June 2009


Aku dan T or Catriona Ross yang kau orang kenal…sebenarnya tidak pernah menyembunyikan tali persaudaraan kami. Sejak dulu…kami sentiasa in the open, dalam magazine, in my blog, everywhere…memang stated, aku bapa saudaranya dan dia adalah anak saudara, who is anak my own lovely sister, Siti Zawiah.

Inilah rumah tempat aku dan Cat dibesarkan

In such a way, kami amat rapat…maybe kerana kami dibesarkan bersama sejak Cat baby lagi. Dulu-dulu, akulah yang membasuh lampinnya haha 🙂 …dan akulah yang selalu mendukungnya ke sana-sini. In a way, aku tidak pernah merasakan aku ni bapa saudaranya, sebaliknya Cat bagi aku…bagai adik kandung sendiri. Mungkin juga kerana umur kami tidak jauh beza 😉  …tapi, yang main thing, maklum je lah aku ni ‘Ayah Su’ so I dont have a younger sisters or brothers…

Selepas solat hajat sebelum hari akad nikah

Sejak kecil, kami suka sangat berbual tentang cinta dan relationship. Tapi yang paling kami suka adalah mengacau! Yup… Cat suka sangat menyakat aku…aku pun suka menyakat dia. Hinggalah ke hari ini, tengok je lah dalam gambar ni, tu baru lepas solat hajat tu 😛  

Selepas akad nikah – Astro Awani sedang menemuramah Cat & Shahar

Sebenarnya, hingga ke malam solat hajat itu, aku masih tidak menyedari yang ‘adik kesayangan’ aku ini bakal menempuh gerbang perkahwinan, bakal menyusuri hari-hari sebagai seorang isteri. 

Razzi Rahman

Sehingggalah saat akad nikah yang dilafazkan dengan sekali lafaz oleh suami Cat, Shahar… baru lah aku menyedari yang Cat bukanlah adik kecil aku lagi…

Bergenang mata aku seketika… menitis sedikit air mata yang aku sendiri tidak faham mengapa. Sudah tentu, akulah orang yang amat gembira dengan pernikahan Cat, setelah berbagai dugaan antara hidup dan mati diharunginya. Oh Ya Allah… besarnya ujian dari mu demi mengecap kebahagiaan ini…

Air mata yang ku anggap air mata gembira ini juga menyesakkan nafas dan membuatkan dada ku sebak lama… Aku terasa seolah-olah, bagai melepaskan anak, bagai kehilangan seorang adik kesayangan…

Aku & Kak Yan andam memayungkan pengantin

Whatever it is… aku tidak pernah terbayang saat ini hadir jua. Malah aku sungguh berbangga dengan Cat kerana akhirnya telah menemui seorang lelaki yang aku sendiri amat menghormatinya dan begitu menyukai akan sifatnya yang cukup baik pekertinya dan amat sopan berbicara serta pandai pula berjenaka. Nowadays, it’s very rare to find that sort of man!

Pandangan dari sudut depan makan beradab, really facinating!

Perkahwinan Cat to me, bagai a fairy tale…bagai di alam fantasi yang ujud di dunia realiti. And because of that, aku teruja lagi, aku sebak lagi dan terpana sendiri. Kadang aku bertanya, “real ke tak ni?” …dan sudah pasti jawapannya, it’s real!

Makan beradab

 

Pelamin “Magical East meet west” – sangat unik!

 

So loving each other… “naaaak jugaaak!” 😆

Well, segala-galanya sudah selesai, tanggal 26 june 2009 Cat & Shahar telah selamat diijab-kabulkan, dan aku menjadi saksi pernikahan itu… yang disusuli persandingan keesokan harinya. Alhamdulillah!

Di sini, apa yang aku boleh ucapkan…

“What a journey babe, and Cat… I wish you and Shahar all the best! Coming from me, best means greatest of all! I wish both of you live happily ever after…with full of love and all the happiness in the world…beyond. As for me…I’ll always be your uncle and your brother… stepping out from the circle watching you from far. GOD BLESSED T!”

