cintalagi

Adakah ini menjadi pertanyaan dan persoalan di minda anda selama ini? MENGAPA? MENGAPA? MENGAPA, walau sudah ada yang punya, walau sudah ada kekasih, sudah bertunang dan akan kahwin tak lama lagi, dan walaupun sudah beristeri tetapi masih boleh jatuh cinta lagi, masih boleh sayangkan wanita lain! MENGAPA?

Adakah kerana naluri lelaki ni atau hati kaum lelaki ni sememangnya beku? Tak punya peri kemanusiaan ATAU memang boleh dipecah-pecahkan? Dikongsi-kongsikan? Tidakkah mereka merasa kesihan akan wanita yang sudah bersama dengannya selama ini?

*Ramai yang memberi alasan lama, mereka berpendapat, jika seorang suami boleh jatuh cinta dengan wanita lain, adalah sebab si isteri tak pandai layanlah, kurang ‘bagi’lah, tak lawa lagilah… semua alasan cliché yang bosan, meletakkan salah kepada wanita! Bosan giler kan?

Dan wanita pula akan menjawab, “Ellllehhhh… kalau isteri cantik macamana pun, dapat setiap malam pun, kalau dah suami tu gatal, dia cari lain jugak! Kena pulak artis-artis sundel yang suka menggoda suami orang, habislah! Tok sah menyalahkan isterilah!!”

Nah ambik kau …saya tak masuk campur, hehe tapi betul juga, kan 😛

Sebenarnya, ada beberapa permintaan dari followers/pembaca my blog ni, minta bro Razzi tolong jawabkan persoalan ini… Lama juga ambil masa nak jawab ni huhu, bukan apa, takut nanti ada yang melenting pulak ni. Kang melayang pinggan mangkuk hahaha 😆 … SEBAB, jawapannya tiada wanita yang akan suka. PASTI marah, if not duka. Tak apa I will try jawab seikhlas yang mungkin dan setidak politikin ya 😎

love2Satu FAKTA PENTING :
Perceraian pasangan ISLAM sahaja, telah meningkat sebanyak 2.3 kali ganda, dari 20,916 pasangan dalam tahun 2004 ke 47,740 pasangan dalam tahun 2012, dan meningkat lagi pada tahun lepas 2013, kepada seramai 49,311 pasangan yang telah bercerai.

Siapa yang boleh menjatuhkan talak? LELAKI. Ini menunjukkan peningkatan TINDAKAN oleh kaum lelaki yang sebenarnya semakin berani dan sudah tidak menghiraukan sangat perhubungan yang telah terbina. Seolah-olah, menjatuhkan talak, menceraikan isteri adalah sesuatu yang begitu mudah dilakukan. Mungkin dulu kebanyakan lelaki akan memikirkan tentang anak-anak, keluarga mertua, dan perasaan isteri. Tetapi kini, mungkin persoalan itu sudah tidak dihiraukan sangat. (Tidak semua lelaki ler 😉 )

love2Lalu kita bertanya, Mengapa LELAKI boleh jatuh cinta lagi?

…jika perkara berat seperti perceraian itu boleh dianggap mudah… apakah susah untuk melakukan perkara seperti jatuh cinta lagi? Sudahlah hukum membenarkan pula lelaki berkahwin lebih dari satu. Jadi ianya bagai sudah sinonim di dalam diri lelaki yang mereka sebenarnya layak untuk jatuh cinta lagi.

love2 Bagaimana PERASAAN lelaki?
Ya sudah tentu lelaki juga akan merasa risau, kesian dan sebagainya terhadap pasangannya. Tetapi sebagai LELAKI, mereka mahu merasa IN CONTROL dan boleh membuat keputusan sendiri tanpa sebarang halangan. Sebab itulah dengan jatuh cinta lagi, ianya membuatkan mereka merasa berkuasa, powerful!

