“Hey Mr & Miss Singles!”

Asyiknya jika jatuh cinta lagi… masa bagai terhenti, hati diulik rindu, jiwa meronta-ronta mahu dipeluk sayang. Kadang, hanya dengan ucapan “I miss you, sayang” …jantung bagai terlompat-lompat suka, diri melonjak girang!

Apatah lagi, bila diri kesunyian di malam hari tiba-tiba wajahnya muncul di ingatan penuh cinta, senda guraunya bagai tiada henti buat kita tersenyum dan ketawa seorang, sekilas lalu senyumannya begitu mencuit kalbu yang begitu merindukan teman yang dapat mencurahkan kasih…

Lalu kita tersedar, itu semua angan dan harapan. Mulai kita tertanya pada diri,

“Mengapa aku masih single lagi?…takkan lah sebaik-baik dan seelok-elok aku ni, tak ada yang nak? Apa silap aku? Mengapa dia yang begitu berminat mulanya, kini menghilang diri?….ahhh, letihnya untuk ku mula jatuh cinta semula!”

Yang sebenarnya, ada 2 faktor yang mungkin kita tidak sedar. Yang tentu pasti menghalang dari kita mempunyai insan istimewa dalam hidup kita :-

1. Faktor paling utama adalah campur tangan keluarga! Apabila kita mempunyai Ibu bapa yang ‘Control freak’ – terlalu mengawal anak.

  • Kemana sahaja mesti ditemani ibu atau bapa. Atau diminta pula bapa/mak saudara temankan.
  • Nak pilih kekasih pun tak boleh, ada je mak cakap yang tu tak suka, yang ni pun tak bagus.
  • Pergi holiday pun kena ikut holiday mak dan ayah, kalau tidak…duduk je la kat rumah.
  • Nak pergi tengok wayang pun kena pergi dengan keluarga.
  • Siapa yang call, siapa yang hantar rumah, siapa yang berbual, semua kena report.

Hehe, you and your parents macam ni ke? Well, it is positive laaa in a way..tetapi…ianya akan membuatkan ramai takut untuk mendekati anda for sure!

My advise : Berhenti jadi pengecut! Mama dan papa you are your parents forever you dengar cakap atau tidak! Kita yang bercinta, bukan dia orang. You kena be firm. Bukan budak-budak lagi…kalau kahwin dah boleh jadi mak/bapak budak! So, Im sure boleh buat keputusan sendiri. Jadi, buat! Jangan pandai cakap saja…tapi bila kena diri sendiri…takut!

2. Faktor kedua utama adalah diri kita sendiri yang selalu menganggap yang hanya kita yang betul! Ini satu penyakit yang susah untuk diubatkan. Ianya telah menular dalam diri kita sejak azali lagi.

  • Sedari kecil, kita suka menegur orang, suka mengkritik.
  • Diri sendiri kita tidak sedar yang kita banyak lagi yang perlu diperbetul
  • Yang kita nampak hanya keburukan orang. Kebaikan orang, langsung tidak nampak.
  • Sehinggakan, apabila bercinta, kita asyik menegur kekasih kita, asyik membetulkannya dalam semua hal.
  • Kita juga selalu tidak bersetuju dengan sesiapa saja, perkataan yang mula-mula keluar dari mulut kita adalah, “Taaakkk…”

Hehe, you ada penyakit ni kan? Koyak lah beb…sampai ke tua lah membujang! For sure, kenal you lima minit, dia akan belah punya. Thats why mula-mula macam minat sangat, tetapi kemudian hambar lalu menghilang…

My advise : Bertenang! Dalam hidup kita ni, tidak perlu segala-galanya perfect. Tidak perlu semua kena betul. Jika ada salah, so what? Jika tak cantik, so what? Berikan peluang kepada dia untuk berubah mengikut caranya. Jangan sibuk nak mengajar cara anda jika tidak diminta. Dia juga manusia yang mempunyai akal fikiran dan berhak mempunyai pendapat dan caranya. Bukan cara awak je yang betul! Berhenti mengkritik, menegur dan memberi pandangan…tidak ada siapa fikir ianya penting, tak perlu!

Kedua-dua faktor ini, boleh dielakkan, JIKA MAHU!. Namun, ramai yang keras kepala, hati dan perasaan. Dalam sambil membaca ni pun, im sure ramai yang cakap, “Susah bro…”

Well, Susah sebab tak mahu, senang sebab mahu… So, kalau nak single sampai bila-bila, go ahead! …TERUSKAN LAH BERADA DI DALAM KEDUA-DUA FAKTOR INI.

p.s. Ada banyak lagi faktor-faktor lain, yang mungkin anda tidak sedar… ‘lihatlah diri di cermin!’

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

22 Comments

  • michi_gurlz88@yahoo.com

    hi bro…herm,stkt ni sy x pnh lg de prob ngn famili..lagipn my famili slalu sokong pe yg terbaik tuk sy…pape pn bro u sgt gempak…

  • TEEN2DAY – inferiority complex, is it sebab you kurang dari segi akademik ke? atau tidak punya karier?

