Sepanjang minggu ini, saya begitu terasa diri ini disayangi. Orang yang saya kasihi benar-benar mengambil berat tentang diri saya. Namun, …sebagai seorang manusia biasa, sudah pasti …kasih dan sayangnya itu tidaklah sebagaimana yang saya harapkan. Malah…ada banyak lagi perkara-perkara yang saya kurang puas. Ada beberapa perkara lagi yang tidak, “Lift up to my expectations…” BUT….

Saya amat menghargai perubahannya walau sedikit. Saya hargai, usaha mudahnya untuk bahagia bersama saya. Saya hargai loving and caring nya yang tidak seberapa, really… semuanya saya hargai KERANA, Saya hargai hidup ini!

Apakah lebih penting pada pendapat anda? Anda yang penting? cinta yang anda curahkan? atau secebis usahanya untuk bersama anda? …mungkin kenangan manis bersamanya yang penting bagi anda?

Hmm…anda mulai terfikir macam-macam kan, yaa…apa yang penting sebenarnya. Well….teman-teman semua, yang penting bukan anda, bukan saya…bukan perasaan anda, bukan cinta anda, TETAPI, yang lebih penting adalah hidup ini. ITU YANG LEBIH PENTING.

“Jangan persiakan hidup ini …sebaliknya hargai hidup ini!”

Benda-benda remeh temeh ni jangan ambil hal sangat. kecik punya hal jangan nak melenting tak tentu pasal, nak baran je…apa untungnya??… jangan sibuk nak tak puas hati je…bersyukurlah dengan apa yang anda ada. Jangan sia-siakan masa bersama dengan yang tersayang dengan pertelingkahan…buang masa beb! isikan masa emas anda bersama dengan saling menghargai diri masing-masing…itu lebih menyeronokan 😉

Anda mungkin berada di dalam situasi seperti dibawah ini ?:-

  • Kecewa dalam percintaan
  • Kekasih anda membiarkan anda tanpa sebarang berita
  • Gagal menambat hati si dia
  • Gagal di dalam mendapatkan pekerjaan yang baik lalu asyik bertengkar dengan kekasih
  • Tidak mendapat keputusan peperiksaan yang bagus lalu menyalahkan gf/bf
  • Tidak bijak untuk mengambil hati si dia, lalu wondering takut tidak disayangi
  • Ditinggalkan kekasih setelah bercinta sekian lama

Jika anda berada di dalam situasi ini, fikirkan sejenak…apa yang lebih penting? fikirkan sedalam-dalamnya… dan tanya diri anda,

“Adakah dengan meratapi kegagalan itu serta terus memikirkan kekecewaan itu, maka akan hilang segala penderitaan yang anda rasai atau ianya akan bertambah teruk lagi?”

Sudah pastinya ia akan bertambah teruk lagi, kan?! 😉 …so thats why, Bro punya nasihat selalunya, kalau kecewa…terus buka lembaran baru, kenali orang baru, mulakan kehidupan baru!! Barulah hilang kekecewaan itu, barulah itu namanya…menghargai hidup anda! 

JADI…ada lebih baik anda lihat kepada ‘A bigger picture’ yang mana…ianya jauh lebih baik jika anda menghargai hidup ini dengan lebih lagi agar anda dapat menjalani hidup yang lebih sempurna!! Malah, jauh lebih baik lagi jika kita bersama-sama kawan dan sahabat handai hargai hidup simple kita tu…agar hidup kita semua lebih bermakna!!

*PENTING* :- Tontoni Gala Tv, channel 501 Astro Awani 16hb disember ~ First time Razzi.Muz.Ik ditemuramah live on Tv! 🙂

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com