gambar_blog13

Soal CINTA, dulu dan sekarang sebenarnya lebih kurang sama saja. Yang membezakan adalah teknologi yang semakin maju dan pantas. Kalau dulu-dulu nak menghubungi dia yang kita minat mungkin kena pergi terus ke rumahnya atau lempar-lempar batu kecil ke tingkapnya, zaman sekarang tak perlu nak lempar batu, poke kat facebook je dia dah tahu dah kita memanggilnya.

Kalau dulu, kita kena selit surat-surat cinta kat celah dinding biliknya, hulur ikut tingkap, letak bawah pintu atau letak di sebalik buku-bukunya, or letak dalam laci mejanya, kini kita boleh email saja. Malas nak email, boleh hantar mesej di sms phone. Malas nak sms, boleh hantar mesej ikut facebook!

Malah ada berbagai apps canggih untuk kita chatting cinta di setiap masa tak kira malam buta, pagi petang, hantar je lah chat kita tu kat wechat ke, whatsapp ke, tah macam-macam apps untuk chat lagi la kan.

TAPI, bendanya sama saja… motif adalah untuk memikat, mengambil hati, berhubungan, bercinta, bertanya khabar dan sebagainya. Yang nak diperkatakan di sini adalah SIAPA CEPAT DIA DAPAT!

Maknanya, dengan teknologi yang semakin canggih ni, jika anda lambat sikit saja membuat keputusan, anda nak dan berminat tapi, slow je membuat keputusan, pasti ada dah orang lain masuk daun! Anda suka sangat pada dia tapi takut itu, takut ini, dan anda slow giler memberi jawapan… memang MELEPAS lah jawabnya!

Serba-salah dibuatnya kan? Kalau kita cepat sangat nak bercinta, nampak pulak macam desperado. Kalau cepat-cepat nak sayang-sayang, nampak benor murahannya. Ya lah, tak kenal hati budi dah nak manja-manja, rindu-rindu, sayang-sayang, kang ada pulak yang terasa geli gelemannya. Terus-terus giler? Kut tersalah pilih pula.

  • TETAPI, kalau lambat-lambat pula… dah dia pergi kat orang lain. Kalau kita ambil masa lama-lama kenal, datang pula yang lebih power ayatnya, dahhhh tersangkut dengan yang itu, kita juga ternganga! Habis macamana ni?

Di sini kalau boleh saya simpulkan kesemua situasi ini, bolehlah saya katakan, tak boleh terlalu cepat sangat, dan tak boleh terlalu lambat sangat. Jika kenal-kenal terus nak sayang menyayang, rindu merindui, itu CHEAP sangat! No value! Kalau awal-awal nak jeles-jeles giler itu juga over namanya. NAMUN, kalau berhari-hari tiada kata pasti, berminggu-minggu hanya termanggu buang masa pulak lagu tu.

PENTING : Cuba ingat balik, di awal-awal berkenalan, kita mestilah sudah terpikat kepada wajahnya, atau sikapnya, suka kepada caranya dan minat kepada keperibadiannya. Betul kan? Jadi di sini, kenalah confirm kan dulu samada dia juga SAMA SEIRING rasanya seperti kita juga. Bila dah confirm suka sama suka dan seiring rasanya tu…

Di sini, bolehlah kita ikatkan satu janji, satu perhubungan iaitu, “INGIN MENGENALI DENGAN LEBIH LANJUT LAGI DEMI UNTUK MEMBINA SEBUAH PERHUBUNGAN YANG ABADI”

…ini belum bercinta tau! Akan tetapi, masa begini dah tak boleh la ada yang lain pun. Ianya sudah satu JANJI, satu HARAPAN yang mana jika sesudah beberapa lama, rasa, minat, sukanya masih sama MALAH bertambah-tambah lagi suka, maka bolehlah nak sayang-sayang, nak rindu-rindu. Dan bolehlah mengisytiharkan PERCINTAAN gitu…

Dengan cara begini, anda sudah CEPAT membuat keputusan, jadi tak adalah orang kemudian yang datang tu, boleh dapat pulak. Sebab dah janji… sama-sama nak mengenali lebih lanjut untuk bercinta dan berkahwin jika ada jodoh nanti. JANGAN pulak masa mengenal lebih lanjut tu pergi kenal orang lain pulak… itu PENIPU JANJI namanya.

  • Kalau dah berjanji, kotakan janji itu. Kalau tak berjanji itu lain cerita. Let’s say lah dia berkata, “Saya suka awak, tapi kita tengok macamana… sampai waktu nanti kita akan tahu” …aik, sedap je nak tengok-tengok ya, ingat tak ada kerja lain? Haha 😀   jadi ini, hanyalah JANJI KOSONG namanya. Kalau kita tunggu, buatnya dia tak nak dan pergi dengan orang lain, rugi sajalah kita.
  • Kalau dia nak marah kat kita pun tak boleh juga, sebab tidak ada kata putus! Tidak ada cinta apa pun. Dia tak kata dia akan bersama kita nanti. So…ini dikira tidak ada harapan yang perlu dipertaruhkan. Jadi sudah pastinya, siapa cepat dialah yang dapat!

Janji kosong adalah seperti kata-kata yang tidak ada kepastiannya. Tidak ada keputusan samada akan ada hubungan atau tidak, jadi ini semestinya MERUGIKAN! Yang untung, dia lah. Dia buat macam tu pun sebab dia nak tengok dululah tu, siapa yang paling bagus yang dia nak pilih. Kalau tidak mengapa tak boleh nak buat keputusan, betul tak?

Logiknya di situ… jadi jelaslah sekarang kan, siapa cepat dialah yang dapat. Nak buat open market, maknanya awak lah yang lambat, siapa yang datang cepat maka dialah yang punya. Jadi, buatlah cepat-cepat keputusan yang menyakinkan, barulah orang boleh tunggu dan tak melepas. Tapi janganlah lupa janji pula dan mensia-siakan dia yang memegang kata-kata anda itu… tak baik, berdosa tu.

all the best and good luck…

Note : – Sekiranya anda berminat untuk membaca lebih lagi penulisan saya tentang cinta, bolehlah anda layari laman ebook + buku-buku Brother Love, klik di sini sekarang!

Love,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Klik like and Share this article at your facebook…