Tuhan Lebih Menyayangi Mu…

Sepanjang minggu ini, bro Razzi asyik mengelamun jauh… Jauh sangat! Jauh hingga melangkau lautan pacific…

How my life has gone to this part of the world, betapa kita sebagai manusia biasa, hanya bisa merancang. Jika tanpa izin dari Allah s.w.t …nothing will go like we plan.

Kita boleh bercita-cita, berangan, bermimpi, kita juga mengharapkan sebuah kejayaan di dalam sesebuah perhubungan. TETAPI, jika tiada izin dari Dia Yang Maha Esa…maka tidak akan terjadi apa saja yang kita mahu ianya berlaku.

Segala-gala adalah ‘kerja Tuhan’ …cuba kita renungkan sejenak…

– Mengapa jiwa ku kosong tanpa nya setelah berkali-kali untuk bersama?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin dia sebenarnya bukan untuk mu. Pasti ada yang lain.

– Mengapa pertemuan tidak berlaku setelah begitu rapi dirancang?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu….mungkin pertemuan itu hanya akan mengecewakan mu suatu hari nanti.

– Mengapa percintaan terputus di tengah jalan setelah dicurahkan segala-gala kasih sayang?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…mungkin sekiranya percintaan itu berterusan, hidup kamu akan merana kerana bersama orang yang tidak benar-benar cintakan mu.

– Mengapa tidak ada sekelumit pun cintanya terhadap ku?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin jika kamu bercinta dengannya, kamu hanya akan bersedih sepanjang masa kerana kecurangannya.

– Mengapa tidak panjang jodoh aku dan dia?

  • Mungkin Tuhan lebih menyayangi mu…kerana mungkin Allah punya rancangan yang lebih baik untuk kamu, mungkin Tuhan menyediakan jodoh kamu yang lain yang sebenar-benarnya jodoh mu.

Kita selalu bercakap pasal agama islam, kita selalu berkata tentang hikmah dari Tuhan, kita juga selalu berkata InsyaAllah… tetapi, sejauh manakah kepercayaan kita kepada apa yang kita selalu ucapkan? Kerana, jika benar-benar kita percaya kepada Allah, maka kita kenalah redha dengan setiap apa yang berlaku dan anggaplah ianya berlaku begitu KERANA…

“Tuhan lebih menyayangi mu! …So jika begitu, bukankah we should be happy?”

p.s. : *Untuk mendapatkan berbagai-bagai tip cinta lagi , sila klik http://www.notacinta.com/ebuku.html

Salam hormat,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

Share This Post

Share this article

Comments

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *