Kisah Cinta Rico

Razzi RahmanLelaki sejati, tidak mudah berundur dari perjuangan. Walau berkali gagal, cintanya ditolak, kasihnya dihina…hatinya tetap teguh. Namun, sekali dia mengundur langkah…menerima kekecewaan, dia pasti tidak akan kembali mencintai cinta yang lama!

Sewaktu Anya berdiri mengadap Rico dan bertanya padanya, mengapa dia ingin menjadikan Anya kekasihnya, sedangkan dia sudah beristeri, jawab Rico,

“I ada isteri tapi seperti tak ada…I dah lama tidak tidur bersama…I mahukan seseorang yang benar-benar boleh jadi isteri.”

“Tapi Rico, I dah ada kekasih…we are really in love!” jawab Anya tegas.

“Really in love? Ya Right!…habis mengapa you bersama I? mengapa you habiskan masa bersama I sepanjang waktu? Berbual everyday berjam-jam, keluar bersama holding hands like a couple. Maybe kita belum tidur bersama tetapi kita hampir melakukannya…I guess, you just nak guna I diwaktu you kesunyian?”

“Stop it! …I pun menderita jugak okay…I nak you, tapi I tak nak jadi your second wife!…and you dah ada anak Rico. Anak-anak you akan sentiasa bezakan I dengan ibu mereka!”

“Hello beb…sapa yang ajak you kahwin?…kitakan baru kenal, baru in love…get closer lah dulu, enjoy the moment…pasal apa you kelam kabut sangat ni?

Kepala Anya semakin kusut, kebingungan dan tidak dapat membuat apa-apa keputusan. Rico adalah seorang lelaki yang sememangnya memiliki ciri-ciri lelaki idaman Anya. Penyayang, romantik, caring sangat dan berilmu. Namun, menerima Rico, seorang lelaki yang sudah beristeri it is not an options.

Memilih kekasihnya yang masih single tetapi tidak percaya kepada perkahwinan adalah satu pilihan yang tidak bijak pula…lepas tu sekejap ada dan sepanjang masa hilang pulak. Buntu fikiran Anya…umur semakin meningkat, jodoh semakin jauh…

Bagi Rico pula, sudah hampir setahun dia memuja Anya dengan sepenuh kasih sayang…Rico teramat cinta kepada gadis itu walaupun cintanya tidak berbalas. Baginya, Anya adalah satu-satu gadis yang telah dapat membuka hatinya untuk bercinta lagi. Dan betapa kuat cintanya kepada Anya, walau berkali-kali kasih dan sayangnya ditolak, hasratnya terkandas, namun Rico terus-menerus menyayangi Anya…sehinggalah kebelakangan ini, Anya yang semakin menjauhkan diri, telah membuatkan diri Rico begitu sedih sekali. Hanya air mata yang menemaninya pada setiap malam kelam…

Bagitu juga Anya, mungkin dengan berkali-kali menolak cinta Rico, dia kelihatan gagah, keperibadiannya tegas, namun jauh disudut hati, Anya juga menyayangi Rico, dia juga selalu merindui lelaki itu, alangkah bahagianya dia jika Rico masih belum berkahwin. Tapi apakan daya, detik pertemuan Rico dan Anya, agak jauh terlambat…dan setiap kali Anya terfikirkan soal ini…kepiluan yang teramat sangat mencengkam hatinya, menghimpit perasaan…menangis sendirian…

“Apakah yang harus aku lakukan?…aku terlalu lemah…aku terlalu inginkannya, sayangkannya, tapi tak boleh…aku tak berdaya, aku tak sanggup …dia sudah beristeri, aku tidak mahu menjadi punca keruntuhan rumantangganya! Aku tidak mahu menjadi penyebab dia bercerai…aku tak mahu dia menceraikan isterinya…Oh Tuhan, tolonglah hamba mu yang lemah ini.”

Mungkin doa Anya, termakbul. Gadis itu telah menemui satu kekuatan yang amat jitu di dalam dirinya. Muncul keinginan di dalam dirinya untuk melawan perasaan cinta dan sayang kepada Rico. Lantas, hari demi hari…walaupun dia tidak dapat melupakan Rico, tidak dapat melupakan kasih dan sayangnya, budi bicaranya, cinta Rico kepadanya yang tidak pernah dirasakan dengan mana-mana lelaki lain ….NAMUN, dia terus melepaskan peluangnya berlalu pergi demi masa depannya.

Berkali-kali lagi dia membiarkan Rico terkapai-kapai mencari cintanya, Rico terbiar bagai lelaki tak bermaruah, bagai langsung tidak berharga…sehingga lelaki itu teramat sedih sekali. Percintaan Rico dan Anya terus pudar, makin lama semakin sunyi…sepi. Beberapa kali Rico cuba menghubungi Anya lagi…dia tidak putus ada, tetapi gadis itu terus menerus menghampakannya. Anya terus hilang sunyi dari pandangan mata. Rico jadi tidak keruan, …isterinya pula semakin hari semakin jauh…perkahwinan mereka masih terikat hanya semata-mata kerana anak-anak…

Dan akhirnya…Rico mulai terfikir yang segala pengorbanannya selama ini terhadap keluarganya dan juga kepada kekasihnya itu…semuanya sia-sia sahaja. Jelas sekali, Anya punya rancangan tersendiri yang tidak termasuk Rico, begitu juga isteri Rico yang terus mengejar cita-citanya yang juga tidak termasuk Rico di dalam perancangannya…Rico pula selama ini hanya memikirkan perasaan orang lain tidak hatinya. Dia berduka, dia lara…pilu…tak siapa yang hiraukan!

Begitulah kisah cinta Rico yang tanpa penyelesaian dan penyudah. Di sini bro nak beri you all 3 soalan yang mungkin boleh menamatkan kisah cinta tragis ini…

  • Apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah ini?
  • Apakah pula keputusan anda jika anda Rico?
  • Tidakkah anda merasa tersangat benci dengan Anya yang lemah?

“Cinta adalah satu cabaran…jika anda mengalah sebelum berjuang, nyatalah anda tidak layak untuk bercinta dengan sesiapa sekali pun!”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

20 Comments

  • KELIRU – Lama dah post ni tahun 2009 tak silap, but I still reply lah kat you kesian dengan kekeliruan yang you hadapi…

    First of all, JANGAN FIKIR ORANG LAIN DULU, FIKIRKAN HATI, PERASAAN DAN MARUAH DIRI SENDIRI DULU…

    Apa keluarga anda fikir jika mereka mendapat tahu yang anak mereka hanya settle for 2nd best? Tidak ada nilaikah anak mereka? Tidak ada orang lain yang hargaikah?

    Thats how normally keluarga fikir, kesian mereka.

    BUT SOULMATE is when you living together knows each other, not only good thing, but also bad things… until you tinggal serumah sebumbung bertahun-tahun, no one is your soulmate…

    Tak tahu lah if you do living together already all this years. BUT, single man are many more out there… why cari jalan susah? dan kalau dia betul-betul cintakan you, why 5 tahun bersama masih tak kahwin-kahwin? I wonder…

    Dont give excuses for him, or dont livin in denial… face the facts dont cloud yourself with empty promises…

  • keliru

    salam…

    sy bru terjmpe blog ni dan ingin memberi skt komen….

    sy jgk berada di tpt anya…bezanye sy tkde bf spt watak anya,sy cuma ade rico…watak rico jgk sama dgn jln cerita sy…

    ermmm sy ingin jd kuat spt anya..tp blm ade kudrat utk meninggalkan ‘rico’ krn between us mmg terlalu kuat…hanya allah sj yg tahu..tdk masa kn sy blh bertahan hampir 5thn….

    difikirkn kmbali mmg buang masa bg kmi…tp we love each other so much..at the same time,i dont want him to divorce his wife,n im not gonna be 2nd neither…kt sini ade konflik dlman hati yg harus sy leraikan..

    wallahualam….we really soulmate bro razzi….pls help….

    tq in advance…

  • risa

    saya x pasti da brapa lama blog ni di post tp sy baru je jmp blog ni..actually cerita yg bro love posted kan ni sedikit sebanyak ade kaitan dgn diri saya..saya berada pada watak Anya gadis yg jatuh syg pada suami org yg kisahnya tepat seperti Rico..dan sy telah mengambil jln yg sama seperti Anya utk tidak meghiraukannya walaupun sy sendiri terseksa..

  • Salam semua…

    Emm berat jugak kes rico ni eks…? Ade girlfren yang bagus… tapi die sendiri dah kawin.. tapi bini plaks buat hal… tapi dek kerana anak2 die masih maintain perkahwinan.

    Emm… cinta xakan datang kalau x dicari… cinta xkan berputik kalau xdipupuk… Nampak kat sini .. Rico pon ada salahnya jugak. Kalau rasa wife xbertanggungjawab.. atau semakin lupa tanggungjawab… tegur… apa guna Rico sebagai ketua rumahtangga…. kita sebagai nakhoda kapal… kitalah yang bertanggunjawab untuk membawa semua anak kapal kita ke destinasi… kalau nakhoda tak boleh nak bawa kapal dengan baik… bagaimana nak mengemudi kapal yang baru…? Masalah yang tetap sama akan timbul… jangan terlalu mengikut emosi.. jangan terlalu suka untuk menunding jari kepada orang lain… lihat dahulu diri kita.. mungkin ada kesilapan diri kita sendiri yang membuat isteri berkelakuan sedimikian..? Rico menyatakan isterinya lupa tanggungjawab… mungkin beliau sendiri lupa tanggungjawab dirinya kepada isteri dan anak2…?

    Musabahah diri kita… mungkin isteri rico seorang yang baik.. solehah.. tapi disebabkan rico yang lupa tanggungjawab.. membuatkan isterinay bertindak demikian… maaf kepada lelaki… saya pon seoran glelaki.. tapi dari segi pengalaman bersama rakan2 yang lebih tua umurnya daripada saya… Boleh katakan semua isteri2 mereka baik2.. anak pon baik2.. tapi dah sememangnya sifat semulajadi lelaki ni kot… yang suka mengorat.. dan sifat smeulajadi manusia yang xpernah puas dengan apa yang die ada membuatkan terjadi tragedi sedemikian… Pernah saya tnayakan kepada rakan saya ini… kenapa nak flirt dengan perempuan lain…? Katanya saja… busan.. bile balik rumah nak mengadap bebelan isteri kepada anak2… Tapi bagi saya tidak adillah…. sedangkan si isteri sama2 bekerja untuk membantu dirinya.. bile balik anak2 nakal… dilepaskan sahaja kepada sang isteri… mana pergi tanggungjawab…?

    Penceraian…? Satu jalan yang paling2 terakhir… Apa dengan bercerai kita kawin lain boleh menjamin kebahagian…? Mungkin ya… mungkin tidak… berbalik kepada perenggan pertama tadi.. kalau kapal pertama pon tunggang terbalik… ni pulak nak mengemudi kapal lagik satu… mungkin boleh tapi… kalau ending die bile ade probs jer flirt balik… die akan menjadi seperti roda.. dan anda mungkin mengulanginya kembali..!!!

    So fikir2kanlah…. sayangi diri sendiri.. sayangi keluarga… isteri dan anak2… ada masalah… bawak berbincang… “Berkatalah benar .. walau kebenaran itu pahit”… Memang sekiranya ada perbincangan dengan isteri mungkin sedikit percakaran akan berlaku… lakukan dengan matang…berbincang dengan baik… insyallah… akan diberi jalan dan petunjuk darinya… “Jangan terlalu diikut kata hati… nanti mati…” So tu jer lah kot… 😀

  • Sesuatu yang sangat penting kita terlupa di sini ialah, kita hanya manusia biasa yang hanya dapat merancang. Itulah pengajaran yang paling penting. Menyedari diri yang tidak sempurna. Sama seperti semua manusia di dunia ini yang agak lemah dan sentiasa melakukan kesilapan. Kita bukan Malaikat, kita bukan Tuhan…kita hanya manusia! Jadi, janganlah cepat menghukum sesama manusia, menghina, mengata dia tu salah, dia ni salah… Mereka yang berjaya adalah mereka yang mengaku kesalahannya, bukan mencari kesalahan orang. Apabila sesebuah perhubungan tidak berjaya aje, kita letak kesalahan itu pada pasangan kita…lihat diri sendiri di cermin dan list down your own mistake! Jangan sibuk mencari salah orang. Ask yourself, adakah kita tu sempurna? lawa, hensem, kaya, slim, ramai kawan, disayangi semua orang? ramai peminat? diingati oleh semua kenalan? 😉

