Langkah 1 : “Be Happy for others”
Tahu tak yang semua agama mempunyai satu suruhan yang sama di dalam satu quote ini, “Be happy for others!” …maksud sebenarnya, bergembiralah melihat kebahagiaan orang lain. Ianya adalah kerana, apabila kita gembira dengan kebahagiaan orang lain, sesungguhnya minda, hati dan jiwa kita seolah-olah telah set sendiri yang, “Aku pun akan bahagia seperti dia.”
Jadi, apabila mind set kita sudah begitu positif dan hati dan jiwa kita begitu teruja untuk kebahagiaan diri maka dengan sendirinya diri kita akan bertindak mencari dan mengumpul segala faktor yang boleh membawa ke arah kegembiraan dan kebahagiaan itu. Barulah diri anda benar-benar ready for love.
Jadi, bergembiralah untuk orang lain, demi kebahagiaan kita…jika terus diamal, bro pasti jodoh akan hadir ke dalam hidup anda! Instead, kalau kita merasa dengki, benci dan geram melihat orang lain bahagia, hati mendidih dan marah dengan kebahagiaan orang lain, secara dengan sendiri pemikiran kita, mind set kita akan berubah menjadi negatif sehinggakan memberhentikan usaha kita ke arah kegembiraan dan kebahagiaan yang bakal kita kecapi. Akibatnya, kita akan terus hidup di dalam duka…lama-lama, boleh jadi gila! 😛
Langkah 2: Belajar mengenali bila orang TAK MAHU
Ramai yang membuat kesilapan ini! Mereka tak ready for love tetapi, terus berkenalan dan bercinta tanpa membuat persediaan. Sehingga mereka tidak dapat mengagak atau mengetahui bilakah waktu pasangan sudah meluat atau masih sayang. Malah, ramai yang bro jumpa…masih ingat yang mereka sedang asyik…massyuuk cinta menyintai walaupun yang sebenarnya, pasangan mereka sudah jemu dengan perhubungan itu. Adoi penasaran kan… 😛
Anda seharusnya cepat-cepat menangkap maksud pasangan anda. Jika nampak dia tidak serius, tidak menghubungi anda, tidak mengambil berat, anda seharusnya berpendapat yang dia bukanlah untuk anda. Janganlah tunggu berhari-hari, teruk menderita baru nak lupa. Ada juga yang masih menunggu-nunggu walaupun sudah berbulan-bulan pasangannya buat tak tahu. FYI, sebenarnya, hanya 1 hari langsung tiada berita, sudah cukup untuk memberitahu yang dia sudah tidak berminat dengan anda. (But Be, I wait for u) 😀
Kerana, setiap insan yang bercinta, mereka tidak sanggup berpisah walau sesaat. Jadi kalau dapat call, bercakap itu sudah cukup. Jika tiada call, tiada sms, busy, sibuk dengan itu dan ini. Masa untuk anda mulai mencari yang lain. Jangan buang masa kerana masa adalah perkara yang anda tidak ada. Let’s get READY FOR LOVE!
Langkah 3 : Semangat untuk BERNIKAH!
Bagi bro, to be ready for love, langkah ke 3 ni adalah yang paling penting! Semangat yang ada dalam diri ramai orang adalah semangat untuk bercinta, tetapi tidak ramai orang yang mempunyai semangat untuk hidup bersama-sama FOREVER! BERNIKAH! KAHWIN!
Kesilapan yang dilakukan selalunya, niat di hati yang tidak berapa tepat. Contohnya, “kita bercinta dulu la, see how it goes, ada rezeki, ada duit banyak kita kahwin laa…” ITU YANG SILAPNYA!
Kahwinlah dulu barulah Tuhan bagi rezeki! Jodoh itu kan rezeki, menangguh rezeki pulak? Pelik ni …Memang lah kalau ada rezeki kita kahwinlah. Jadi, bila jodoh tu datang, ada rezekilah tu…kahwinlah cepat-cepat, barulah bertambah rezeki. Hehehe…. nanti Tuhan kata, “Amboi sombong! Aku bagi rezeki kau buat bodoh aje ya. NO REZEKI FOR YOU!” Haaa…itu yang tak kahwin-kahwin tu hahaha 😀
Tolonglah sedar beb…”Bila ada duit banyak tak kahwin dah…cari lain punya dah beb!” Apabila sudah suka sama suka, niat dan hajat anda itu mesti betul, barulah perhubungan anda juga akan menjadi betul. Kalau yang dah lama bercinta tu, hati masing-masing dah kenal, family dah setuju. Lamar dia segera!! nikah laaa 😛
p/s : Tapi bro punya case lain sikit…Bro selalu nasihat agar kita bersahabat terlebih dahulu, kenal betul-betul then only bercinta, kan. In my case, Bro lamar my girlfriend after a week! Tapi selepas berbulan-bulan duk survey laa 😉
Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com
22 Comments
Waahh aku org pertama comment.Ye laa Bro,, aku masa bercinta dulu punya la lama,, hari2 jumpa,dah jumpa siang, malam sambung call pulak,,kekadang tu sampai dah tak ada pa nak cakap.boleh dikatakan hari2 enjoy sakan laa,, tapi lepas lima tahun akhir nya putus gak hubungan,, dia pun dah kawin, happy aku tengok dia happy, sbb husband dia seorang yg baik dan bagus, walau pun bukan aku yg yg buat dia happy tapi aku happy dan tumpang happy di atas kehappyan dia,, hee,, berapa banyak happy la bro,
Lepas tu ada gak la aku cuba bercinta lagi,, tapi gagal la bro,, tak leh nak serius, lagi meningkat usia lagi macam2 yg kita nak buat, bukan nya takut ngan commitment, tapi tak nak cinta punya pasai banyak yg kita nak buat tersekat2., tapi bila nak jadi, jadi jugak, last2 aku syok kat seorang pramugari ni,bercinta tak lama setahun lebih, aku pun dah mula pasang angan2 nak berumah tangga dan masa tu jugak dia mintak kebenaran kat aku nak bertukar ke Qatar airline, aku pun ok jee,, tapi pastu tunggu punya tunggu tak balik2 msia,lepas setahun asiyk berchating jee baru dia kasi tau dia ada yg lain dah. cehh ,,,bengong sekejap aku, konon nya pencinta setia,, huhh hampeh.. cinta jarak jauh kurang berkesan la bro.
Lepas umur aku genap 30 tahun aku buat keputusan nak kawin ,, tapi aku tak ada calun,nak jadi cerita pada satu hari raya aku pun balik kampung kawan aku, alamak,, dia ada adik pompuan la,,aku pun berseloroh ngan mak kawan aku yg aku nak kawin ngan ank pompuan dia, mak dia ngan selamba jawap ‘kalau nak buat betul2’,, aku pun apa lagi, 3 bulan lepas tu aku merisik , 3 bulan lepas merisik aku bertunang dan 3 bulan lepas tu nikah,, alhamdulillah semua nya di permudah kan,, dan sekarang dah dua tahun aku kawin, dan ada satu cahaya mata,, ingat nak tambah lagi dua ke tiga ke,, tapi memandang kan isteri aku tgh pantang sabar jee laa.
** Bro,,boring la, dua bulan jadi bapa bujang nih,,lynn ngan baby kat taiping.
Assalamualaikum dan Salam bahagia Bro.
Xceli. Aku cukup suka topic pada kali ni. Memang sesuai dan kene pada waktunya. Waktu pembelajaran bagi aku dan jugak yang seangkatan macam aku.
Apa yang paling best untuk dikongsi kat sini ialah tips no 3 dari bro.
Semangat untuk Bernikah
Hahahaha… pernah kuceritakan pada bro dahulu bahawa aku bercinta setelah melamar awek ku untuk menjadi isteri kan… so feel the experience bercinta kerana ada matlamat dan tujuan completely different.
So kepada kengkawan yang lain, this is my story to you’ll.
Seperkenalan aku dengan seorang gadis yang sederhana. Bagi aku tak memilih paras rupa, janji die menjaga auratnya, cukup solatnya dan bekerjaya… itu sudah memadai.
Kami berkawan adalaa.. dalam 1 setengah tahun. Kemudian aku beranikan diri untuk melamar gadis tersebut setelah mendapat pertolongan dari CybernaticMind kat blog beliau:-CybernaticMind-Cara nak Propose.
Hati dah suke, aku sahut cabaran untuk meneruskan ke peringkat seterusnya. Aku telah melamar die sebagai Isteri aku, dan insyaallah kami akan menikah dalam tahun depan.
So lepas dari aku melamar die sebagai isteri, barulah aku dapat rasekan apa itu cinta. Means cinta aku bermatlamat.
Selama ni aku bercinta adalah sekadar cuba-cuba. Patut la kerap kali kecundang. Kekeke….
So kepada teman-teman sekalian, hopefully nkorang bleh paham…
“apa tujuan dan matlamat nkorang bercinta.”
Ok bro sampai disini dulu untuk perkongsian bersama. Harap lepas ni bleh turunkan ilmu bro yang power tuh lagi…
Thanks So much.
