“Love-Hate…bukan sekadar ungkapan…bukan sekadar panggilan, tetapi kenyataan yang amat memilukan!”
Pernah satu ketika…seorang gadis yang agak confused dengan feeling that she’s having in her life. Katanya, “I love you, eventhough I know I don’t want to love you.” Faham ke?…bro pun tak berapa nak faham tuhh hahaha…. Mari kita fahami sama-sama…
“I cinta kat you walaupun I tahu, I tak nak cinta you.” Lebih kurang begitulah kan…haa bolehlah. Fahamlah tu sikit-sikit hehe 😉 kira macam…Dia Love you tapi, at the same time dia hate to be in love with you…
CINTA & BENCI…cinta yang tidak diundang namun tetap bersemi dengan penuh kekeliruan. Cinta yang dibenci…namun tetap hadir dan teramat perit untuk dihindarkan! That’s what we want to talk about!…LOVE & HATE!
Cinta yang dibenci bermaksud…cinta terlarang…cinta yang tiada penyudah dan penghujungnya. Selalunya perhubungan cinta begini ialah apabila, “Bercinta dengan suami orang!” Kita tolak tepilah, wanita yang sengaja mencari suami orang untuk dibuat laki dia! Bro nak kita fikirkan sejenak akan mereka yang sebenarnya tidak pernah terniat untuk bercinta dengan milik orang.
Reality Check : Through bro punya experience yang mengenali tak terkira ramainya wanita ni, apabila seorang wanita itu tahu atau mengenali seorang lelaki yang sudah beristeri…hilang terus hasrat cintanya yang terpendam tu beb! Ingat dia orang macam, “Ah laki orang, okey aku nak bercinta dengan dia” Ingat cam tu ke? hehe 😀
Bagi wanita selalunya, at first tu laki tu tak cakap dia sudah kahwin. Ada juga kerana layanan mesra lelaki itu yang selalunya suami orang ni…cara layanan dia orang lebih berwibawa dari mereka yang belum kahwin haaa…tak ada kegelojohan, 1st class treatment! Haa, lelaki single ni…banyak yang gelojoh beb, tak pandai menghargai wanita, tu lah masalahnya….hehe sedap je bro ngata ek 😛
Jadi itulah cinta yang dibenci…namun cinta jugak! Mereka ni terjebak…kebetulan pulak, satu ofis atau buat projek sama ke. So memang tak boleh nak elak. Niat nak kawan biasa sebagai teman sekerja je…jadi, bagi bro mereka tidak bersalah beb. Mereka hanya terkeliru…Issh, bukan senang untuk menolak cinta yang sudah sekian lama menjadi impian…lebih-lebih lagi apabila kita kesunyian, cinta hadir dan dicurahkan dengan sepenuh kasih sayang pulak, aduuuuhhhh….best beb! 😉
TAPI, bro yakin…semua wanita ini, kalau dapat yang masih bujang, 1000X lagi mahu daripada laki orang! Bukan senang bercinta dengan laki orang. Tak ada wanita yang sengaja mencari perang, tak ada wanita yang sanggup berlawan dengan bini tua beb!
Bukan mereka mahu…jangan salah sangka. BENCI…TAPI CINTA! Tiada siapa di dalam dunia ini yang inginkan sebuah perhubungan yang pasti mendatangkan kesusahan! Ingat saja-saja suka nak ke?
Ada satu kisah benar yang berlaku kepada kenalan bro,
Gadis ini Fai namanya. Fai telah jatuh cinta kepada seorang lelaki yang sudah berkahwin. Dia dan lelaki itu tidak pernah plan untuk bercinta. Pertemuan mereka juga tidak dirancang. Persahabatan mereka juga adalah semata-mata kerana lelaki itu mahu menolong masalah cinta yang Fai hadapi.
Tidak pernah terfikir oleh mereka, ingin menjalinkan sebuah perhubungan cinta. Tetapi masa yang diluangkan bersama setiap hari telah merapatkan mereka sehinggalah mereka telah jatuh cinta. Namun, bagi Fai…dia tidak mungkin dapat menerima lelaki itu kerana dia tidak mahu lelaki itu menceraikan isterinya kerana dia cukup faham hati wanita yang dikecewakan, apatah lagi diceraikan pula… Fai juga tak boleh terima jika anak-anak lelaki itu membeza-bezakan dia dan ibu mereka. Untuk jadi isteri kedua juga dia tak sanggup bermadu…so situasi ini jelas sekali…LOVE-HATE!
“Dia amat cintakan lelaki itu tetapi dia teramat benci dengan status lelaki itu.”
Apa yang bro mahu you all fikir sejenak ialah hati dan perasaan wanita yang bercinta dengan suami orang ni. Janganlah fikir mereka jahat, atau sengaja nak curi laki you…mereka sendiri pun menghadapi kesukaran dan kekeliruan yang teramat sangat. Mereka juga terluka…sedih tau…
Bayangkan satu perhubungan dan kasih sudah berada di depan mata tetapi hanya dapat melihat saja. Betapa pertemuan yang sudah terjalin bagaikan sudah terlewat. Bagaikan sia-sia saja cinta yang terjalin…Cinta sejati penuh di hati tetapi tidak dapat disentuhi apatah lagi untuk memilikinya…sedih…pilu…yang hanya dirasai.. 🙁
Nak break, nak putus…hati sudah sayang…cinta sudah bersemi…rindu semakin rindu…benci macamana pun…hati tetap cinta. Yang pasti, perhubungan cinta sebegini tiada akhirnya…mereka yang berada di dalam situasi ini pasti akan terkecewa, dan mengharungi kesedihan yang teramat sangat kerana pada akhirnya, demi cinta, demi kasih dan sayang…dia terpaksa melepaskan cinta itu pergi… Wasalam! 8)
p/s : Semasa bro menulis artikel ini, bro telah mendapat berita dari bloggers yang selalu mengunjung ke blog bro ni CM, iaitu “NURIN aka Love n hate” telah mengalami kemalangan jalanraya…bro doakan agar beliau cepat sembuh INSYAALLAH!
Dedicated this article to you my dear friend, Love&Hate!
