December 2007


Razzi Rahman & Catriona Ross

Pernahkah anda gagal dalam apa jua, sepanjang hidup anda? Pernahkah anda bertanya pada diri anda sendiri… “Berapa ramaikah orang yang pernah berjaya kemudian gagal seperti aku di dalam dunia ini? …dan pernahkah anda bertanya, “Masih adakah peluang ke 2 untuk aku?”

 Ada berbagai-bagai jenis kegagalan. Antaranya :-

  • Dari sumber Jakim, statistik perceraian untuk seluruh Malaysia sepanjang 2005 mencecah kepada 13,465 yang dilaporkan – Berbelas ribu orang, gagal dalam perkahwinan!

  • Sabtu 18mac 2006, Berita BERNAMA, Hampir 400ribu wanita di Malaysia adalah penganggur, 14ribu pemegang ijazah, 10ribu diploma – Beratus ribu orang, gagal mendapat kerja!

  • Dari Wikipedia, demography of US, pada Oct17 2006 penduduk Amerika berjumlah 300 Juta orang. Dan 35% dari mereka pernah dikecewakan cinta. – 105 Juta orang pernah gagal dalam bercinta.

Fuhh…berjuta-juta manusia di dunia ini pernah gagal. Peritkan apabila kita pernah berjaya, kemudian kita jatuh, dan terus gagal mendapatkan apa yang kita pernah miliki. Sedih sekali bila berbagai-bagai cara kita cuba, kegagalan juga yang kita dapat. Gagal dalam hidup, gagal dalam kerjaya, gagal dalam bercinta, gagal dalam memiliki sebuah keluarga yang sempurna…

Letih rasanya, apabila bertahun-tahun kita berusaha, kita masih ditakuk lama, paling kuat pun… sekadar itu sahaja pencapaian kita. Cukup susah untuk kembali kepada kejayaan yang silam…Di kala inilah kita mulai bertanya, “Apakah ada lagi peluang ke 2 untuk aku kembali berjaya??…”

Pada pendapat saya, TIDAK ADA!

WO!…sabar, jangan cepat bersedih, jangan sesekali putus asa. Maksud saya tidak ada peluang ke 2 untuk kembali berjaya seperti dulu, TETAPI masih banyak peluang ke 2, ke 3… dan seterusnya untuk anda kembali berjaya tetapi melalui cara yang lain, melalui saluran yang berbeza, melalui bakat yang hanya anda ketahui.

Saya menganggap kegagalan itu adalah untuk kejayaan! Apabila kita gagal, banyak yang kita boleh perbaiki diri kita untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Lagi banyak anda gagal, lagi banyak pengalaman yang anda pelajari, diri anda dan pendirian hidup anda juga akan turut berubah. Kegagalan, mematangkan kita! Anggaplah ia sebagai satu ‘equipment’ demi untuk kejayaan.

  • Kegagalan bukan untuk anda berputus ada, tetapi untuk anda berusaha lebih lagi
  • Kegagalan bukan untuk anda merasa malu, tetapi untuk anda bangga kerana berani mencuba dengan cara anda yang berbeza
  •  Kegagalan bukan bermaksud anda gagal, tetapi ia bermaksud anda belum berjaya lagi
  • Kegagalan bukan bermaksud anda tidak pandai, cuma kejayaan memerlukan cara yang anda lebih pandai
  • Kegagalan bukan kerana Tuhan membenci anda, tetapi Dia mempunyai rancangan yang lain untuk anda.

Razzi Rahman & Catriona RossDengan prinsip ini, Setelah 10 tahun, saya kembali…pastinya, bukan sebagai Razzi Rahman yang ramai kenali sebagai seorang penyanyi yang pernah popular dengan lagu Rembulan Kesiangan dan Syakila. Pernah menjejak kaki di pertandingan akhir juara lagu, pernah berlakon filem dan drama…TETAPI, Razzi Rahman kembali dengan cara yang amat berbeza… Kembali sebagai seorang usahawan yang memiliki 2 syarikat sendiri… kembali di dada-dada akhbar dan majalah sebagai seorang penyanyi, penulis dan penerbit buku sekaligus! ALHAMDULILLAH…syukur kepada Allah yang memberi rezeki.

