2u71ytg

“Dia cintakan saya ke tak bro? konfius lah!” …Tak perlu nak konfius, kalau benar-benar cinta ANDA AKAN MERASA YAKIN YANG DIA CINTA, kalau konfius, pening, tak faham dengan sikapnya, ITU TAK CINTALAH. Senang saja base on reality, facts of truth! Tapi bila I cakap macam tu, you tak suka pulak… tak suka sebab jawapannya tidak memihak kepada anda, kan? Jawapan yang anda mahu dengar adalah, “YA! Dia cintakan anda!”

You lebih suka mendengar penipuan daripada kebenaran.Β  Tak pelik ke? πŸ™‚

Most of the time, I tak kisah sangat but sesekali tu, frust juga rasanya Razzi apabila sudah berkali-kali membantu satu-satu individu tu, tetapi perkara yang sama kerap berulang kembali, dia dikecewakan cinta SEKALI LAGI dan lagi, dan lagi…

Semuanya kerana, MENGANGGAP nasihat dan pendapat dari saya tidak betul, dan dia tidak mahu melakukannya, instead, apa yang difikirnya sajalah yang betul dan lebih mudah dilakukan dalam erti kata lain… mengikut nafsu serakahnya yang tengah giler, tengah syok hingga membiarkan diri diperbodohkan si ‘PENCINTA’ kononnya.

Individu itu membiarkan diri mempercayai apa yang dirasa, seolah-olah menyerah cinta untuk digantung sampai mati! Bukan mahu percaya pada realitinya, BUKAN logiknya… BUKAN akalnya. YANG NYATA jika dia betul, mengapa dia gagal lagi dan diperdaya lagi?

YES! MEMANG, adalah lebih mudah membiarkan kita rasa yang everything is great! …daripada membiarkan kita face reality yang SEBENARNYA, Cinta itu sudah TIADA!

– Funny things is bila dah terkena, “Mengapa dia buat begini pada aku? Sampai hati dia… tapi takkan dia sanggup kecewakan aku setelah aku berkorban apa saja?

Ya, welcome to reality and It’s hard! I know…Β  berdepan dengan realiti yang dia selama ini kita rasakan ada rasa sayang, mungkin ada cinta, sebenarnya palsu semata-mata, memang susah, tetapi, realiti adalah realiti. Deal with it babe!

  • Last 2 weeks, my ex girlfriend told me, this guy really loves her. I’m happy for her…Tapi, lately ni mamat ni dah kurang contact, always busy with work. Tapi masih baik, masih kind of romantic. Seperti biasalah kan, Razzi akan cuba menggambarkan the real picture dengan cara yang paling ‘cantik’ …tapi REAL. I’ll tell her in the nicest way but straight up! “He surely ada girlfriend lain!”…but dia tak mahu percaya! obviously, dalam 2-3 hari, BAMM! It’s true, boyfriend dia mengaku memang ada girlfriend lain!
  • Another girl, seeking my help. Kita ni punyalah susah payah bantu. Beri pendapat dan habiskan beberapa jam mendengar masalah dia, lepas tu beri tips and tricks untuk dia pikat lelaki idamannya. Last-last dia cakap, “Susahlah bro, biarlah dia tak nak kat saya pun, saya harap suatu hari dia akan berubah dan nak kat saya balik!” – Reality is, it’s not going to happen! Sebab awal-awal lagi dia dah cakap apa yang dia suka, citarasanya, minatnya… yang mana ketiga-tiga perkara this girl tak ada. How laa like that? Unless dulu pernah suka, now tak suka maybe boleh berubah kepada suka. Itu realitinya.
  • The same week, another friend, a girl called me menangis-nangis, cakap dia baru lepas bergaduh dengan boyfriend dia dan tanya I what should I do?. Kesian sangat… tetapi, I cakap sedari awal lagi, tengok cara mamat tu I dapat rasa, “Dia ‘Hanya mahu melepas rindu’ …bila ex dia muncul semula, dia akan hilang dan pergi!” tapi dia tak nak percaya dan rasa ada peluang. So I jenis tak memaksa, you go ahead la kalau nak teruskan… but now? kadabom! Kena tinggal πŸ™‚

Well, like i said earlier, ianya lebih mudah mempercayai ‘langit kebiruan, pelangi memancar indah’ daripada menghadapi awan yang berarak mendung kelabu!

