May 2008



Tiada Lagi
Amy Search

Sia sia sudah
Kita jalin cinta
Bila hati selalu berbeda

Sampai kapan lagi
Ku harus menahan
Rasa kecewa di dalam dada

Seandainya kita masih bersatu
Tak mungkinkan menyatu
Walau masih ada sisa cinta
Biarkan saja berakhir sampai
Di sini

Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan
Biar aku sendiri tanpa diri mu

Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersama mu
Biar ku simpan semua
Kenangan ku bersamamu…

Fin.

Menikmati rasa sebuah cinta yang begitu hangat, bagaikan satu pengalaman yang tidak bisa kita lupakan. Sentuhannya, bagai dinginnya salju menyusuk masuk ke dada…bagai ingin kaku…bagai benci tapi mahu… Sayangnya, cintanya kepada si dia dengan seluruh jiwa namun…bagai tiada penghujungnya…bagai diasak kerikil…bagai benci sebencinya…

Akhirnya, kita bagai mengerti…tiada lagi…tiada lagi cinta mu…tiada lagi kasih mu…tiada lagi rasa ingin bersatu…

Pastinya…si dia telah dapat merasakan cinta di lain maya…mungkin sayang pada yang lain…mungkin cinta yang lain…Kita bagai dapat menerima…kita bagai dapat mematuhi…kita bagai mengangguk lengoh…kita bagai sepi sesepi-sepinya…jika kebahagiaan dengan yang lain impiannya…jika kehidupan dengan yang lain inginnya…

Lalu…kita mengundur diri buat selamanya, memberi laluan pada yang lebih bererti.

“Membiarkan orang yang disayangi pergi kepada orang yang dia lebih sayangi, adalah satu pengorbanan yang menjanjikan kebahagiaan sebenar di masa hadapan!”



Apa komen anda? : [33] Comments


“Kereta, Otak & cinta…semuanya sama!” 

Kereta ~ Jika lama terbiar dan tidak dihidupkan enjinnya, ia akan lemah, lesu, rosak dan menjadi usang. Apabila anda  hendak menghidupkannya semula, enjinnya terpaksa dibaiki, beberapa parts kena tukar baru, ditukar bateri dan mungkin enjin kereta itu boleh dihidupkan kembali, kereta itu mungkin juga boleh bergerak semula. Namun ianya tidak akan sehebat dulu…dah tak sama beb 😛

Sebaliknya jika kereta itu sentiasa dijaga rapi, enjinnya selalu diservis dan selalu dihidupkan enjinnya, PASTI keadaan kereta itu akan sentiasa baik dan enjinnya sudah tentu boleh bertahan lama…

Otak ~ Yup!…begitu juga otak kita, jika dibiarkan begitu saja tanpa ilmu, tidak diasah, tidak digerakkan dengan pengetahuan, tidak diguna untuk membuat keputusan, maka ‘enjin’ untuk berfikir akan mulai berkarat, lemah, lesu dan usang. Lama-lama otak akan menjadi lembab dan beku!… 😮

Sebaliknya, jika otak selalu digunakan, dimuatkan dengan berbagai-bagai pengetahuan, selalu diasah untuk berfikir, enjin untuk berfikir tadi akan sentiasa baik dan semakin tajam pemikiran kita, malah kita akan berubah menjadi seorang yang lebih bijak!

CINTA ~ Juga sama! Sekiranya anda gagal dalam bercinta, teruskan bercinta! Jangan sesekali berkata, “Biarlah nak jadi apa pun, kalau ada jodoh…adalah. Aku dah letih nak bercinta, nak bina semula percintaan” ..Jangan cepat mengalah beb, jangan putus asa dengan cinta. Jangan berubah menjadi malas untuk FIKIR pasal cinta lagi…Jangan sesekali berhenti dari bercinta! 😉

Janganlah mengundur diri sebelum benar-benar tewas di dalam perang, lalu…hanya menyerah pada yang Esa. Hey….Tuhan juga menyuruh kita berusaha, kan?!. Gagal sekali dua, bukan bererti gagal selamanya! Bro lagi banyak kali gagal beb!… 😥

Sekiranya anda berhenti dari bercinta, lama-kelamaan anda akan lupa bagaimana hangatnya cinta itu, anda akan lupa cara-cara bercinta, anda akan menjadi semakin lemah dalam menangani masalah cinta…SEPERTI ENJIN & OTAK kita tadilah…enjin mati, otak beku!…CINTA??…samalah, malah anda akan merasa begitu longlai dan lesu walau untuk sekadar memandang kepada cinta yang datang… akhirnya anda pasti akan keseorangan. Anda tidak mahu itu berlaku kepada anda bukan? 😳

Jadi, sebaliknya jika anda terus ingin memiliki cinta, terus bercinta, anda akan bertambah mahir. Walau anda gagal dan gagal lagi, anda ambil pengajaran darinya dan anda akan jadi semakin faham tentang percintaan!

