Razzi RahmanSiapa yang tak suka berhari raya?, lebih-lebih lagi bro Razzi yang happy go lucky, yang suka berjenaka, bergelak ketawa selalu. PASTI SUKA! 🙂  Tapi, itulah kata orang… “Dalam ketawa, pasti ada tangisnya, dalam gembira pasti ada dukanya”

So, tidak terkecuali diri saya yang hanya manusia biasa ini. Seperti tahun-tahun yang lepas… Hari Raya Aidil Fitri adalah saat gembira saya di dalam duka yang cukup pilu sebenarnya…

Gembira kerana dapat menumpang kegirangan melihat teman-teman, pulang ke kampung bertemu keluarga, berpeluk riang dengan ibu dan bapa…Duka kerana sudah setahun lebih Ibu jatuh sakit hingga lumpuh…dan di Aidil Fitri jugalah ayah yang ke Mekah telah pulang ke Rahmatullah di sana…

Kepiluan ini begitu mengusik di sanubari, biarlah hanya saya yang merasakannya, kerana pasti ayah saya juga inginkan begitu. Namun, kesunyian, kekosongan dari ayah yang selalu memberi semangat kepada saya, pasti menggamit sedih di jiwa ini…lebih-lebih lagi bila selalu bersamanya bersembahyang sunat hari raya, kini hanya saya berseorangan…

Tambah sayu pabila kedengaran takbir Raya yang pasti menusuk kalbu… kadang menitis-nitis air mata saya, kepiluan, kesunyian, rasa begitu kehilangan…kosong…that’s how much Aidil Fitri….it is just not working for me! Too much sadness…

Apa yang saya cuba katakan…hargailah Ibu dan bapa, kawan-kawan, saudara mara dan pastinya kaum keluarga kita yang tersayang semasa mereka masih berada bersama kita. Kerana apabila mereka sudah tiada, maka sungguh sunyi lah dunia ini…

Semuga, Hari Raya Aidil Fitri tahun ini akan merapatkan lagi Silaturahim sesama keluarga anda semua. “Terimakasih saya kepada semua bloggers setia saya, my friends, dan visitors blog brother love yang tidak lekang memberi sokongan. Tanpa anda, sunyilah saya!”

Salam Ikhlas Aidil Fitri dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com