Oleh :
Razzi Rahman, Shed, Lizz, Dini, Samara, Azwa, Shah, Aisyah
“Aaarrrrgghhhh!” Jeritan nyaring gadis berwajah bujur sireh itu benar-benar membingit suasana rimba sehinggakan bergegar dedaun pokok menggugurkan embun jernih di pagi hari. Tersedar dari lenanya yang panjang, dia kebingungan memandang sekeliling…
“Di neraka kah aku ini?” suaranya yang mendalam berbisik sendirian sambil mencuba untuk berdiri walau seluruh anggota tubuh badannya masih terasa lemah…
Tiba-tiba, “Hello Jeans…” tegur lembut satu suara seorang lelaki dari belakangnya yang dia cukup kenal dan sekilas itu juga seperti satu ingatan ngeri terpancar bercahaya di depannya.
Mata tajamnya terbeliak membulat terkejut, lantas sepantas kilat, dia terus lari dengan lajunya merempuh hutan tebal membiarkan kakinya yang agak panjang membawa dia kemana sahaja tanpa mengira arah tujuan. Dalam seketika, sinar harapan terpancar di wajahnya apabila terdengar bunyi seperti memekik di keheningan pagi. Dia terus berlari mengikut bunyi yang masih bergema di telinga.
“Tungguuu!!!” Jeritnya dengan nafas yang sesak dan tersekat-sekat…Namun, kehampaan jelas terbayang ketika melihat ekor gerabak sudah pun menghilang melalui landasan yang membengkok ke barat, dengan bunyi nyaring seperti wisel turut lenyap di kejauhan. Asap dari enjin bergumpalan di udara seketika sebelum dihembus pergi oleh deruan kencang angin panas yang melecetkan pipinya yang gebu dan memedihkan rongga hidungnya yang tirus.
“Errhh…mati aku…”
25 Comments
Terkedek-kedek Jeans berjalan menyusuri jalan sepanjang landasan keretapi terus cuba untuk mengejar. Namun kelibat gerabak terakhir hilang dari pandangan. Berkerut dahinya sambil mengerling jam lusuh di tangan yang dibelinya di pasar malam setahun yang lalu.
“Aduuh! macam mana ni?..”
Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. Sudah berapa kali dia melalui situasi sebegini. Setiap kali dia akan terlelap apabila terpaksa menghadapi sesuatu yang memerlukan dia menanti atau menunggu dalam tempoh yang agak lama, seperti tadi.
sedang Jeans leka melayani perasaan gusarnya, tiba-tiba datang satu cahaya yang berkelip-kelip dihadapan matanya. Jeans menjadi kaku seketika…
“Eh,ape ni?…”
Jeans bermonolog seorang diri di dalam hati. Tidak semena-mena, cahaya kecil tadi bertukar menjadi orang kerdil yang sangat comel dan berterbangan di hadapan mata Jeans. Orang kerdil itu berkata…
“Si cantik , tak usah berduka..saya akan membantu kamu untuk sampai ke gerabak tadi. Sekarang kamu pejamkan mata. ”
Jeans tanpa sempat berfikir panjang terus memejamkan matanya.
“Zuupp!!” Sekonyong-konyong, tiba-tiba Jeans muncul di sebelah seorang penumpang lelaki di dalam keretapi tersebut.
Terkial-kial Jeans membetulkan duduknya. Berkali-kali dia menggosok matanya, memastikan yang kali ini dia tidak bermimpi. “Huh! keajaiban apa pulak ni?..”
Jeans masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Lelaki yang berada di sebelahnya sedang khusyuk melayan perasaannya tanpa menghiraukan keadaan sekeliling termasuklah kemunculan Jeans yang secara tiba-tiba itu.
Jeans cuba menjenguk keluar dari bilik tersebut.Tiba-tiba dia gelabah dan terus kembali ke tempat asalnya.
“Oohh..apa yang harus aku lakukan?..”
“Tiket..aku perlukan tiket, orang kerdil sudah pergi. Aku perlu lakukan sesuatu.”
Jeans mengintai lagi, kelihatan pemeriksa tiket tersebut sedang menuju ke biliknya. Jeans terus duduk di sebelah lelaki tersebut serapat-rapatnya.
Bila pintu bilik cuba di buka, Jeans terus memeluk dan mencium lelaki tersebut..
Pelukan Jeans pada lelaki yang dia sendiri tidak kenali itu semakin kuat, ciuman diteruskan. Lelaki tersebut terpinga-pinga. Pemeriksa tiket yang seolah-olah malu dengan keadaan pada ketika itu, tidak meneruskan kewajipannya. Dia terus beredar dan hilang daripada pandangan Jeans kini.
