belon

Melepaskan sebuah cinta yang begitu bermakna sekali adalah sesuatu yang amat sukar dilakukan. Bro Razzi sangat respect tabik kiri kananlah kalau ada yang boleh buat kerana ia sesungguhnya bukan kerja senang! NAMUN, ianya boleh dilakukan, JIKA kita mahu hidup kita jadi lebih teratur dan bahagia di kemudian hari kelak. Kerana, bila kita tengah jiwang dalam cinta ni, bila terlepas atau putus cinta, macam zombie lah kita ya… hidup tanpa jiwa, sakit wo!

Memanglah melepaskan cinta untuk dia dicintai dan disayangi oleh orang lain yang lebih layak itu, satu perbuatan mulia…

PLUS, kita sanggup dan rela berkorban, biarlah kita yang kehancuran asalkan dia bahagia. The fact is, bila cakap kita biarkan dia bercinta dengan orang lain pun dah terasa senak di dada, bagai tertusuk pisau kat jantung kita ni kan… adoi! SAKIT!

Tapi itulah namanya cinta sebenar-benarnya cinta. Tapi apa boleh buat dia tidak nampak itu, yang dia nampak kuman di seberang laut, gajah punya besar depan mata tak nampak…eee geram kan 😛

Jadi, untuk teman-teman dan followers Brother Love sekelian, yang tengah kecewa semua tu kan, I hope sedikit kata-kata di sini boleh menceriakan malam you all… “10 Hikmah dari Melepaskan Cinta”

  • 1. PAHALA BESAR, insyaAllah! Ianya adalah satu pengorbanan yang teramat besar apabila kita memberi peluang kepadanya untuk bahagia dengan orang yang lebih layak. Melepaskan dia yang kita cinta, sewaktu kita sama-sama masih cinta adalah sesuatu yang amat susah untuk dilakukan…namun, kita REDHA demi dia bahagia dan kerana ALLAH swt, penuh ikhlas. MasyaAllah, balasannya tak tergambar sebenarnya. Hanya yang pernah merasa kan mengerti.
  • 2. HATI YANG MULIA, insyaAllah apabila kita tidak pentingkan diri sendiri ini, Tuhan berkati hati kita yang sangat mulia itu. Inilah lambang cinta yang sebenarnya cinta! Meletakkan orang yang kita cintai di depan dan dahulu dari hati serta perasaan kita…
  • 3. SATU PENGHORMATAN, bukan mengharapkan balasan tetapi apa yang kita lakukan adalah sesuatu yang semua orang akan beri satu penghormatan yang tak ternilai harganya. Mungkin anda akan berkata buat apa orang hormat aku, sedangkan aku merana… NO, please jangan kata macam tu… Sesungguhnya anda akan lebih dihormati ramai jika anda meletakkan kebahagiaan dia terlebih dahulu dari kebahagiaan anda. Dan penghormatan ini pastinya kan diingati sampai bila-bila.
  • 4.BERPENGALAMAN, ini adalah sesuatu yang bukan ramai dapat alami. Pengalaman bukan dikecewakan tetapi pengalaman memberi kebahagiaan kepada insan tercinta di samping anda kerugian. Giler… sapa nak buat? Tapi anda sanggup buat, memang TERBAIKLAH pengalaman ini!
  • 5. LEBIH BIJAK, selepas sahaja anda benar-benar redha melepaskan dia pergi, melepaskan cinta anda itu, anda sebenarnya sudah melangkah keluar dari zon budak-budak. Anda sebenarnya semakin matang sekarang. Perlahan-lahan anda akan rasa kematangan anda dan lebih bijak dalam membuat keputusan nanti.
  • 6. KETENANGAN, dengan syarat anda menerima situasi dengan penuh redha, ikhlas, anda akan merasakan ketenangan yang tak tergambar oleh sesiapa.
  • 7. DISUKAI, dengan ketenangan dari pengalaman perit ini, jika anda cool dan banyakkan bersabar, anda akan menjadi seorang yang lebih disukai oleh lelaki mau pun wanita. Mereka lebih suka berkawan dengan anda.
  • 8. BANGGA, anda juga akan merasa tersangat bangga dengan diri sendiri. Kebanggaan ini akan mengubah diri anda menjadi seorang yang mempunyai personaliti jauh lebih hebat!
  • 9. KEYAKINAN, ya… anda akan menjadi seorang yang lebih yakin dalam kehidupan seharian in fact anda sendiri takkan menyangka siapa anda hari ini sebenarnya.
  • 10. LEBIH MENARIK, yup! Dengan sendirinya apabila diri anda lebih bijak, lebih matang, lebih keyakinan, anda akan kelihatan lebih menarik dan pastinya anda akan berkenalan dengan orang-orang yang jauh lebih cun, lebih hebat dari dia yang anda lepaskan. Tak percaya? Cubalah 😀

Persoalannya, sanggupkah kita membiarkan dia bahagia dengan orang lain?, sedangkan kita tahu kita juga boleh membahagiakan dirinya? Bagaimana pula perasaan kita? hati dan jiwa yang sudah sekian lama menyintainya?

NOTA PENTING :

TRUTH IS … bagi Bro Razzi yang pernah melakukannya, ianya amat perit! satu perasaan yang tidak dapat dibayangkan atau digambarkan setelah melalui pengalaman berkorban demi cinta! Sedih, frustrated! YES I DO! But at the same time, rasa bangga kerana ikhlas berkorban demi dia yang saya cintai, rasa puas kerana dia bahagia, malah sampai sekarang pun dia masih menghormati Razzi!

Kalau nak cakap di ketika itu, memanglah jauh di sudut hati, I tahu dia akan lebih bahagia bersama pilihannya. Walaupun dia juga masih sayang I at that time……. I pun tak nak lepas juga pada mulanya tetapi kami sedar yang kami tidak serasi untuk bersama, tak ada harapan la, so better let go la kan…

Tentu sahaja I boleh usahakan dan cuba saling faham memahami dan menyesuaikan diri. BUT, I think she’s better off without me. True enough, baru-baru ini ada my friend told me that she’s happy di samping suaminya yang tercinta. Good for her, I pun very happy with my marriage, so inilah hikmah yang terbesar!

  • LEBIH SENANG BERKATA DARI MELAKUKANNYA…Very sure ramai yang akan kata begini, well I sendiri pun dah cakap memang susah memang perit. Tetapi ianya boleh dilakukan… lagi pun, nak buat apa lagi tunggu kalau dah sah-sah dia tak nak kat kita atau lebih mahukan orang lain betul tak?

Tetapi percayalah, jika anda sanggup diri terluka, rela mengecapi kecewa… anda akan dapati diri anda akan menjadi jauh lebih gagah dari biasa dan penuh dengan ketabahan. JADI, lepaskanlah dia, lepaskan cinta mu itu dan lihatlah berbagai-bagai hikmah dari Allah yang Maha Esa akan anda kecapi dan miliki nanti.

HIKMAH TERBESAR… apabila luka yang terhiris di jiwa, mengingatkan mu saat kau kehilangannya… mungkin berzaman, namun ia sembuh jua, parut itu mengingatkan mu sejarah lalu, yang mengajar mu erti cinta yang sebenarnya, dan pabila kau mendirikan rumahtangga, sesungguhnya kau akan lebih bahagia! INSYAALLAH!

p.s. : Ketahui 101 CARA untuk Wanita Memikat CINTA LELAKI/SUAMI dengan lebih MUDAH! Maklumat lanjut, klik di sini

Ikhlas,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…