Artikel kali ini I ingin tujukan khas buat ‘Insan Teristimewa’ yang bernama LELAKI, … yes mereka yang menggelarkan diri mereka lelaki…TETAPI lelaki yang membelasah dan memukul wanita! Dimana, mereka ini langsung tidak layak dipanggil lelaki!

Ingin I rujuk kepada siri ‘The OPRAH Winfrey show’ pada awal tahun ini, I guess semua orang kenal Oprah Winfrey, pengacara talk show Moghul.

Setelah berlakunya, insiden rapper Chris Brown memukul penyanyi terkenal Rihanna…dan setelah Chris Brown menyesal dan mengaku salah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman dengan berkelakuan baik dan ‘komuniti servis’, then Chris Brown meminta diampun dan dimaafkan….serta memberi alasan Rihanna lah yang telah membuatkan dia terlalu cemburu, dan membuatkan dia hilang sabar…Lalu snap dan belasah kekasihnya, Oprah telah memberi satu kenyataan pedas…

“Love doesn’t hurt! And if a man hits you once, he will hit you again,” she added. “He will hit you again and again. I don’t care what his plea is.” – Oprah Winfrey

Let me translate it mengikut apa yang I faham,

“Cinta tidak menyakitkan! Jika lelaki memukul anda sekali, dia akan memukul anda sekali lagi! Oprah menambah, lelaki akan memukul anda sekali lagi dan lagi, tidak kira apa rayuan nya.”

Perhatikan kepada ayat Oprah, “I don’t care what his plea is.” mengapa Oprah mengatakan begitu? Ianya adalah sesuatu kelaziman bagi lelaki kaki pukul…setelah mereka memukul dia yang disayangi, the next thing they do adalah, MEMINTA MAAF dan memberi berbagai alasan untuk cover rasa bersalahnya!

  • “Sorry sayang, I tak sengaja…I marah sangat tadi. You lah buat I marah…kalau tak I tak pukul you. I sayang sangat kat you dear. I’m sorry sayang, I love you so much, I tak buat lagi.”

“KEPALA HOTAK DIA!! 😛 amenda lu ingat lu boleh belasah pompuan pastu senang-senang minta-maaf?” And then yang girl pulak boleh bagi jawapan sebagai kekasih kepada lelaki ini…

  • “Okay sayang, next time you jangan buat lagi. I pun janji…i takkan buat you marah lagi”

WO! WO!…back up a little. Tengok balik situasi tuuu…you, wanita meminta maaf setelah kekasih belasah you? It is okay for him to hit you? Hey beb, tiada kesalahan di dalam dunia ini yang membolehkan dia memukul you okay!

Yes dalam Islam, suami boleh memukul isteri, tapi itu SEKIRANYA… Isteri melacurkan dirinya dan melanggar nas-nas Islam. BUT itu suami isteri…

Tapi you all yang tengah bercinta ni…please lah okay! Seperti Oprah katakan, lelaki kaki pukul ini, akan kembali memukul dan memukul lagi. Hari ini salah you begitu, esok akan ada salah lain pula. Dan dia pasti akan memukul you lagi.

Sehinggalah you akan jadi :-

  • seorang yang lemah, hidup dalam ketakutan, tiada keyakinan diri. Hilang kepercayaan kepada semua orang.

Beginikah kehidupan yang you mahu, hanya kerana sebuah cinta? Hanya kerana dia berkata yang dia sangat sayang kan you? Rela you diseksa, dibelasah, disepak terajang?

Well, to tell you all the truth…Bro Razzi menerima email masalah domestic abuse ni sudah lebih 2 tahun. Setiap tahun sekurang-kurangnya, 10-20 wanita terus kekal dan menerima lelaki atau kekasih mereka walaupun diri mereka dikasari. Malah walau setelah meminta nasihat dari bro Razzi pun mereka TIDAK BERANI untuk keluar dari perhubungan itu. Sedangkan mereka belum pun berkahwin!

PENTING*

  • JANGAN jadikan diri anda mangsa hanya kerana sebuah cinta.
  • BE BRAVE, tiada apa yang anda mahu takutkan, keluar dari perhubungan itu, break it off!
  • Tinggalkan lelaki kaki pukul. Kalau kena belasah, kena ugut, worst scenario, report to the police!!
  • JANGAN KESIHAN kan lelaki abusive ini, tunjukkan lebam dan luka anda ke mata dunia!
  • Jika dia lelaki yang telah mengambil dara anda, jangan risau! Ramai lagi lelaki yang sanggup menerima anda!
  • Malu pada keluarga? Lebih memalukan lagi jika anda terus di dalam perhubungan yang menyeksakan ini
  • BERTINDAK HARI INI BEB!!!

Hey beb, There are NO MORE LOVE laaa, serious! Only left is extreemly obssession! because if there is ia tidak akan menyeksa you

“kerana cinta tidak menyakitkan, Love doesn’t hurt, if it does…that’s NOT LOVE!”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com