Adakah mereka cintakan isterinya? Tunangannya? Pasangannya? YA itu sudah PASTI! Tetapi, sesungguhnya lelaki memang ada BANYAK CINTA untuk dikongsikan. (Tak semua lelaki laa… kebanyakannya)

Ada lelaki yang sangat-sangat sayang kepada kedua-dua wanita sama banyak sayangnya. Ada lelaki yang boleh memberi kepuasan kepada semua wanita yang bersamanya dan ada lelaki yang bijak membuatkan kedua atau ketiga atau berapa pun wanita jatuh cinta dengannnya. Ini is a real FACT! Bapa mertua saya pun kahwin 3, kawan-kawan saya pun ramai yang kahwin 2, 3… dan bila ditanya, adakah yang mana-mana satu mereka cinta lebih? Jawabnya semua sayang! Semua cinta sangat!

So, YES, lelaki boleh mencintai wanita lebih dari satu dan benar-benar cinta! – TANPA mengira sebarang kelemahan atau kekurangan dari isteri yang pertama atau pasangannya yang awal itu, mereka boleh jatuh cinta lagi. SEBAB? Sedap…sebab sedap, sebab suka…terpikat, jatuh hati dan sebab-sebab normal orang jatuh cinta.

love2Adakah sebab lelaki memang GATAL?
Well… ada ke lelaki yang tak gatal bila ada wanita yang disukai berada di depannya? Bezanya ada yang tunjuk terang-terang, ada yang sembunyi-sembunyi dan ada yang takut atau malu. The truth is gatal ke tak gatal ke… itu terletak kepada NALURI, NAFSU dan KEINGINANNYA.

HAKIKATNYA… tepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Kalau lelaki itu gatal macamana sekali pun, bijak mengayat, pandai bersandiwara, punya keinginan yang tinggi untuk memiliki wanita itu, untuk jatuh cinta lagi, tetapi jika si wanita tidak melayan, takkan jadi juga. Tergila-gila seorang diri dia jugak 😉

AKAN TETAPI sebenarnya, bukan lelaki saja… WANITA juga ada yang boleh jatuh cinta lagi, walaupun dia sudah bersuami, sudah punya kekasih hati, sudah bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga tidak lama lagi. Cuma wanita selalunya disebabkan kurang perhatian dari pasangan, kesunyian walaupun sudah berpunya. Tiba-tiba datang lelaki yang pandai layan…terbalik pula, si lelaki lah pula yang melayan… lalu si wanita pula mulai jatuh hati, terpesona, mulai berani! TAPI, selalunya kalau pasangan lelaki IN HER FACE all the time, tak ada masa dia nak bersama orang lain hehe… berbeza dengan lelaki yang selalu bijak mencuri masa.

Biar apa-apa pun, to me… lebih baik kita fokus kepada KITA. Sebab kalau nak fikirkan orang ni takkan habis. Ianya hanya akan membuatkan kita semakin gusar dan resah gelisah selalu. Lama-lama boleh jadi gila!

love2Ada lebih baik kita ‘UPGRADE’ kan diri kita dalam segala segi. Kita CANTIKKAN hidup kita, penampilan, pendirian, pemikiran, karier kita, PERHEBATKAN segala-gala tentang diri kita, agar kita sendiri bahagia. Jadi kalau ada  sandiwara, cerekarama nak terjadi tu, sekurang-kurangnya ada yang terfikir, huh pasangan aku jauh lebih hebat, lebih bagus lagi! Susahlah sikit nak ‘fight’ 😉

love2Yang penting, kita sendiri kena puas hati dengan diri kita sendiri. Jika kita sendiri pun tak berpuas hati, dengan diri kita macamana orang lain nak puas hati dengan kita?

So all the best to all of you out there. Remember hidup hanya sekali, penuhinya dengan perkara yang berguna dan bermakna. InsyaALlah kita akan bahagia.

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

  • Share this article at your facebook… kongsikan dengan kawan dan teman atau dia yang anda kasihi 😉