Tidakkah anda merasa perhubungan cinta zaman sekarang ni sudah terlalu moden dan jauh menyimpang dari keindahan sesebuah cinta yang dikecapi?
Kemana perginya surat-surat cinta yang penuh syahdu dengan ayat yang berbunga-bunga menusuk kalbu?
Masih ingat bagaimana terujanya menerima surat cinta dan berbalas-balas surat dan di dalamnya, disertai pula dengan satu nota tambahan meluahkan rasa cinta yang membara. Dan bila buka surat-surat cinta ni pun siap ada aroma yang menawan, sure spray perfume dia la tu…fuuu
Waktu di sekolah dulu-dulu, ada pula yang menghantar nota-nota cinta yang romantik, meluahkan perasaan hati atau saja-saja just to say, “Hi Sayang… I miss you” – padahal baru je jumpa tadi.
Fuhh asyik sekali membaca berulang kali. Tersenyum sendirian, dan tersengih bagai melayang-layang di udara. Lepas tu, selang beberapa ketika ada pula surat pendek dari awek lain yang meluahkan rasa cinta, alamak bestnya baca… – Bila datang sekolah esok pula, tiba-tiba ada surat pendek lain pula dalam laci meja, mulailah gementar di jiwa, nak buka depan pelajar lain malu…. Bukalah dalam toilet senyap-senyap wakakaka 😀
Awek yang frust pulak dah,
- “Saya sungguh kecewa sekali setelah mendapat tahu Razzi menerima nota cinta dari gadis lain… saya sedar, siapa lah saya… namun, saya akan tetap mencintai Razzi dari jauh…” – perrghh
Bila tiba waktu untuk menghantar kad pula, uuuuihh… berjam-jam di kedai kad, memilih-milih kad yang mempunyai madah-madah dan puisi yang menarik untuk diposkan kepada dia yang diminati. Gambar-gambar yang romantik juga menjadi pilihan tersendiri. Gambar seperti roses, kucing atau couple berpimpin tangan pastinya yang menjadi tarikan. Kemudian, kad-kad tu pula ada bau-bauan dan aroma yang boleh menguis jantung hingga berdetak tak menentu, perghh!
Funny juga bila terkenang kembali saat-saat yang mengasyikkan semua tu, paling funny bila surat cinta atau kad-kad cinta ni kita serahkan by hand! Depan-depan, kita berikan, kemudian dia siap baca depan-depan kita pula haha… punya gementar di jiwa tuhan sajalah yang tahu, lebih gementar bila isi kandungannya adalah tentang luahan hati kita untuk mengambil dia sebagai kekasih hati..
GENTLEMENT GILER tunggu je awek habis baca… saat yang bagaikan tercabut nyawa, mau tidaknya, kalau dia melonjak gembira tak apa… tapi kalau,
- “HUhuu… Razzi so sweet, TAPI, err…kita boleh terus berkawan saja kan?” – Perrrrghhh… itu maknanya, “I tak berminat dengan you sebab I berminat dengan lelaki lain la tu!” True enough, selalunya selepas ‘Can we be just friends’ punya statement tu, I boleh tengok la sure minah ni ada balak lain la dengan dia tu.
ANYWAY, those are the best moment of my life, to me hantar atau terima surat cinta, memang mengasyikkan dan sangat romantik sekali. Menerima nota atau kad cinta also thrilling!
Bagi saya semua ini ‘Traditional Love’ ianya HIDUP… ALIVE, bermain-main diudara, di aroma sekeliling kita, malah kita dapat pegang dan rasainya… kenikmatan dan keindahan RASA CINTA!
TIDAK SAMA… jangan ceritalah, memang tak sama, terima EMAILS, terima SMS, all that thru handphone. Yaa… memang anda juga mampu tersenyum, happy dan mengelitik keseronokan. Jadi, just imagine la jika anda menerima surat atau nota cinta, kad cinta, double tripple feelings anda itu!
- Emails, mati di dalam komputer, message inbox kat facebook, mati kat situ jugak, sms, bbm, whatsapp or WHAT SO EVER all are DEAD!
Semua tu ada BAU? Boleh pegang dan RASA? Semuanya tersimpan di dalam MACHINE! Machine is DEAD!
Ramai juga yang mengatakan zaman teknologi terkini jadi kenalah mengikut peredaran zaman, tak perlu hantar surat, sekarang hantar email je…dalam email boleh masukkan gambar-gambar, hantar e-greetings card, siap dengan lagu… Ya, mungkin ada betulnya.
Tetapi it is a different feelings, so much different… sebab itulah Razzi tidak menolak teknologi moden. Di dalam buku-buku saya pun Razzi cadangkan untuk menggunakan kedua-duanya, traditional way guna, modern way pun guna. Inilah cara terbaik untuk memaksimakan lagi peluang kita untuk memiliki cinta yang terindah di dunia!
Yup, itulah rahsianya…gunakan both ways. Tetapi honestly speaking, apa yang terbukti nyata, untuk buat orang yang anda minati tu melekat, lebihkan traditional way, mulakan dengan surat, nota dan kad…later baru guna emails, e-cards, sms and so on… cara anda akan lebih diingati dan dirasai lebih berkesan dijiwa dan sanubarinya.
Jom kita sama-sama sebut, “PERRGHHH!”
p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini
Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
Share this article at your facebook…
3 Comments
Perghhhhhhhhh… hahahha . teringat zaman2 skoll dlu , time form 5 dah menggatal , tinggal surat dan kad cinta bawah meja . hahaha , hias dgn pen warna warni . hahaha . So sweet , smpai skrg simpan lgi . Design si dia tu y kreatif giler , mcm2 bentuk ade , bentuk wau , love…hehehe..
PRINCESS H – Bestkan? hehe… how I wish I can have that kind of time and feelings lagi 😀
sempat jgk mrasa cinta tradisional ni, mmg truja kot… dpt plak love note yg kecik, simpan smpai ‘lusuh’ note tu… so sweet