“Huh…nasib baik.”, Jeans seakan berbisik pada dirinya sendiri ketika ini.
Tiba-tiba Jeans tersedar yang dia masih lagi didalam pelukan seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenali. Jeans meleraikan pelukannya.
“maaf, saya terpaksa berpura-pura menjadi kekasih saudara tadi. Saya tiada tiket. maaf ya.”, Jeans memohon maaf kepada lelaki tersebut.
“Oh, tidak mengapa puteri cantik.”, Lelaki itu langsung tidak menunjukkan reaksi marah pada Jeans. “Tapi, bagaimana kamu boleh muncul tiba-tiba di sini?”. Lelaki itu mula menyoal selidik.
“Saya tidak tahu, orang kerdil yang bawa saya ke sini.”, Jeans serba salah sekarang.
“Mungkin orang kerdil ingin kita berteman, puteri. Apa kamu mahu jadi teman saya?”
“Teman awak? eeiuuww…FORGET IT!”
Jeans terus keluar dari situ dan mulai berlari mencari jalan keluar meninggalkan lelaki gempal yang terus terpinga-pinga. Tiba-tiba…
“Jeans!”
“Hah Aaron? kau lagi?…macamana kau boleh berada dimana sahaja aku berada hah?! mengapa kau asyik ekori aku?!” Jeans mencekup erat kepalanya yang semakin berdenyut, kepeningan, “ARGHHH!!”
“Jeans…tidakkah kau ingat? aku adalah mimpi ngeri kau, aku adalah satu khayalan yang akan terus menghantui hidup kau…mmuwahahahaha!”
” Kau pergi dari sini!..Jangan ekori aku lagi!”
Jerkah Jeans menghalau Aaron sambil menolak badan sasa itu. Aaron hanya tersenyum dan cuba menenangkan Jeans. Jeans terus menyentak tangan yang gagah itu,kepala Jeans semakin sakit..
“Lepaskan aku!..”
Jeans cuba beredar meninggalkan Aaron..
“Jeans!” Aaron terkejut memandang Jeans yang semakin lemah dan terus rebah.
Aaron berlari-lari anak menuju ke arah Jeans yang sudah tidak sedarkan diri. Dia terus memangku kepala Jeans dan menyelak rambut yang terurai menutupi wajah yang cantik itu.
Aaron bermonolog sendirian. ‘Cantik sungguh gadis ini, namun kesiannya…dia…’
“Gina bangun!…bangun!”
Lee menggoncang-goncang bahu kekasihnya yang masih layu dibuai mimpi. Lelaki tampan itu mulai melangkah ke tepi dinding untuk membuka tingkap bilik yang sangat luas itu, dia mendengar seperti ada ketukan-ketukan kecil di luar. Dia menyelak langsir merah jambu muda yang menutupi tingkap itu. Kelihatan rintik-rintik hujan yang menjentik perlahan-lahan ke tingkap kaca, yang membunyikan ketukan itu. Titis-titisnya turun beraliran ke seluruh tingkap… meruntun jiwanya, lalu dia berhenti seketika dan merenung jauh…
Kenangan silam mulai menyentuh hatinya. Suasana itu mengingatkannya kepada peristiwa hitam, pada malam yang telah mengubah segala-gala dalam hidup dia dan Gina…
“Lee?…err mana Aaron?!”
“Siapa Aaron Gina?…Aaron tak pernah wujud…Itu hanya mainan tidurmu sayang, …atau ada sesuatu yang cuba Gina sembunyikan?!”
“Ada…dia selalu ada…ada dalam mimpiku. Sayang tak pernah sembunyikan apa-apa pun dari abang. Sayang pun pelik, apa kaitan dia dengan Sayang..”
“Bangunlah…bersihkan dirimu, kemudian kita sama-sama sarapan.” Ucap Lee dengan penuh kasih sayang sambil membelai rambut Gina dan memberikan kucupan di dahinya. Sayangnya pada Gina semakin mendalam.
.
…tetapi Gina hanya menghadiahkan senyuman pahit. Lee memaut manja bahu kekasih hatinya itu.
“Come let’s get some breakfast… I ada buat roti bakar untuk you…”
Sambil itu Lee melangkah keluar dari bilik, fikirannya mula melayang teringat kepada doktor muda yang juga bernama Aaron.
