Khamis, 22 Januari 8.30 pagi, Sri Pentas.
Seram sejuk juga kami, kumpulan Razzi.Muz.Ik yang terdiri dari Bro Razzi Rahman, bro Muzamil and Irfan Khairi melangkah ke set MHI TV3 untuk membuat persembahan. Buat pertama kalinya Razzi.Muz.Ik muncul di TV membawa lagu hit “Selamanya” … macam kecut je perut ni hah!!Β Hehe π Tapi masing-masing buat cool je, dan later tuu Alhamdulillah, kami berjaya melalui saat getir itu hehe… so, istimewa untuk anda, terimalah….
Segmen seterusnya, Interview laa…hehe, as usual…band leader kita, Bro IK selalu pesan, interview kita buat santai dan enjoy it. So, the interview with pengacara terkenal Abby & Fedtri is great though. Thank you to them and producers of TV3 for inviting us, and we had fun…hope you guys yang tengok ni pun sama-sama Enjoy! Jangan lupa, layari www.razzimuzik.com
*Personally, bro Razzi ingin ucapkan terimakasih banyak kepada semua yang selalu mengunjung blog brother love ni dan sentiasa menyokong bro dan rakan-rakan dalam Razzi.Muz.Ik. Semuga, lagu SELAMANYA ini menjadi lagu ikatan persahabatan kita bersama, menuju bersama, gemilang bersama…SELAMANYA!
Kalau nak baca more about Razzi.muz.ik, dapatkan majalah MASKULIN FEB 2009. Ada cerita mengenai kami bertigaβ¦ π
29 Comments
Assalamualaikum RazziMuzIk..
Wauuu…Handsome2 My Brothers nie,Nice your performance at MHI.I will support the RazziMuzIk Band,Good Luck For your all.
Nasib baik le saya tido time tu,kolo saya sempat tngk Bro sume..Saya akan call tu, nak ucapkan semoga RazziMuzIk Berjaya.
π
Boby ~ You memang no1 fan blog bro lah! π Always… you lah orang yang pertama memberi komen. I salute you Boby!
Thank you so much for your support towards Razzi.Muz.Ik, GUA CAYA LU!
Setuju cam dlam interbew tu bro, sore bro makin matang arr…xcam dlu, jambuu wakaka!!!
Oopss lupe, lagu baru ni caya gak arr, and cam boby kate, handsome2 arr band nihh, goyang iman!!! π
tapikan bro, u mcm malu2 sikit that morning..
y eh?
Seri ~ Kalau you ada kat depan I masa tu barulah i kurang malu π Hehe…
The facts is, Razzi Rahman ni pemalu orangnya, penyegan. Walau dah beratus kali muncul di TV, di pentas, dan pernah memasuki pertandingan akhir muzik-muzik dengan lagu Syakila, pernah menyanyi di depan 50 ribu penonton konsert pujaan 10, hakikatnya I masih nervous giler dan tersangat malu :D…
Hanya dengan kata-kata semangat dari peminat or wanita seperti you that makes me stronger …and the long lost friend π
Jem ~ Thank you for your support. Tang suara jambu tu hehe… biasalah, belasan tahun lagi masa nyanyi dulu tu π
p/s : kepada semua yang meminati lagu terbaru bro ni, kalau free2 tu, buatlah request kat radio, baru member π
cayalah bro..!!
gd luck 4 RazziMuzIk!!
tiga2 comel2 n best…hehehe :p
Salam Semua….
Thanks Bro… π
Betul gak tu Bro,mst kne Request kat Radio lagu ‘Selamanya” nie.
So,sume org kenal lagu tu.kolo dah ada yang kenal,pst ada tanya kan..Siape Penyanyi lagu tu..? huhuhuhuhuhuhu….Top lg nama Bro
hehehehehhehe… π
chayiok! chayiok! sekali dgr je pun dah best, jom kite ikut boby, request lagu ni ramei2. Tp Ik mmg cute arr peewwiit!
π
hmmm…siapalah gerangan long lost friend tu..
good song with a beautiful voice. Good job guys, keep it up.