    Janganlah pula kita terlalu ego dan mendabik dada, kita ada segala-gala kasih sayang, kita bijak menguruskan rumahtangga, kita pandai mengatur perhubungan cinta, kita tak perlu itu dan ini…kalau Tuhan nak tarik segala kekayaan, segala kasih dan sayang yang kita ada tuu…hmm, sekelip mata saja…

    RICO & ANYA sebenarnya kedua-dua lemah dalam menghadapi dugaan dari Yang Maha Esa ini. Apa yang dirasa mereka adalah sama… Melepaskan cinta, pasti menderita. Meneruskan perhubungan juga hampir pasti mengecewakan.

    Keputusan yang paling tepat untuk diambil adalah, belajar dari pengalaman ini untuk lebih berjaya di dalam perhubungan yang akan datang.

    Begitu jugalah kepada kita semua, jangan cepat merasa kecewa dari kegagalan percintaan yang lalu. Sebaliknya, teruskan cita-cita untuk berjaya dalam hidup dan bahagia di dalam perhubungan.

    Peluang yang hadir jangan sia-sia kan. Abadikan cinta yang bersemi itu dengan sepenuh kepercayaan yang anda akan berjaya dalam cinta. InsyaAllah jika kita terus cekal, suatu hari nanti, jodoh yang sebenar pasti hadir di dalam diri kita.

    “The bad things happen in love, will open your eyes to the good things you weren’t paying attention to before.”

  • Hamimy

    sad love story..
    agak same ngan i…

    tapi yang bezanya…
    sebelum i amik kputsan untuk lpaskan die..

    kata kata yang amat menyakitkan dilemparkan..

    sampai sekarang i xpenah lupa..

  • Especially for Achikz ~ the different between me and you is, I tak kasar bahasa, tak guna kesat bahasa dan menghormati orang. I rest my case.

  • GREAT ANSWERS FAESAL, Cayalah! Nanti bro dah dengar dari semua orang punya komen, I will give my opinion pulak.

    Mr Azman, apa lagi your turn 😛

  • Achikz ~ Look in the mirror and ask yourself that question, because its reflect your recent relationship,

    “Pasal apa you masih tergila-gilakan pada exbf you yang dah ada gf lain? mengapa you masih jumpa mak dia? mengapa you all masih calling papa and mama?

    all that lagilah confirm melukakan hati! To top that up…both of you are not married couple! Even worst!!

    Kalau married, you have many big reason why you still stay,…maybe because you manusia yang berperi kemanusiaan, maybe you tidak mahu kerugiaan masa bertahun bersama atau kerugian wang ringgit yang berpuluh ribu spend for wedding…kalau kahwin, you berkorban untuk your partner, whatever it is, you still have him/her.

    KALAU AKU RICO : When you put it have to think of myself, yes its come from me, If Im single! But if I have kids like RICO…it’s different already. Rico surely think of his children. Surely tak nak anak-anak dia brought up in a broken marriage, tak nak tunjuk separated parents.

    Have you ever imagine, mak dan bapa you bercerai SEKARANG? …APA YOU RASA?

    Well, bagi mereka yang bangga ada single parents tu, dah tak ada choice, ngaku ok je lah…the actual facts is, ….it’s hard!

  • seri

    my relationship is one of it.

    thank u
    byebye 🙂

  • achikz

    however i do believe that bercerai is the last resort… cuma sometimes i keep wondering, kenapa masih nk simpan benda tajam yg mmg kompem akan terus melukakan hati….??

  • kekekeke… because i saw the trap that’s y i cant coment so that fast…

    gua suker ar dgn komen dari bro faisal… xceli it was so reasonable to take the chance like that.

    RESPECTED to you la bro.

