Razzi RahmanLelaki sejati, tidak mudah berundur dari perjuangan. Walau berkali gagal, cintanya ditolak, kasihnya dihina…hatinya tetap teguh. Namun, sekali dia mengundur langkah…menerima kekecewaan, dia pasti tidak akan kembali mencintai cinta yang lama!

Sewaktu Anya berdiri mengadap Rico dan bertanya padanya, mengapa dia ingin menjadikan Anya kekasihnya, sedangkan dia sudah beristeri, jawab Rico,

“I ada isteri tapi seperti tak ada…I dah lama tidak tidur bersama…I mahukan seseorang yang benar-benar boleh jadi isteri.”

“Tapi Rico, I dah ada kekasih…we are really in love!” jawab Anya tegas.

“Really in love? Ya Right!…habis mengapa you bersama I? mengapa you habiskan masa bersama I sepanjang waktu? Berbual everyday berjam-jam, keluar bersama holding hands like a couple. Maybe kita belum tidur bersama tetapi kita hampir melakukannya…I guess, you just nak guna I diwaktu you kesunyian?”

“Stop it! …I pun menderita jugak okay…I nak you, tapi I tak nak jadi your second wife!…and you dah ada anak Rico. Anak-anak you akan sentiasa bezakan I dengan ibu mereka!”

“Hello beb…sapa yang ajak you kahwin?…kitakan baru kenal, baru in love…get closer lah dulu, enjoy the moment…pasal apa you kelam kabut sangat ni?

Kepala Anya semakin kusut, kebingungan dan tidak dapat membuat apa-apa keputusan. Rico adalah seorang lelaki yang sememangnya memiliki ciri-ciri lelaki idaman Anya. Penyayang, romantik, caring sangat dan berilmu. Namun, menerima Rico, seorang lelaki yang sudah beristeri it is not an options.

Memilih kekasihnya yang masih single tetapi tidak percaya kepada perkahwinan adalah satu pilihan yang tidak bijak pula…lepas tu sekejap ada dan sepanjang masa hilang pulak. Buntu fikiran Anya…umur semakin meningkat, jodoh semakin jauh…

Bagi Rico pula, sudah hampir setahun dia memuja Anya dengan sepenuh kasih sayang…Rico teramat cinta kepada gadis itu walaupun cintanya tidak berbalas. Baginya, Anya adalah satu-satu gadis yang telah dapat membuka hatinya untuk bercinta lagi. Dan betapa kuat cintanya kepada Anya, walau berkali-kali kasih dan sayangnya ditolak, hasratnya terkandas, namun Rico terus-menerus menyayangi Anya…sehinggalah kebelakangan ini, Anya yang semakin menjauhkan diri, telah membuatkan diri Rico begitu sedih sekali. Hanya air mata yang menemaninya pada setiap malam kelam…

Bagitu juga Anya, mungkin dengan berkali-kali menolak cinta Rico, dia kelihatan gagah, keperibadiannya tegas, namun jauh disudut hati, Anya juga menyayangi Rico, dia juga selalu merindui lelaki itu, alangkah bahagianya dia jika Rico masih belum berkahwin. Tapi apakan daya, detik pertemuan Rico dan Anya, agak jauh terlambat…dan setiap kali Anya terfikirkan soal ini…kepiluan yang teramat sangat mencengkam hatinya, menghimpit perasaan…menangis sendirian…

“Apakah yang harus aku lakukan?…aku terlalu lemah…aku terlalu inginkannya, sayangkannya, tapi tak boleh…aku tak berdaya, aku tak sanggup …dia sudah beristeri, aku tidak mahu menjadi punca keruntuhan rumantangganya! Aku tidak mahu menjadi penyebab dia bercerai…aku tak mahu dia menceraikan isterinya…Oh Tuhan, tolonglah hamba mu yang lemah ini.”

Mungkin doa Anya, termakbul. Gadis itu telah menemui satu kekuatan yang amat jitu di dalam dirinya. Muncul keinginan di dalam dirinya untuk melawan perasaan cinta dan sayang kepada Rico. Lantas, hari demi hari…walaupun dia tidak dapat melupakan Rico, tidak dapat melupakan kasih dan sayangnya, budi bicaranya, cinta Rico kepadanya yang tidak pernah dirasakan dengan mana-mana lelaki lain ….NAMUN, dia terus melepaskan peluangnya berlalu pergi demi masa depannya.

Berkali-kali lagi dia membiarkan Rico terkapai-kapai mencari cintanya, Rico terbiar bagai lelaki tak bermaruah, bagai langsung tidak berharga…sehingga lelaki itu teramat sedih sekali. Percintaan Rico dan Anya terus pudar, makin lama semakin sunyi…sepi. Beberapa kali Rico cuba menghubungi Anya lagi…dia tidak putus ada, tetapi gadis itu terus menerus menghampakannya. Anya terus hilang sunyi dari pandangan mata. Rico jadi tidak keruan, …isterinya pula semakin hari semakin jauh…perkahwinan mereka masih terikat hanya semata-mata kerana anak-anak…

Dan akhirnya…Rico mulai terfikir yang segala pengorbanannya selama ini terhadap keluarganya dan juga kepada kekasihnya itu…semuanya sia-sia sahaja. Jelas sekali, Anya punya rancangan tersendiri yang tidak termasuk Rico, begitu juga isteri Rico yang terus mengejar cita-citanya yang juga tidak termasuk Rico di dalam perancangannya…Rico pula selama ini hanya memikirkan perasaan orang lain tidak hatinya. Dia berduka, dia lara…pilu…tak siapa yang hiraukan!

Begitulah kisah cinta Rico yang tanpa penyelesaian dan penyudah. Di sini bro nak beri you all 3 soalan yang mungkin boleh menamatkan kisah cinta tragis ini…

  • Apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah ini?
  • Apakah pula keputusan anda jika anda Rico?
  • Tidakkah anda merasa tersangat benci dengan Anya yang lemah?

“Cinta adalah satu cabaran…jika anda mengalah sebelum berjuang, nyatalah anda tidak layak untuk bercinta dengan sesiapa sekali pun!”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com