Kritik sikit leh ak? muji je ramai…
1. cute ke, hensem ke xleh jual skang, sore misti power!! bro power gak tp johan nawawi mat jazz buat rock?! kureng power!
2. imej xrock langsung, xsempoi, bro punya imej dah rock sikit arrr, tapi yg belulang kt blkg tu cam budak2 srg n mat belia srg ahhhhhh!! xmasyuuuk!!
jgn mare… π
bro mmg best arr..tak sempat lagik nak tgk tu..tp bro ni pemalu ke? he..he..krim salam kat kcat, kak nor n anak2 bro k..bila nak tambah ahli keluarga? kalo ader baby pompuan mesti cute macam papanya kan?.he..he..
hey,bro congrats on your success…im new here..tapi bnyak la material yg menarik untuk dibaca kat sini..definitely img going to be commenting regularly here..
cant wait for your next post!!
Kpd Mat Rock :
Sy sbg bloggers tetap bro love, bukan nk backing my bro cuma pd pndapt sy, cara awak mengkritik tu agak kasar. Ckp berlapik sikitlah brother.
Plg utama, mengapa serang keperibadian seseorang??? Mereka ber3 berbakat, xkire lh mcmana rupe mereka!
SAlam Semua…
Chenta – Thanks for support Me. π
Mat Rock – Aku tau le ko tu handsome & Cute dr Bro,Ik, & Bro Muz,Tp kan Ko pnya cara nak mengKritil tu tak Handsome le. π
Kolo Ko yang kat tmpt Bro tu,bru ko tau mcm ne rsenye Nervous.hahahahhahaha…
Halim – Betul ckp awak tu,Saya sokong..!
Kak MirZa – IK tu bru blajar main gitar kot, sbb tu nmpak mcm bdk sekolah.tp IK look so cute le,mcm Master. π
Master pn,bru nak blajar main gitar le. hehehehhehehehehehehe… π
saya punya turn!
IK mmg baru nak pick up balik apa yg tertinggal. he does play e guitar but not full time!
MUZ banyak involved back stage, dats y he’s not used yet with the camera.
RAZZI…need to say more?
so, wajarlah kalu mereka kurang menyerlah.
ok kawan2?
π
Inilah org melayu, baru kena kritik sikit terus backing mcm2. Macamana nk maju? Gua berhak nk kritik ape pun hbis dia org dh jd puclic figure…sape suruh?!!! muawahahahaha…
this band is not perfect of course..bnyk yg boleh diperbaiki..but i believe that this can go far kalau betul caranya..
anyway..best of luck
Encik Mat Rock, kami backing bukan bute2 backing. Band ni ade komersial value.
Dan ni xda kene mengene melayu ke cina india, tetapi cara saudare, dan bahase yg saudare guna, langsung xda hormat!!
Tapi saye setuju dgn awak, satu prkara, “Macamana melayu nak maju” …JIKA ADA ORG MACAM AWAK TU!!
Sokong bobby, Ik look so cute…
But overall depa memang berbakat, cuma masih banyak perlu di perbaiki.
Mat rock tu teman2 semua, tok sah layan je laa, buang mase!
Tp kak mirza punye komen cam pengkritik AF lah hahaha siap kena tgk kamera segala. Cam emotional pun ada, cam xpuas hati pun ada hehehe…
Cuma chenta 2 perkara pusing fikir kan :
1. kak mirza nk dia org ni interaction camana nihh?? nak tunjuk sahabat camana ekk masa buat show dpn tv camtu? Ada ke band lain buat cam member2? Kalau nyanyi lagu sedih kena semua owang sedih la ekk hehehe…kalau nyanyi lagu cinta camana lak? apa dia owang kena wat? peluk2 ke apa??
2. Kate tgk sedutan je, tp komen kemain lgi cam tgk penuh show hahaha…masa interview tgk? haaa kn dia org sahabat baik tu… selalu jamming sama, ketawa2, rilek laa kak mirza cam emo je?
Industri muzik msia hancur krn org2 mcm ni lh, memuji pd, cute, hensem, jambu, lawa, BUKAN krn bakat!!