Catriona Ross @ Blog Razzi Rahman

finally, …special pose untuk semua 

Kepada semua bloggers brother love, visitors, fans, friends… Sekiranya anda juga ingin mengucapkan tahniah atau pesanan kepada Catriona Ross, seperti biasa… ruang komen tersedia di blog post ini. Penuhilah dengan kata-kata yang indah, manis serta menggembirakan.  Terimakasih. 😉

To see more pictures, click here

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [36] Comments


Tengok movie ‘Penelope’ semalam it keeps me thinking… “Berapa ramai di antara kita yang lahir sempurna tetapi asyik menegur, menghina, mengutuk dan mengata sesama manusia?” …sedangkan diri sendiri sebenarnya, teramat daif, malah kadang-kadang tu, langsung tiada siapa yang hiraukan dia… bayangkan jika dia mempunyai wajah yang buruk pula, what will happen?? Anyway…

Cerita Penelope ni is about a girl names Penelope, dilahirkan di dalam sebuah keluarga bangsawan yang sangat kaya, tetapi mendapat sumpahan turun temurun dimana, hidungnya adalah seperti hidung khinzir.

Sudah 25 tahun Penolope memiliki hidung yang sangat buruk itu, semua orang yang datang ke rumah agamnya pasti akan terkejut sangat apabila memandang hidung khinzir Penelope.  Akibat tersangat malu, Penelope tidak pernah keluar dari rumah Mansion itu. …Nah tengoklah sendiri hidungnya… cantik tak? 😛

Dari kefahaman ibunya yang sentiasa bongkak namun amat menyayangi anaknya, Penelope harus berkahwin dengan seorang jejaka yang mencintainya untuk membuang sumpahan dan seterusnya hidung babi Penelope akan kembali kepada normal.

Namun, sudah begitu ramai lelaki yang hadir tetapi kesemuanya, tidak sanggup untuk mengahwini Penelope apabila melihat hidungnya. Malah dia dikeji dan dihina…..sedangkan mereka bukanlah setaraf Penelope….

Gadis itu teramat sedih sekali,  dia begitu berduka kerana dia yakin tidak akan dapat membuang sumpahan keluarganya itu, tambahan Ibunya pula telah mencuba berbagai cara untuk mencari jodohnya…

Hinggalah datang seorang jejaka yang semata-mata mahu mengahwininya kerana harta… walau menyedari niat lelaki jahat itu, Penelope tetap menerus rancangan untuk berkahwin dengannya demi membuang sumpah. Semua keluarga begitu gembira untuknya dan beramai-ramai menantikan saat gembira, serta tibanya waktu sumpahan itu akan terhapus, apabila Penelope dinikahkan nanti, TETAPI…

Pada saat dia akan dikahwinkan, Penelope telah tersedar apabila wajah bakal suaminya yang kelihatan begitu jijik memandangnya… lalu, Penelope telah mengejutkan semua orang di majlis perkahwinan nya itu dengan tidak bersetuju untuk berkahwin! Ibunya begitu marah sekali, keluarganya juga turut bersedih untuk Penelope kerana tidak dapat membuang sumpahnya.

Tetapi, bagi Penelope, dia rela tidak berkahwin, rela tidak bersama lelaki itu, rela mati daripada mengahwini lelaki yang sebenarnya tidak mencintainya!…  rela menerima hodoh dia, rela memiliki hidung khinzirnya itu! Dan dengan perasaan marah, Penelope menjerit, “I LIKE JUST THE WAY I AM” 

Tiba-tiba, angin taufan meniup kencang, kilat menyabung, petir berdentum dentam menyambar…Penelope rebah di dalam gaun kahwinnya lantas terpengsan…Apabila dia sedar dan bangun dari pengsannya… Penelope amat terkejut, hidungnya telah kembali normal setelah bertahun-tahun memiliki sumpahan hidung Khinzir! …maka, terlepaslah semua lelaki-lelaki durjana untuk memiliki Penelope yang kini, cantik, memiliki hidung yang lentik, dan kaya raya!

