Sepanjang setahun lebih dah bro buka website Cinta ini, sudah 4 ebuku & 1 buku kompilasi cinta yang bro tulis dan sudah ramai yang telah mendapat panduan. Syukur sangat kepada Allah s.w.t kerana bro dapat membantu kepada mereka yang memerlukan…

Dan…kebanyakkan masalah yang ditanya selalunya masih sama, ianya ialah “Bagaimana mengatasi masalah dikecewakan cinta!”

Ok, sebelum you all bercuti hujung minggu ni apa kata kita sama-sama share cara-cara untuk ubati hati yang lara, jiwa yang hancur terkecewa dalam cinta. Boleh? 😉

Cara brother love yang standard ada 3 :-

1. SENYUM & KETAWA! – Yup!! Senyum dengan sesiapa sahaja you jumpa dan ketawa lah dengan kawan-kawan. Cuba buat ni setiap masa. Hari-hari you pergi mana pun you senyum kat semua orang, kenal atau tidak kenal hehehe  (Silap-silap orang kata kita gila, kalau tak pun, perasan!) 😀

Well, actually Bro selalu buat ni… bila keluar dengan kawan-kawan. Kadang-kadang tu siap ada yang marah-marah pulak ni, bila kita senyum-senyum kat dia…siap tanya, “Heh! apa kau nak sengih-sengih, tengok-tengok!” hahaha…kelakar kan?! Bro apa lagi ketawa besarlah dengan kawan-kawan semua lepas tu… masing-masing mulailah cerita pengalaman yang kelakar-kelakar pulak…memang bantai gelak sakan lah.

“So bila kecewa, you must surrounded yourself dengan good friends! Baru best, hilang habis semua kecewa… Because, no matter what happen, you still have your friends to be with!”

2. MULA MENCARI – Yup!! Walaupun baru putus cinta atau baru dikecewakan, bro takkan tunggu lama-lama beb. Buat apa nak meratap si dia yang telah pergi? Buang masa je. Dia pun dah lama dah tak ingat kat kita. Tengok muka kita pun dia benci, nampak message kita kat phone pun dia dah bosan…

Jadi, lebih baiklah anda mulai mencari walaupun baru putus cinta!!…cari kawan rapat dulu lah…barulah mudah. Jangan terus-terus nak cari pasangan cinta! Kang cepat dapat cinta, putus pun cepat jugak nanti hehehe.

Having a new closed friend, (Opposite sex) will make you feel much better about yourself! So, cari kawan baru, secepat mungkin!

3. SHOPPING – Aikk?? Macam orang pompuan pulak ya…kalau frust je shopping! Hahaha…

Well, brother love memang suka shopping pun. So, sapa yang ada boyfriend macam bro…bestlah, boleh pergi shopping sama-sama and enjoy it 😛

Bro kalau tengah bengang ke, boring or bosan with my life je…terus shopping! Beli tshirt ke, seluar jeans tu selalu sangat and kasut Yup!!… Boleh duk kat shopping complex mana-mana berjam-jam.

If not shopping pun…bro akan pergi popular bookstore or Mph…beli 2-3 buah buku, novel or self enrichment. Making myself look good and feel great is the best healing for my broken heart!

So, itu dia 3 cara brother love…actually ada macam-macam cara lagi yang bro lakukan. But this 3 things memang bro PASTI lakukan untuk mengubat kekecewaan, dan hati yang lara. So, bagaimana pula dengan anda? Bagaimanakah cara anda ubati kekecewaan cinta anda??

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com