Lee melabuhkan dirinya di atas kerusi makan, di hadapnya saja sarapan pagi untuk dia dan Gina. Fikirannya ligat memikirkan buah hatinya,Gina yang sejak akhir-akhir ini sering saja bermimpi bertemu dengan lelaki bernama Aaron. Hati kecilnya mulai berbisik pada dirinya. Keraguan jelas menghantui dirinya.
‘Lee, buah hati kau mengkhianati kau dalam diam. Kau saja yang cinta separuh mati pada Gina, Lee. Gina sedang mempermainkan cinta kau Lee!!’.
‘Tak mungkin,tak mungkin Gina curang padaku!. Gina cintakan aku sama seperti aku cintakan dirinya…’, Lee memujukkan dirinya sendiri saat ini.
“Hi sayang..”, Gina menyapa Lee yang sedang asyik bermain dengan kata hatinya sendiri.
tapi Lee, terus mengelamun dan teringat pesanan abangnya,
‘janganlah kau takut untuk memasang angan2 dengan gina, kalau dilihat dari satu sudut, memang gina lebih segala-galanya daripada kau, tapi kalau diukur dalam pelbagai sudut, belum tentu lagi…’
Abangnya cuba menyebut satu persatu kelebihan Lee supaya Lee tidak berasa rendah diri….
Namun ‘Aaron’ ..nama itu sering kali bermain di bibir Gina sejak-sejak akhir ini. Hatinya gusar memikirkan jika rahsia yang di simpannya dari Gina selama ini terbongkar. Hanya Aaron dan dia saja yang tahu…Berbagai-bagai cara telah dilakukannya untuk mengelak daripada bayangan Aaron.
‘Aku perlu cepat bertindak sebelum apa-apa perkara buruk berlaku!’ Getus hati kecil Lee.
“Kenapa dengan you ni honey?..muka pucat je, you sakit ke?” Gina menghentikan suapan roti di mulutnya.
“Haahh!..tak..tak ada apa-apalah sayang..I nak keluar kejap ni, you makan dulu..ada kerja yang belum settle lagi kat pejabat.”
Sekilas Lee bangun, menghadiahkan sebuah kucupan di dahi Gina dan cepat-cepat dia beredar. Gina terpinga-pinga kehairanan. Lee sudah banyak berubah. Hati kecilnya dilanda bimbang…bimbang tentang perkara yang tidak diketahui pucuk pangkalnya!
Gina kebosanan di rumah,kebetulan dia berasa malas untuk keluar mencari pekerjaan.Cuaca panas yang terik telah melemahkan semangatnya yang masih terganggu oleh bayangan Aaron.
Sambil meniarap di katilnya, Gina melayari website “Kuncicinta.com” yang sering menjadi temannya di kala kesunyian. Di situlah tempatnya meluahkan perasaan dan berkongsi pendapat berkenaan dengan cinta…Segalanya diolah berdasarkan pengalamannya sendiri.
Matanya sudah semakin lemah, sudah tidak berdaya membaca coretan Catriona Ross (Duta KunciCinta)…pelakon pujaannya…terus dia terlelap di sebelah laptopnya itu…
“Kau tak boleh lari dari aku lagi.” Bisik hati kecil Aaron…sambil mendukung Jeans yang sudah layu tidak bermaya.
Jeans berkali-kali cuba membuka matanya, namun entah kenapa dia merasakan seperti ada cahaya yang mengganggu pandangannya.
“cahaya apakah ini?, aku berada di mana sekarang?”.
“Kau berada di syurga bersama-sama aku, Jeans.”
Bebola mata Jeans terbuka luas. Berkali-kali dia menggosok matanya untuk memastikan kesahihan pemilik suara yang berbunyi dalam itu. Dia terkejut…
“Lepaskan aku!!…Apa kau nak daripada aku Aaron??? Mengapa kau seksa aku dengan hadir dalam setiap mimpi-mimpi aku? Apa yang kau mahu, Aaron?”, Jeans melontarkan apa yang terbuku dalam benaknya kini kepada Aaron.
“Aku mahukan cinta kau Jeans, sepertimana aku telah beri sepenuh nyawaku untuk mencintai kau..Kau nyawa aku, dan aku adalah nyawa bagi kau. Setiap nafas yang kau hela, ia adalah paduan nyawaku dan nyawamu Jeans…”
“Kau gila Aaron, kau gila!!…ohh, macamana aku mahu keluar dari mimpi ini??! lari dari Aaron!”…
“Gina, Gina…kenapa ni?”, Pn. Mary, ibu kepada Gina mengejutkan anaknya yang seperti kerasukan sewaktu tidur…
“Mak!!..Gina takut..” Tiba-tiba saja Gina menangis dalam pelukan ibunya.