Apabila anda semakin berpengalaman, PASTINYA Anda akan lebih mengenali pasangan yang baik untuk anda, lalu anda akan lebih bersemangat untuk bercinta, jiwa anda akan lebih kelihatan bersemarak dengan cinta. AKhirnya dengan sendiri, orang-orang di sekeliling anda akan melihat diri anda hebat malah cukup arif tentang perhubungan, jadi mulailah ramai yang meminati anda!… kan itu yang anda mahu? …jika itu keinginan anda, jawapannya simple je,

“JANGAN BERHENTI BERCINTA!” 😎

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love

www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [39] Comments


Salam Cinta dari Brother Love 🙂 …hey bro harap you all semua happy je dan selalu bersemangat dalam menggapai cinta. Sebuah kebahagiaan itu pastinya datang dari keingingan kita serta naluri ingin mengecap nikmat cinta, kasih dan sayang, betul tak? So, salah satu cara untuk happy dan menyemarakkan rasa cinta, pastinya, holiday…

Razzi Rahman @ Brother Love

Haa…cam? Handsome tak? kikiki…baru-baru ini, bro telah pergi bercuti sesambil menenangkan fikiran di Tanjung Jara Beach Resort. Memang lawa memang cantik!…tapi tengok bro tu…bercuti pun, laptop tetap bawa, internet tetap masuk, email tetap jawab, blog tetap ON! 🙂

Razzi Rahman @ Brother Love

Hebat tak villa yang bro ambil ni? Memang cun! Depan beach betul-betul, besar dan amat selesa. Siapa pula yang ngambik gambar bro tu ya…sshh..Rahsia! Hehehe…You all nak tahu harga villa ni untuk menginap semalaman? Haaa…ni Berjaya Group YTL punya jadi memang cekik darah! Satu malam… RM1,000!!!

Razzi Rahman @ Brother Love

Tapi…LAWA! hebat dan cukup relax sekali. Dia macam Villa + Hotel mewah gitu. Luas dan buka balkoni je terus depan pantai. Bro memang happy sangat datang sini. You all yang ada masalah2 cinta tu kan…datang sini je, pasti selesai! Romantik beb…

Razzi Rahman @ Brother Love

 Bilik air dia yang bro paling suka sekali, luas sangat. Ada 4 ruang dalam 1 bilik air! Hebat tak? Ada bilik shower, bath-up, ada bilik termenung, ada ruang make-up then ruang get ready gitu…best!

Razzi Rahman @ Brother Love

Oopsss…terseksi sekejap! Relek arrr… 😛 Jom-jom makan pulak…dah lapar ni bila dah settlle “Putera berendam” …bukan puteri ekk. 😆

Razzi Rahman @ Brother Love

Ini pulak, pemandangan sebelum masuk ke restaurant dia.Tapi tang ni memang bro hangin sikit…ada ke patut, tempat cantik, resort hebat…makanan tak best langsung! Dah lah tu…macam beli kat gerai-gerai murah je…Kalau Tanjung Jara Management baca ni haaa…tolong ya! Change your chef!! 😉

Razzi Rahman @ Brother Love

Ini pulak, perjalanan masuk ke SPA dia…fuhhh memang cantik! Memang cozy, soothing and romantic!…as usual, harga SPA dia…ambik pakej la kalau nak murah which is RM1400!!!…mak oi! 😛

Razzi Rahman @ Brother Love

So…on top of all that happiness, takkan pergi holiday sorang2, boring la kan. Mestilah pergi dengan seseorang hehehe….ok, ramai yang duk tanya2 tu…there you go, itulah gambar bro dengan girlfriend! OOooppss….tergelap pulak gambar tu!

Apa-apa pun, yang penting happy! Itulah yang bro selalu katakan. Laung-laungkan! Bila you happy, apa-apa you buat pun you all akan rasa best. Tapi kalau perhubungan kita tak happy, no point kita nak menunggu lagi beb….don’t wait, MOVE ON!

Razzi Rahman @ Brother Love

www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [33] Comments


Sad girl - Razzi Rahman.comBertahun aku berbicara soal cinta, berkurun aku bergelumang dengannya, apakah aku sudah merasainya? Apakah aku pernah diselimut reda dengan sentuhannya, tenang setenang hujan rintik, diam dibalutinya? Kadang aku kaku tanpa sebarang tutur…longlai, lesu seluruh saraf…hati bagai bertanya…jiwa bagai mengintai di balik daun-daun yang menghijau…

Sayang, di mana kah kau ghaib dari kanta? Kasih kemanakah kau lenyap di celah-celah kabus yang mengelilingi aku? Apakah aku harus terus menjenguk, melilau, mendamba, mengungkap tutur basi? Ya…aku sayang pada mu…

Bisakah itu dapat membawa kau pulang ke kelembapan malam, dingin pagi, lemah ombak menampar pantai, lemah lagi jantung yang berdegup. Berzaman pula aku menunggu dan terus menunggu detik dan ketika kau membawa kembali kehangatan cinta. Namun, seperti helang berpindah sarang…takkan kembali serupa silam.

Apakah sudah sampai ajal cinta ini? Sayang, kemana kah kau menghilang? Bagai bari sudah tiada rasa, bagai kalbu sudah tiada resah, bagai telapak tangan hilang deria, bagai rongga tiada bau…aku kehilangan sayang…

Mutiara Cinta :

“Sukar mencari cinta tidak sesukar mengedongnya, mudah bercinta tidak semudah menjaganya!…Jagalah dia sebelum sayang hilang darinya.”

 Razzi Rahman @ Brother Love



Apa komen anda? : [23] Comments


no download slot machines