Salam pada semua bloggers Razzi Rahman @ Brother Love yang dihormati, diingati selalu dan disayangi semua! Raya korban camana? hope all beresss? 😀

Ada berita baik ni…album Razzi.Muz.Ik dah siap… 😉

Ingin bro berkongsi sedikit pengalaman bro di sini untuk anda ketahui…You know, being a singer is not easy! Apatah lagi bro pernah menjadi penyanyi, dan berhenti. Kini kembali menyanyi semula setelah lebih 10 tahun tidak aktif dan berkerja di studio rakaman.

Preparation nya sahaja sudah mengambil masa selama sebulan. Training the new songs, dapatkan key yang terbaik, kena dapatkan stamina yang tinggi serta rehat yang cukup. in fact…hampir setiap hari bro jogging, spa bubble, dan juga senaman Tai Chi. Haaa…Tai chi ni best…ia boleh buatkan pernafasan kita jadi lebih strong! 🙂

so, bagi sesiapa sahaja yang suka menyanyi, bercita-cita untuk jadi penyanyi…punya impian untuk bergiat dalam bidang seni suara, YANG PENTING…anda perlu ada keinginan yang tinggi, minat yang mendalam…dan macam bro lah 24 jam duk menyanyi je kerja, walau dimana sahaja, asal kan tidak merbahaya 😀 

~  Irfan Khairi atau IK, band leader kami, juga punya passion dalam seni yang mendalam. Beliau juga bertungkus lumus menyiapkan lirik lagu, practice gitar, dan memilih music yang sesuai serta membuat berbagai rancangan untuk band kami. He is the Master Mind here laa 🙂 Bro sangat bertuah mengenali beliau dan menjadi kawan baik dengan Jutawan Muda internet ini.

~ Muzamil atau MUZ pula, Juruterbang kita ni…berlatih dengan bersungguh-sungguh bersama-sama untuk studio, persembahan dan pelancaran album ini pada 1.1.09 ini! ‘Gorengan Gitar’ Muz ni…you all nangis la kalau dengar… 🙂 Pendek kata, kami tiga sekawan rapat ini mempunyai peranan masing-masing yang sama penting.

~ Zulkifli Mahat atau ZUL MAHAT pula adalah producer kami. Beliau juga adalah Producer kedua-dua album bro yang lepas. Knowledge Zul dalam music memang tidak ternilai. Malah beliau lah yang telah menjadi tunggak dalam productions album M.Nasir selama ini. Zul juga pencipta lagu-lagu kepada Siti Norhaliza, Fauziah latif, Amy Mastura.

Zul telah push kami untuk menjadi jauh lebih baik dari apa yang kami tahu. Tanpa Zul mungkin kita tidak akan ready secepat ini. So, to Zul Mahat… we salute you!

Akhir kata…

Melakukan ini buat kali ke 2, mengulanginya bersama-sama kawan-kawan baik pula, bagaikan satu Anugerah dari Yang Maha Esa. Kerana segala-galanya datang dari dia. Tanpa keizinan Nya…tiada apa yang boleh terjadi.

So, sepanjang november, Razzi.Muz.Ik …telah berjaya menyiapkan album single pertama kami! Semuga, objektif utama kami menyampaikan mesej-mesej positif seperti memberi semangat, inspirasi dan motivasi melalui lagu dapat diterima ramai pendengar.

Namun, ianya akan lebih berjaya sekiranya kami mendapat sokongan dari you all. Apa ada pada seorang artis jika tanpa peminatnya. Betul tak? Bloggers – bloggers bro yang sentiasa bersama bro sejak dulu lagi ni lah yang bakal membantu kejayaan Razzi.Muz.Ik kan?! , Oleh itu..

Razzi.Muz.Ik ingin menghadiahkan bukan hanya 1 lagu…tetapi 2 lagu terbaru kami secara PERCUMA. YES!!…It’s free dan you all akan jadi antara orang pertama yang dapat mendengar single kami sebelum ianya dimainkan di TV & Radio atau dimana-mana! Best tak? mesti best punya…. 😉

Cara mendapat lagu ini secara percuma, mudah sahaja. Ada 2 cara :-

 Cara 1 :

Sign up di http://www.razzimuzik.com  ~ berikan email dan nama anda je. Then kita akan hantar link untuk anda download kedua-dua lagu tersebut pada tahun baru ini!

 Cara 2 :

Anda ada facebook? klik di sini >> Jadi fan/peminat kumpulan Razzi.Muz.IK di fan page facebook  Satu message akan dihantar kepada anda bersama link untuk anda download lagu kami apabila dilancarkan pada 01:01:2009 tahun baru ini.

To my bloggers/sahabat/Facebook friends, lets sign up and become our fan now!

Salam Aidiladha dari saya,
RAZZI RAHMAN
p/s : “please share this message with your friends too!”

Baca kisah Razzi.Muz.Ik sedari awal ~ klik link di bawah :-