Sungguh dia tidak menyangka, dia tidak perlu berkahwin dengan lelaki yang mencintainya untuk menghilangkan sumpahan itu, sebaliknya…dia hanya perlu menerima dirinya seadanya sahaja…

So, moral of the story? …

First : Terimalah diri kita seadanya, walau buruk, walau cantik…itu bukanlah sesuatu yang penting di dalam hidup ini, bukan ukuran…TETAPI keikhlasan hati nurani.

Second : Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini….jadi janganlah suka menghina dan mengeji orang, kerana sesungguhnya, orang yang mengata dan menghina adalah lebih keji dari yang dikata.

Jikalau bercinta, anda juga harus menerapkan nilai-nilai murni seperti di dalam movie ini… You know, jodoh you tiada siapa yang tahu. Of all you know, he or she just around the corner of your house, tapi you asyik memandang yang jauh sahaja.

“Perluaskan market cinta you dengan mengurangkan senarai citarasa yang you ingin miliki…ia pasti akan mendekatkan you memiliki cinta yang sekian lama diingini 🙂 “

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [10] Comments


“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!”

Razzi Rahman & Siti

Amboi, suka orang pompuan…tersengih je bila bro Razzi tulis macam ni kan. Hehehe… Tambah pulak letak gambar Siti, artis kesayangan I ni pulak. (Sorry D.K, I cut u out…I jeles! hehe…) 😉

Tapi itulah hakikatnya! Sememangnya wanitalah yang paling mudah ke syurga.Tetapi, sebelum kita masuk bab syurga tu…apa kata kita sama-sama renungkan terlebih dulu apa yang bro love bakal katakan di sini, iaitu…tentang kesilapan isteri! “…pulak dah bro nihh hehe…orang baru duk sedap ke syurga, dah…nak kena lagi lah ni 😀 “

Haih!!..  orang pompuan tu mulailah tu cepat-cepat fikir apa salah si suami pula. Ada je cari point nak berlawan. Macam ni lah…YES, lelaki pun ada salahnya, suami juga bersalah!, suami juga ada yang jahat, curang, dan sebagainya! Okey we accepted it and we do get it! 😉

TETAPI, itu bukan apa yang hendak diperbincangkan di sini. Keutamaan yang bro Razzi hendak kita sama-sama fahami dan mengerti ialah asal kesilapan itu. Dimanakah bermulanya keruntuhan sebuah perkahwinan?, bagaimanakah kemesraan hubungan suami isteri boleh luntur?  Sentuhan suami isteri juga turut tawar… “Dah tak steam!” orang kata…

Pada pendapat Brother Love, kesilapan seorang isteri berlaku tanpa disedarinya sejak dari awal perkahwinan lagi. Kesilapan yang paling ketara dan langsung tidak disedari ialah apabila isteri-isteri ni, “Take things for granted!” …maksud I, terlalu memandang remeh dan tak kisah, menganggap lelaki/suami ni mudah…malah terlupa pandang dan tidak langsung menghiraukan samada si suami suka atau tidak…

Kesilapan ini selalunya terjadi especially kepada newly wed, haaa..yang baru kahwin tu. Mentang-mentang baru kahwin, apa? Awak ingat laki awak tu suka sangat ke apa yang awak suka? 😛

Mungkin sebab masih baru, masih sayang, maka selalunya si suami akan mengikut kata si isteri. Isteri pulak, apa lagi…buat ajelah ikut suka dia, pergi kemana sahaja ikut minat dia, makan apa sahaja ikut selera dia… 

  • “Sayang suka ke tak makan durian dengan budu? Best tau” tanya si isteri.
    “Suka…apa yang you suka, I pun suka.” Jawab suami.
  • “Sayang jom kita pergi rumah mak. Sayang sukakan pergi rumah mak?” tanya isteri.
    “Suka…mak you, kan, mesti I suka.” Jawab suami
  • “Sayang, I letih lah malam ni…nanti-nantilah ya.” Kata isteri
    “Okey, I wait…anything for you dear.” Jawab suami.

