Tengok movie ‘Penelope’ semalam it keeps me thinking… “Berapa ramai di antara kita yang lahir sempurna tetapi asyik menegur, menghina, mengutuk dan mengata sesama manusia?” …sedangkan diri sendiri sebenarnya, teramat daif, malah kadang-kadang tu, langsung tiada siapa yang hiraukan dia… bayangkan jika dia mempunyai wajah yang buruk pula, what will happen?? Anyway…
Cerita Penelope ni is about a girl names Penelope, dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan yang sangat kaya, tetapi mendapat sumpahan turun temurun dimana, hidungnya adalah seperti hidung khinzir.
Sudah 25 tahun Penolope memiliki hidung yang sangat buruk itu, semua orang yang datang ke rumah agamnya pasti akan terkejut sangat apabila memandang hidung khinzir Penelope. Akibat tersangat malu, Penelope tidak pernah keluar dari rumah Mansion itu. …Nah tengoklah sendiri hidungnya… cantik tak? 😛
Dari kefahaman ibunya yang sentiasa bongkak namun amat menyayangi anaknya, Penelope harus berkahwin dengan seorang jejaka yang mencintainya untuk membuang sumpahan dan seterusnya hidung babi Penelope akan kembali kepada normal.
Namun, sudah begitu ramai lelaki yang hadir tetapi kesemuanya, tidak sanggup untuk mengahwini Penelope apabila melihat hidungnya. Malah dia dikeji dan dihina…..sedangkan mereka bukanlah setaraf Penelope….
Gadis itu teramat sedih sekali, dia begitu berduka kerana dia yakin tidak akan dapat membuang sumpahan keluarganya itu, tambahan Ibunya pula telah mencuba berbagai cara untuk mencari jodohnya…
Hinggalah datang seorang jejaka yang semata-mata mahu mengahwininya kerana harta… walau menyedari niat lelaki jahat itu, Penelope tetap menerus rancangan untuk berkahwin dengannya demi membuang sumpah. Semua keluarga begitu gembira untuknya dan beramai-ramai menantikan saat gembira, serta tibanya waktu sumpahan itu akan terhapus, apabila Penelope dinikahkan nanti, TETAPI…
Pada saat dia akan dikahwinkan, Penelope telah tersedar apabila wajah bakal suaminya yang kelihatan begitu jijik memandangnya… lalu, Penelope telah mengejutkan semua orang di majlis perkahwinan nya itu dengan tidak bersetuju untuk berkahwin! Ibunya begitu marah sekali, keluarganya juga turut bersedih untuk Penelope kerana tidak dapat membuang sumpahnya.
Tetapi, bagi Penelope, dia rela tidak berkahwin, rela tidak bersama lelaki itu, rela mati daripada mengahwini lelaki yang sebenarnya tidak mencintainya!… rela menerima hodoh dia, rela memiliki hidung khinzirnya itu! Dan dengan perasaan marah, Penelope menjerit, “I LIKE JUST THE WAY I AM”
Tiba-tiba, angin taufan meniup kencang, kilat menyabung, petir berdentum dentam menyambar…Penelope rebah di dalam gaun kahwinnya lantas terpengsan…Apabila dia sedar dan bangun dari pengsannya… Penelope amat terkejut, hidungnya telah kembali normal setelah bertahun-tahun memiliki sumpahan hidung Khinzir! …maka, terlepaslah semua lelaki-lelaki durjana untuk memiliki Penelope yang kini, cantik, memiliki hidung yang lentik, dan kaya raya!
Sungguh dia tidak menyangka, dia tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang mencintainya untuk menghilangkan sumpahan itu, sebaliknya…dia hanya perlu menerima dirinya seadanya sahaja…
So, moral of the story? …
First : Terimalah diri kita seadanya, walau buruk, walau cantik…itu bukanlah sesuatu yang penting di dalam hidup ini, bukan ukuran…TETAPI keikhlasan hati nurani.
Second : Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini….jadi janganlah suka menghina dan mengeji orang, kerana sesungguhnya, orang yang mengata dan menghina adalah lebih keji dari yang dikata.
Jikalau bercinta, anda juga harus menerapkan nilai-nilai murni seperti di dalam movie ini… You know, jodoh you tiada siapa yang tahu. Of all you know, he or she just around the corner of your house, tapi you asyik memandang yang jauh sahaja.
