Mungkin ada la yang masih mengenali saya…Razzi Rahman, bekas penyanyi dan pelakon. Pastinya ramai gak yang langsung tidak mengenali saya. Itu biasa ler…hidup ada masa kita kat atas dan bila tiba kat bawah tu…perit je kan?! Tapi kalau tak da semua tu, bukanlah hidup namanya…ADO!

Razzi RahmanTAPI, yang saya nak cite di sini ialah…cuba lihat gambar kaset album sulung saya yang dah berkurun lamanya ni…hihi, cuba perhatikan betul-betul tajuknya…Nampak tak??…Apakah tajuk album pertama saya tu?  

Hehehe… Well, itulah kisahnya saya ni…beratus-ratus novel baca, banyak karangan di sekolah yang tulis. Rupa-rupanya minat paling giler sejak kecil adalah menulis cerita! Hinggakan tajuk album saya pun bergaduh2 ngan producer & bosses kerana mahu namakannya… CERPEN!

ADO!…now I’m the boss! Hehehe… tapi tetap berpijak di bumi yang nyata. Itulah sebab utama Bro dan Catriona Ross boleh memiliki syarikat penerbitan bersama iaitu Gold Mind Publishing…hanya keranaaa… “Kita dua olang arr talak sombong punya loh…” 

Alright…Bro harap you all dah ler baca apa site yang kita layari ni dan tahulah serba-sedikit tujuan dan syarat-syarat menulis e-cerpen di sini.  

Untuk 1st karektor utamanya bro dah adaaa!! OK…Dia adalah seorang gadis berumur lingkungan 20an yang memiliki renungan matanya yang tajam dan rambutnya yang lurus dan panjang. Berbadan agak tinggi dan lasak orangnya, tetapi sangat manis. Di sebalik wajahnya yang cantik, tabiat buruknya, dia selalu tertidur dan terlena diulik mimpi di mana sahaja dia berada . Nama gelarannya… Jeans!

Power tak? hehehe, ok ceritanya…terserah 100% kepada anda kerana andalah yang mencorakkannya! Sambung je dari prolog dan seterusnya dan seterusnya. Apa yang bro minta, you all jangan malu dan jangan segan. Be creative! “Always believe in what you do!” 

*TIP MENULIS FIKSYEN :

Setiap perasaan yang dipamerkan, yang diceritakan…pastikan ia membayangkan apa yang dia akan lakukan nanti, keputusannya, pilihannya, sebabnya haruslah konsisten dengan emosinya.

So, Aug 27 Monday 12 noon, Boleh mula?? Test tengok… 

Jom bikin e-cerpen in the making :

New Logo