Persoalannya, “Adakah betul kesetiaan anda, atau anda hanya setia buta?” – Bro Razzi rasa eloklah jika anda Tanya pada diri anda sendiri soalan yang amat penting ini dan cuba fikirkan sedalam-dalam.

  • Kerana, sekiranya anda setia buta… maka sesungguhnya anda bagaikan hidup tanpa jiwa yang langsung tidak dihargai akan kesuciannya!

First of all, Kesetiaan ada berbagai-bagai jenis :-

  • Setia kepada pasangan yang juga amat jujur dan setia kepada anda
  • Setia kepada pasangan yang samar-samar setia kepada anda
  • Setia kepada pasangan yang beberapa kali berlaku curang

Apa kata, jom kita sama-sama baca perlahan-lahan dan cuba fahami apa yang Bro Razzi nak katakan di sini…

  • Setia kepada pasangan yang juga amat jujur dan setia kepada anda Continue dengan kesetiaan sebegitu kerana dia adalah lelaki yang menghargai kesetiaan anda, namun… it is good jika anda spare sedikit space dalam diri anda untuk lebih bersiap-sedia dengan pelbagai kemungkinan.
  • Setia kepada pasangan yang samar-samar setia kepada anda – Kadang-kadang kita takut untuk menerima hakikat yang dia telah berlaku curang dibelakang kita. Lalu kita mengambil keputusan untuk memejamkan mata dan terus setia. Adakah anda berada di dalam situasi ini? Honestly…situasi ini adalah sangat berat dan meyeksakan. Cuba bangkit dengan semangat menghormati maruah diri anda sendiri.
  • Setia kepada pasangan yang beberapa kali berlaku curang – It’s bad, tak perlu I cakap, you sendiri pun tahu it’s very bad. TAPI, kerana sayang, kerana cinta anda terus setia padanya. Beberapa kali ianya berlaku, anda maafkan dia dan maafkan lagi dan lagi…Sebab, anda tidak mahu kehilangannya. Walhal… anda sudah lama kehilangannya beb! Sedarlah…beranikan diri dan keluar dari kemelut itu. CUBA tanya dan fikir sendiri…

“Adakah anda memerlukan orang yang curang dan curang lagi dalam hidup anda? Adakah dia masih penting untuk anda? Adakah jika anda tiada dia, anda akan lebih merana atau akan lebih bahagia?”

SETIA BUTA…

Setia buta ni I would say, merangkumi kepada kesemua jenis kesetiaan… Setia membabi buta… yang akhirnya merana seorang diri. Kategori-kategori setia buta :-

  • Masih setia kepada bekas kekasih yang tidak menghargai anda.
  • Masih setia kepada orang yang sudah katakan yang dia tidak cintakan anda.
  • Masih menanti dan berada disekelilingnya, sedangkan dia sedang bercinta dengan orang lain. Harapan moga dia putus dan anda boleh bercinta balik dengan dia, hakikatnya bila dia putus, dia bercinta pula dengan orang lain.
  • Masih menanti dia walau dia sudah lama pergi, sudah bertahun-tahun tinggalkan anda, namun anda tidak mahu menerima hakikat itu.
  • Dia masih dalam hidup anda, dia sudah 2-3 kali bertukar pasangan, tapi anda masih terus setia melakukan perkara yang selalu dilakukan bersamanya. Seolah-olah, dia masih bercinta dengan anda.

Adakah anda berada di dalam mana-mana situasi ini? Maka jelaslah anda buta dalam kesetiaan yang sebenarnya anda langsung tidak dihargai! Itulah SETIA BUTA!

Kadang-kadang tu Bro Razzi sendiri merasa amat kecewa apabila diajukan soalan-soalan seperti,

  • “Bro Love apa saya perlu buat bro, dia sudah tinggalkan saya SETAHUN, perlukah saya tinggalkan dia?

WHAT? Setahun dah dia belah… patutkah anda tinggalkan dia? Soalan yang patut anda sedar adalah, ADAKAH ANDA MASIH BERSAMA DIA UNTUK ANDA TINGGALKAN DIA? – Beb, sedarlah beb, anda sudah lama hilang dia! Anda sudah tak punya dia lagi… Nak tinggalkan dia macamana lagi, anda dah lama ditinggalkan beb! JELAS anda setia buta.

Bagaimana pula soalan macam ni,

  • “Bro Razzi, dia pergi macam tu saja bro sedih saya, sms, calls, semua tak balas, tapi dia tak ada pulak kata nak putus… jadi, Patutkah saya putuskan perhubungan ini bro?

Kalau masih cinta, masih sayang, mesti balas punya betul tak. Jadi, sedarlah babes, apabila tiada return call, sms tak berjawab tu… perhubungan you sebenarnya SUDAH LAMA PUTUS! You nak gi cakap apa kat dia, “Okay dari hari ni perhubungan kita putus!” Adoi sayang…setianya you kat dia beb. Tak usahlah, ianya dah tak bermakna apa-apa lagi bagi dia. Better jangan berikan kepuasan itu pada dia.

Final soalan yang Bro Razzi terima,

  • “Bro, mcmana nak lupakan dia bro, sy xleh la bro…sy dh biase sgt hidup ngan dia bro, tu yg klu dia ade masalah apa2 dgn gf dia, mesti dia cari sy bro”

 Masa susah cari you, masa bahagia senang-lenang dengan pasangan dia! Perlu ke Bro Razzi jawab lagi macamana nak lupakan dia? – Kita ni kena pandai bezakan menjadi BAIK dengan menjadi BODOH. Ada waktu kita kena fikirkan kebaikan kita demi maruah kita dan keluarga kita. Jangan sampai dipergunakan orang sewenang-wenangnya.

I think, cukuplah tu contoh-contoh yang amat mengecewakan… sekiranya anda di dalam situasi itu, sedarlah cepat-cepat sebelum terlambat. Ramai kenalan saya yang menyedarinya sudah terlalu lambat.

Dulu, semasa anda masih cinta, tengah gila kat dia… anda lupa usia anda kerana anda masih muda. Dulu, anda tinggalkan kawan-kawan kerana mereka tidak menyukai pasangan anda. Dulu, anda tidak endahkan kata-kata dan nasihat keluarga, kerana mereka tidak menyukai pilihan anda…

Di saat kesedaran anda yang dia sebenarnya tidak setia pada anda dan anda hanya SETIA BUTA… usia anda pun sudah lanjut, kawan-kawan pun sudah menjauhkan diri, …keluarga anda pun sudah tiada lagi.

Di saat itukah baru anda ingin sedar dari kesetiaan yang hanya sia-sia ini?

SOLUSI :

Satu KELONGGARAN dalam perhubungan

As usual, setiap masalah… Bro Razzi sentiasa ada some sort of solutions for you. Di sini ada satu options yang patut you all consider. Katalah yang anda masih cintakan ex anda atau masih sayangkan ‘dia’ yang sudah lama tiada dalam hidup anda.
Well… anda actually, boleh lakukannya. Boleh terus cinta dan rindu saat manis bersamanya TETAPI, biarkan perasaan itu di satu tempat terasing dari kehidupan anda sekarang yang mana boleh sometimes ingatkan balik dan refer balik dan belajar dari pengalaman itu.

Kerana sometimes tu, percintaan lalu ni ianya boleh menguatkan semangat kita, menggembirakan hati kita juga, kan… NAMUN, anda mesti punya satu TEKAD untuk berjaya di dalam perhubungan cinta baru, cinta yang lain. Dalam erti kata lain…anda harus mempunyai kehidupan anda sendiri yang membahagiakan dan lebih memikirkan masa depan anda bersama orang baru.

“Jangan jadikan rasa cinta dan kesetiaan lalu itu membuta hati dan mata anda dari mencapai kebahagiaan baru anda sendiri.”

Good luck, be strong…and believed!

p.s : Belajar membahagiakan diri anda sendiri dari koleksi ebook cinta popular dengan harga termurah – KLIK DISINI!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share this article at your facebook…