“Apakah cinta anda sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?”

MERDEKA bermaksud…kebebasan atau lebih tepat lagi, bebas dari dijajah! …Apa yang ingin Bro Razzi perkatakan this time around adalah tentang cinta yang merdeka! Yang mana ianya juga bermaksud :-

~ Cinta yang bebas dari dikawal secara paksa
~ Cinta yang bebas dari dijajah secara mental.
~ Perhubungan cinta tanpa terpaksa merasa risau dicurangi.
~ Perhubungan cinta tanpa rasa takut akan kehilanga orang yang kita sayangi.

Jika perhubungan cinta anda tergolong di dalam list di atas, maka you’re the most luckiest person kerana memiliki Cinta yang Merdeka.

Actually, syukurlah kerana ramai diantara kita yang sudah pun memiliki pasangan. Namun, cuba lihat semula perhubungan cinta anda. Adakah cinta anda itu sebenarnya masih dijajah atau sudah merdeka?

I bet, cukup ramai yang memiliki cinta tetapi cinta yang masih dijajah!! Walaupun sudah sekian lama bersama, anda masih takut, risau, gelisah, dan selalu tertanya-tanya :-

  • Apakah perhubungan anda selamat?
  • Apakah pasangan anda curang?
  • Kemanakah dia pergi semasa aku tiada?
  • Mengapa dia tidak semesra dulu?
  • Mengapa hanya aku sahaja yang beria-ia sekarang?
  • Mengapa dia sudah tidak menelefon seperti masa mula-mula bercinta?
  • Apakah masih ada cinta? Apakah dia masih sayangkan aku?

Semua persoalan diatas ini adalah disebabkan anda memiliki cinta yang dijajah secara mentally dan cinta anda masih TIDAK MERDEKA!

Kerana, setiap perhubungan yang memiliki cinta yang merdeka, mereka… :-

  • Tidak terfikir pun pasangan mereka akan berlaku curang.
  • Tidak merasa hambar pun di dalam perhubungan.
  • Mereka tidak akan melalui masalah tentang tiada calls, tiada balasan sms.
  • Mereka juga saling merindu walaupun baru sahaja berjumpa.
  • Ingin sangat untuk dating, bertemu, dinner or lunch together setiap masa kalau boleh.
  • Kerana hangatnya cinta, mereka sentiasa berhubung, walau di mana pun berada.

Ini memberi makna pasangan itu memiliki cinta yang Merdeka, bukan terjajah dengan berbagai rasa yang mencurigakan hingga pasti menyakitkan hati!

SOLUTIONS : Sempena Hari Merdeka esok, please bebaskan diri anda dari dibelenggu di dalam perhubungan cinta yang dijajah secara paksa ini! Minda anda turut dijajah sehingga memaksa anda meninggalkan kehidupan normal anda, menjauhkan diri dari keluarga dan sahabat handai….hanya untuk dia yang langsung tidak menghargai anda!

Make your first step today, dengan menerima hakikat yang pasangan anda BUKAN untuk anda dan TIDAK AKAN  membahagiakan anda. If not, anda sudah lama Merdeka! Be strong dan KELUAR dari penjajahan ini!

Dengan ini juga Bro Razzi ucapkan selamat menyambut, 31 ogos 2010 hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia yang ke 53. Semuga diri kita dan minda kita semua tidak dijajah lagi! 😉

Salam Hormat
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com