    Kreuger®

  • faesal

    PENGAJARAN
    sayangi diri kita sebelum menyayangi org lain.
    bersyukur dengan apa yang kita ada.
    berusaha dgn apa yg kita mahu bukan sekadar menharap.
    tak semestinya yg kita mahu baik untuk kita dan tak semua yg kita benci tak baik untuk kita, berfikir lah sebelum bertindak,berani buat berani lah tanggung sbb setiap taindakan pasti ada tindak balas.bagi aku yg pernah melalui, jika di beri peluang ingn aku perbaiki kesilapan , cinta kedua mmg indah tapi sangat menyakitkan,terlalu besar harga yg perlu dibayar untuk miliki cinta kedua,kepecayaan dari yg menyayangi kita akan pudar,,, bagai mana kah mahu hidup bersama jika tiada kepecayaan,, adoii ! sangat menyiksa kan.

    KALAU AKU JADI RICO
    aku akan kembali membina kebahagiaan bersama isteri dan anak2,, sbb aku pecaya semua maknusia ada rasa belas ada rasa simpati,minta maaf , walau pun ada hati yg terluka kerana perlakuan kita namun ambil lah peluang yg masih ada walau pun sedikit untuk perbaiki kesilapan,mmg kita lelaki boleh beristeri sampai empat,tapi soal jodoh ini di tangan tuhan, walaupun kita mampu zahir dan batin tapi tanpa izin tuhan tetap tak kemana. aku rasa ANYA ITU HANYA LAH KEMAHUAN DAN ISTERI SERTA ANAK2 ITU LAH CINTA.

    ANYA
    Anya juga ada perasaan,kemahuan dan keinginan, apa yg Anya lakukan sudah pasti nya adalah sesuatu yg difikirkan nya yg terbaik , walau pun bukan untuk diri nya tapi mungkin untuk kebaikkan semua,untuk rico, keluarga rico dan yg seangkatan dengan ricooo.Anya tak lemah , tapi kuat, kuat menghadapi dugaan dan kemahuan hati. yg nampak semakin lemah disini rico. cuma mungkin rico tak sedar atau tak mahu mengakuinya.yg pasti nya Anya tak lemah dalam memperjuangkan cinta nya, mungkin Anya tak mahu meletakkan diri nya pada sesutu yg tak pasti.

    * hey Rico! bersatu kita teguh, bercerai kita kawinnn lagiiii,, hee,he*

  • Your answers is still bias… typical women answers!

    It’s okay to you, for Anya to have two relationship at one time but not for Rico? Come on!

    And tak boleh maintain? How do you know for sure a relationship boleh maintain atau tak boleh? Nothing is sure in this world. You just have to work it out. Setiap manusia ada naluri, dah kahwin atau belum. Is that how you want Rico ambil pengajaran?

    “Jangan mulakan perhubungan jika tak boleh maintain?…Are you talking about your own relationship?”

  • seri

    pengajarannya? jgn mulakan berhubungan kalau tak boleh maintain?

    keputusan rico? let it go n get over with it? bisa?

    anya lemah? nope! benci utk apa?

  • Puan Seri : You see…macam-macam kejadian yang berlaku kerana perkahwinan tu hambar, so berilah suami you kahwin lagi satu. Barulah boleh dielakkan daripada semua orang membuat dosa. 😉

    And about kahwin lebih ni, like I said lah you bagilah contoh siapa pun, alasan apa you bagi sekali pun, It is allowed. End of story! Closed case!

    YOU ARE STILL OUT OF TOPIC THO’ , the questions is maintain :-

    1. Apakah pengajaran yang kita dapat dari kisah ini?
    2. Apakah pula keputusan anda jika anda Rico?
    3. Tidakkah anda merasa tersangat benci dengan Anya yang lemah?