    Jika itu, then you hanya perlu banyak membaca berita semasa, baca buku-buku yang memberi banyak maklumat dan mesti tahu common knowledge, so bila orang berbual, you tahu untuk memberi pandangan. Simple kan…

    So kalau tak ada konfiden ni, selalunya SEBAB UTAMA adalah kita terlalu banyak fikir! Macam you cakap sendiri…Takut orang kata lah, takut orang ingat kita terhegeh-hegeh lah kan…ITULAH sebabnya you jadi kurang konfiden.

    STOP thinking of that! lantaklah orang nak kata apa…nak ingat apa, bukan you rugi apa pun. Bukankah manusia ni…kita buat ke kita tak buat ke, kalau dia nak kata, dia kata juga?

    So, kalau you rasa you nak cakap dengan boys…go ahead! Mulakan dengan daily questions. About his life, about common thing…buat macam biasa. Praktikkan hari ini juga. Mulakan berbual dengan sesiapa sahaja!!…Talk to anybody! speak to anyone! Jangan dengan yang kita syok je…

    SOON, you akan rasa lancar je percakapan you bila you jumpa dengan siapa pun, malah you akan lebih relax bila bertemu dengan lelaki idaman.

    p.s Tip ini ada dimuatkan di dalam buku yang bakal dipasaran 2010 – 101 Nota Mencari Cinta. 😉

  • teen2day

    ok bro…i mmg slalu dgn my family..cam u ckplah holiday tp xdelah smpai g movie pun sama…mayb sometimes…but for the factor of inferiority complex n no confident camana plak…i’m too shy nak ckp dgn org pun tkut especially guys bcoz x nak diorang ingat i macam trhegeh2…slalu pkir nnt apa diorang ckap…so camana nak wat tu bro…i don’t want to be single 4ever…i wanna have partners too like all my friends…so help me…

  • Salihin Success

    pembetulan – “penyimpan rahsia”( rahsia yg baik-baik, takde rahsia yg tak baik,)
    smile..

  • Salihin Success

    salam..bro, nak tambah komen gak ni.
    ..saya suka bercerita kat Mak krn dia adalah penyimpan rasa yang sebenar..
    yang tak bestnya mak saya cakap saya bakal takut bini,ahh kelakar betul, sebelum ni dah dua orang kawan pempuan kata benda yg sama kat saya. mungkin sebab tafsiran ni lah pempuan suka berkawan ngan saya kot huhu.
    emm..kalau kat internet saya komen orang bagai sepak batu pun pecah, tapi kalau kat luar cakap ngan orang pijak semut pun tak mati.

  • sweety

    makasih bro Razzi n Ms Shasha, sy akan cubalh ckp dgn mama. Tul tu bro, mama sy ingat camtu ler, takut sgt sy hilang.

    Dan munkin benar ya jodoh belum smpai 🙁

  • Ms. Shasha...

    btl la bro….sha salu share dgn mak pn pasal keje je la…pasal tu je yg dia leh consider skit…about bf…no way hehehehe.

    to sweety: try discuss dgn mak u about that..about what u feel…tp biasalah kene berlapik skit nk ckp dgn parent ni…diorang ni sensitif skit…biasalah diorang rasa ape yang diorang wat to btl.for our own good sake…tp kdg2 ada gak silapnya…and lau kita x bagi taw,sampai bila pn dia akan rasa pe yg dia buat tu btl…not to say yg dia totally wrong,but give some adjustment….i try it…and it’s work…x salah mencuba…

    then 1 thing, may be blm sampai hjodoh u jgk sebenarnya kot…kdg2 kita rasa kita dah ready,tp sebenarnya tak…Dia lebih taw ape yang terbaik buat kita…x give up sampai masa u akan jumpa jgk jdh u…and i dah byk tgk mirracle pasal jodoh ni…ade yang parent totally against dgn dia punya choice.Tapi bila dah jodoh,tak de sapa mampu menghalang sebab yang tentukan jodoh kita hanya Dia.So what u can do is pray and selalu bersangka baik dengan ketentuan Allah….
    About your mom,bersabar dan try slow talk la…tu je la yang mampu i share…if I am wrong correct me.I manusia biasa…x lepas dari buat kesilapan…

  • hm…mngkin kan msanya utk sy brcinta…seganla…dgn lelaki.ade gak yang try nk ngorat tp sy sgan…lgpun sy x ske orng cinta main2.xtau kot2 orng yng nk ngorat sy tu ikhlas ke x.

  • Sweety – Sebenarnya ramai yang macam you tau Sweety. Tapi ramai tidak mahu mengaku, semuanya kerana sayangkan keluarga.

    Well, to me sayangkan keluarga ni ada tahap dia lah kan. Takkan sayang sampai kita membujang sampai ke tua.

    berbincanglah secara serius dengan kelurga you. Tell them the truth how you feel dan cakap kat dia orang tu sampai bila you nak merana macam ni… hidup rasa kosong, tanpa sebarang kasih sayang dari seorang suami.

    Explain to your mother, tidak semestinya you kahwin, you akan tinggalkan dia. Cakap yang you akan always be there for her…

    Good luck!

  • Ms Shasha – Ye la kan Sha, generation gap ni memang susah mau cakap la kan. Kita bagi reasons apa pun dia orang tak faham-faham. Duk fikir cara lama juga, cara mereka. Sedangkan dunia sudah berubah, cara kehidupan juga berubah…

    To me personally, i dont share with my parents about anything. Sebab generation gap juga lah. And another thing is, entahlah pasal apa… setiap kali I cakap kat my mother about anything that I want to do, mesti tak jadi! 😆

    Maybe sebab semua dia tak suka… too much negative energy in her body haha!

  • Nurul – Kesian kat Nurul, insyaAllah kalau you percaya yang you akan bahagia bersama seorang kekasih, pasti tidak lama lagi you akan bertemu dengan dia.

    Cuni – Betul tu Cuni, I faham sangatlah dengan keluarga yang terlalu over sayang pada anak-anak ni. Sabarlah…

  • Firhan – Kalau nak kahwin, kahwin je…itu adalah satu rahmat dari Tuhan kerana membuka hati you untuk kahwin.

    Dah kahwin itu rezeki dari Tuhan, hanya satu-satu perkara haram yang menjadi halal adalah PERKAHWINAN!

    Berapa banyak pahala you dapat hanya kerana you bernikah? tell to your parents that! 😉

  • Shahh – I suka sangat parents macam parents you ni. Boleh share things dan beri idea serta pendapat. Bersyukur sangat dapat keluarga macam your keluarga. Tapi tak semua orang bernasib baik seperti you kan.

    Me – Happy for you too.

  • nurul

    alamak….tetibe blog yg ni ada kena mengena ngn saya sgt….
    terlalu kena mengena…

    mmg terlalu lonely sgt..selalu duk pikir….
    bila nk ader bf..nk jugak bahagia mcm org lain…

  • sweety

    maaf ya kengkwn nk share skit my story, i sbnrnya xtahu nk luah mana, i hope bro razzi n kwn semua dpt la bg idea or pndpt…

    sbnrnya, i ni bleh diktkan dh jauh trljk umurnya tp masih xkawin2. frust sesgt!!

    bukan xda yg nk, lps satu2 i ada relation, tp salu breaks sb i kena ikut mama yg nkkan pilihan dia dn yg cam dia suka. Yg geram nya tu, sume yg sy pilih ade je xbetul, xbaik. Bosan!! Krn tunggu yg cam dia nk lh ni smpai skrg sy hidup singles…

    bila dh berumur cam sy ni, mana ade lg yg sudi? klu ada pun, duda, yg tua2…ahhh, frust sgt bro, i lpskn je masa muda i berlalu begitu sj krn dulukn mama, skrg ni sy yg kecewa, sunyi…sunyi sgt…klu dulu ramai yg minat sy, skrg ni xda pun yg tgk. Dn sy masih duk keluar brsama mama… Bukan sy benci, tp smpai bile sy harus begini…

  • Ms. Shasha...

    bila cakap pasal parent ni memang kadang2 jadi serba salah.Tapi kadang2 terasa cam terkongkong gak dengan sikap terlalu amik tau diorang tu.tapi bila difikirkan,semua tu utk kebaikan..yang lagi susah lau ade generation gap dan ade lak jarum2 dari luar…pegh kadang2 menyumpah gak jarum2 tu…macam la anak diorang tu baik sangat…pas tuh bila terkena batang idung sendiri baru taw diam…tapi tu la…kita kene consider diorang la kan…diorang wat bukan nak seksa kita,tapi sebab sayang…x nk something bad happen to us.So think positive…if possible ajak berbincang…

    for me…i jarang share my prob with my parent…antara sebabnya,ade generation gap yang wat diorang susah nak paham…then sebolehnya tak nak susahkan diorang..cukuplah kecik2 dulu bawak masalah..dan besar panjang ni try la solve sendiri dulu…lau x ok baru share…tu pun dgn my mom je…hehe i rapat dgn mak..
    tapi setiap orang ade pendapat sendiri dan reason sendiri…so depends….

    I m happy as a single woman…i ade kerja…I x susahkan sesiapa….dan I blm kawin sebab blm sampai jodoh lagi…

  • Cuni

    Tu la kan, kdg2 tu parents ni love us tooooo much!!! rimas gak. huhuhu

  • kalau parent control freak tu macam dorg je nak kawen.. nak kawen awal pun salah gak…. ape cer ni bro ….

    asyik2 kene hentam jer … apapun dorg tetap parent juga wawawawa

  • me

    yes me too suka share ngan parents..

  • Shahh

    kalau ceritakan apa yang sedang saya lalui bersama dia… kira masuk dlm faktor 1 ni jugak ke br0? 🙂 ehehe

    dulu I suka share dgn kekawan.. tapi rasa mcm tak ‘selamat’ jer… so everything I share with my parent…
    mereka banyak bagi pendapat dan cadangan…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons