Apabila Razzi sempat bertemu beberapa rakan dan taulan sewaktu Aidil Fitri tempohari, datang terfikir di minda setelah terdetik di hati… “Apakah masalah yang kita semua hadapi ini teruk sangat? Aku rasa masalah yang mereka hadapi adalah lebih teruk dari aku!”

Sehingga saya terfikir mengapalah kita ni asyik fikirkan perasaan kita saja, lepas tu sibuk dengan rasa tidak puas hati, rasa bengkak, geram kerana tidak dapat apa yang kita mahu,  kan? Anda bagaimana, adakah anda juga selalu asyik memikirkan perasaan anda sendiri? – Di sinilah membuatkan Razzi tertanya-tanya…

  • “Pentingkah CINTA? Pentingkah memilki cinta sebenarnya? Hidup bahagia dengan cinta?”

Sometimes, I rasa macam heavy giler masalah-masalah yang saya sendiri hadapi, walhal itu semua hanyalah bersabit dengan perasaan sahaja, …kalau nak difikirkan masalah dunia lagi heavy, mereka yang hidup dalam kemiskinan lagi susah, yang hidup daif, yang kurang upaya, mereka yang kehilangan keluarga, …tidak sempat pun nak fikir soal cinta, soal mendapat pasangan yang serasi, jauh sekali memikirkan soal perkahwinan.

Sedangkan kita yang senang lenang, ada orang yang mencintai kita, ada yang minat pada kita, tetapi hanya kerana rasa tidak puas di hati, tidak mengikut ‘piawaian diri’ atau mungkin rasa sedikit tidak sesuai, kita rasa bagai nak pecah kepala kegeraman memikirkannya. Pasangan yang menyakitkan jiwa, yang telah pedayakan kita, buat kita meronta marah dan pasangan yang tidak memahami hati dan perasaan kita pula, kita rasa kebengangan bagai nak khiamat dunia!

  • Kalau difikirkan balik, apalah sangat masalah yang kita hadapi tuu…jika dibandingkan dengan mereka…Secara logiknya, masalah kita ni samada kita bertolak ansur dan menerimanya, atau kalau dah tak tahan sangat break it off je, and start a new relationship saja, kan?

Cuma bagi yang sudah berkahwin dan sudah ada anak tu susahlah sikit… kena ada keberanian yang tinggi… dan ketahanan mental. Tapi bagi yang masih belum berkahwin tu, jangan anggap kesusahan dan kegagalan itu sebagai halangan, sebaliknya anggap ianya satu peluang untuk kita bahagia! Inilah peluang kita untuk keluar dari kemelut yang kusut itu!

  • BUT you guys jangan pula rasa pelik dengan artikel kali ini, kang ada yang tanya, “Apa hal Brother Love ni tak bagi fikirkan soal cinta ke pulak?!”

Hehehe…You know, sebenarnya bila kita lagi cool about love, maksud I, lebih relax dan tidak over sangat, in a way tidak terlalu memikirkannya sangat, tidak trying hard sangat, love akan cari kita! Love pun pelik, pasal apa ni tak nak ambil tahu pasal dia lagi hehehe…

But that’s the truth! Perkara ni sering terjadi… bila kita terlalu kemaruk sangat, kita akan kehilangan cinta, namun apabila kita sudah tidak kisah sangat cinta akan hadir dalam diri kita…

SYARATNYA, kita benar-benar sudah redha dengan ketentuan Ilahi, kita membuka pintu hati kita seluas-luasnya kepada sebarang kebarangkalian… sambil berusaha mengenali cinta, kita juga tenang dengan apa saja takdir yang menentukannya…

Basically, artikel Razzi yang ke…err, sudah lebih 300 ini adalah semata-mata cuba untuk menggambarkan satu lagi arah dan peluang kepada kita semua untuk memiliki sebuah cinta yang didambakan!

Jika anda membaca berbagai artikel yang sudah Razzi tulis sepanjang 5-6 tahun ini, anda akan mendapat berbagai idea untuk menerima dan melihat cinta dari perspektif yang berbeza-beza. Tujuannya, adalah supaya kita lebih matang dalam membuat keputusan dan berfikir lebih rasional… that’s all. Which I really hope that ianya membantu anda!

Better kan? At least you all ada banyak choice untuk pilih arah tuju anda sendiri, as for me too… Razzi sendiri juga menggunakan banyak method, bukan satu dua saja, tetapi berbagai-bagai cara untuk mencapai happiness…

  • JADI, PENTINGKAH SEBUAH CINTA? … sudah tentu penting, tanpa cinta dan kasih sayang, pasti dunia ini akan jadi tunggang terbalik!! Penuh dengan kebencian…

Jadi, Allhamdulillah, Tuhan tidak beri hidup kita sedaif mana, dan memberi pula peluang untuk memiliki cinta, so why not kita usahakannya, but sometimes biasalah kita akan rasa sunyi, frustrated, kecewa dan sebagainya, but hey, that’s life is all about. Just be cool, be strong…relax, hidup ini terlalu singkat untuk kita berduka, berbahagialah!

GOOD LUCK on your journey to find love! 😉

p.s. : Ingin mengetahui kesemua karya Razzi Rahman dengan lebih lanjut? – klik di sini

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com