“Perluaskan market cinta you dengan mengurangkan senarai citarasa yang you ingin miliki…ia pasti akan mendekatkan you memiliki cinta yang sekian lama diingini 🙂 “
Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com
10 Comments
bestnye…tu je tlintas kt otak sy bile bc artikel ni..best la..
“I LIKE JUST THE WAY I AM”
thank u la bro..thank u so much!!!!
sgh bermakna artikel tu..mmg betul,slagi kite x pandai nak menghargai ape yg kite miliki,selagi itulah,kite x bahagia..
haluuuuuuuuuuu salam ceria!!!
terimalah diri seadanya kn..
kecantekan xkan kekal slama nye… hati yg cantek akan d kenang2 selama2 nye…! thanx bro topic yg ckup bmakne pd sy 🙂
You all are always welcome. I cuba seboleh mungkin untuk menulis yang terbaik untuk all of you 🙂
But sometimes hidup I sebegini pun, ada juga yang menghina dan mengeji… sedangkan I ni jenis yang BUKAN MULUT LASER… TIDAK PERNAH MENGUTUK orang…
Tapi, sesetengah manusia…memang suka mengata tanpa menyedari diri mereka adalah jauh lebih hodoh dan keji …
Pretty nice post. I just found your blog and wanted to say
that I’ve really liked reading your posts. Anyway
I’ll be subscribing to your feed and I hope you write again soon!
sesungguhnye kite adlah ciptaan yg Esa.. dan ciptaannya adalah ciptaan yg smepurna bersesuaian dgn kemampuan ummatnye.. ada keseimbangan dalam kehidupan yg di titpkan..
ukuran kecantikan adalah ukuran yg dibuat oleh manusia.. yg hanya kenali luaran tanpa memahami dasarnya..
cantik tak terluah indah tak terkata…
keji menginna itu semua lumrah manusia kerana rasa dirinya cukup sempurna.. sedangka dia adalah insanyg selewah dan sekeji kejinya
kerana fitnah dan kutukan dari lidah yg durja..
sesungguhnya bersyukur dgn apa yg di beri..
ada permata dalam kaca yg mungkin tak dikenali dgn mata zahir.. yg hanya di terangi oleh mata hati..
Hi bro,
suka sgtla baca post bro psl penelope ni…
‘Perluaskan market cinta you dengan mengurangkan senarai citarasa yang you ingin miliki…ia pasti akan mendekatkan you memiliki cinta yang sekian lama diingini’
statement bro ni… hmmm bole huraikan tak bro??
kawan2 suggest ikut system org tua dulu2, kawin dulu baru bercinta…
rasanya x bole la bro…nak juga rasa mcm catriona rasa…kenal, bercinta n berkahwin… betul x bro??
sgt interesting artikel bro kali ni 🙂 I loike very much.
Tp cam ada sesuatu yg terselindung disebalik kata2 bro tu huhu, cam ada yg xkena je
AS : To me, mesti kenal dulu, luar dan dalam, then bercinta…then bertunang 6 bulan-1tahun untuk lihat ketahanan emosi, then baru berkahwin! macam cat laaa…bertunang 6 bulan.
Huraian :-
Well, selalunya kita akan ada berbagai-bagai criteria yang kita cari dalam diri seseorang yang menjadi pilihan sebagai kekasih or bakal suami/isteri kan?
Some of us tu, nak yang tinggi, kulit cerah, beragama, berilmu tinggi, berpendapatan tinggi, baka raja or berpangkat dan sebaginya lah kan…
Itu yang susah dapat jodoh tu dan susah nak jumpa pilihan hati tu…
Cuba kurangkan sedikit senarai criteria atau citarasa you…Mungkin, cuba tidak kisah dia rendah atau tinggi. Atau cuba tidak kisah dia tua atau muda… or hitam atau putih.
Berkerjaya dan berpendapatan bagus tu tak boleh lah lupa, itu penting untuk masa depan…cuba tidak kisah akan sesuatu yang lebih kepada keterampilan atau keperibadian…pasti you sendiri akan mulai nampak ramai yang ada di sekeliling menanti 😉