“You suka sangat tidur,tak kira tempat dan masa..macam ni la jadinya.Jangan menangis lagi.Nah, ambil bunga ni..ada orang hantarkan tadi,mungkin dari Lee.” Kata Pn. Mary sambil memujuk anak tunggalnya itu dan beredar dari situ.
Dengan rasa pelik, Gina membelek kad yang terselit pada sejambak bunga ros merah tersebut.Dalam hatinya berkata tak mungkin Lee yang memberikan bunga tersebut.Lee tahu Gina hanya suka ros putih.
Gina kelihatan pucat dan terketar-ketar bila membaca kad tersebut..
“Sayangku Gina..kaulah mimpiku..dan sekarang..kau jualah hidupku..usahlah keliru..semuanya akan terjawab nanti..Dari Mimpimu..Aaron.”
“What?” getus Gina dengan nada sedikit terkejut
“Kenapa sayang, Lee ke yang beri?” sapa ibu Gina lagi
“Bukan, dari Aaron” jawab Gina yang masih kebingungan.
“Aaron?, siapa dia?” tanya ibu Gina.
“I have no idea mum, sampai sekarang saya masih mencari jawapan” jawab Gina perlahan.
“Hmm janganlah panik sangat, maybe he is your secret admire, no wonder because you are so beautiful…my dear. Sudahlah tu, pergi mandi” kata ibu Gina sambil menghadiahkan ciuman ke pipi anak gadis kesayangannya.
Puan Maria beredar meninggalkan anak gadis kesayangannya yang masih kebingunggan.
Gina termenung sendirian di kamarnya. Pelbagai persoalan bermain di kotak fikirannya. ‘Aaron’… mengapakah sejak akhir-akhir ini lelaki itu sering muncul dalam mimpiku? Siapakah dia? Dan sekarang ini pula muncul dalam realitiku…. Gina bermonolog sendiri.
Bunga dan kad yang tertera itu dibeleknya berkali..
“Apa sebenarnya yang kau mahu dari aku Aaron?.. kenapa kau sering mengejar aku?.. menganggu hidup aku?.”
Arghh!! sakit kepala Gina memikirkannya.. ketakutan dan kerisauan makin menguasai dirinya.. Akhirnya jambak mawar merah beserta kad di humbankannya kedalam bakul sampah. Gina mahu hapuskan segalanya tentang lelaki itu sebelum dirinya menjadi gila!. Dia merebahkan badannya cuba melelapkan mata..
“Hahaha.. disini rupanya kau ya?.. Kemana kau mahu lari hah?”.. Satu suara garang datang entah dari mana mengejutkan dirinya yang cuba menyembunyikan diri dari dikejar bayangan Aaron.
“Si.. siapa kau?.. to..tolong jangan apa-apakan aku..” Wajah Jeans pucat membiru dia cuba merayu. Lelaki yang berwajah bengis itu merenung tajam kearahnya seakan mahu menelan dirinya..
“Hahahahahaha…tidakkah kau kenal siapa aku?” suara bengis itu bergema lagi
“Aku adalah kau, kau adalah aku, aku datang dari perasaan benci dalam dirimu…hahahaha….tidak sekali-kali kau boleh lari dari aku! kecuali….” kata-kata si bengis itu berhenti seketika seolah mempermainkan
“Kecuali apa, hah?! Aku tak kenal kau! Kau sebenarnya siapa bedebah!” tengking Jeans
Seakan semangatnya naik semula. Hanya keberanian yang bisa menghilangkan ketakutannya dalam dirinya.. Dia perlu melawan rasa takutnya itu. Dia mengumpul sekuat tenaga dan langkah berjaga untuk menghadapi apa jua rintangan yang bakal melanda..
“Kura-kura dalam perahu.. pura-pura tak tahu ya?.. muahahaha.. Cis! berani kau melawan ya..” Lelaki berwajah bengis itu meluru cuba menerkam Jeans. Namun Jeans sempat mengelak. Dengan pantas pedang yang berada berhampirannya segera disambar untuk mempertahankan diri.
“Pergi!!.. jangan ganggu aku!..” Jeans melibas-libas pedang itu.. dengan ilmu taekwando yang pernah dipelajarinya sepenuhnya dia gunakan untuk menghapuskan lelaki bengis itu. Mata pedang itu mahu ditusuknya ke dada lelaki bengis itu. Namun lelaki itu sempat mengelak..
“Hahahaha… kau mahu bunuh aku Jeans?.. kau takkan dapat membunuh aku sayang.. kerana jasad aku bersatu dalam dalam diri kau puteri yang ayu jelita!.. muahahaha..”
Jeans memandang bayangan lelaki di hadapannya itu dengan rasa tidak percaya.
“Apa yang kau repekkan nih?..hari-hari makan budu, kau ni memang penipuuu…!! Jerit Jeans dengan nada geram.
“Haa..haah..haa..kau memang perempuan naif Jeanss..simpati sungguh aku melihatkan keadaan kau sekarang ni!..kau cuba melawan kata hati kau sendiri..kau gila sebenarnya Jeans..kau gilaa!! haa..haa!!” Ketawa Aaron bergema di segenap sudut.
Jeans jatuh terduduk, menekup erat telinganya. Tidak mahu mendengar lagi kata-kata yang keluar dari mulut Aaron. Perasaan dan fikirannya ,makin bercelaru. Bayangan hitam itu mula menghampiri Jeans. Wajah lelaki di depannya kini berubah dan sungguh mengerikan. Wajahnya dipenuhi torehan luka dan darah membuak-buak keluar menitis membasahi lantai.
“Kau dengan Lee telah mengkhianati akuu..aku takkan biarkan kamu berdua hidup tenang…”
Jeans menjerit-jerit bagaikan terkena histeria. Bayangan mengerikan mula mendekati semakin hampir.
“Aaarrghhhhhhhh!” Suara pekikan memecah suasana sepi pada malam itu.
Bergegas ibunya berlari meluru ke kamar Gina. “Kenapa ni, apa yang Sayang mimpikan?”
Lembab tubuhnya dibasahi keringat ketakutan. Ibunya kerisauan sambil menenangkan Gina. Seorang lelaki tampan meluru ke bilik itu kemudiannya.
“Ibu ingat tak bunga yang dihantar siang tadi?” tanya Gina.
Ibunya cuba ingat kembali & menganggukkn kepala. “Kenapa dengan bunga tadi?”
Gina cuba menerangkan pada ibunya apa yang dialami selama ini…”Ibu, Gina sering bermimpi seorang jejaka yang bernama Aaron tetapi dalam masa yang sama telah menerima jambangan bunga dari jejaka yang sama. Adakah benar-benar Aaron itu wujud?”
Ibunya buntu untuk mentafsir keadaan anaknya dan mencadangkan dia berehat sebelum menanti hari esok untuk berjumpa dengan doktor.
“Adakah benar jiwa Gina sakit?”
Tiba-tiba Lee menghampiri dari belakang ibunya, “Maaf…sebenarnya, I yang sakit Gina.”
“Apa?…apa yang you cakap ni?” Gina bertanya serius. “..apa yang telah terjadi?” Gina kebingungan dengan kata-kata Lee. Kemunculannya juga agak pelik. Puan Mary turut ternganga bingung,
“Hehe…sepatutnya I yang tanya soalan tu kat you, kan.” Kata Lee, nadanya seperti perli.
Gina bingkas bangun dari katil sambil berpeluk tubuh menghadap ke arah tingkap. Lee tersenyum sinis seolah-olah menyembunyikan sesuatu. “Apa ni honey..janganlaa macam ni, cara you cakap tu kan..menakutkan I saja..” jawab Gina penuh manja.
Lee memaut mesra pinggang Gina dari belakang. Spontan Gina menepis.
“Please tell me the truth!..I nak you cakap dengan I sekarang…apa maksud you tu, yang you sakit?!…and WHO IS AARON sebenarnya hah?…I tahu Aaron wujud, ia bukan sekadar mimpi biasa…dan I tahu, you kenal dia!!” Gina meninggikan suaranya mendesak Lee.
Lee tersentak melihat perubahan mendadak Gina. “What are you talking about honey?..” Lee cuba berdalih dengan suaranya yang acuh tak acuh.
“Baik you mengaku! CEPAT!” Gina mengertak keras. Lee terdiam seribu bahasa, namun senyumannya berubah menjadi seolah-olah satu senyuman penuh rahsia…
Apakah yang bakal terjadi kepada Gina atau “Jeans”? Bagaimanakah kesudahannya kisah gadis ini yang kebingungan membezakan mimpi atau realiti… Sama-samalah kita ikuti ending cerita ini di dalam “EDITED VERSION” E-Cerpen : “JEANS”
Anda boleh DOWNLOAD FREE di sini! Sila Klik di bawah :
E-cerpen JEANS