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
info@razzirahman.com
55 Comments
salam.. hi bro.. cinta dan benci… keliru dengan perasaan sendiri dan memilih cinta yg tak sepatutnya… satu ja, kita kena limitkan diri, kalau kita tak mau dilukai, jgn nk cuba melukai hati wanita lain…
tp kalau dh nk terjebak nk buat cmana kan… huhuhuh… sebenarnya soal hati ni kdg2 kita boleh kawal certain2 thing “mcm jgn bercinta dgn bf/suami org”… tp kalau dh termasuk dlm perangkap tu susah sket… takut la plak…
semoga “nurin” cepat baik yer 🙂
Firstly tahniah bro atas artikel ini.Yep every one can fall in love.Tak kira tua muda semuanya boleh jatuh cinta.”Cinta manusia kepada kita bukan datang daripada manusia itu sendiri,melainkan Dia jugalah yang menggerakkan hati manusia untuk mengasihani kita”.Mcm yang bro tulis semua wanita kalau boleh memang tidak mahu jatuh cinta pada suami org tapi perasaan itu datang semulajadi tanpa paksaan(tak termasuk wanita yg sememangnya sengaja mencari kesenangan dengan cara mudah).Let see dari sudut isteri2 pulak.Saat kasih beralih arah,yang merasa pedihnya adalah hati yang terobek.Manja telah merasainya dan pasti luka manja lebih dlam kerana lelaki itu bukanlah kekasih yang dicintai,tetapi lelaki itu adalah suami manja yang sah.Seorg lelaki yg dicurahkan dan mencurahkan kasih kepada manja suatu ketika dulu.Masakan ada manusia yang sanggup membuang bahagia.Tidak ada!Tetapi,pilihan hidup ini adalah terhad.Persoalan hati adalah persoalan dua hala.Tidak terbalas cinta hanya dsebbkan kita mahu ianya terbalas.Malah lebih bnyak cinta yg tdk bbls yg blegar d ruang bumi ini.Yang tlh mbntuk corak2 derita.Ada yg m’insafkan dn ada jg yg mnyesatkan.Semuanya terpulang kpd kkuatan iman.Manja tidak mahu menyalahkan lelaki.Manja tak nak menulis atas dasar mahu meminta simpati @ kesian @ emosi.Siapa yg tdk mahu kbahagian yg melimpah-ruah?Dah fitrah perempuan itu akan menggembirakan hati lelaki.Maka,tk ada lelaki yg tidak bekehendakan perempuan.Tapi,bagi org yg mlihat hidup ini dr kaca mata tanggungjawab sbgai seorg hamba dn khalifah,maka mereka taklah akan hidup hnya utk mmenuhi tuntutn nafsu.Ckplh seorg isteri yg mampu m’elakkn mereka dr dosa dn maksiat.Tapi,klau mreka nk jg mnurtkan hawa nafsu maka Allah beri klonggaran hingga blah kawin sampai empat.Manja juga tidak mahu menyalahkan wanita yang menyintai suami org kerana perasaan itu hak masing2.Manja tdk mahu mempertikaikan hk itu.Tapi sejujurnya manja nak wanita2 ini fikir dulu sebelum mengorak langkah lebih jauh.Prkahwianan adalah utk kebahagian dan ketenangan dan adakah ketenangan itu akan kamu perolehi dengan menghancurkan hati org lain.Apalagi hati seorg perempuan.kalau ya kamu mampu menghadapinya,terserahlah.Kamu memang behak.Itu saja.
Sebenarnya, ada berbagai-bagai situasi lagi yang menjadikan cinta tapi benci…benci tapi rindu dan sebagainya…
Apa kata anda berikan situasi dari pengalaman anda atau yang anda tahu dari teman dan sahabat.
erm.. suka la lepak sini. hehehe… sebab rasa cam xbuang masa, ada ilmu yg fiza dpt kt sini.. heheehe… bro, tq lawat n baca 1st short story fiza tu ek… klu ada salah silap, tolong2 la betulkan..
psl entry ni… fiza ada sorang kawan kepada kawan ni la… dia bercinta dgn suami orang. dan kami pernah la tanya dia kenapa la pilih mcm tu?? dia kata, tahla… dia baik, dan sempurna… erm, kami tgk cam biasa jer. hehehe… tahla, dia mcm rela jer bercinta ngan lelaki tu dan dia pon sedar yang isteri lelaki tu takkan suka punya. kami pon as fren, dh tak terkata dah…
setiap orang punyai persepsi yang berbeza terhadap sesuatu permasalahan. pendapat cukup senang diberi. nasihat juga free. tapi hanya yang menanggung merasa peritnya di dalam hati, tatkala mata meratap tangisan pilu bila diri sedar yg hak tetap si Permaisuri dan Putera2nya. dan janji2 manis si Raja hanya sekadar kata2 indah dongeng langit ke-7…
Cinta dan Benci saling berkait rapat. Misalnya kita mencintai seseorang dan akhirnya berpisah. Tetapi kenapa kita benci dengan dia? Jawapannya mudah. Jika kita sudah tidak mencintai dia, kita tidak akan terasa benci dan marah walau sedikit pun. Bila berputik benci bermakna kita masih mengambil tahu tentang dirinya dan masih mencintai dirinya. Bagaimana pula… Benci tapi Rindu? 😉
Semoga Nurin kembali pulih seperti sediakala. Diriku sentiasa mendoakan dirimu sihat sentiasa… Insyaallah.
namun kesakitan sik permaisuri kadang2 lebih sakit daripada yang meratapi.kerna permaisuri telah hidup lama dengan raja.manakala yang meratap baru saja menjengah singgahsana.mengapa mesti percaya pada omongan dan janji2 kosong sang raja.yg meratapi sudh tahu dia bepunya mesti menerimanya seadanya…
semoga nuri sihat dbawah lidungan rahmat Allah s.w.t
nurin… cepat sembuh ye…. this blog will never be the same without u….
back to the story mory… well bro, this is what i’m going thru rite now… jgn salah sangka, he’s not married, but he’s someone else’s bf…
we have been 2gether for 11 years, as fren, gudfren… but now, when the feeling’s change, things seem to be more complicated….
i wish i see the gud in him earlier, but siapa kita nk ubah masa kan? i don’t even have the guts to ask him, but the way he treats me, makes me so confused….
