Tergamam seketika di facebook semalam, tepat pukul 1 pagi, ada laaa seorang kawan wanita saya ni yang kenal dengan my ex girlfriend, sudah kasi itu tag sama Bro Razzi di gambar perkahwinan my ex gf tu aduuhhh…

Tertengok gambar dia yang baru saja kahwin, tersenyum bahagia dipimpin suami di jinjang pelaminnya, berderau darah seketika, terhela nafas, mengeluh panjang berkali-kali cuba melegakan dada yang bagai tersumbat mampat!

Sedih? Frust? Remuk di jiwa? Pilu? ALL yes! 🙂 … ya mungkin semua tu ada yang Bro Razzi rasakan. Dan dalam hati kecil ku pula berkata, “Errghh, kahwin juga dia akhirnya… bestnya kalau aku yang dapat kahwin dengan dia…emm, sudah takdir… aku dan dia tidak dapat bersama.”

  • – Tidak pernah pun terbayang yang dia boleh mengahwini orang lain sebenarnya, jadi bila melihat dia benar-benar dah kahwin terasa seolah-olah macam tak percaya…

Tapi okaylah, lelaki pilihan dia pun bukan duda, bukan suami orang, bukan tua, tetapi lelaki single yang punya karier, dan hensem pula. Alhamdulillah… semuga ianya berkekalan ke akhir hayat.

  • – Namun, tipulah jika Bro Razzi katakan tak ada rasa apa-apa, atau no hal, atau small matter lah… Jauh di sudut hati, kecewa juga, sedih pun ada… sedikit jeles hehe 😆

Yang nyata, walaupun kita sudah bahagia di samping yang tercinta… tetapi jika CINTA LAMA itu sebenar-benarnya cinta, sebuah cinta yang sejati, cinta yang abadi… PASTI kita masih terasa di jiwa, masih hangat di sanubari dan kemanisannya tetap diingati.

Tak pelik rasanya jika Razzi masih mengeluh dan menghela nafas panjang semalam setelah melihat gambar bahagia dia bersama suaminya di jinjang pelamin… kerana, cinta ku padanya adalah cinta sejati.

Namun tidak semestinya untuk memiliki, tidak semestinya hanya dia untuk saya, tetapi sekadar menghargai saat itu, memuja keindahan cinta, merasai sesuatu yang hanya kita dapat menggambarkan sayunya sebuah kenikmatan cinta yang tidak kita miliki…

Adakah saya gembira? Sudah tentu, tidak. Tetapi, adakah saya mahu MERATAPINYA? TIDAK SAMA SEKALI! Apa yang sudah lepas tu lepaslah. Saat itu tidak akan kembali lagi… segala-galanya sudah berubah. MASA LAMPAU sudah berlalu,  yang penting hanyalah masa SEKARANG dan MASA DEPAN.

Final note for ‘A’

“Hey babe, I wish you have all the happiness in the world, I doakan insyaAllah you dan dia bahagia kekal abadi. – I may have been mad about you for not giving me a chance anymore to love you before, but I’m glad… if it’s not for you, I’m not gonna be who I’am today… so, Selamat Pengantin Baru! Semuga Allah berkati perkahwinan mu sayang…”

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…

p.s. : Ketahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut – klik di sini