nangisi
Kononnya semua okay, tetapi sebenarnya semua NOT OKAY. You jeles giler tapi simpan, you sakit hati tapi pendam, you geram sangat dengan perangai dia yang tak jaga hati you tapi you just be cool, sebabnya? BELUM DECLARE…jadi you bukan kekasihnya lagilah.

PADAHAL… you dah pergi everywhere dengan dia, you dah spend most of the time dengan dia, you dah buat macam-macam dengan dia, you dan dia bersama setiap waktu walau di online mau pun offline…

WTH? Itu bukan couple lagi ke?… hanya kerana ego, tak nak mengaku, hanya kerana maruah lalu pendamkan perasaan? …yang jantan pulak, layankan je la ya. Sengaja buat-buat tak terikat sebab, ramai lagi nak dilayan ni…

Yang kerugian siapa? …makin lama makan tahun, statusnya tetap sama. Special sikit tapi tidak semua, couple sikit tapi tidak sepenuhnya, …and what you say?

  • IT’S OKAY…BUT THE REAL THING IS, IT’S NOT OKAY!

Deep inside you meronta-ronta nak dia faham, berdentam-dentum nak dia mulakan percintaan, kegeraman nak dia buat keputusan untuk DECLARE!

Apa guna semua tu? CINTA tak perlu nak declare, COUPLE tak perlu nak dicanangkan satu dunia, dari perbuatan, dari kelakuan, dari pengorbanan, itu semua sudah menyatakan apa yang sebenar-benarnya! … adakah setelah sekian lama bersama, bertahun-tahun bergembira bersama, at the end of the day, mamat ni pergi dengan girl lain, kahwin dengan orang lain, you takkan terasa?! Giler ke apa?

  • APA? berkepit berdua sana-sini setiap masa, bergayut ditalian sampai meninggi bill telefon, malah semua kawan-kawan pun tahu… TAPI semua tu HANYA KAWAN BIASA?

This is a wake call… Boohoo to your ego! …jangan jadi bodoh babe, jangan sampai diperguna sedemikian rupa. Biar malu sekarang, biar hilang sekarang daripada menanggung kerugian besar di kemudian hari. Jika benar dia mencintai you… dia takkan hilang malah dia akan memulakan percintaan ini dengan mengikat tali pertunangan, if not at least, dia akan lebih mesra dari biasa dan lebih bertanggungjawab.

BUT if hanya kerana you mahukan perhubungan ini melangkah setapak yang lebih serius membuatkan dia nak break off, well go to hell with him lah… jelas sangat dia tak berguna dan tak ada nilai langsung untuk you fikir untuk even bersama, jauh sekali untuk berkahwin.

  • kata you, “I tak nak kahwin lagi… nanti-nanti” … YAAA RIGHT! When? …when you 40? You’re not getting younger babe… you’re getting older each and every second!

Jangan hidup ‘IN DENIAL’ menidakkan yang benar, mengiakan yang batil. Jangan sampai you dah tua kerepot, tapi masih mencari cinta sudahlah… by that time, you gonna feel damn lonely… teramat sunyi sesangat. At that time, no one can help you no more babe… kawan-kawan lain pun dah sibuk dengan anak-anak masing-masing dah… no time to hang out with you anymore…

SEDARLAH babe… sebelum terlambat!

Dapatkan tip-tip, mutiara-kata serta nota-nota yang memberi inspirasi dan motivasi dari saya setiap hari, ‘likes’ facebook saya di Brother Love FB: klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share ARTIKEL ini, dengan kawan-kawan anda, semoga ianya dapat memberi manfaat…