Fiza : Bro happy to know you felt that way. Memang niat bro untuk kita semua sama-sama berkongsi tentang pengalaman masing-masing. Kerana cinta bukan boleh dipelajari di sekolah atau pun universiti…tiada Dr Cinta yang boleh mengubat cinta!
Muncul brother love sebagai satu ikon berpihak kepada insan biasa yang pernah melakukan kesilapan dan juga pernah gagal dalam bercinta.
Apa yang penting, kita ambil iktibar dari setiap kesilapan kita dan dari kegagalan cinta yang lalu kita jadikan panduan. 😉
Jangan lupa happy-happy dan bergelak ketawa bersama jenaka bro ni hehehe… 😀
Love n Hate..
Salam brother Love n pencinta sekalian..
Dalam situasi seperti ini kebiasaannya akan memcetuskan persepsi yang negatif bagi kebanyakan pihak..
Tetapi bagi saya sendiri adalah lebih baik kita jadikan keadaan ini satu peluang untuk memperbaiki kelemahan kita sebagai manusia biasa yang MUDAH untuk jatuh cinta..
Perkongsian yang begitu menarik from Our Brother Love..
p/s Semoga Nurin cepat sembuh!
Salam sayang,
A.Fahd
http://www.senicinta.com/blog
BE : Pastinya, yang merasa…kan mengerti! Tapi I rasa, you tak boleh nak kata macam…cakap senang la, I mean, you have to work it out to be successful in anything right? kena berusaha in whatever way lah kan. Kita tak boleh nak giving up…
Everyone have a choice to choose. But you chosed yang buat you kecewa…then, who am I to say anything?
Dont go blaming the “Kata-kata indah by the Raja” sayang…can’t you see the differents between true and false? Love and hate?
Faisal : Interesting point there…YES! Itulah kan, haa kalau masih benci mesti ada cinta! Kalau dah tak cinta mesti dah tak kisah! Point yang cukup bagus Faisal.
Manja : Bro faham hati dan perasaan Manja tu. Walau mulut you berkata you rela, redha dan membiarkan ia berlaku namun hati you tetap tortured! I faham…bersabar lah Manja. Maybe your hubby have to go tru the hard way to understand the situations. Hope you terus tabah.
Achikz : Confused is the right word I guess. Hmm…is he having another relationship tapi at the same time loving you still? I wonder juga ni Achikz, takkan you tak tanya where is the realtionship leading to? Why not you guys spend sometimes together secara lebih serious and see what the outcome. Because 11 years is too long for not to know whats going on… you know what I mean? 😉
A.Fahd : Thanks Fahd and Yes, good point sangat tu, memperbaiki diri kita yang lemah dan mudah jatuh cinta. That’s right!
Askum. Saya adalah seorang isteri. Mempunyai suami yang memiliki cinta di luar. saya baru mengetahui nya dan berasa amat sedih kerana pengorbanan sebagai seorang isteri selama ini seperti tidak berbaloi. saya bertanyakan suami dimana kekurangan saya…Katanya, saya sempurna sebagai isteri malah lebih baik dari kekasihnya sekarang. Saya keliru, andai saya lengkap sebagai isteri, dimana silapnya hingga dia sanggup mencurangi saya…..kanya simple sahaja, cinta yang datang tidak diundang,,,hadir dengan sendiri,,dan wanita itu juga mengakuinya….Saya tak bersetuju bila BL menyetakan perempuan yang bercinta dengan suami orang itu tidak jahat…Bagi saya mana baiknya seorang wanita kalau sanggup menghancurkan kebahagiaan wanita lain…..Janganlah guna alasan yang cinta datang tanpa diundang…sudahlah,,,salah tetap salah,cinta itu adalah nafsu, dan nafsu itu milik manusia…Kalau tahu berkawan dengan suami orang mengapa tidak letakkan batasan perasaan dan pergaulan…jangan salahkan cinta..bagi saya salah itu datang dari empunya diri….cinta bukan datang sekelip mata…cinta datang setelah dipupuk…jika tahu cinta itu terlarang mengapa mesti diteruskan sehingga si isteri dapat menghidunya….Saya x salahkan wanita sahaja, malah suami juga memang bersalah… Cuma pada saya, sebagai wanita patutnya lebih memahami perasaan wanita lain…. Saya sebagai isteri yang dicurangi suami dan dikhianati wanita sendiri, merasa amat kesal dan sedih….INGATAN:-cINTA ADALAH NAFSU, NAFSU MILIK MANUSIA, MANUSIA PERLU MENGAWAL NAFSU BUKAN NAFSU MENGAWAL MANUSIA…Askum
thanks bro.memang manja rasa terkilan,kecewa dan terluka.tapi apalah hak kita utk menidakkan qada dan qadar Allah.mungkin manja belum redha sepenuhnya tapi insyaAllah,masa akan menentukannya.buat sara….saya tahu apa yang awak rasa kerna saya juga merasakannya.mungkin suami sara baru ke tahap becinta,tetapi manja,suami manja sudah pun mula membuat persediaan pernikahan.sara,manja tidak mengatakan sara jahat.sara behak untuk merasa sakit hati,marah dan kecewa.memang sebagai isteri kita akan merasa itu semua bila org yg kita sayang mencurangi kita.tapi sara kita tidak behak mengatakan wanita yang jatuh cinta pada suami org itu jahat.
Bukan manja menyetujui pelakuan wanita yg menyintai suami org…memang mereka salah tapi kita tidak behak utk menilai mereka salah atau betul.semua ini adalah qada dan qadar Allah…macam yang macam kata”cinta manusia kpd kita bukan daripada manusia itu sendiri melainkan,DIA jugalah yang menggerakkan hati manusia utk mengasihi kita”.kalau pun perempuan itu menggoda suami sara atau sebaliknya…kalau tidak dengan izin Allah..perasaan cinta itu tak akan hadir…belajar memaafkan…insyaAllah….hati yang kecewa,terluka dan rasa marah yang teramat sangat akan hilang.Ingatlah setiap perasaan negetif yang hadir dalam diri kita adalah daripada bisikan syaitan….maafkan manja…manja bukan mahu belagak pandai @ behati mulia tetapi manja hanya cuba utk memahami dan meredhai….