Same jadi kt Mawi, nyanyi sumbang, lirik lupa tp, bakat xseberapoa, disanjung, dipuji hanya krn apa? Cute? hensem? Org kg?
Negara luar, billion biznes punya muzik nii…sebab peminat n pendengar muzik bijak, yg xpndang pd rupa paras, xkisah remeh temeh macam bijak berinteraksi atau tak, pndang kamera atau tak…
YG PENTING BAKAT, n klu band Rock, biar betul2 rock laaa…jgn jatuhkan martabat rockers woi!!!
Macam Emo ke..entah le….
Secara jujur , kak komen sbb nak lihat dia a orang lebih berjaya , kak tahu dia orang berbakat.. dan dia orang first timer pasti perlu feed back dari orang ramai.
Kak bayang kan kalau akak jadi dia orang , pasti kakak nak tahu apa komen org ramai, macam masa kakak mula perniagaan makanan dulu , every customer kakak akan tanya macamana rasa masakan kakak ok ke ?…
So pada tanggapan kakak dia orang pun pasti mahu tahu apa feed back dari orang ramai…
Kakak anggap mereka kawan kakak ..sebab tu akak komen …kalau tak ada perasaan sahabat , kakak pun malas nak komen , kakak pun sdg banyak kerja kat pejabat.
Interaction , masuk akak ..you should look at each other ..sekali sekala, patut berdiri lebih rapat kot…pendapatakak le..yang tak de kelulusan di bidang pementasan…
Hehe..setuju gak tu ngan explaination Kak Mirza tu. Mmg patut ler..
Tp yg xpatut nyer si mat rock tu, hang klu xsuka, hang pi mabuk daa…mereka mmg berbakat lah mat rock, cuma mereka ni rock bersih, bukan mcm hang rock kotoQ ahaks!!! π
Chenta cukup suka nyanyian bro tu, dari zaman rembulan kesiangan ngan syakila dulu lg, dan klu xbagus, xkan bro masuk final muzik2 dgn lagu syakila tu…
tang mereka cute & hensem tu kira bonus lah betul tak kengkawan??! π
Shaliza >> Bro pun rindu gak la group kita dulu. Ramai tu Bloggers2 lama!! Best gathering laa…gi restaurant ramai2 la…happy…Tapi biasalah, hidup ni kan sentiasa berubah-ubah, ada yang dah kahwin pun, hehe π
Thank you for your support. Bro juga amat menghargai Shaliza yang kiranya no1 fan bro sejak dulu2 lagi kan.
To All, thank you di atas pendapat dan pandangan masing-masing really appreciate it.
Lagu “SELAMANYA” ini amat bermakna buat saya, malah berkali-kali bergenang air mata saya setiap kali mengalunkan, “Syukur ku kepada Tuhan…kau di sini”
Tambah berderau lagi dijiwa ini bila menyanyikan, “Ku damba kamu teman waktu jatuh, bangun…tak kira hujan terang, kau pelengkap ku!”
JELAS…ia menyampai maksud, tak kira sahabat, kekasih, suami, isteri…semangat dari insan tersayang begitu memberi erti.
“Akan kita pergi bersama, menuju bersama selamanya, akan kita hingga akhirnya…gemilang bersama, SELAMANYA!”
Bersama selamanya di sini memberi erti, WALAUPUN, insan yang kita sayangi sudah tiada…sudah meninggal…namun rohnya, jiwanya, semangatnya, tetap bersama menjadi sumber inspirasi kita, buat selama-lamanya!
Di dalam studio, ,lagu Johan nawawi ini, yang terkenal susah untuk dinyanyikan. Dengan key notes yang begitu tinggi…dengan melody yang berulang-ulang dan semakin lama semakin tinggi untuk dinyanyikan…Dengan sepenuh perasaan…jiwa dan raga, bro berhempas pulas menyanyikan lagu ini dari hati nurani yang paling dalam, mengirim maksud suci ke sebelah sana…demi kasih, demi cinta yang tidak pernah padam…dengan harapan, dapatlah kiranya mencuit walau secebis rasa…untuk mu yang sudah pergi buat SELAMANYA….