Razzi RahmanOrang tua kata, “jangan menyanyikan lagu-lagu sedih selalu, nanti ianya menjadi kenyataan”

Rembulan kesiangan begitu menghantui hidup bro selama ini. Kadang-kadang terasa gerun menyanyikan bait-bait awal itu kerana ianya seolah-olah benar-benar kena dengan hidup saya…Bro yakin ramai yang telah menempuhi kejadian seperti dalam lagu ini,

“Bila terang ramailah yang datang, dan bila gelap gelita…hilang kasih hilanglah Saudara…”

Betul tak? Sedih kan…tapi minggu ini lagi menyedihkan bro sebenarnya. Di sebalik berbagai kejayaan ada kejadian yang memilukan terselit…

Sudah hampir 8 bulan website Kunci Cinta.com dilancarkan, sambutannya begitu hangat sekali. Berbagai-bagai rancangan pula terlaksana dengan begitu cepat sekali. Semuanya tentulah mengikut pelan yang lebih kurang 2 tahun Bro sendiri rancangkan.

Bukan senang mengendalikan satu blog cinta itu. Apatah lagi mengendalikan 2 blog sekaligus sekarang ini. Berbagai-bagai kerja yang bertimbun-timbun harus diselesaikan mengikut timing yang betul demi menjayakan setiap topik baru. Bersama gambar-gambar yang menarik dan info yang fresh dan unik.

Kini dengan munculnya produk-produk baru lagilah bertambah kerja Bro. Namun sedikit pun bro tidak mengeluh kerana terlalu gembira sangat dengan pencapaian Kunci Cinta.com berserta bloggers yang sentiasa memberi sokongan padu. Namun, tentulah keletihan dan kepenatan pasti menolak saya terhimpit ke dinding sendirian.

Namun, demi untuk lebih berjaya lagi, …baru-baru ini bro telah arrange kan satu pertemuan dengan DJ Radio Kelantan FM yang kemudiannya cukup gembira dan bersetuju untuk buat dua interview, satu dengan bro sendiri dan satu lagi bersama Cat.

Hati kemain lagi gembira kerana dapat juga kembali ke udara di radio setelah sekian lama menghilang. Di samping itu dapat juga mempromosi blog dan memberi peluang kepada Cat untuk bercerita tentang kariernya setelah terlibat di dalam kemalangan…

Tetapi, berita gembira itu hanya sementara sahaja apabila Dj itu telah datang berjumpa dengan bro keesokkan harinya dan memberitahu yang bossnya hanya mahu menemuramah Cat sahaja untuk kedua-dua minggu. Hanya lagu bro sahaja yang akan dimainkan tetapi bukan temuramah bersama Razzi Rahman…

Uuhhh…hati mana yang tak terasa? jiwa mana yang tak terkecewa…pedih hati tak terkira, sedih tak terkata. Seolah-olah apa yang selama ini dinyanyikan menjadi kenyataan, seperti lagu saya Rembulan Kesiangan…

“Bila terang ramailah yang datang, dan bila gelap gelita…hilang kasih hilanglah saudara…tinggal ku sendiri…diburu ilusi, tak siapa peduli entah hidup atau mati…”

Bro sedar…siapalah diri ini…sedih memang sedih sangat apabila orang sudah tidak pedulikan kita lagi. Namun, bro berbangga dengan usaha bro selama beberapa tahun kebelakangan ini untuk mencari dan mencapai kejayaan itu. Jadi, walau bagaimana sekali pun bro gembira kerana Cat tetap diberi peluang di radio tempohari dan bersama lagu Nostalgia Rembulan Kesiangan yang diputarkan setelah 10tahun tidak berkumandang,…titis-titis air mata jatuh juga mengalir di pipi ini…ahhhh…

Hanya anda semualah sahaja yang memahami…, hanya anda bloggers2 dan peminat setia saya yang dapat memberi ketenangan dan menggembirakan hati saya, tanpa anda…segala yang berlaku di belakang tabir kegembiraan ini akan terus dipenuhi dengan duka dan pastinya akan terus melukakan hati kecil…

Jadi, apa yang sebenar saya ingin katakan di sini ialah… terimakasih yang tak terhingga. Terimakasih kerana terus berada di sini, terus bersama Razzi Rahman. THANK YOU!