Assalammualaikum,
1st time view blog ni. Cam best jerk..
Love-Hate.
Topik ni menarik perhatian saya sebab saya berpengalaman bercinta dengan suami dan bf org. Ntah la,tak tau macam mana boleh terjebak. Bukan suka². Bukan sengaja nak luka kan hati perempuan lain. Tapi.. cinta datang tak terduga.
Saya kesunyian masa tu. Im lonely, lost.. But now im ok..
Serius saya cakap, tak kan ada wanita yg nak dengan suami atau bf org. Terseksa jiwa. Asyik makan hati je. Nak jumpa kita kena sorok². Nak call ada time² pulak. Bosan.
Si isteri call saya menangis²,merayu²..Erm..bila fikir balik,kalau dengan isteri yg dah bertahun hidup susah senang dengan dia,dia boleh buat macam tu,apatah lagi saya nanti kan?
At Last,saya try to avoid him. Hah,boleh pun sebenarnya. Mengada² je hati ni sblm ni kata tak boleh la, tak sanggup la. Nak seribu daya. Tak nak seribu dalih.
Dan skang, saya dah pun bertunang dengan org bujang ( muda dari saya lagi ) dan insyaallah akan ke jinjang pelamin awal thn hadapan.
Thanks manja..Sara bangga masih ada wanita sekuat manja, ini satu dorongan buat sara bagi meneruskan perjuangan. Sara redha dengan situasi sekarang,cuma kadang-kadang hati kecil terpengaruh dengan bisikan iblis. Sara sendiri baik dengan wanita tu. Suami minta izin untuk berkahwin. Sara izinkan dengan syarat lepaskan sara. Sara manusia biasa, tak sanggup untuk menanggung dosa sekiranya bermadu. Tak mampu untuk merelakan segalanya. bila terbayang pun tak mampu. Namun suami berkeras tak mahu melepaskan sara…Alasan yang diberi cukup mengahancurkan hati..Kata suami seandainya dia melepaskan sara, dia belum pasti bahagia bersama kekasihnya. Sekurang-kurangnya sara masih ada untuk bahagiakan dia. Sungguh rendah nilai kasih sara pada suami. Memang perceraian perkara halal yang paling tuhan tak suka, tapi andai perceraian itu membahagiakan, itulah yang terbaik…..Situasi ini banyak mengajar sara mendekatkan diri pada yang esa. Sara masih menunggu keputusan suami…sara memang sayangkan suami, tapi demi kenahagiaan diri dan anak sara pilih penceraian. Sara doakan suami bahagia dengan pilihannya…cuma sangat berharap suami bagi keputusan secepat mungkin…Kecewa, sedih , hampa memang wujud…tak nafikan…tapi sara berserah pada tuhan dan yakin tuhan maha adil…pasti ada hikmah disebalik semua ini…sara yakin ada bahagia menanti sara diluar…Mungkin Brother love ada nasihat buat sara…
sara..manja tidak lah setabah dan sekuat yang sara lihat…tapi manja tak sanggup nak pisahkan anak2 yang masih kecil daripada ayah mereka…tak sanggup rasanya melihat anak2 membesar tanpa ayah mereka.memang sakit tapi semua ini mesti hikmahnya.Allah tidak akan uji umatnya dengan sesuatu yang dia tidak mampu…fikirlah sara…adakah sara rasa sara akan lebih bahagia andai penceraian itu belaku…think my friend….
nUR_rOsALiNdA : Thank you kerana berkongsi your experience. Bukan senang nak dpt tu. Untuk duduk di dalam situasi pernah bercinta dengan milik orang kemudian tabah mengatasinya adalah satu move yang boleh dibanggakan.
“Bro doakan, semuga you akan kekal bahagia bersama tunang tercinta.”
p/s kirim salam kat semua kawan-kawan you yang duk main bowling tu ya, manis-manis belaka hehe teruja bro jap 😉
Sara : 1st sekali, Cinta itu adalah perasaan…nafsu itu adalah sejenis makhluk yg serupa syaitan. Tak sama. Apabila you lapar…you akan makan, ke sebab nafsu, lalu you makan? It’s human nature…
Samalah apabila you kesunyian you akan terjatuh cinta. It got nothing to do with nafsu. Again, it’s human nature…
Bro dah tulis awal-awal tu tolak tepilah perempuan yg sengaja cari laki orang tu. Kita bercerita tentang wanita-wanita yang tidak sengaja…seperti pengalaman Rosalinda yang dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh terjebak…kesian mereka yang melaluinya Sara.
You bertuah kerana terus dapat kahwin dengan lelaki bujang…kepada mereka yang terpaksa melalui pengalaman pahit itu?
Mungkin kerana kesenangan lalu…maka Tuhan menduga pula you sekarang? Then terus saja you nak bercerai! Bergoncang, bergegar tiang Arash!! …Sabar Sara. Betul kata Manja, fikirkan anak-anak you yang membesar tanpa ibubapa yang hidup bersama…
Bukan bro menyokong suami you jauh sekali menyebelahi pihak wanita yang telah mencuri hati suami you tetapi…anggaplah ini satu bala dari Tuhan dan dugaan darinya yang mahu Sara menghadapinya dengan tenang…
“Setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan!”
Begitu juga sebaliknya, tugas kita menanganinya dengan Iman…namun, setiap pertemuan juga ada perpisahan! Jadi, terserah pada you Sara…cuma, you kata nak elak dari berdosa, tetapi meminta cerai dari suami adalah satu dosa yang paling besar, Sara…
manja sokong bro 100 peratus…
Thanks Bro n Manja…
Mungkin sara salah. Tapi bagi sara,tak perlu teruskan perkahwinan seandainya tiada kejujuran dan kesetiaan.Sara tak nak hidup terus dibelenggu rasa.Meminta cerai bagi pihak isteri memang berdosa sekiranya tanpa sebab yang membolehkan cerai, tapi perlu lihat kepada situasi dan keadaan. Islam sendiri membenarkan isteri memohon fasakh berdasarkan beberapa perkara sebagai contoh penderaan mental dan penganiayaan serta ketidakmampuan suami untuk berlaku adil sekiranya berpoligami. Dalam kes sara suami memang tidak berkemampuan dari segi zahir, malahan baru bercinta, suami sudah menolak anak, isteri dan keluarga demi mengikut rasa cinta terhadap kekasihnya. sara sendiri tidak arif mengenai hal penceraian, tetapi setelah merujuk beberapa sumber, situasi membenarkan sara memohon fasakh.
