Cara 51 : Kod Rahsia Cinta

51

(Tip & Cara ini adalah petikan dari ebuku Cinta Razzi Rahman @ Brother Love yang TERBARU : 101 cara “How to keep Your Man!”)

Cara memikat or how to keep your man dengan cara ini very-very interesting! Yang ini, adalah satu reality game yang pasti menghiburkan. Memerlukan anda, berpakat bersama pasangan anda dan ciptakan kod rahsia cinta yang hanya anda berdua memahaminya. 😉

Sekiranya anda mencuba cara kod rahsia cinta ini, bro Razzi cukup yakin yang anda akan dapat menggembirakan pasangan anda. Dan yang paling penting, dalam masa anda mencuba untuk memikatnya dan mengembalikan kasih sayang yang mungkin selama ini sudah pudar…anda juga membawa kebahagiaan untuk anda sendiri.

Permainan realiti ini bukan hanya akan menggembirakan si dia, tetapi ia juga akan membuatkan anda ceria dan riang ria…entah-entah akan menggelikan hati anda sehingga mungkin terkencing dalam seluar hahaha  😛 …sorry, gurau je.

tip brother love : Bagaimana anda lakukan? Okey, anda boleh buat dengan berbagai-bagai cara untuk menjadikan kod rahsia cinta. Dari perbuatan, dari keluhan, dari pandangan dan sebagainya.

Nak tahu bagaimana cara bro Razzi sendiri punya kod rahsia cinta? Mudah je, jika bro menarik telinga kanan, maknanya, “I love you” …jika mengenyit mata kiri, maknanya, “I miss you” …gosok bahu kanan, “nnnaaakk lah tu” hahaha…

Mungkin bunyinya macam mengada-ngada kan, tetapi…to me it is sweet. Mungkin sesetengah pasangan akan merasa malu. Tetapi jika anda beranikan diri dan letakkan segala-gala perasaan negatif, sebaliknya mencuba dengan berbagai-bagai cara kod rahsia ini….peeweet!! Anda pasti dapat mengeluarkan rasa cinta si dia yang terbenam selama ini.

Cuba ….dengan hembusan, sentuhan, geseran. Cuba juga dengan bunyi-bunyian, tepukan, hentakan….dan letak ERTI kepada setiap perbuatan anda berdua.

Hehehe…dengan kod rahsia sebegini, hubungan anda berdua akan bertambah menarik dan lain dari yang lain. Tapi kalau marah? Macamana kod dia?…tunjuk aje penumbuk!! Hahaha 😀

Anda suka dengan Tip & Cara ini? …Ada 101 cara lagi untuk membuatkan pasangan anda semakin terpikat, bertambah sayang dan inginkan anda lebih dari biasa di dalam ebuku 101 cara “how to keep your man” sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila klik di sini!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *