“It’s over, move on!”

www.razzirahman,comSelalu kita berkata, “Orang yang banyak berfikir adalah orang yang berjaya di dalam hidupnya!”

Cuba kita tarik nafas seketika cik kiah dan tenang sekejap kakak-kakak, abang-abang 😀 …kerana, mungkin apa yang you all bakal baca kali ini agak hushed dan merodak jantung anda. BUT…demi kebahagiaan anda juga 😛

Jangan salah faham ya…maksud bro yang sebenarnya adalah ~

Banyak berfikir bagaimana untuk menambahkan pendapatan, itu bagus! Tetapi terlalu banyak berfikir tentang masalah cinta, akan menyusahkan diri dan mendorong kita melakukan perkara yang  lebih menyakitkan hati dan perasaan.

Apabila kita menghadapi perpisahan, atau kekecewaan dalam cinta, kita selalu akan terus menerus fokus kepada perasaan kecewa sehingga hati kita yang terluka itu telah benar-benar merobek jiwa, mengguris perasaan sehingga menambahkan sedih di hati. Makin difikir, makin sakit hati, marah, pilu dan sayu…

Ada pula yang fikir bagaimana hendak melupakan dia, bagaimana nak hilangkan rasa sedih, bagaimana nak hidup seperti biasa kembali, bagaimana nak memulakan semula kehidupan yang lebih menggembirakan…

“Kurangkan berfikir tetapi banyakkan bertindak!”

  • Mulakan aje lah…kalau nak lupa…
  • lupakan ajelah…kalau nak benci,
  • benci ajelah, apa nak fikir lagi?

Mengapa mesti masih nak fikir, nanti duk jumpa dia laa, nanti dia call merayu-rayu laa, nanti dia sms, nanti dia buat tu buat ni…sibuuuuk je fikir takut tu dan takut ni. STOP THINKING OF ALL THAT!

MOVE ON! Move on with your life. Get a new life!! Jangan memalukan diri anda sendiri yang hanya menunjukkan anda tersangat lemah!

  • Apakah anda fikir yang jika anda tunjuk anda terus setia, kekasih anda akan kembali?
  • Apakah dengan berkata “Aku tetap milik mu.” Dia akan kembali?
  • Apakah dengan menutup pintu hati anda pada yang lain, anda akan dihargai semula?

Please lah..fahamilah beb, ketiga-tiga perkara di atas ini jika anda terus lakukan, ex kekasih anda hanya akan bertambah bosan, malah menyampah melihat anda dan cukup memualkan! Sorrylah…tetapi, itulah kenyataan! 😉

Ada pula yang cakap kat bro, “Walaupun kita berpisah bro, tapi dia masih ingin jadi kawan saya…saya kena consider dia”

Beb, Itu semua alasan zaman tok nenek kita lagilah beb. Alasan cara baik menyatakan yang, “Aku dah tak nak kat engkau” …kalau kata macam tu kan nanti anda terlalu kecewa pulak. So the best thing, “I masih anggap you my closed friend…walaupun kita tak bersama.”

Ada pula yang cakap kat bro,

  • “Eh bro tak boleh macam tu, kena fikir juga.”
  • “Saya masih sayang lagi kat dia, mana boleh nak senang-senang  berubah bro.”
  • “Kami masih bertemu kerana famili sama-sama rapat, kena fikir juga perkara ni.”

Now, bro nak tanya… “You nak lagi kat dia ke atau tak?” Kalau dia dah ada kekasih lain, kalau dia hanya nak berkawan sahaja, apa lagi yang nak difikirkan lagi? …nak kat dia lagi? “…bukalah hati you pada yang lain, kedegilan you hanya akan membuatkan you terus sakit hati dan amat kecewa!”

JUST ACCEPT IT….IT’S OVER! The love has gone! MOVE ON!

p/s : Lihat kesemua karya penulisan Razzi Rahman, Klik di sini.

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *