Berakhirnya cinta

Apabila bercakap tentang rasa cinta, kita bolehlah kaitkan dengan kehilangan rasa itu yang dalam tiba-tiba… Sejujurnya Razzi katakan situasi sebegini selalu juga Razzi hadapi.

Kita punyalah suka kat orang tu, tetapi kita dapat rasakan kelainan. Macam ada yang tak kena… suasana selesa sudah menjadi amat kurang selesa sekali. Kemesraan masih ada, tetapi mesranya lain dan berbeza benar. Pernahkah anda rasa??

Tiba-tiba, segala-gala jadi macam FORMAL giler… macam kat office kerajaan pulak dah! Cakapnya pun berbeza, penggunaan ayat-ayatnya juga berbeza. Perkataan yang dipilh juga terasa amat jauh dari mesra sebagai kekasih, tetapi masih dijaga agar tidak ada perbalahan atau takut mungkin bertikam lidah pula barangkali kan…

Tetapi, bagi Razzi saat inilah yang amat menyakitkan dan menyedihkan saat apabila orang sudah tidak sukakan kita lagi…pedih di hulu hati orang kata… terasa perit tak terkata. Nak marah… dia tak buat salah apa. Sms Cinta masih ada…tetapi bunga-bunga cinta tu seolah-olah KERING! – Bila tanya, jawabnya tak ada apa-apa… namun kita boleh rasa sangat… rasa sangat-sangat, saat cinta yang bersemi dulu, sudah tiada lagi…

Masa ni lah rasa macam nak bakar je rumah dia kan hahaha 😀 … rasa nak terajang ke apa-apa sajalah … geram membengkak di dalam yang nak dikeluarkan tak dapat! KERANA?

Kerana kita TAHU… bukan tak tahu sebenarnya, kita memang tahu kita sudah tidak diperlukan lagi…cuma tinggal lagi dia tak cakap saja! Tetapi, segala layanan dan perbualan yang tinggal hanya sekadar mengambil hati dan manis mulut saja. SAKIT BEB! Rasa seperti teraniaya… bertahun-tahun pengorbanan, kasih dan sayang serta cinta kita itu bagai tidak bermakna langsung! At the end alasan bodohnya adalah… tak serasi! Dulu serasi pulak… biasalah tu bila dah ada yang lain, keserasian yang ada pun macam tak ada!

I tahu sangatlah rasanya… sebab I juga pernah berada di dalam situasi ini…

Sebab itulah kita kena kenali dan ketahui…saat orang sudah TAK SUKA kita lagi. Agar kita tidak lah macam orang bodoh menanti dia sedangkan dia sudah memulakan langkah menuju arah yang lain. Kita kena tahu dan kena cam… kena rasai di jiwa kita…agar kita tidak lemah menghadapi saat yang amat memedihkan itu…

The thing is I know how you feel sebenarnya, sebab I pun merasakannya sama… All I can do untuk merasa lega sedikit adalah dengan menulisnya dan meluahkan disini. Jika you all ada kawan baik, masa inilah untuk ‘I FOLO’ kawan baik kita tu kan… kerana ini tidak ada ubatnya. Inilah perkara yang tidak dapat ditolong… you masih boleh dibantu, tapi kalau bersangkut dengan orang lain, nak bantu macamana kalau orang lain tu dah tak suka kat kita kan?

  • Buat apa pun dia dah buta dah tak nampak lagi cinta yang ada pada diri kita.

Hanya waktu menentu segala-galanya kerana suatu hari nanti, PASTI giliran dia pula merasa apa yang kita rasa… itu biasa! Last-last dia akan cari kita juga, dan hopefully masa tu kita sudah bahagia bersama orang baru, bahagia di dalam percintaan baru, hidup baru, yang tentunya jauh lebih hebat dari dia! AMIN!

NAMUN, sekiranya anda susah untuk fahami tentang pasangan anda, apa kata anda cuba rujuk di dalam ebook-ebook Razzi yang telah banyak membantu ramai orang, di blog, di facebook dan dari pelbagai peringkat umur… Miliki Koleksi Ebook-Ebook Cinta, dari Razzi Rahman @ Brother Love, Pakar Cinta yang sebenar!

KLIK DI SINI SEKARANG dan dapatkan Koleksi 3 Ebook bersama 1 Tahun Konsultasi Cinta PERCUMA!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…