Alkisahnya, dah sayang, ikut je lah kan. Si isteri pulak tak tahu betapa peritnya si suami menahan bau durian dan budu tu, betapa boringnya pergi rumah mak mertua, betapa terseksanya batin, dah lah 2minggu tak dapat…dah lepas bendera merah pun, tak dapat-dapat jugak?!… itu yang kegersangan habis tu!! 😆

Kesilapan awal inilah yang selalu berlarutan. Dari awal-awal lagi si isteri melakukan rutin hariannya dengan cara melayan suami mengikut kata hatinya, tanpa sebarang perbincangan dengan menganggap suami sentiasa menyayanginya!

REALITY CHECK!! 😈
Akhirnya, apa yang berlaku? Segala-gala yang menjadi ketidak puasan suami terhimpun, bengkak kat dalam hati. Lama-lama BOOM!!…meletup dengan berbagai-bagai cara. Ada suami tak balik rumah, dah tak nak makan kat rumah, selalu keluar sendirian…dan lastly, having affair. Sebab apa?…tidak puas hati dengan sikap isteri sejak dari awal-awal lagi.

Wahai mereka yang sudah bergelar isteri, you all kena ingat…syurga anda adalah dibawah tapak kaki suami! Mentang-mentang suami punya sayang kat awak, lepas tu ingat awak ada Master, PHD, berkedudukan tinggi, anak orang kaya pulak…Sombong! You all ingat suami you tu tak lari dah ke? Tak akan cari perempuan lain? Tunggu awak je?

** Seorang suami akan terus setia sekiranya anda menghormatinya! Walau setinggi mana taraf anda, walau selautan sayang suami kepada anda, …suka atau tidak, awak tetap berada dibawah perintahnya. Jadi, hormatilah suami dengan bertanya apa yang suami suka buat, apa selera suami, apa ‘kehendak’ suami…tanya terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa andaian dan sebarang keputusan!

Bro love ni bukan pandai sangat hukum-hakam dalam bab nikah kahwin ni, walaupun masa sekolah dulu duk jadi bilal di surau. Duk bercerita kisah-kisah para sahabat sementara menunggu waktu asar. Namun, mungkin asas dari situ membuatkan I cukup meminati penceramah besar, Ustaz Datuk Ismail Kamus…beliau selalu menekankan soal menghormati suami. Ada satu kisah dari beliau…

Aisyah R.A isteri Nabi Muhammad S.A.W dulu, pada setiap hari menunggu Nabi pulang, beliau selalu menunggu dengan segelas air sejuk dan dengan sebatang tongkat. Apabila Nabi pulang, Aisyah akan berkata, “Minumlah air ini, jika dahaga dari perjalanan yang jauh dan pukul lah aku dengan tongkat ini jika ada yang tidak puas di hati!”

Amacam? Isteri sekarang nak buat macam tu ke?…ambik tongkat tu pukul laki dia lagi ada! Habis, laki asyik balik lambat je kan hahahaha!!

You know, sesungguhnya…sekira isteri menjawab mulut suami pun dah berdosa besar. Malas buat apa suami suruh pun dah neraka jahanam balasannya. Haaa…berat tu. Suami baru suruh, “Sayang tolong buat air kat abang…” sekali si isteri jawab, “Alaaa….abang ni, ayang mal…” Belum habis pun ayat tu baru mal je…dah berdosa dah tu! Haaa…kalau sebut “Malaslah bang!” …habislah, boom, masuk neraka! How?! Hehehe… 😛

Gelak…gelak juga lah kan, tapi itulah hakikatnya. Jadi orang pompuan semua, bro Razzi bukan nak memandai kat sini, tapi sesuatu yang baik itu haruslah kita pelajari, fahami dan amalkan agar kita tidak kecundang di hari muka. Jangan sudah terlambat, barulah nak cari dimana silapnya. Hey ladies, mendengar cakap suami, ikut kemahuannya bukan susah pun…seperti quote di awal artikel bro kali ini,

“Wanita adalah kaum yang paling mudah masuk syurga!” itu memang benar…caranya juga cukup mudah, dengar kata suami dan ikut katanya!…maka, syurgalah buat isteri!