Inilah peluang ke 2 yang telah Tuhan kurniakan kepada saya…, yang tidak pernah lekang mendoakan pertolongan darinya Allah yang Maha Esa. Anda semua juga boleh kambali berjaya. Yakin dengan kebolehan anda. Berusaha lebih keras dan impikan sesuatu yang berbeza dari sebelumnya, InsyaAllah…anda akan mendapat peluang ke 2 itu.

Tetapi, walau berapa banyak usaha sekali pun jika tidak disertai dengan doa kepada yang Maha Kuasa…segala-galanya tidak bererti apa-apa. Saya tidak henti-henti mendoakan agar Tuhan memberi kejayaan kepada saya, membuka peluang kepada saya, memberi satu peluang yang berjuta-juta orang di dunia ini impi-impikan…iaitu peluang ke 2 “The Second Chance!”

Leave your comment here :-



Apa komen anda? : [43] Comments


“Sallallah hu ngala Muhammad, Sallalla hu ngala hi wassalam, Sallalla hu ngala Muhammad, Sallalla hu ngala hi wassalam…”

Selawat nabi masa sembelih korban lembu?? Hehe…bro tak biasa tu. Walau ini hanya baru kali ke 2 tunaikan ibadah korban, tiap-tiap tahun bro selalu ikut kaum keluarga yang lain, menunaikannya. Selalunya, buat akad bayar dan wakilkan kepada pemilik lembu or tukang sembelih tu then tarik tali lembu tu kasi lembu tu jalan sikit….beres.

Raya Korban Razzi Rahman

Namun, sesuatu yang baik dan mengikut nas-nas Islam, bro sokong sangat. Maka sewaktu penyembelihan ‘Mr Black’ tu, bro pun selawat sama lah, ikut Ayah Alang yang begitu pro sekarang, dulu dia takut-takut je 😛 . Tapi, rasa masa sembelih dengan berselawat tu memang menenangkan jiwa. Hmm…mungkin selawat nabi helps. I wonder tho’ itu adalah amalan biasa ke or mungkin tidak biasa, bro tak tahu ( Jahil ke gua ni? 🙂 )

Korban Raya Razzi Rahman

Sesuatu yang bro rasa this time around…suasana kampung yang begitu tenang dan nyaman sekali dengan angin yang bertiup, pelan-pelan kasi pipi bro terasa relek je  hehehe…dulu-dulu asyik nak duk kat bandar. Tak sangka, di kampung ni best sangat rasanya.

Korban Raya Razzi Rahman

Daging MUSIR…sibuk Uchu, Atih, Pak Su, Pak tam yang takut tengok darah tu begitu teruja menengok lembu yang dah terkerat leher tu pun, tapi masih boleh berjalan lagi ni. Tough betul ‘Mr Black’. Tapi Abah dan Ayah ALang lah yang sibuk, “Daging Musir!..daging musir…kerat daging musir dulu!”

Raya Korban Razzi Rahman

Apa ke benda daging musir ni, yang bro tahu, daging steak, daging cincang, daging merah or kalau yang mentah ni….daging batang pinang la 🙂 . Rupa-rupanya, daging Musir ni adalah bermaksud daging yang paling lembut dalam bahasa Arabnya…

So, sebelum siap semua daging dilapah, daging Musir dikerat dulu untuk Mak dan kaum perempuan yang ada, memasak buat menjamu mereka yang bekerja sakan untuk menyelesaikan upacara korban itu. Menarik sangat cara orang-orang kampung berjiran kan.

Razzi Rahman & SonAbah dan Mak orang besar kerajaan tapi tetap tidak menyombong dan masih mengamalkan cara orang kampung. Close sangat dan saling hormat menghormati. Bersama-sama berkerja. Rasa macam happy sangat. That’s life is all about. Caring, respecting each other, no matter what or how you have to go through the hard time, love the moment you had and cherish!….

Bro begitu teruja about this situation sebenarnya, you know why?…well because, all of them that I’ve mention earlier are my wife’s family not mine.

My family??…my father, bapa saudara, mak saudara dah past away semua…my mother kena stroke masih di kerusi roda, adik-beradik ada yang close dan sayangkan adik dia ni, namun ada juga yang teramat benci dengan Bro.

So, Allah Waalam!  