  • seri

    mmg betul PERCERAIAN ADALAH SALAH SATU DOSA BESAR.

    but when a couple stay married, dan perkahwinan tu hambar…COULD BE suami/isteri itu berbuat dosa2 lain spt ada hubungan diluar
    bukan setakat hubungan biasa saja, malah ada yg sampai ke bilik tidur!
    ada juga yg hamil..kemudian buntu tak tau nak buat apa(kerana si wanita tu masih bersuami, anak yg dikandung tu jadi anak apa? nak gugurkan, tambah dosa lagi)
    (ini cerita benar, from WHI last 3weeks)

    lelaki islam dibolehkan bernikah up to 4 isteri,YES!
    contohnya; kiyai AA Gym dari indonesia, beliau kahwin lagi dgn ibu tunggal yg mempunyai beberapa anak, selain daripada issue sex, issue lain spt ingin membantu ibu tunggal dgn cara menikahinya.
    kes Rico, nak kahwin dgn anak dara.

    satu lagi, kahwin lagi utk mendapatkan zuriat itu no problem. tapi kalu current isteri tu sihat dan boleh melahirkan,alasan apa yg nak diberi utk kahwin lagi?

    dan kalu benar2 mampu zahir batin, kahwin lah lagi, BE MY GUEST 🙂
    ini tidak, baru 3 4 min dah pancit!
    material pun kenalah adil, kalu belikan isteri pertama VW, takkan nak belikan isteri kedua PROTON?
    adilkah itu?

    saya bukan membelakangkan ugama, bab kahwin lagi kaum adam nak berpegang kuat pada ugama. tapi si 2nd wife tu berpakaian separuh nude tak jadi masalah bagi dia..dia lagi suka, esp the public envy the wife body..bangga!

    wallahu ‘alam

  • I do expected typical answers from women, who never think of :-

    1. Betapa besarnya Dosa PERCERAIAN. Bayangkan jika tiang arash yang menongkat langit boleh bergoncang.

    2. Perceraian itu juga membawa bala yang sangat besar tidak tertanggung oleh manusia.

    3. Azabnya bukan hari ini, maybe 2-3 bulan akan datang, maybe 5-10 tahun akan datang, maybe anak-anak dia pulak yang tidak akan bahagia walau berapa kali kahwin, tidak dapat kepuasan dari perkahwinan itu, then bercerai, maybe anak-anak tidak dapat jodoh..mcm2 lagi bala dia tuuu…

    Jangan pandai-pandai dan suka-suka cakap saja pasal cerai beb. It’s the last result!

    Mana pengorbanan awak sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak? Fikir kebahagiaan you saja? Sanggup lihat anak-anak awak memiliki ibu-bapa yang berpisah?

    …inilah yang terjadi bila agama dibelakangkan.

    Im not saying Rico betul…dia juga ada salah dia, tetapi sekurang-kurangnya dia bertanggung jawab terhadap keluarganya.

    Bagilah alasan apa pun, keji dan hina whatsoever, BUT Having another person in his life is…allowed in Islam anyway. 😉

    Ok, bagilah jawapan yang bukan emotional sikit. Gua sembahyang jumaat dulu 😀

  • seri

    a very typical love story.

    dlm perhubungan yg mcm ni, it either u make it or break it.

    Anya has decided to leave, but Rico tidak menghormati keputusan Anya. I can understand that coz Rico may think a married man(like him) can get a replacemnt for Anya…ye lah siapa yg mau bersuami dgn suami org kan? anyone?

    Rico ni pun ‘itchy’, dah ada isteri masih nak flirt!
    kalu ye pun isteri tu tak sempurna penampilan, tak hebat diranjang 😉 didiklah isteri tu supaya jadi hebat!

    Rico is matured enough to buat keputusan, decide the best!
    get over it n done with!

    **Jgn sampai yg dikejar tak dapat, yg digendong keciciran

  • Salam bro and friend,
    Seriusly sure aku akan buntu kalau dalam keadaan Rico.

    For now tak boleh nak pikir lagi ape perancangan aku kalau aku berada dalam situasi Rico.

    Hopefully ade yg sudi membantu. Nak jugak aku tau care dan jalan penyelesaian terbaik pada situasi kali ni.

    So bro… memang kali ni gua serender… tak terimagine berada pada situasi RICO.

    Persoalannye pulak:- Sape curang? Sape abai tanggungjawab?

    I’ve start to thinking from now.
    Thanks so much for the input.

    Kreuger®

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending Posts

Edit Template

© 2023 Created with Royal Elementor Addons