…namun tetapi,

“Wanita juga adalah kaum yang paling mudah masuk neraka!” caranya juga mudah, tidak menghormati suami, lupakan tanggungjawab terhadapnya dan lawanlah kata suami!….maka, nerakalah buat isteri! …Wasalam! 8)

Ikhlas oleh,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [16] Comments


When talk about breaking the rules, I teringat kepada pesan orang tua-tua… “hati-hati di jalanraya” 🙂 hehe I say man… do you guys ingat tak, lagi banyak pesan orang tua yang sebegitu, lagi banyak dan lagi bersemangat kita nak break the rules, langgar undang-undang jalanraya!

Hahaha…yang most of us buat is, jalan je la eventho’ traffic light tengah merah and paling simple thing yang kita tak nak buat is avoiding dari memakai tali pinggang keledar. Sampai kerajaan terpaksa berbelanja berjuta-juta ringgit just to make people ingat… “Pakai tali pinggang keledar” 😀

The fact is, manusia as in you and me are all the same… don’t say otherwise lah kan. It’s in human nature, to do things that against the rules and regulations. Tengok berapa banyak dosa yang kita lakukan everyday? Why? …sedap buat dosa ni, kan? 🙂

So, it comes to our conclusions …

“Setiap apa yang TIDAK BOLEH dilakukan, KITA AKAN lakukan!”  …it’s thrilling! It’s interesting, challenging, exciting sangat! Best giler rasanya bila kita dapat buat sesuatu yang tidak sepatutnya kita buat, betul tak?

Malah whoever yang tak pernah breaking the rules ni, is consider BORING!! square, nerdy, gig hahaha… sorry lah kalau ada yang terasa. Kerana ianya begitu jelas sekali, sekiranya you all jenis ikut je undang-undang, buat je apa yang sepatutnya dibuat, well most people akan merasakan you adalah dari golongan yang AMAT MEMBOSANKAN!

Well, itu baru mukaddimah!!

Aha..what I really want to talk about is as usual… LOVE! I nak bercakap tentang, “How to avoid falling in love with the wrong person, and make them love you more?”

Senang je jawapannya… “BREAK THE RULES!”

Im very sure semua orang tahu dan faham and definately akan interested dengan you jika you jadi seorang yang menarik, spontan, jadi seorang yang outrages, charming, exciting. But, how to be that? …the answer is, Break the rules!

Bukan jadi criminal!…bukan pergi lakukan jenayah! Tetapi, instead of you jadi seorang yang sentiasa mengikuti ‘undang-undang dunia cinta’ ni, sometimes… go against it!

Contoh :-
1.  The rules says you kena setia :
Instead you setia kepada pasangan you dengan tidak bercakap dengan orang lain kerana takut dia cemburu… You banyakkan berbual-bual dengan orang lain, flirts sikit agar dia cemburu! – Pasangan yang tidak buat pasangannya cemburu, adalah pasangan yang membosankan!

2.  The rules says you kena berhubung selalu : Instead you call/sms/phone pasangan you 30 kali sehari…limitkan 1 kali sehari sahaja – Buatkan dia tertanya-tanya dan risau kat you sikit, barulah relationship interesting!

3.  The rules says you kena duduk rumah : Instead of terperap di rumah sepanjang hari/minggu/bulan hanya kerana ingin menjaga hati pasangan you, jadikan keluar rumah setiap hari is A MUST! – Barulah menarik dan tidak membosankan hidup you. Biar setiap hari ada sesuatu yang perlu dilakukan di luar. Pergi Gym ke, watching movies, shopping, lunch, dinner …whatever! As long as you out of your house!

4.  The rules says you tak boleh seksi : Instead of memakai pakaian yang sentiasa longgar dan tidak seksi ( This goes to man & woman) …you kenakan pakaian yang ketat sikit serta seksi la sikit. At least pakai, pakaian yang memberi keyakinan kepada diri you sendiri agar you kelihatan lebih menarik dan tidak out of date. (watch e-fashion channel everyday!)

