Anda mungkin sedang dilamun cinta, anda juga mungkin dapat merasai yang anda amat dicintai pasangan anda yang selalu membuatkan anda happy…sebelum ini. Anda mungkin rasa yang anda masih ada pasangan walaupun, dia jarang di sisi.

NAMUN kenyataannya? Adakah anda benar-benar sedang bercinta? Adakah pasangan anda memang masih milik anda? Atau anda hanya hidup di alam fantasi rekaan anda sendiri?

Situasi inilah yang selalu merobek jiwa seseorang apabila sampai masanya, tiba-tiba anda kehilangan orang yang anda anggap insan tercinta selama ini. Untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku, apa yang anda perlu lakukan adalah, MENGECAM atau MENGENALI… adakah pasangan anda itu, SUDAH BERSEDIA atau belum!

The fact is, Dia BELUM BERSEDIA jika…

  • – Dia MASIH TERINGAT-INGAT kepada bekas kekasihnya, atau masih bercakap-cakap tentang bekas kekasihnya. Masih nak bercerita, berbual mesra dan mengenang kenangan terindah bersama ex nya, sedangkan dia sudah couple dengan anda, – That means dia BELUM betul-betul bersedia untuk ada sebuah perhubungan cinta yang baru.
  • – Dia SELALU BERALASAN. Orang sebegini, lebih baik buang saja. Aura negatif luar dalam dirinya, hanya akan mengheret kita terjerumus ke lembah kesulitan yang mendalam. Sehingga kita tenggelam tanpa arah tujuan. Kejayaan dan kebahagiaan juga susah untuk dicapai kerana terlalu BANYAK ALASAN darinya. Selagi dia tidak sedar perkara itu, selagi itu dia belum bersedia untuk mempunyai sebuah perhubungan cinta.
  • – Dia TIDAK PASTI samada perhubungan itu adakah cinta atau persahabatan. Dia juga TIDAK PASTI samada boleh bercinta atau tidak. Malah dia tidak dapat membuat keputusan apa-apa lagi. Obviously dia belum bersedia kerana dia sendiri pun tidak sure dengan perasaan dirinya sendiri.
  • – Dia TIDAK DAPAT MEMILIH! Antara you dan yang seorang lagi tu, kedua-duanya dia sayang, kedua-duanya dia cinta. Sehinggakan dia siap cakap, nak go on with both of you… hehe, best je kan, belum kahwin pun dia nak pasang dua. Dan you pun terima lah kerana sayang… WELL, – Jelas sangat dia tidak bersedia untuk mempunyai masa depan bersama anda.
  • – Dia MALU dan TAKUT, untuk mengaku anda adalah kekasihnya. Dia juga takut untuk beritahu pada keluarganya yang you adalah orang yang dia cintai. Sehinggakan dia sembunyikan perhubungan you all dari pengetahuan sesiapa sahaja. – Dalam Islam, kita menggalakkan setiap perkahwinan, atau perhubungan, diwar-warkan umum agar, tidak berlaku FITNAH! Also, agar setiap pihak dapat berlaku adil dan jujur. Jika sembunyi, takut dan malu, itu hanya mengundang TIPU DAYA, di mana jika berlaku perkara yang tidak diingini, dia boleh lepas tangan. Jadi, nampak sangat dia tidak bersedia!

So, ORANG YANG BELUM BERSEDIA ni selalunya..

Tidak akan mahu berkahwin dengan anda, percayalah! Macam-macam jawapan yang dia bagi untuk mengelak dari berkahwin…Jika dia benar sudah bersedia, tak perlu tunggu you, dia yang akan bersungguh-sungguh, dia yang akan tergila-gila dan asyik syokkk nak bersama dan nak cepat-cepat kahwin!

JADI, adakah pasangan anda dalam mana-mana kategori di atas? Nanguzubillah… but jika ada, PLEASE BE SURE… adakah dia ingin berubah, berikan FINAL CHANCE to change, if not… MOVE OUT!

Dalam duk happy-happy, gelak ketawa tu… kita kena bersedia untuk serius dalam perhubungan, bersedia untuk memikul tanggungjawab dan bersedia untuk berkahwin! Kalau tak nak semua tu, then maknanya, mereka sekadar nak main-main je la kan… Kalau sekadar, ‘Ada jodoh ada laa’ – ‘Kita tengoklah nanti’ – ‘Kita masih muda lagi…relek luuu’

Baik tak payah nak bercinta!! Buat dosa je duk berkepit sana-sini, kahwinnya tidak! – Jadi, tanya pada diri anda sendiri, “Adakah dia sudah bersedia?” …kalau anda sendiri pun cuak semacam je, tak berapa nak yakin dengan dirinya, gelisah je selalu, wondering…wondering…  “Ishh… dia ni nak kahwin dengan aku ke tak nak ni… ke dia nak main-main je?” Hehehe… kalau sendiri pun dah gusar, gelisah… maknanya, tidak ada cahaya lah dia hujung lorong yang gelap itu!

  • BE STRONG untuk membuat keputusan untuk lari dari ‘PENJARA’ itu. Breakout from that torture chamber, tabah, gagahkan diri, naikkan semangat dan tell youself, “AKU LEBIH BIJAK DARI TERUS DIPERBODOHKAN DI SINI!” …and GO!

p/s : Razzi Rahman adalah penulis 2 buku cinta popular KAMUS CINTA & NOTA CINTA – Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…