01 – Three days ago, my ex girlfriend called me up, menangis-nangis… boyfriend dia curang! Kantoi dengan girlfriend yang lebih muda. Adoi… kesian. I know she breaks my heart before, tapi dia terlalu naif sangat…dan the loneliness yang dia akan face tu…sure akan menyeksa jiwa dia nanti…Sampai bila dia mahu mencari cinta? Sampai bila dia kena selalu gagal dalam cinta?

  • All I can say, “She’s full of love…tapi pastinya dia akan kesunyian dalam cinta!” Kesian…

02 – Abang G,  a friend of mine… hampir sama kes. Terperangkap di dalam sebuah perkahwinan yang sudah lama terbina. Cintanya pada isteri dia bukan main lagi, tetapi isteri tiada hormat dan selalu meminggirkan Abang G, semuanya hanya kerana isteri berpangkat besar dan selalu busy dengan kariernya…

  • Well, “He’s full of love… tetapi kesunyian dalam cinta!” again, kesian…

03 – Ann, gadis dari Tawau hanya sempat berkahwin selama 3 bulan sahaja. Walau dirinya dikelilingi ramai kawan-kawan dan sanak saudara, walau punya suami yang amat menyayanginya… tetapi cintanya hanya kepada lelaki yang telah disisihkan keluarganya, lelaki yang dibenci keluarganya. Kerana menghormati ibu yang sudah tua, Ann menerima lelaki pilihan ibunya…akibatnya, dalam sekejap masa, mereka bercerai!

  • “Ako Kesunyian dalam riuh rendah kebahagiaan sebuah cinta yang bukan untuk ako sudah!” itulah kata-kata Ann. Bro Razzi amat pilu bila baca kisah Ann dalam emailnya…

04 – Kisah my silent bloggers A dan S hampir sama. Selalu contact bro Razzi through emails. Dan kali ini, kedua-dua email dari mereka berdua seolah-olah diceritakan oleh orang yang sama. Both of them menceritakan betapa sunyinya setiap kali habis kerja…rasa macam tak mahu balik rumah. Kerana terlalu sunyi…bukan tak ada kawan, ramai kawan! Tetapi sudah terlalu lama keseorangan…especially bila malam menjelma.

  • Their wishes, “Mahu merasakan sebuah percintaan walau hanya sekali dan tidak mahu sunyi lagi…” Hehehe…pernah juga I suggest dia orang berdua ni bercinta sama dia je…aihhh, tak serasi pulak tu. Susah juga 😉

05 – Nor, asal dari Selatan… menganggap nasibnya dengan lelaki bagai terlekat badi. Setiap kali dia mulai bahagia dan memulakan perjalanan hidup sebagai isteri, dia diceraikan! Beberapa kali mula bercinta semula, dia dicurangi lagi dan lagi… Beritahu Nor pada Bro Razzi, rupa parasnya menarik dan tidak susah untuk memiliki lelaki kerana ramai yang berminat dengannya…namun, setiap kali dia rapat dengan lelaki…hanya kesunyian yang dirasainya…

  • Apa yang dapat Razzi tengok, “Walau Nor seorang janda, dia begitu bersedia mencurahkan sepenuh cintanya, tetapi mungkin kerana pengalaman pahit yang lepas….bagai semua lelaki sama saja baginya,,,dia kesunyian di dalam cinta!” …sedih beb!

The truth is…

Razzi sendiri juga kesunyian di dalam cinta… kadang-kadang terfikir, mengapalah aku begini sedangkan aku hampir punya segala? Seriously, I amat bersyukur dengan kurniaan Tuhan to me and my beloved family. BUT…Razzi Rahman juga bukan Superman, I juga manusia biasa yang tidak lepas dari kesilapan…

Sometimes, kita sememangnya akan punya rasa tidak puas…punya keinginan untuk lebih bahagia…punya perasaan ingin tahu jika aku miliki itu dan ini… miliki dia tu dan dia ni…mungkin aku lebih bahagia dan hilang rasa sunyi, hidup dalam cinta yang sebenarnya cinta…

TETAPI, adakah only then kita akan bahagia OR…kita balik kepada asal, setelah punya segala-gala, kita still tak puas? The fact is kita semua akan melalui saat ini..Just be prepared! Be brave and strong untuk melawan nafsu kita yang pasti akan merobek jiwa yang kesunyian jauh di lubuk sanubari. My little advise,

 “GRAB as much chances in love as you can get, while you still can!…KERANA, di saat kita mulai merasa sunyi di dalam cinta, teramat susah untuk kita kembali bahagia.”

Now, tanya pada diri anda sendiri…adakah anda masih sunyi di dalam cinta?

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com