5.  The rules says you kena dengar kata : Instead of sentiasa mendengar kata pasangan anda, buatkan selalu mempunyai pendirian anda sendiri. Buatkan seperti anda mahu lakukan apa yang anda mahu lakukan untuk kepentingan sendiri! Jangan cari gaduh, bertekak, berkelahi…NO! Berbual dengan lebih berilmu … ( Must do a lot of readings)

Haaa…amacam? Hehe… bukan break the rules/law apa lah kan, cuma melakukan perkara yang tidak seperti yang biasa dilakukan. Melakukan sesuatu out of ordinary. Supaya anda akan kelihatan berbeza dan menarik.

Why kena buat begini? Ia adalah bersangkut paut dengan human nature… Manusia akan cepat boring dan bosan dengan perkara biasa, cerita biasa, orang biasa dan perhubungan yang biasa-biasa saja… INSTEAD,

Manusia akan jadi sangat tertarik dengan sesuatu yang luarbiasa dan pelik, sesuatu yang melawan arus, sesuatu yang tidak dapat dimiliki, sesuatu yang susah dicapai, sesuatu yang membuatkan mereka geram, benci, marah TAPI SAYANG!!

And you tanya mengapa ramai orang always fall in love with the wrong person? …you tanya mengapa you sendiri pernah jadi mangsa jatuh cinta with the wrong person? Well, jawapan dia senang je.., The wrong person always do things out of ordinary…always “breaking the rules!”

So, instead of you selalu jadi mangsa…why not you become ‘The Wrong person for a change?!’ 😉

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [11] Comments


Istimewa minggu ini, setelah tergerak di naluri brother Razzi, terasa pula ingin menghulurkan bantuan setelah melihat teman yang agak terseksa di dalam pencarian beliau untuk memiliki sebuah cinta yang telah lama diidam-idamkan. Entah mengapa jodoh yang diharap-harapkan tidak muncul, malah tidak ketemuan…

Jadi, hari ini bro ingin memperkenalkan kepada you all girls, pengunjung blog brother love yang begitu setia selama 2-3 tahun ini, kepada my friend, yang panggilan namanya EBBY. You all nak kenal tak? Sure punya, betul kan? 😛

Alright, inilah orangnya. Sederhana, tetapi have a kind and big heart!

 Okey, untuk you all punya info :- 

  • Ebby berumur 24 tahun going to be 25 tahun pada 09 September ini.
  • Bekerja sebagai Pegawai Akaun di Malaysian Helicopter company.
  • Anak ke 2 dari 7 adik-beradik

  • Ebby tidak memilih, cuma dia meminati gadis yang bertudung dan baik budi pekertinya.
  • Dia juga suka dengan gadis, chineese look, kecil-kecil comel lote gitu 🙂
  • Ebby juga seorang yang suka berbual, jadi kalau you all suka chatting tu, kenalah dengan dia.
  • Pernah mengenali gadis yang berumur lebih tua daripadanya, tetapi ianya agak kurang sesuai untuknya.

So, you all berminat? Kalau berminat, anda boleh lah add kan email dia kat YM ebieyizwan@yahoo.com , lepas tu pandai-pandai ayat sendiri laa.. sekiranya ingin mengenali beliau dengan lebih lanjut hehehe… 

So, since that you all dah tengok gambar ebby kat sini, kalau boleh you all email lah kat dia gambar you all pulak… or kat YM nanti please give your picture too. Barulah ikhlas namanya 😉

Sepanjang tahun ini, bro selalu menerima email dan persoalan cinta mengenai pasangan LELAKI yang HANYA inginkan SEX. Jadi, dengan my friend ni… I amat yakin, you all girls takkan facing that problem anymore kerana my friend ni KUAT pegagangan agamanya dan datang dari keluarga yang baik-baik.  

So, jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama dia diambil orang! 😛

*Sekiranya ada apa-apa persoalan atau sebarang komen, boleh terus tulis di ruangan komen/post/pendapat di blog ini… dan TANYA BROTHER LOVE!

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [75] Comments


no download slot machines