan sibuk nak mengajar cara anda jika tidak diminta. Dia juga manusia yang mempunyai akal fikiran dan berhak mempunyai pendapat dan caranya. Bukan cara awak je yang betul! Berhenti mengkritik, menegur dan memberi pandangan…tidak ada siapa fikir ianya penting, tak perlu!

Kedua-dua faktor ini, boleh dielakkan, JIKA MAHU!. Namun, ramai yang keras kepala, hati dan perasaan. Dalam sambil membaca ni pun, im sure ramai yang cakap, “Susah bro…”

Well, Susah sebab tak mahu, senang sebab mahu… So, kalau nak single sampai bila-bila, go ahead! …TERUSKAN LAH BERADA DI DALAM KEDUA-DUA FAKTOR INI.

p.s. Ada banyak lagi faktor-faktor lain, yang mungkin anda tidak sedar… ‘lihatlah diri di cermin!’

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com