Mengenai anak, anak sara masih kecil baru mengenal dunia. Biar dia hilang ayahnya sekarang, sara tak nak dia menderita bila membesar melihat kelakuan ayahnya. Sara takkan putuskan hubungan ayah dan anak. suami berhak bertemu anak. Bukan sara menolak pendapat manja dan Bro,cuma sara perlu ruang untuk hidup bahagia, sara nak lepaskan semua ni.Sara dah letih. Mungkin kata-kata sara banya yang ikut emosi, tapi inilah keputusan sara. Sara yakin akan bahagia dengan cara ni….Buat manja,sara kagum dengan ketabahan manja. Memang sara tak sekuat manja.
Mungkin Bro boleh kesiankan wanita-wanita yang bercinta dengan suami orang. Tapi bagi sara yang melaluinya, sara rasa setiap yang berlaku ada permulaanya…mengapa perlu memulakan kalau tahu itu menyakitkan.Sarah ingat kata-kata sorang teman “susah itu manusia yang cari, kalau tahu susah mengapa mesti meneruskan, manusia dikurniakan akal untuk berfikir yang mana baik, yang mana buruk”…
Aku seorang lelaki, aku seolah dikurung dalam balang kaca bersama kebahagian yg telah aku miliki dan yg aku bena, tapi di sekeliling aku,, aku diperlihat kan kecantikan dunia yg tak pernah aku lihat, tak pernah aku bayang kan dan tak pernah aku rasa kan, aku bersyukur dengan apa yg aku ada.. tapi di luar balang kaca aku sangat terpesona, perasan menbuak, meronta,tak terlawan dari berpaling, kuat sungguh ujian , kuat sungguh dugaan,, tapi aku hanya mampu melihat ,, dan terus melihat apa yg ada diluar balang kaca, sampai bila?..aku bahagia aku juga tersiksa,boleh jadi gila kalau berlarutan,, aku sayang isteri aku sayang anak dan aku juga sayang dia.
aku kejam? aku tamak? aku tak bersukur?,, sepertimana tiada wanita yg mahu bermadu atau di madu begitu juga aku, leleki yg tak mahu menjadi tamak, kejam dan tak bersyukur.
aku punya perasan juga dan aku hanya maknusia biasa.
bgs jgk ade ruangan ni..at least aku ade tmpt gak nak luahkn ape yg aku rase…kes aku same cam nurin..
aku trsepit tang situ,trsepit tang sini…tension …blh jd giler beb…
bkn mntk pn nk jd cm ni..tp nk wat cmne,kn..org yg x lalui,x akn fhm…aku dah cube nak jauhkn diri..tp aku gagal.skejap je dpt bncikn die.x smpai sbulan pn….aaaarrrggghhh…..cmne ni!!!!!!!
but…d worse part is….aku dah brkhwin!isteri org n suami org!!!!!!bkn nye x bahagia ngn suami sndiri..but sumtimes,he don’t want 2 undrstand my situation! die lebihkan family die..aku x de tmpt nk luahkan ape yg aku rase…kbetulan,DIE ade..aku luahkan sumenye…aku x nak cintakan die!tp aku perlukan die! yaAllah…knp jd mcm ni!!!!!!
Abang Long,
Situasi suami sara lbh kurang mcm abang long. mungkin apa yang sara katakan salah, bagi sara memang suami sara kejam, tamak dan tidak bersyukur. pesanan sara pada abang long hargai apa yang kita miliki, bukan apa yang ingin dimiliki. Kerana apa yang dimiliki sudah pasti milik kita, tetapi apa yang ingin dimiliki belum pasti ketentuannya. Abang long mungkin belum terlambat untuk menyesali apa yang berlaku dan berusaha memperbetulkan keadaan dengan izin Allah. tp buat suami sara, maaf anda terlewat, hati ini telah hancur dan letih. Andai ada jodoh bertemu kembali.
terima kasih semua..
maaf sara..manja tidak tahu situasi sarah macam tu..jatuh cinta lagi sampai menolak kasih anak dan isteri…nauzubillah..mungkin keputusan itu yang terbaik buat sara.semoga sara tabah dan kuat dalam menempuhi kehidupan ini. Sentiasa mengadu pada Allah.Hnya Allah yang akan mengasihi kita sampai bila2…
cutie..manja terkejut dengan pengakuan cutie.maaf kalau apa yang akan manja perkatakan ini meyinggung perasaan cutie tapi percayalah apa yang manja akan katakan ini nanti utk kebaikan cutie juga.dosa besar seorg isteri andai mencurangi suami.tidak cium bau syurga cutie.nauzubillah…cutie,macam artikel yg bro pernah tulis.isteri senang masuk syurga dan paling senang jugak masuk neraka.kalau betullah si dia itu baik…dia tak kan kacau bini org cutie….sory to say…tiada yg sempurna di dunia ini kecuali ALLAH….
Bro, maaf klu menyinggung…tp sy nk tanya, adakh wajar bro memikirkan hati girl yg curi suami org ni???????
Pahit hempedu yg trpaksa kami telan,sebagai isteri. Bro fikirlah sendiri bila sy sndiri bertembung dgn suami n betina ni sdg diranjang bro!!! Di rumah kami sendiri!!!
Rumah ku syurga ku kini bagai neraka joane rasakan!!!!
Joane tak tahu sejauh mana pengalaman bro, tetapi layakkah bro yg masih single n hanya punyai gf memberi nasihat???? Maaflah bahasa sy agak kasar, tp hati dah xtertahan bila bro membela nasib perempuan sebegini!!!
joane…manja juga seorg isteri dan manja faham perasaan joane.betenang joane.manja rasa bukan itu niat sebenar bro…bro..plz bro…explain….
hissshh,, tak kan suami sara kejam sampai menolak anak dan isteri kerana cinta, aku sayang kan isteri dan aku sayang kan anak,aku kalau boleh mahu pecah kan dinding kaca dan berkongsi kebahagiaan yg aku ada bersama anak dan isteri, tapi itu mustahil dan tak adil kepada mereka,krna itu yg aku mahu bukan apa yg mereka mahu,tapi bagai mana dengan dia? dia juga mencintai dan menyayangi aku seperti yg aku rasa,dan dia juga tak mahu mendirikan kebahagian di atas kehancuran org lain,tidak ada pilihan dan aku tak mahu buat pilihan, tak mahu penting kan diri sendiri,sekarang aku cuma diam, hanya melihat, mendengar dan cuba memahami,kini dunia balang kaca aku sudah goyah kerna tiada lagi asas yg memegangnya iaitu ‘kepecayaan’dan dunia di luar balang kaca aku semakin pudar,aku redha,,sbb aku sendiri yg cari penyakit, bila duduk seorang macam ni teringat aku masa semuanya bermula,, tersengih sorang2,padan muka aku, aku berharap suatu hari nanti akan ada penyudah nya, dan aku berdoa untuk kebahagian diri aku walau apa pun keadaan nya itu lah yg sudah di tentukan untuk aku, kepada isteri, aku sayang kamu, kepada anak papa sayang kamu, kepada kekasih ,,tak tahu apa nak kata.
joane, bro menasihati dan berani berkongsi semua ni dgn kita kerana dia seorg yg byk pengalaman, sbg lelaki, sbg bofren, sbg suami, sbg ayah…
apa yg bro katakan dan kongsikan dgn kita, mgkn x sama dgn apa yg kita alami, tp, apa yg penting ialah pengajaran yg kita dpt drpd kisah org lain….
alamak bro, caner nk citer ek… storynya terlalu panjang la bro… i’ll send u email, k????
maaf bang long kalau manja tanya mcm ni….kalau isteri abg long berada di situasi abg long…kemudian dia memohon ampun dan mahu kembali dengan abg long…are u accpt her back…most anwer tht manja get is no…
Hati seorg isteri Manja…pedih terluka bila diprlakukan sedemikian rupa. Apatah lagi ada kaum Adam memuja mereka yg curang!!!
Maaflah Manja n achik, setahu joane BL hnya punya gf. Utk memberi pndangan dlm soal hati mrka yg dah khwin joane rasa, mestilh org yg jg sudah berkwin. Jika benar bro byk pengalaman seperti yg achik katakan, joane minta maaf. Terbuka sdikit hati joane utk mengenali bro love dgn lebih dkt bila achik memberi point apa yg bro katakn n kongsikan dgn kita, mgkn x sama dgn apa yg kita alami, tp, apa yg penting ialah pengajaran yg kita dpt drpd kisah dari bro sendiri…
Tetapi, persoalan ini tetap menjadi tanda tanya…apakah bro benar2 layak sbg seorg yg belum berkhwin????
bro, cuba jwb soalan diorg ni bro, lu dh kawin ke blom??? ahahahaha… gua malas nk komen.. nnt diorg tau kita ber’gelap’!!!!
Achikz : Jap…bro nak gelak dulu, Muwahhahaha 😀
Bagi mereka yang sudah mengenali bro sejak hampir 2 tahun dulu…tahulah status bro yang sebenar dan bagi mereka yang juga sudah mendapatkan buku tulisan bro iaitu Kamus Cinta, awal-awal dalam buku lagi pun dah boleh tahu 😉 Thank you ajelah yang boleh bro ucapkan. Teruja pulak rasanya bila status bro dipertikaikan 😆
Joane : Anyway, Bro bersimpati dengan nasib you Joane, Im seriously felt sorry for you, I do! Bro tak bermaksud nak menyebelahi mana-mana pihak, jgn salah faham Joane. Jauh sekali menyokong mereka yang berlaku curang. Awal-awal lagi bro dah tulis, kita bukan nak berbincang tentang mereka yang curang. Tetapi situasi yang tidak dapat dihindarkan, cinta yang hadir tidak tertepis. Itu sahaja…dan dari awal lagi bro dah cakap, tak mahu menyalahkan sesiapa bila bercakap soal hati.
Tentang status bro itu, to me…ianya tak relevan! Kerana, sudah berkahwin atau belum jika tidak berpengalaman…anda juga tidak akan tahu untuk menangani apa jua masalah. Lebih-lebih lagi masalah rumahtangga.
Yang penting, bro willing to help anyone who seeking the answer of any love problem. I can give you my point of view…through my 20years experience in love life…it’s up to you to judge my answers. You boleh terima atau pun tidak…yang nyata Alhamdulillah, I have helped many!! Sampai ada yang pernah bertahun tak bercakap dengan orang kerana kecewa dalam cinta tetapi kini…keluar dengan penuh keyakinan.
I’m here to help…and to share my experience, my knowledge dalam perhubungan cinta. YES, bro pernah gagal beratus kali dalam cinta, I admit it and many of us knows it!! Dan niat bro suci…membantu mereka agar tidak melalui kekecewaan seperti yang bro pernah lalui.
Here in this blog…you are free to learn and free to give your opinion…and I respect that! 😉
bagus punya komen bro…hhmmm
teruja? rasa cam lbh kurang dgn teruja jumpa maya karin tak bro??? ahahahahahahah….
Sara : In a way, bro macam bersetuju pulak dengan you setelah memahami keseluruhan cerita. Tadi, bro rasa semua orang ingatkan suami Sara tidak mengabaikan keluarga.
Tapi, jika belum apa-apa lagi pun, dia sudah tidak bertanggungjawab terhadap keluarganya, apatah pula bila sudah berkahwin seorang lagi.
Well, kalau you masih inginkan dia usahalah dengan mengadakan kaunseling terlebih dahulu. Pejabat agama ada menyediakannya. Namun, jika perkara ini sudah jauh terpesong…apa boleh buat! 🙁
Bro doakan you n anak you agar menemui cahaya dihujung jalan, InsyaAllah!
Situasi Cutie & Abang Long nampaknya hampir sama. Memang LOVE & HATE bercampur aduk. Bro harap you all dapat menemui apa yang dicari…
To tell you both the truth…bro juga pernah berada di dalam situasi anda berdua. Bro faham bagaimana hati dan perasaan yang memberontak inginkan sebuah kebahagiaan, tetapi terhalang…bukan kita nak berada dalam perhubungan sebegitu, kan. Siapa dalam dunia ni nak terseksa??
Bagaimana bro keluar dari kemelut itu? …I dont, what can we do is, to find our true love kat mana dan pada siapa, because… Forbidden love, hurts!! 🙁
Achikz : Haaa…betul tu, ada lebih kurang keterujaan dia mcm berjumpa Maya KArin…perrghhh…young forever beb! kikikiki, I’m 29yrs old forever! 😀
manja setuju masa bro kata tentang hati.yep semua org tak mampu nak memahami hati sseorang even hati kita sendiri pn kadang2.kewarasan akal kata tak nak but hati kata nak.like bro say…forbidden love is,hurt….cinta terlarang memang amat menyakitkan.so sebelum kaki melangkah brfikirlah dengan bijaksana kerna bila sudah melangkah untuk mengundurkannya adalah susah…
Askum…Thanks bro & manja
Semalam sara tanya suami soalan yang manja tanyakan pada abg long. Jawapannya memang”no”.Betul kata manja ‘semua org tak mampu nak memahami hati sseorang even hati kita sendiri pn kadang2.kewarasan akal kata tak nak buat hati kata nak…
Sara memang tak faham ape sebenarnya yang sara rasa. dah dua kali dicurangi suami, tapi rasa sayang tu tak pernah pudar.memang kecewa teramat. tapi sebagai isteri sukar untuk membuang rasa pada suami yang kita telah kongsi dan lalui segalanya bersama.
Kadang2sara harap sangat biarlah dilunturkan sayang pada suami, tapi tak taula,, mcm tu jugak.sebab tu suami ambik kesempatan agaknya….akal yang waras kata taknak, dah tahan, tapi hati ni buta jugak…cuma sekarang memang sara perlu bertindak mengikut akal yang waras,ikut hati, mati, ikut rasa,binasa,tepuk dada tanya iman……..
camana nak cakap yaa,,aku masih tahu siapa aku dan batas2 sebagai seorang suami,, aku mengaku aku khayal dengan cinta gelap aku,satu perasan yg tak pernah aku rasa , aku pecaya tanpa melihat,aku menyentuh tanpa merasa, dan bicara bisu yg jadi penghubung.setakat itu saja.
ya lah, isteri mana tak bengang kalau tau laki dia ada kekasih lain,aku cuba hindar kan juga cinta gelap ni tapi,, seksa betul rasa,mmg tak boleh paksa diri kalau nak lupa kan, tapi sekarang dah oklah,kalau korang nak tau beginilah,sara itu isteri aku, nurin aka love n hate itu kekasih aku,tapi macam yg aku dah cakap sebelum ni,, semua tu dah pudar,, dan jadi satu pengajaran buat aku.
What?????Are u sure…abg long jangan main2 abg long.hm..kalau betul lah bagai di kata n hanya Allah aje tahu kebenaran di atas kata2 abg long ni….manja doakan abg long mampu menbuat keputusan yang baik untk keluarga abg long..untuk sara n nurin,manja doakan semoga kedua-duanya tabah dan menerima ini semua sebagai ujian dari Allah S.W.T
aku sangat pasti, terima kasih brother love, terimakasih semua, bye semua.
mudah nya seorg lelaki mengatakan dia menyintai org lain selain isterinya..dan betapa payah untuk seorg isteri menerima hakikat itu.hidup ini ibarat roda…kadang2 kita di bawah dan kadang2 kita di atas.ingatlah andai kita tidak mahu org menyakiti kita janganlah pula kita sakiti org lain..dan andainya kita tidak mahu dilukai jangalah pula kita melukai org ini…
thanks bro and manja 4 d advc:
Lelaki manja, hati sentiasa berubah-rubah.walau bahagia mcmanapun yg dimiliki hati mereka masih belum puas. mengejar sesuatu yang tidak pasti dan mengabaikan sesuatu yang pasti.sara tanya suami jika situasi berubah dan sara yang curang adakah dia blh terima…jawapanya sama sekali tidak…Takda perasaankah kaum lelaki ni..mengapa mesti letak nafsu dihadapan akal..sebagai isteri, sara rasa tak dihargai langsung. tahukah mereka mcm mana perasaan isteri yang dicurangi, pernah tak letakkan diri di tempat isteri,,,isteri bukannya perhiasan semata-mata, ada hati dan perasaan perlu dijaga. kami bukan berhati batu, terima sahaja kehendak suami….
hai manja… dan semua,
thanks kpd semua kerana mendoakan kite… Alhamdulillah, hari ni… dah pun keluar hospital…
kepada manja… nurin x mampu nak komen panjang… apa2 pun, tak adil untuk cinta 3 segi kalau tak dengar dari ke3 belah pihak…
kepada abg long, bende dah lepas… lepaskan lahh…
kepada sara, tiada siapa khianati awak, dah berkali saya cakapkan… kami tiada apa2… pernah satu ketika dulu tapi bukan sekarang… menipu perbuatan org munafik… jgn amalkan… kalau cerita, untuk raih simpati… sejauh mana sahaja simpati tu dpt diberikan… sampai bila??
…to be continued… i need to sleep, baru lepas makan ubat…
to Bro Love… thanks so much, memang ade chemistry… walaupun baru kenal… 🙂
“Segalanya bermula dari sebuah persahabatan”…
yep….manja think the better way is settle ur all prblm out of this forum..sory to say.
salam semua…
terima kasih manja untuk ingatan itu… hal ini sudah selesai… cuma ada beberapa pihak yang masih menagih atau menidakkan apa yang terjadi… pasti yang ke3 nampak jahat… nurin redha semua itu… jadi, komen nurin hanya berkaitan topik dan yang sewaktu dengannya sahaja…
love – cinta,
anugerah Allah yang tak ternilai… cinta padaNya, paling agung, paling utama… 🙂
cinta pada manusia… pada sahabat, pada teman, pada kekasih.. 🙂 bahagia…
cinta pada sahabat, tak ternilai… tak da nilai… tak perlu letak nilai 🙂
cinta pada teman, susah senang bersama… teman sejati… 🙂
cinta pada kekasih, datang tak diundang, pergi tak pernah dipaksa… hadir untuk bahagia… atau sekadar ujian?? ujian untuk pastikan kita tak melebihkan cinta yang agung… iaitu Allah SWT…
cinta bukan nafsu… tapi perasaan… feeling, yang dianugerahkan Allah untuk umat manusiaNya cinta mencintai… cinta berlandaskan nafsu memang takkan kekal, memang akan kecundang… yang menganggap cinta ini nafsu akan hanyut dan kemudian apa?? beri tubuh badan, maruah… untuk siapa??? yang bergelar kekasih… walaupun akhirnya telah berumahtangga… gadaikan badan, gadaikan wang ringgit… untuk apa?? untuk buktikan apa??? yang kita milik pasangan kita?? akhirnya, hubungan akan terikat… hanya kerana tanggungjawab yang kadangkala belum mampu dipikul…
cinta sejati tak perlukan pengorbanan sebegitu… hubungan yang berlandaskan tubuh badan dan wang ringgit bukan cinta sejati… takkan pernah jadi cinta sejati… walau berpuluh2 tahun… walau seribu tahun.
Allah SWT Maha Adil… dia jadikan manusia berpasang-pasangan… mungkin satu ketika kita rasa dah jumpa dia… yang satu, atau mungkin hanya ujian, untuk uji cinta kita padaNya… yang SATU!
————————————-
hate – benci,
perasaan.. bila kita tak suka sesuatu… memang tak suka…
macam kata Faisaladmar… kalau masih benci, mesti ada perasaan… kalau takde perasaan… mesti tak peduli… don’t care!
benci ada sempadan ker? atau pilih orang?? Allah SWT galakkan umat manusia berkasih sayang dan bukan membenci… benci untuk perkara2 yang tidak diredhai… perlu!
——————————————–
love n hate,
cinta dan benci berkait rapat… bila suka, cinta!…. bila tak suka, benci!
cinta sangat indah, anugerah tak ternilai dariNya, jgn letak nafsu di antaranya, sebab takkan kekal cinta itu… walau usahanya setinggi langgit… tapi Allah SWT Maha Adil, Maha Mengetahui… kalau niat untuk ke arah jadi lebih baik… tak mustahil cinta nafsu berubah menjadi cinta sejati…
Allah minta umatnya kasih mengasihi… Allah SWT Maha Pengasih…
jauhi benci… tak perlu membenci atau segala perasaan negatif lain, perasaan itu milik syaitan… 🙂
————————————-
kepada abg long n sara… bahagia tak datang sendiri…. kejar! cinta mungkin datang… tapi bila?? anggap nurin satu dugaan… untuk uji cinta kamu berdua. penceraian… nauzubillah!!! tak berbaloi hanya untuk nurin yang bergelar sahabat. apa yang sara inginkan… nurin dah buat! ini bukan cinta buat nurin, ini dugaan Allah… pasti ada rencana lebih baik dariNya untuk nurin… 🙂 … pasti!
p/s: “Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”
“Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu. Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun… Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya…”
Nurin.. saya suka dgn ayat awak yang ini.. 😉
Terus terang saya cakap.. saya benci pada perampas! maksud saya yang mencuri dan tikam dari belakang!.. dan saya juga tak mahu jadi perampas!.. tak mahu! tak mahu!.. (ini sentiasa saya semat dalam hati!)sakitnya rasa cinta dirampas hanya Allah yang mengetahui.. sungguhpun saya tak pernah alami bagaimana cinta dirampas dengan kejam.. tapi, saya sudah melihat dan sudah merasai kesakitan walau itu bukan saya!.. hingga sekarang persoalan tak pernah selesai dan terjawab!
sekali lagi saya bersetuju dengan Nurin.. bahagia tidak datang dengan sendiri, kita perlu kejar dan raih dia.. begitu juga dengan kasih sayang dan keserasian dalam sesuatu perhubungan.. ia perlu dibentuk agar keharmonian dapat dikongsi bersama..
maaf, saya mungkin kurang matang dalam memberikan pendapat atau menyelesaikan masalah orang.. tapi itu yang saya belajar dan itu yang saya dapat dari pemerhatian dan kajian.. seperti joane kata, adakah layak seseorang yang belum berkahwin untuk menasihatkan orang??.. terasa plak saya ni ya?.. so k arr.. layak tak layak tu belakang kira.. setiap manusia tiada yang sempurna.. ok, malas nak komen lebih.
walau apa pon.. cinta itu kadang sakit! namun kadang cinta itu bawa bahagia.. so, gunakanlah fikiran yang waras dan akal yang cerdik untuk menakluk atau melepaskan..
pstt.. achikz, gue tumpang gelak sekali boleh tak? hehe.. sesambil jeling angkat kening ngan bro.. oppsss..
sara,manja faham apa yang sara alami dan rasai waktu ini…sangat2 faham.memang tidak mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain apatah lagi ia bekait rapat dengan hati.sara,tiada yang sempurna dalam dunia ini kecuali Allah…..sara @ manja tidak boleh lari dari membuat kesilapan.cuma apa dan bila saja tidaklah kita ketahui.mungkin hari ini Allah meguji nurin dan suami sara.memaafkan,indah rasanya dr kita menyimpan rasa sara.nurin ataupun suami sara telah mengakui kesilapan yg telah dilakukan.maafkanlah mereka.kalau sara tgk org di luar sana.ada suami yang sangat jahat perlakuannya.sanggup menceraikan isteri 1 kerana jatuh cinta…jadi cubalah utk menerima ini sebagai satu ujian sara.betul kata nurin.tidak berbaloi klau penceraian itu belaku.
gelak la…… aku tgh sedih ni… 🙁
Thank you all. Terimakasih kerana berkongsi pengalaman dan kisah hidup masing-masing dalam topik LOVe-HATE ini. Bro amat menghargainya…
Hangat betul topik ni…Alright lah, ‘we close this book and open a new one’ …let’s move on to the next topic! 😉