Cinta & Perkahwinan Catriona Ross

Aku dan T or Catriona Ross yang kau orang kenal…sebenarnya tidak pernah menyembunyikan tali persaudaraan kami. Sejak dulu…kami sentiasa in the open, dalam magazine, in my blog, everywhere…memang stated, aku bapa saudaranya dan dia adalah anak saudara, who is anak my own lovely sister, Siti Zawiah.

Inilah rumah tempat aku dan Cat dibesarkan

In such a way, kami amat rapat…maybe kerana kami dibesarkan bersama sejak Cat baby lagi. Dulu-dulu, akulah yang membasuh lampinnya haha 🙂 …dan akulah yang selalu mendukungnya ke sana-sini. In a way, aku tidak pernah merasakan aku ni bapa saudaranya, sebaliknya Cat bagi aku…bagai adik kandung sendiri. Mungkin juga kerana umur kami tidak jauh beza 😉  …tapi, yang main thing, maklum je lah aku ni ‘Ayah Su’ so I dont have a younger sisters or brothers…

Selepas solat hajat sebelum hari akad nikah

Sejak kecil, kami suka sangat berbual tentang cinta dan relationship. Tapi yang paling kami suka adalah mengacau! Yup… Cat suka sangat menyakat aku…aku pun suka menyakat dia. Hinggalah ke hari ini, tengok je lah dalam gambar ni, tu baru lepas solat hajat tu 😛  

Selepas akad nikah – Astro Awani sedang menemuramah Cat & Shahar

Sebenarnya, hingga ke malam solat hajat itu, aku masih tidak menyedari yang ‘adik kesayangan’ aku ini bakal menempuh gerbang perkahwinan, bakal menyusuri hari-hari sebagai seorang isteri. 

Razzi Rahman

Sehingggalah saat akad nikah yang dilafazkan dengan sekali lafaz oleh suami Cat, Shahar… baru lah aku menyedari yang Cat bukanlah adik kecil aku lagi…

Bergenang mata aku seketika… menitis sedikit air mata yang aku sendiri tidak faham mengapa. Sudah tentu, akulah orang yang amat gembira dengan pernikahan Cat, setelah berbagai dugaan antara hidup dan mati diharunginya. Oh Ya Allah… besarnya ujian dari mu demi mengecap kebahagiaan ini…

Air mata yang ku anggap air mata gembira ini juga menyesakkan nafas dan membuatkan dada ku sebak lama… Aku terasa seolah-olah, bagai melepaskan anak, bagai kehilangan seorang adik kesayangan…

Aku & Kak Yan andam memayungkan pengantin

Whatever it is… aku tidak pernah terbayang saat ini hadir jua. Malah aku sungguh berbangga dengan Cat kerana akhirnya telah menemui seorang lelaki yang aku sendiri amat menghormatinya dan begitu menyukai akan sifatnya yang cukup baik pekertinya dan amat sopan berbicara serta pandai pula berjenaka. Nowadays, it’s very rare to find that sort of man!

Pandangan dari sudut depan makan beradab, really facinating!

Perkahwinan Cat to me, bagai a fairy tale…bagai di alam fantasi yang ujud di dunia realiti. And because of that, aku teruja lagi, aku sebak lagi dan terpana sendiri. Kadang aku bertanya, “real ke tak ni?” …dan sudah pasti jawapannya, it’s real!

Makan beradab

 

Pelamin “Magical East meet west” – sangat unik!

 

So loving each other… “naaaak jugaaak!” 😆

Well, segala-galanya sudah selesai, tanggal 26 june 2009 Cat & Shahar telah selamat diijab-kabulkan, dan aku menjadi saksi pernikahan itu… yang disusuli persandingan keesokan harinya. Alhamdulillah!

Di sini, apa yang aku boleh ucapkan…

“What a journey babe, and Cat… I wish you and Shahar all the best! Coming from me, best means greatest of all! I wish both of you live happily ever after…with full of love and all the happiness in the world…beyond. As for me…I’ll always be your uncle and your brother… stepping out from the circle watching you from far. GOD BLESSED T!”

Catriona Ross @ Blog Razzi Rahman

finally, …special pose untuk semua 

Kepada semua bloggers brother love, visitors, fans, friends… Sekiranya anda juga ingin mengucapkan tahniah atau pesanan kepada Catriona Ross, seperti biasa… ruang komen tersedia di blog post ini. Penuhilah dengan kata-kata yang indah, manis serta menggembirakan.  Terimakasih. 😉

To see more pictures, click here

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *