Rasulullah S.A.W pernah bersabda yang membawa maksud :-

Dan jika wanita yang menunggu suaminya pulang, lalu disapukan mukanya, dihamparkan tempat duduknya, menyediakan makanannya, merenung suaminya atau memegang tangannya, memperelokkan hidangannya, memelihara anaknya, dan memanfaatkan hartanya kepada suaminya kerana mencari keredhaan  Allah. MAKA…

disuratkan untuknya akan tiap-tiap kalimah ucapannya, tiap-tiap langkahnya, tiap-tiap renungannya kepada suaminya itu sebagaimana memerdekakan seorang hamba.

(Hadith Riwayat Mas’ud)

Amacam? ada faham ke tak berapa faham? 😀 Basically, maksud Rasulullah S.A.W tu…sekiranya seorang wanita benar-benar taat kepada suaminya, amat menghormati suaminya MAKA …balasannya confirm syurga lah! Because, balasan kepada mereka yang taat pada suami tu, bagaikan memerdekakan hamba tu seumpama mengislamkan orang kafir, which is terhapus segala dosa….bagaikan baby balik haaaa….terus masuk syurga lah (kalau tak buat dosa lagi laaa kalau buat …neraka gak ahaks!! 😆

Sedikit story bro nak share about me and my wife before kahwin…

Alkisahnya…kami bercinta deep setelah bertunang! Kenal 2 minggu je and we decided to spend our lifes together…terus merisik and 1 bulan kemudian bertunang…6 bulan kemudian kahwin and continue bercinta setelah kahwin…best!! nak buat apa pun HALAL! 🙂 , and now dah almost 9 years ups and down still kahwin! 😉

Mengapa begitu cepat bro buat keputusan? Very simple answer! …kami bercinta di depan keluarga, di rumah…tak ada dating-dating. Bro tak ada cerita banyak punya…Im serious so, terus datang jumpa ayah dan mak dia, adik-adik dia…

My wife pulak, sebelum kahwin tuu lagi, mempamerkan ciri-ciri seorang isteri. Jadi, sewaktu bro melawat di rumahnya,  dia dan ibunya serta adik-adiknya telah menyediakan berbagai-bagai perkara yang hampir sama di dalam hadith di atas! Seumpama melayan seorang suami yang tengah letih setelah pulang berkerja! …macamana bro tak terpikat terus?! 😛

Now you all see??…apa yang bro maksudkan dari artikel sebelum ini, “Apa Lelaki Mahu?” Wanita tidak perlu berkahwin dahulu baru nak berubah jadi ‘Isteri’ …wanita seharusnya sedari awal lagi sudah “GOT IT IN YOU”

The problem is, wanita nowadays…tidak bersiap-siap kearah menjadi seorang isteri. (Yang dah jadi isteri pun, tak macam isteri) Sebaliknya, wanita sekarang lebih mementingkan diri disayangi lelaki, dirindui kekasih, dibelai dan disuap dengan kata-kata cinta…which is all that ARE NOT IMPORTANT!

YANG PENTING… adalah persediaan diri anda, keperibadian anda, maruah anda, persiapkan diri anda terlebih dulu agar dilihat mahal, amat berharga, punya ciri-ciri wife material…barulah anda akan disayangi, dirindui, dicintai lelaki…tok sah cakap rindu, sayang, kata-kata cinta and all that caring lah…lebih pada tu lagi anda akan dapat!!

“Biar ciri-ciri seorang ISTERI abadi didalam diri anda dan JANGAN sesekali bercinta tanpa keluarga, tanpa ibu dan bapa, agar anda lebih dihormati!”

Bagaimana seorang lelaki mahu menganggap yang anda adalah wife material, berharga, wanita yang mahu dia hidup selama-lamanya dengan anda jika anda dan dia asyik main kut luar je? jika ibu dan bapa anda pun dia tak kenal?…

YES! anda boleh keluar dating…bukan tak boleh. Tetapi, sebagai seorang gadis/wanita anda seharusnya memperkenalkan pasangan lelaki anda kepada ibu dan bapa, adik beradik, sedara mara…agar dia tidak mempermainkan anda.

Ada yang tanya bro, “Kalau dia tak nak jumpa keluarga saya macamana?”

My answer simple je, “Cari boyfriend lain yang mahu jumpa keluarga anda!”

Jika dia berani jumpa keluarga anda pastinya dia juga menghormati anda sebagai pasangan yang bakal dinikahinya nanti! Kalau hancur gak mamat tu, walau dah kenal your family…itu maknanya, lelaki tu memang tak bermaruah lah…tinggalkan dia sekarang! Ok? 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com