Leave your comment here :-



Apa komen anda? : [19] Comments



Video of Razzi Rahman & Dr Irfan Khairi http://www.irfankhairi.com performing “Rembulan Kesiangan” at JW Marriot Hotel for a launching of Irfan as MIBO Ambassador. Congrats Sifu!!

After 10th full years of silence, bro menyanyi kembali, “Karma…or just my luck?”

Sempat juga saya beritahu pada Dr Irfan Khairi, peliklah… Mengapa 10 tahun dulu saya menyanyi tak ” feel” seperti saya practise and perform dengan dia sekarang? The feeling inside is so different!…, masa di studio rumahnya…1st time saya rasa FEEL sangat-sangat in fact…saya rasa jauh lagi best menyanyi dengan Dr Irfan sekarang ni daripada zaman dulu-dulu… PELIK?!

Mungkin juga kerana kisah ini….

Bagaikan sebuah cerita pendek…atau CERPEN singkatannya, begitulah yang boleh saya katakan dengan hidup saya yang sungguh bermakna sekarang ini. Kehidupan seharian saya itu sendiri sudah bagaikan sebuah cerpen. Kan cerita kan selalu begitu…

Mulanya, hero dia pasti berjaya dan berada tinggi, jauh di atas sana. Segala yang dihajati dapat dengan mudah. Segala kejayaan seolah-olah datang bergolek, seperti disorong-sorong, bagaikan disuap butiran emas sehinggakan semua  orang di sekelilingnya, memuja-mujanya. Kedudukannya yang bagai di satu singgahsana… menjadi sebuah impian yang tidak tercapai oleh sebarang insan yang akan selalu impikan ingin berada di tempatnya. Malah mahu bertukar tempat dengannya…seolah-olah, begitulah perumpamaannya.

Kemudian, selalunya dalam semua cerita, hero itu akan mulai lupa daratan. Kejayaannya yang melangit tinggi itu dirasakan miliknya seorang. Hero itu mulai menyombong dan lupa asal-usulnya. Tuturnya berbeza, lagaknya berubah. Dia hilang jiwanya…Semakin berjaya dia…semakin bongkak caranya.  Kerjaya besarnya mulai dianggap remeh…

Kemudian, plot seterusnya pastilah tentang kasih dan sayang yang mana, lama-kelamaan orang yang tersayang mulai membencinya. Emosinya terganggu… dia mulai menagih cinta dari segenap ceruk rantau, dari insan yang bisa menyayanginya seperti dia yang pernah di hatinya. Namun hero itu hampa…lantaran kegagalan demi kegagalan di dalam percintaan membuatkan hero itu terus lemah dan mempersia-siakan kerjayanya yang sudah begitu tinggi sekali…

Setiap cerita mesti ada pengajaran. Jadi…kesilapan silam hero itu telah diambil sebagai satu pengajaran yang sangat perit dirasakan. Bertahun-tahun lamanya dia berduka, mengembara dan mengenal diri. Berusaha semula dari bawah, kembali mengejar cita-cita. Segala susah payah mengajarnya untuk lebih mencintai hidupnya, lebih menyayangi kerjayanya. Yang pasti kemunculan hero itu sudah berbeza…penampilannya lebih kukuh sebagai seorang lelaki yang penuh dengan semangat jitu untuk kekal berjaya. Pembawaannya juga sudah jauh matang dan jelas bertanggung jawab terhadap kerjaya barunya serta dirinya sendiri…

Jadi, lebih kurang begitulah selalunya setiap cerita yang berjaya menarik minat semua orang betul tak. “So, I guess…I can relate to that. All I can say, I’ve learned from my mistakes” Jadi, itulah yang menjadi jawapan kepada soalan saya sendiri, saya rasa saya sudah menemui diri saya yang sebenar, dan saya ikhlas dengan kerjaya saya…

Mungkin kerana itulah, AFTER 10th Full years…my luck has turned!

Peluang demi peluang yang diberi oleh guru saya Dr Irfan Khairi dan juga semua orang di sekeliling Bro dan Cat adalah setelah usaha demi usaha berat kami demi untuk berjaya… So, that is Karma! …balasan kepada usaha kami.  Or just my luck? Well, I guess it’s both!



Apa komen anda? : [17] Comments


no download slot machines