Razzi Rahman

Dah lama kita semua tahu berbagai cara untuk memikat lelaki/wanita untuk menjadi pasangan. Kita semua juga tahu berbagai cara menjaga pasangan. Tapi yang Brother Love hairannya, masih ramai lagi yang kecundang! Terkecewa dan akhirnya give up! “Malas aku nak fikir soal jodoh!”

…sebenarnya, apabila kita selalu dikecewakan, selalu gagal, itu adalah seumpama satu latihan untuk kita menjadi orang yang lebih prihatin dan bijak serta akan berjaya kelak.

Sebagai contoh, cuba anda dekati mereka yang selalu gagal, atau lihat diri anda sendiri yang berpengalaman dikecewakan. Sure, berbagai pendapat, pendirian, pengalaman yang anda dapat. Malah, anda juga semakin tahu erti cinta dan pasangan yang bagaimana yang anda harus miliki. Kalau balak/minah nak senang-senang kelentong, sure anda dapat meneka punyalah…. betul, tak? Hehehe…Jadi, jika anda putus asa, rugilah segala pengalaman yang sudah anda lalui itu. 😉

Seperti kita semua semasa kecil dulu juga, mencuba untuk naik basikal, mesti you all berkali-kali jatuh dulu, kan? Bro pun sama, mana boleh terus bawa je. Mesti rebah, sure luka…kemudian barulah boleh berkayuh 2-3 kali, then jatuh lagi. Setelah berkali-kali mencuba, lama-lama barulah kita pandai menaiki basikal, berkayuh bukan main laju lagi. Tapi jika semasa anda berkali-kali jatuh dulu, anda terus berhenti, giving up dari mencuba untuk menaiki basikal lagi, adakah anda akan pandai? Adakah anda boleh mengayuh  basikal? Tak mungkin, kan. 😛

So, jika gagal..teruskan usaha anda untuk mencari kebahagiaan yang anda impikan itu! Ingin bro berikan sedikit panduan khas untuk you all menjadikan diri berpotensi kearah perkahwinan. Haaa…bro ni memang suka sangat kalau you all kahwin! Cuma, janganlah lupa ajak bro pulak nanti, bro ni memang favourite makan nasi minyak 😀

Okey, cuba anda praktikkan 3 cara mengundang jodoh dari brother love ni :-

Cara 1 :  Sentiasa merasa gembira untuk orang lain. Maksud bro, bila kita lihat orang berpasangan, kita gembira untuk mereka. Bila kita lihat orang mahu berkahwin, kita rasakan gembira untuk mereka. Ini tidak, bila orang kahwin, mulalah kita nak mengata.

  • Relekla dulu, muda lagi…
  • Alah bukan bagus sangat mamat tu. Tak hensem pun…
  • Eee…macamana minah tu dapat mamat cam tu
  • Mas kahwin pun sebuah quran je, apa kelas
  • Kerja kuli je pun nak kahwin
  • Ishh minah tu bekas ni laaa…tak padan ngan lelaki tu…

Mungkin, ianya sekadar menyedapkan gossip sesama kawan. Tetapi, tahukah anda bahawa, sekali anda mengata tentang jodoh orang, seribu kali Tuhan lambatkan jodoh anda! Haaa…amacam? Kita selalu bertanya, manalah jodoh aku, mengapalah tak datang-datang jodoh aku…  😀

So, ubah diri anda terlebih dulu! Jadikan diri anda happy melihat orang bahagia, happy melihat orang berpasangan, happy melihat mereka yang berkahwin tanpa sebarang perasaan hasad dengki. InsyaAllah, jodoh anda akan happy datang kepada anda!

Cara 2 : Kelilingkan diri anda dengan mereka yang berpotensi, elakkan dari dikerumi mereka yang tiada masa depan. Cuba anda lihat diri anda sendiri, bro yakin you all sendiri pun melihat siapa disekeliling si dia yang nak diminati tu dulu kan? Kalau dia dikelilingi dengan kutu malam ke, jobless ke, penagih ke, tak normal ke…adakah dia berpotensi untuk masa depan anda?

Contoh : Jika anda wanita,

  • Kelilingkan diri anda dengan lelaki-lelaki yang berkarier, mempunyai keluarga yang baik. Berkawan sejujurnya dengan lelaki yang mempunyai personaliti yang menarik. Ramaikan kawan-kawan lelaki yang masih single tetapi inginkan sebuah perkahwinan.
  • Elakkan dari dikerumi terlalu ramai wanita supaya hanya anda yang menjadi tumpuan. Elakkan dari berkawan dengan mereka yang tiada masa depan, agar anda tidak dilihat sebegitu juga. Elakkan bersama wanita yang tidak minat lelaki. 😉

Untuk lelaki pun, lebih kurang samalah. kelilingkan diri anda dengan wanita-wanita yang baik, beragama, berkarier, personaliti yang menarik dan elakkan dikerumi wanita yang tidak baik serta lelaki yang meminati hanya lelaki 😉  Basically, ubah kawan-kawan anda agar penampilan anda juga turut berubah ke arah mengundang jodoh dan kebahagiaan yang anda ingin kecapi selama ini.

Cara 3 : Bantu seramai yang mungkin untuk ke jinjang pelamin. Apabila ada kawan lelaki atau wanita yang inginkan pertolongan, bantu mereka! Janganlah merasa kecewa jika si dia tidak berminat dengan anda. It’s okay! Apabila kita tolong dia, ramai lagi nanti yang akan menolong kita untuk giliran kita ke jinjang pelamin. PERCAYALAH!

Jangan risau sangat jika jodoh anda masih belum ditemui. Teruskan membantu mereka menemui jodoh mereka, bantu dengan seikhlas hati. Teruskan memudahkan kawan-kawan anda mendapat jodoh mereka. InsyaAllah, jodoh anda juga akan bertambah mudah.

Simple je kan? Sudah tentulah…3 perkara ini adalah perkara asas je yang perlu kita praktikkan dalam hidup kita sebenarnya. Bro harap you all terus berpegang dengan 3 cara dari Brother Love ni ya…InsyaAllah, berkat! 🙂

ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com