Kadang bau rumput depan rumah yang baru dipotong… bau fresh itu, sering menusuk rongga nafas aku. Udaranya agak lega tika dihela, terus aku mendongak ke langit yang hampir mendung dalam kecerahan… mmm, best betul…
Namun, suasana berubah kelam sekelip mata, bagai menyedari ada sekelumit jiwa yang menanggung pilu di hujung taman…
Terpandang seorang wanita mungkin sedang menangis di depan rumahnya…
… teresak-esak kadang kuat kadang tersekat tangisnya, seperti sedih dan gembira bercampur aduk.
Bisik-bisik jiran membawang, dapat tahu rupa-rupanya, kehilangan suami!
Kesiannnn…
- Best part, bukan suami yang tinggalkan dia sehingga menangis begitu sekali…tetapi dia yang minta suaminya tinggalkan dia, tinggalkan dirinya dan anak-anak…
Kemungkinan sebabnya ada pelbagai… mungkin suaminya berlaku curang? Mungkin kaki pukul, penjudi, pemabuk? Mungkin juga suaminya telah menghabiskan semua simpanan wang mereka?
Nanguzubillah…
Entahlah apa sebab utamanya, mungkin sudah terlalu lama si isteri menanggung sabar… tak nak lah buat spekulasi lebih-lebih on that…
Cuma satu yang penting, apabila berlaku saat kehilangan sebegini, hanya pesan saya adalah,
- Menangislah sayang… menangislah sepuas hati mu…
- Menangislah sayang… gersangkan lah danau mata mu…
- Menangislah sayang… hilang dia bukan khilaf mu…
- Menangislah sayang sehingga saat mulai ke titisan terakhir air mata itu…
Lalu kau bangunlah semula, bangkit dari sungkur mu, bina gagah mu, angkat tabah mu, ujudkan semangat dengan senyuman sinis meninggalkan segala duka dan sengsara, kerna hari ni, adalah hari mu…janji mu untuk ke pentas dunia baru mu!
Sesungguhnya, tidak kau sedar, yang membuat kau menangis adalah kasih dan sayang dari Allah sebenarnya… pasti tanpanya, hidup mu kan berlarutan dalam kegelapan. Lalu bersyukurlah Alhamdulillah!
Begitulah TAKDIR… susah untuk kita ramalkan kerana hanya Allah yang tahu, kita hanya boleh merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya. Kita boleh kata kita nak hidup bersama hingga ke syurga, namun hakikatnya…
Jadi, menangislah sayang, tika dan saat sedih ini… redha dan move on… Move On today! 🌹
Take a break. Heal dulu.
Baca Ebook Razzi – 30 Hari Jaga Hati.
Love ❤️ ,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com






















6 Comments
airmata itu..teman dikala sengsara.senjata bg pendusta.dan ingatan buat yang terlupa akan kebesaranNya (”,)
air mata mungkin memberi kekuatan kepadanya untuk bangkit kembali..moga dia tabah
salam…
sy nak tny opinion u la. jika sesorg yg kte tgh kenal hati budi dia, tbe2 lama dia xcall or msg, then sy pn call dia, lps tu dia ckp dia suka saya call dia…tp dia mmg jarang call sy..blh sy taw pd pndpt u sbgi seorg lelaki, what it’s mean?
it is he serious with me or what, i’m so confused…
Enki – great lines tho’ awesome! i like…
Shima – Lelaki kalau serius, dia tidak akan buat you jadi confused pun, and you sure akan tahu feeling dia yang sebenar. IF you sendiri pun tak tahu… dan dia pula tak berminat nak beritahu,
means, he’s not that into you la rasanya 🙁
Through out my experience, lelaki selalunya tidak sabar untuk beritahu kepada girl tu yang dia syok kat dia or jatuh hati or suka sangat dan nak buat special. WHY?…
It’s because rasa takut dimiliki LELAKI LAIN, sebab itulah lelaki akan cepat-cepat nak beritahu feelings dia, so boleh CLAIM awal-awal you miliknya!
Jika itu tidak berlaku… meaning dia tak ada feeling kat you lah tu, sad to hear but it’s the truth!.