Kreuger®
salam,
i like the part bersahabat dulu, i bersahabat dulu for 4 years b4 decided to get married, but after married things became diff.
i do not know is the 4 years long enough to be sahabat? or not? hmm…
Faesal ~ Waaa, seriously best betul kisah you ni Faesal. Very-very interesting. Macam-macam percubaan, dan dari setiap percubaan dan kegagalan yang you hadapi sebenarnya leading to your wife, Lynn…
Kalau you tak kecewa dengan yang 1st one tu, tak mungkin you kenal stewardest tu. Dan jika that girl terus setia kat you…takkan you jumpa Lynn, kan.
Sememangnya kita semua harus hargai setiap perpisahan itu…why?,
“Setiap perpisahan adalah kerana ada pertemuan yang jauh lebih baik lagi!”
p/s : Be good naaa…duk solo kat Kl tu, byk dugaan tu 😀
Azman ~ Memang cantiklah apa yang you cakapkan tu. You adalah sebagai contoh kepada Langkah 3 : Semangat untuk BERNIKAH!
Selama ni asyik nak cuba-cuba bercinta kan, haa mana nak jadi. Kena terus menyimpan matlamat yang paling utama tu. Dengan penuh semangat…Laungkan, “AKU NAK NIKAH!” …insyaAllah berjumpa jodoh!
Yang mana belum berkahwin tu, kena ikut cara Azman a.k.a Krueger ni …semangat dia cukup kental ingin berkahwin. Sikap you Man, harus dipuji! Congrats!
Bro percaya, InsyaAllah you akan berjaya! 😉
Seri ~ In my humble opinion, 4 years is too long to decide to get married.
I think 1 or 2 years is enough to really get to know each other kan? Masalahnya, bila kita prolong the realtionship…the sparks slowly going down. Hehe…me only 1 week ajak kahwin, 1 month bertunang, 6 month later kahwin. 6 years tak pernah gaduh. But 2 years lately duk gaduh je la 😀
Well within 4 years Seri, I guess you dah bertahun-tahun duk saling berkasih sayang, bercinta, bergaduh, bertengkar all in one…like husband and wife dah…cuma belum officially tinggal serumah je. So bila kahwin…I guess everything is not that different la kut…cuma you dah serumah dan sebilik thats all.
BUT, dont get me wrong. Within 4 years tu, it’s not waisted…even kalau your marriage hambar sekali pun, at least you can take the experience of having a long realtionship tu learn from it la kan… That kind of experience is hard to come by beb! 😉
hehehe… fiza tgh blaja nk apply la ni. mmg la fiza ni lambat skit… lembab ke apa tak taula, hehehe… bukan apa, nk kikis tabiat2 dan kesah2 lama tu yg fiza paling slow tu. InsyaAllah… doakanla ek…
bro, nk promote sket, fiza dh wat simple store, so nk promote sini bley? hehee http://fieza.wordpress.com/mini-store-project/ jemput masuk yer…
aku nk sentuh yg no 2 tu.. belajar mengenali bila org x mahu.. aku rs sbb aper aku break ngan BF aku.. sbb aku x fhm yg dia da x mahu aku dr dulu lg.. wpon aku da tau byk bende yg dia buat tuk bgtau dia x interested lg tp aku ni blur tuk fhm sumer tu.. cth : dia asyik dok bg alasan x nk jumpa sbb bz la kononnye.. call @ sms pn jrg2.. aku je yg call @ sms dia.. klu x, senyap je la.. chat pn cam nk x nk je lyn.. tp skang aku da fhm sbb tu la aku break ngan BF aku sbb dh tau aku ditipu idup2 … sian kt aku.. lps ni kena b’hati2 la berkwn.. takut kene tipu lg..
ermm..mcm mana nak ckp eh?
ok bro, why 4 tahun?
dlm perkenalan tu 2 tahun i tgh study, 2 tahun lagi i kerja, tu yg mkn sampai that long to proceed..dan 1 lagi kami ni ‘cinta antara benua’ kami tak bnyk berjumpa(hanya tele, intrnt, sms) kami very jarang gaduh dlm jangka masa tu.
so bila dah sebumbung tu barulah tahu flaws masing2..
sigh..
Seri ~ Life’s such. Is he foreigners?
Nirina ~ Sabar k…Takkan Tuhan nak terus menyeksa batin you. Pasti ada sinar di hujung jalan nanti 😉
Fiza ~ Welcome to biz world.
Achikz ~ Congratulations kerana join workshop IK, now kita seguru. Hope you tak give up, because masa mula-mula ni lah yang paling critical. Kena banyak sabar…once it starts going you’ll feel good.
life is such> yes it is!
🙂
he is, dekat je seberang tambak..
Seri ~ Ooo…Singaporean la, I see. So tak hensem laa kan. I hensem lagi sebab Im Malaysian hahaha just joking!
Well Seri, bro harap you settled ok. Anything that we talk about in the emails, I hope you can pull it of. If there’s still anything that you wanted to talk about, you’re welcome.
Tapi, cam biasa lah…Im very straight forward gak orangnya. Sometimes tu, takut-takut terasa di hati. But as I always said, “The truth…hurts! Love hurts!”
hyee bro n geng semua
well lama i tak mencelah
dah hampir 2mths bekerja….hehheh jadi cikgi bro…well my lil ones pun dah sesuaikan dirijadi mek kelate…
now i’m officially SM
huhuhu
iddah berlalu pigi…even dia masih berpeluang tapi i nmpk dia pun nak jadi mcm bro
“demi cinta rela lepaskan i …..huhuhu”
well now i ‘m happy for others
ramai blm status i
for me…biarlah dulu coz i takmau aura “gagal r/tangga” berjangkit pd org sekeliling i
i melihat perkahwinan itu lani dlm perspektif berbeza, i belumbersedia utk yg baru namun i SAYANG DAN SUKAKAN KEHIDUPAN SBG ISTERI………cuma jodoh i aje yg ditakdirkan begitu
citer i…well 10 years …bersama
3 years kawan, bertunang
7years kawin…well i tak penah regret coz i ikhlas sayang dia
cuma selepas bpisah
rezeki i makin baik..ada rezekii dpt pursue my studies
but for him….may be sebagai kifarah…he’s life di sebaliknya….namun i masih berkawan demi my lil ones yg berusia 8mths….
hehehe, mmg tak hensem tapi pleasant lah kan..hehe
oh dont worry about that, coz im straight forward too!
thanks again bro, for ur continous support.
byebye
🙂
IXORA ~ You teruklah…sampai sekarang pun you tak datang jumpa bro. Tengok bro jauh-jauh mana aci. Selisih pun tak tegur ni…Bestlah you kenal I, tapi I tak kenal you. Bukan apa-apa pun saja laaa…kata kawan. 😉
Anyway, bro doakan you selamat dengan new baby tu. Semuga sentiasa dirahmati Allah. Tapi,kalau you nak jodoh yang baru…jodoh lama tu kena jauhkan lah…bukan ada apa-apa hubungan pun dengan baby you kan.
Better find a new father for the baby. 🙂 Take care beb!
p/s ~ Demo duk mano gak di kelate ni? Kijo mano? wat gapo? 😀
hehhehhe….tq bro atas doa…….AMIN
bila i dah sedia i jupe bro ok
hmmm i dok area psr borong wcy…hehehe
nati i email my blog to bro
tQ sifu & master sifu… Gua won’t give up.. maybe a lil bit late coz byk distraction, but i will make it realise!!
xsangka ya, klu kita rasa bahagia utk org lain kita juga akan bahagia. Sya selalu mcm envy, jeles tgk org happy huhu..mungkin sbb tu sy duk bersedih jeks. 🙁
salam
berbalik pada asas, setiap perkara yg dilakukan secara positif akan jadi baik.
kalu kita gembira utk org lain, org lain akan gembira utk kita juga 🙂
zuraida> envy is good, but jealous is not!
when u envy seseorg, u work harder to become better than that person.
but when u jealous, u hanya so called mengutuk n takde improvemnt dlm diri u.
rite?
byebye
🙂
Seri ~ Good advice though. Memang ramailah yang jenis jealous ni. They don’t realised ia hanya akan menjatuhkan mereka. Sebaliknya jika dia envy…mungkin dia boleh berjaya jauh dari semua orang, kan.
thank u sir! 🙂
Saya ni baru form 2 /2015,saya tengok kawan saya da ade bf, tapi saya belum ada bf lagi,tahun lepas m asa form 1 /2014 ,ade lelaki minat saya tp saye x minat dia,masa akhir tahun lepas saya luahkan isi hati saya kat dia,dia terkejut,tp yg best nya die macam beri lampu hijau kat saya,tp kami x sempat nk couple, tahun ni 2015 ,saya ajak die gi dating tp saya saya x dapat datang sbb ayah saya suruh saya balikrumah,saya x sangka dia tunggu saya petang tu kat sekolah,saya tahu sbb kawan saya bagitau,selepas kejadian tu dia buat tak tahu jer kat saya,saye sedih hingga sekarang,saya pernah cuba beralih arah sbb saya rasa da
lama sangat saya tunggu die tp hati saya tetap kat die,,,ape saya perlu buat:*_*: