letting-go-of-love

PENGORBANAN itulah perkataan yang paling sinonim apabila tibanya situasi begini. Yang mana, kita bagaikan terpaksa untuk membuat keputusan, samada menerima terus cintanya, atau sememangnya melepaskan cinta yang sudah lama bersemi itu. Dalam masa yang sama kita seolah-olah tertanya-tanya adakah ini satu langkah yang terbaik!

Namun sebelum itu, persoalannya yang akan timbul, adakah kita rela berkorban demi dia yang kita cintai dan sudah lama sayangi? Sanggupkah kita melepaskan dia pergi? relakah kita melihat dia hidup dengan orang lain…berdua-duaan, bersama bahagia dengan orang lain, bolehkah kita menerima keadaan itu dengan tenang?

  • … atau semua-semua ini hanya akan menghancurkan dan meremukkan lagi hati yang sudah sedia parah?
  • Bagaimana pula bila dia tetap mahu berkawan dengan kita, dan kerana masih sayangkan dia kita terpaksalah berkawan dan hanya dapat melihat kebahagiaannya… sedangkan hati kita semakin hari semakin retak.
  • Jika kita tak mahu berkawan lagi, dia kata sampai hati la pulak kita buat kat dia macam tu. Dan jika kita benar-benar pergi… terasa kehilangan pula.
  • Bagaimana jika kita rebut saja cintanya untuk diri kita seorang diri. Jangan lepaskan dia, jangan biarkan dia sebaliknya kita perjuangkan percintaan kita dan dia dan kita usahakan untuk terus bersamanya… WALAU, kita tahu sedikit terkeduh di hatinya, bagai terhiris sembilu, malah bagai terpenjara sendu kerana inginkan kebebasan memilih.
  • YANG MANA SATUKAH PILIHAN YANG TERBAIK? …menerima atau melepaskan cinta?

PENDAPAT SAYA :-

1. MELEPASKAN… boleh tu boleh, tetapi sebelum melepaskan dia kita seharusnya prepare diri kita sendiri terlebih dahulu. Kita nak persiapkan diri dalam segala segi rohani dan jasmani. Kita kena bersedia untuk kecewa, kita kena bertekad untuk menghadapi saat getir itu dan yang paling utamanya, kita dengan Tuhan jangan berganjak! Pohonlah kekuatan dari yang Maha Esa dan keberkatan hidup yang akan datang. Bila dah benar-benar ready…  bila hati dan jiwa dah steady, cool je… lepaskanlah dia. Di kala itu, kita akan lebih bijak lagi dalam menanganinya dan kekecewaan tidaklah terguris mana.

2. MENERIMA …Yang ini, pendapat peribadi saya la ya, kalau dia merasa sedih untuk bersama saya kerana tiada kebebasan untuk memilih, dan pastinya dia merasa frust tak dapat untuk bercinta dengan orang yang benar-benar dia inginkan, MENGAPA perlu saya menerimanya? NO WAY saya nak terima orang yang tidak benar-benar ingin bersama saya apatah lagi punya rasa untuk bersama yang lain. JIKA dia saja-saja nak freedom, JIKA dia saja-saja nak ada pilihan sendiri, well lebih baik saya LEPASKAN dia saja. Kerana saya ingin bersama dengan orang yang 100% hati dan perasaannya kepada saya, yang hanya cintakan saya, kerana saya juga akan sayanginya dengan seluruh jiwa raga saya. Jadi, kalau dia setakat separuh hati… dia boleh pergilah dan saya tidak akan merasa kecewa pun.

Tapi ini pendapat peribadi sayalah kan, you all boleh membuat keputusan sendiri mengikut cara dan pertimbangan anda sendiri. Go ahead, this matter are very subjective…

Ada orang yang rela berduka, ada orang yang sanggup dikecewakan berulang-ulang kali, ada yang terus menyimpan harapan, ada yang sengaja biarkan diri diperdaya dan ada juga yang lebih bijak membuat keputusan. All is up to you, because you yang menghadapinya… JADI, adakah menerima atau melepaskan cintanya?

usulkan lah betul-betul dan lihatlah baik dan buruknya, pilih yang baik lebih banyak dari yang buruk… Jauhi yang sengaja cari bala 😉

p.s. : Ingin membaca lagi tulisan-tulisan Razzi yang lain? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…