No one in this world want to believe yang perkara buruk akan berlaku. WELL, I pun refused to even think perkara-perkara negatif ni. I selalu fikir positif. TETAPI biar ada logiknya! That CINTA is all about!

Bagaimana mahu mengenali CINTA? Bagaimana mahu tahu dia berminat dengan anda atau tidak? Bagaimana nak tahu yang anda ada peluang bersamanya atau tidak? FAHAMI REALITINYA! Contoh :-

Contoh 1 : Jika CINTA, baik wanita, mau pun lelaki akan tergila-gila, merindu, ingin selalu bersama, mahu berbual sentiasa, mahu berjumpa dan bermesra, mesti berhubung setiap masa terluang…That’s it! Jika tiada semua itu, ATAU sudah tidak begitu lagi, maknanya SUDAH TIADA CINTA.

…TIDAK PERLU lagi tanya, “Mengapa dia dulu selalu contact, dulu selalu nak jumpa, selalu sms, …sekarang tidak lagi, mengapa?!” …jawapan paling mudah, dia sudah TIDAK CINTA, simple!

Contoh 2 : Apabila seseorang sudah jatuh CINTA. Dia akan melakukan berbagai perbuatan yang jauh dari keselesaannya. Dia sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya memalukan. Dia sanggup berkorban apa sahaja demi memiliki cintanya. Sanggup berhabis harta, That’s it! Jika tiada semua itu, maknanya DIA TIDAK CINTA.

…TIDAK PERLU fikir, “Mungkin dia malu sebab itu dia tak mahu declare lagi, mungkin dia segan untuk luahkan perasaan, mungkin dia hanya nak berkawan saja dulu?!” …jawapan paling mudah, dia TIDAK CINTA, simple!

PENTING : Tanya 8 soalan ini pada diri anda selalu.

  1. Adakah dia rela berjalan jauh demi menemui aku?
  2. Adakah dia rela menunggu berjam-jam untuk aku?
  3. Adakah dia kisah jika aku tidak menghubunginya langsung?
  4. Adakah dia sunyi tanpa aku?
  5. Adakah dia boleh bertahan jika tidak berjumpa?
  6. Adakah dia pernah bawa aku menemui kawan-kawan dan keluarganya?
  7. Adakah dia berusaha untuk meninggikan taraf hidupnya demi aku?
  8. Adakah dia sedang berusaha mengumpul duit untuk berkahwin dengan aku?

…Jika semuanya jawapan dia YA, so betullah dia cinta. Jika semua jawapannya TIDAK, so dia tidaklah cinta. DAN jika jawapannya ada ya dan ada tidak…maknanya, belum cukup menyakinkan, jadi perlu dibuktikan lagi! ITULAH REALITINYA!

NOW…apa yang patut kita lakukan? Well you got 2 choices :-

  1. First, hadapinya, kenalinya dan fahami… adakah itu CINTA?! Jika ya… embrace it! Jika tidak… redha dan terima realiti kehidupan ini dengan tabah. Remember!, kita yang mencintainya adalah jauh lebih MULIA dari yang dicintai!
  2. Second, bertindak sekarang! Jika benar cinta… KAHWIN! Jika benar serius, get family involved! There’s no such a thing ‘it’s complicated!’ that’s rubbish! Itu alasan untuk mereka yang tidak mahu berkahwin. And IF jika tiada cinta… MOVE ON!Β  Tak perlu nak tunggu-tunggu lagi, nak explainations la, nak tahu mengapa tak cinta la, MOVE ON…you’ll feel much-much better!

Sejujurnya, I’m here to help…and in my humble opinion, “You akan lebih bahagia being single rather then being with someone that don’t really loves you!” THINK ABOUT IT for a while…apa rasa anda selepas membaca artikel ini, betul tak apa yang bro Razzi katakan?

Dapatkan tip-tip, mutiara-kata serta nota-nota yang memberi inspirasi dan motivasi dari saya setiap hari, ‘like’ facebook saya di Brother Love FB: klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share ARTIKEL ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat…