September 2009


Sudah lebih 1 minggu kita beraya, menyambut Aidil Fitri. Bro Razzi pun mengambil masa lama juga untuk kembali menulis di blog Tip Brother Love ni. I harap you all terus setia browsing blog ini okay, maklum sajalah raya-raya ni kan, cuti memanjang laaa…, tak cuti macamana, ada open house la, ada kenduri arwah la, ada kenduri kahwin la, dah naik tembam dah muka ni haha 🙂

Talking about, kahwin… bro Razzi dapat lihat, ‘Musim Raya, memang Musim Cinta’ sebabnya, ramai kelihatan seperti mencari-cari cinta, mencari siapa yang boleh menjadi kekasih, “Hmm…siapa yang nak aku pikat ni?” hehe…

Pergi kenduri arwah pun ada yang nak match making… open house pulak lagilah, yang lelaki mesra lebih-lebih yang wanita over excited hehe… Kenduri kahwin, memang tempat mencari cinta lah kan… desperado je nampak kadang-kadang tu, kesian…. BUT, I understand the pressure… especially bila you pergi ke tempat keramaian seperti ini, ramai yang sudah couple….ada pulak yang sibuk je bertanya,

“Bila nak kahwin? Umur makin lanjut!” haaa….ada tak? Sure ramai punya lah kan….tanya soalan yang menyirapkan darah tu 🙂

 Well, tahan je laaa 😛

CUMA, dalam ramai-ramai lelaki dan wanita yang begitu menginginkan cinta tu, I tengok dan dengar, ramai begitu gabra, gelisah, keresahan, tidak sure, lack of confident dalam memikat! Susahlah macam tu nak dapat boyfriend atau girlfriend beb.

“Mengapa bro Razzi ada ramai kenalan wanita? Mengapa wanita cepat sukakan saya? Because I’m very friendly, funny dan ikhlas berkawan, most important sekali is I’m very confident with myself!” …tengok, I cakap kat sini pun confident semacam hahaha 😉

THE SECRET IS : 

Saya selalu “AWAS” dengan sejenis makhluk! …haaa, makhluk apa tu? Hehe, well…Semasa anda sedang asyik dan bersusah payah mencari cinta, ada satu lagi makhluk yang turut asyik bersama anda tau! Yep! SYAITAN! 

Iblis dan syaitan ini pasti akan turut bersama dengan anda sebenarnya. Mereka akan menghasut, mengejek mengherdek, menakutkan anda dan mereka akan lakukan berbagai-bagai cara lagi… semuanya adalah untuk kegagalan anda!

Tugas syaitan ni…buat anda was-was, minda anda berkecamuk dengan berbagai persoalan. Dia tidak akan henti menghasut anda sehinggalah anda mengalah dan putus asa! Kerana, sekiranya anda menemui cinta itu dan anda berkahwin, maka gagallah tugas syaitan dalam merobohkan perhubungan yang sungguh suci itu, kan?! Now you see?

Jadi, syaitan akan cuba sedaya-upaya untuk menghalang anda dari dapat ‘mendirikan masjid’ itu. Kesan dan akibat hasutan syaitan ini selalunya akan membuat anda jadi hilang keyakinan, gusar, was-was, resah, takut, malu, keliru, minda lemah, terasa susah dan perkara yang selalu bermain-main di minda anda nanti adalah seperti :-

  • Layakkah dirinya untuk aku? Nanti dia malukan aku…seganlah!
  • Dialah yang kena mula dulu, mengapa kena aku? Aku lagi kaya…
  • Orang perempuan mana boleh memikat lelaki, lelaki kena pikat dulu…
  • Dia muda lagi, aku sudah tua…Dia sudah tua, tak padan dengan aku
  • Aku tak sepadan dengannya…dia berpangkat, dia berpelajaran tinggi
  • Dia tak hensem la, yang tu lagi hensem tapi yang ni macam kedekut hmm yang itu pulak pendek…
  • Aku nak kahwin dengan dia tapi aku tak yakin dia boleh bahagiakan aku laa..
  • Takutlah bercinta dengan orang yang lawa-lawa ni nanti dia orang tak setia
  • Famili aku boleh terima ke dia? Famili dia macamana pulak? Boleh berkekalan ke cinta aku dan dia? Takut nanti tak kesampaian…
  • ..isshh…takut dia tak layanlah, malu pulak aku nanti. 

Anda nampak? …belum apa-apa, anda dah takut itu dan ini, tak ada keyakinan, lepas tu asyik kelirulah, seganlah, malulah, risau tak menentu!! Semua ini adalah halangan yang anda reka sendiri semata-mata! Semuanya hasil dari hasutan syaitan yang cuba membuat anda hilang keyakinan, selalu was-was dan merasa terlalu rendah diri yang tidak sepatutnya.

Namun, bro Razzi tidak berhak untuk menghalang anda dari terus berpendirian begitu. Cuma kesemua perkara yang menghalang anda dari bertindak ini hanyalah akan melambatkan proses pencarian cinta anda sahaja. 

tip brother love :
“Apabila fikiran anda mulai memikirkan perkara yang tidak baik atau negatif dan mengecewakan, cepat-cepatlah mengubah cara minda anda berfikir kepada perkara yang menggembirakan, ingatkan kenangan yang manis, bayangkan kejayaan dan percaya kepada diri anda sendiri, serta permudahkan minda anda!”

Salam Ikhlas Aidil Fitri dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

p.s : Nantikan Buku Terbaru dari Razzi Rahman dalam masa terdekat!



Apa komen anda? : [5] Comments


Razzi RahmanSiapa yang tak suka berhari raya?, lebih-lebih lagi bro Razzi yang happy go lucky, yang suka berjenaka, bergelak ketawa selalu. PASTI SUKA! 🙂  Tapi, itulah kata orang… “Dalam ketawa, pasti ada tangisnya, dalam gembira pasti ada dukanya”

So, tidak terkecuali diri saya yang hanya manusia biasa ini. Seperti tahun-tahun yang lepas… Hari Raya Aidil Fitri adalah saat gembira saya di dalam duka yang cukup pilu sebenarnya…

Gembira kerana dapat menumpang kegirangan melihat teman-teman, pulang ke kampung bertemu keluarga, berpeluk riang dengan ibu dan bapa…Duka kerana sudah setahun lebih Ibu jatuh sakit hingga lumpuh…dan di Aidil Fitri jugalah ayah yang ke Mekah telah pulang ke Rahmatullah di sana…

Kepiluan ini begitu mengusik di sanubari, biarlah hanya saya yang merasakannya, kerana pasti ayah saya juga inginkan begitu. Namun, kesunyian, kekosongan dari ayah yang selalu memberi semangat kepada saya, pasti menggamit sedih di jiwa ini…lebih-lebih lagi bila selalu bersamanya bersembahyang sunat hari raya, kini hanya saya berseorangan…

Tambah sayu pabila kedengaran takbir Raya yang pasti menusuk kalbu… kadang menitis-nitis air mata saya, kepiluan, kesunyian, rasa begitu kehilangan…kosong…that’s how much Aidil Fitri….it is just not working for me! Too much sadness…

Apa yang saya cuba katakan…hargailah Ibu dan bapa, kawan-kawan, saudara mara dan pastinya kaum keluarga kita yang tersayang semasa mereka masih berada bersama kita. Kerana apabila mereka sudah tiada, maka sungguh sunyi lah dunia ini…

Semuga, Hari Raya Aidil Fitri tahun ini akan merapatkan lagi Silaturahim sesama keluarga anda semua. “Terimakasih saya kepada semua bloggers setia saya, my friends, dan visitors blog brother love yang tidak lekang memberi sokongan. Tanpa anda, sunyilah saya!”

Salam Ikhlas Aidil Fitri dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [6] Comments


Siapa suka lelaki ‘bad boy’? …well to answer you, RAMAI!

Tapi, Nama pun dah BAD boy, jelas sekali maknanya dia adalah seorang budak jahat! Budak Lelaki yang tidak disukai ramai, lelaki yang pasti selalu dilarang ibubapa untuk dijadikan boyfriend. Lelaki yang membuatkan gadis selalu kecewa!

NAMUN, mengapa begitu ramai wanita tertarik dengan lelaki perangai ala “bad boy” from look and life style ni? Bagi wanita ini, bad boy ni kira susah untuk mereka hindari, dan apabila kenal je, akan tersangkut meminati, suka dan tergila-gila kan mereka. Pelik tak?

Lelaki baik, gentleman selalunya dianggap membosankan. Dull, not exciting enough. Terlalu biasa hubungan itu nanti. Dan ada pula yang suka memberi tarbiah tidak mengira tempat dan waktu, lagi lah wanita-wanita ini menyampah!

Ada satu kisah, 2 orang sahabat lelaki. :-

Man, seorang yang sangat budiman dan tampan, cakap pun lembut je. Rom, seorang yang tidaklah tampan, biasa-biasa sahaja. Cakap pun main lepas… brutally honest!

Suatu hari sewaktu mereka sedang minum-minum di luar sebuah restoran terbuka. kelihatan kawan lama mereka, Ina namanya, seorang gadis yang sangat cantik, berlalu kegelisahan. Man yang terkenal dengan sikap gentleman dia tu, dengan penuh sopan santun bangun menegur sebelum Ina sempat berkata apa-apa,

  • “Hai Ina …lama tak berjumpa, Ina sihat? Ina buat apa kat sini ni?”
  • “Eh Man?, Hai, err I nak cepat ni, kena pergi interview la, tapi dah tertinggal bas pulak.”
  • “Kalau ya pun jawablah saya tanya khabar awak ni” balas Man dengan lembut dan tersenyum. Kemudian berkata, “Man boleh hantar Ina, jangan risau!”
  • “betul? Terimakasih Man! You’re a life saviour!”
  • “Sama-sama”
  • “Eh Rom pun ada sama? …masamnya muka, tak senyum pun kat I”

Rom yang sedari tadi berdiam diri, hanya duduk di kerusi dengan tenang tanpa memberi sebarang senyuman, walau wajahnya tepat memerhati gadis cantik itu.

  • “Eh Rom, aku pergi dulu lah….kena hantar Ina la” kata Man pada Rom sambil mengambil kunci kereta di meja makan.
  • “I nak kena senyum kat you la ni?” tiba-tiba Rom bertanya sambil bangun perlahan-lahan. Ina tersenyum dan sedikit tercengang sambil menjawab dengan menganggukkan kepalanya.
  • “I tak berapa sukalah orang nama Ina ni…tapi you cantik, so kira okaylah, I senyum now!”
  • “Eh?…errr..hehe.” kebingungan Ina seketika, tersenyum lebar dipuji sebegitu.

Man kelihatan agak kurang senang dengan tingkah laku kawannya Rom, lalu dia cuba menegur.

  • “Rom, mengapa kacau Ina macam tu, tak baik…marilah Ina, saya hantar awak.”
  • “Err… it’s okay, I dont mind” jawab Ina. “Err…Rom tak nak hantar Ina sekali?”
  • “Malas lah, tapi, kalau I sorang je yang hantar you, I nak”

Man terpaku dan tecengang dengan kenyataan Rom…Ina juga turut tersipu-sipu dan agak kebingungan dengan pelawaan Rom. Hingga membuatkan Ina serba salah…

  • “I nak you ikut I, sebab I nak turn you to evil…berani?” tanya Rom pula….

Ina berdebar-debar, kegelisahan semakin memuncak, soalan Rom membuatkan dia takut dan teruja. Akibat tercabar, Ina menjawab, “BERANI!”

  • “betul berani? nanti I bawa you to darkside, habis lah you tergila-gila kat I!”
  • “Hehe….perasan lah tu, I tau jaga diri I okay. Lagi pun I tahu you ramai girlfriend.”
  • “Memang I ada ramai girlfriend, so kira I nak buat you jadi my girlfriend yang ke 12 lah boleh?”
  • “Eh Rom apa kau nak layan Ina macam tu, tak baik tu….sudahlah. Ina dah lambat tu, jom Ina mari saya hantar!” celah Man yang semakin kegusaran.
  • “Errr…emmm, tak apa lah Man, Ina ingat…Ina nak ikut Rom je lah…”

Man terkejut dengan kata-kata Ina, dia langsung tidak menyangka yang Ina lebih terpikat kepada Rom yang hanya lelaki biasa.

  • “Hah Ina? Tapi Rom tu…he is a bad boy!”
  • “It’s okay…thrill lah Rom ni, teruja I dibuatnya hehe!”
  • “Huh? Okay lah kalau macam tu…Rom, hantar betul-betul Ina tu, jangan melencong pula.”
  • “Alaaa….aku nak bawa dia ringan-ringan dulu laa”
  • “ROM!” bentak Man marah…
  • “What?….ala, gurau je…aku hantar Ina betul lah ni.” jawab Rom selamba.
  • “Terimakasih Rom.”
  • “Tak perlu berterimakasih ya Cik Ina, sebab I takkan layan you macam Princess kat dalam kereta I okay dan I hantar you ni bukan free,  ada bayaran tau! Dan tolong ya, tidak dibenarkan menjawab handphone or any sms, sepanjang perjalanan. Sebab I nak you concentrate tengok kat muka I yang hensem ni sahaja.”
  • “HAHAHAHA!!!…okeylah, alright Man, bye….thanks for everything and thank you for being a good friend!” kata akhir dari Ina.

So, itulah kisahnya…moral of the story, Jangan jadi seorang yang terlalu lurus, ia amat memboringkan bagi wanita!

Cuba perhati dan bandingkan jawapan Man dan Rom, setelah Ina mengucapkan TERIMAKSIH. Jawapan Man – sama-sama – memang ok la, tetapi terlalu biasa sangat! Not interesting….but, jawapan Rom? Telah membuatkan Ina ketawa terbahak-bahak! Akibatnya, Man turned out to be enough for just friend!

Being a bad boy, doesn’t mean you kena jadi BAD. NO! Just be sort of bad at what you saying, nakal dengan perangai you, being naughty here and there. Bend the rules sometmes 🙂 …do things and answer unusually way… SUPAYA anda kelihatan lebih menarik dan exciting! Kita be ‘bad boy’ TAPI hati kena good beb…

“Dunia ini terlalu singkat to live a dull life, be interesting and excite your partner, baru lah dia akan terus terpikat kepada anda setiap masa!”

Lihat tip-tip cinta seterusnya dari Brother Love klik di sini

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com

 



Apa komen anda? : [32] Comments


Artikel kali ini I ingin tujukan khas buat ‘Insan Teristimewa’ yang bernama LELAKI, … yes mereka yang menggelarkan diri mereka lelaki…TETAPI lelaki yang membelasah dan memukul wanita! Dimana, mereka ini langsung tidak layak dipanggil lelaki!

Ingin I rujuk kepada siri ‘The OPRAH Winfrey show’ pada awal tahun ini, I guess semua orang kenal Oprah Winfrey, pengacara talk show Moghul.

Setelah berlakunya, insiden rapper Chris Brown memukul penyanyi terkenal Rihanna…dan setelah Chris Brown menyesal dan mengaku salah di mahkamah dan dijatuhkan hukuman dengan berkelakuan baik dan ‘komuniti servis’, then Chris Brown meminta diampun dan dimaafkan….serta memberi alasan Rihanna lah yang telah membuatkan dia terlalu cemburu, dan membuatkan dia hilang sabar…Lalu snap dan belasah kekasihnya, Oprah telah memberi satu kenyataan pedas…

“Love doesn’t hurt! And if a man hits you once, he will hit you again,” she added. “He will hit you again and again. I don’t care what his plea is.” – Oprah Winfrey

Let me translate it mengikut apa yang I faham,

“Cinta tidak menyakitkan! Jika lelaki memukul anda sekali, dia akan memukul anda sekali lagi! Oprah menambah, lelaki akan memukul anda sekali lagi dan lagi, tidak kira apa rayuan nya.”

Perhatikan kepada ayat Oprah, “I don’t care what his plea is.” mengapa Oprah mengatakan begitu? Ianya adalah sesuatu kelaziman bagi lelaki kaki pukul…setelah mereka memukul dia yang disayangi, the next thing they do adalah, MEMINTA MAAF dan memberi berbagai alasan untuk cover rasa bersalahnya!

  • “Sorry sayang, I tak sengaja…I marah sangat tadi. You lah buat I marah…kalau tak I tak pukul you. I sayang sangat kat you dear. I’m sorry sayang, I love you so much, I tak buat lagi.”

“KEPALA HOTAK DIA!! 😛 amenda lu ingat lu boleh belasah pompuan pastu senang-senang minta-maaf?” And then yang girl pulak boleh bagi jawapan sebagai kekasih kepada lelaki ini…

  • “Okay sayang, next time you jangan buat lagi. I pun janji…i takkan buat you marah lagi”

WO! WO!…back up a little. Tengok balik situasi tuuu…you, wanita meminta maaf setelah kekasih belasah you? It is okay for him to hit you? Hey beb, tiada kesalahan di dalam dunia ini yang membolehkan dia memukul you okay!

Yes dalam Islam, suami boleh memukul isteri, tapi itu SEKIRANYA… Isteri melacurkan dirinya dan melanggar nas-nas Islam. BUT itu suami isteri…

Tapi you all yang tengah bercinta ni…please lah okay! Seperti Oprah katakan, lelaki kaki pukul ini, akan kembali memukul dan memukul lagi. Hari ini salah you begitu, esok akan ada salah lain pula. Dan dia pasti akan memukul you lagi.

Sehinggalah you akan jadi :-

  • seorang yang lemah, hidup dalam ketakutan, tiada keyakinan diri. Hilang kepercayaan kepada semua orang.

Beginikah kehidupan yang you mahu, hanya kerana sebuah cinta? Hanya kerana dia berkata yang dia sangat sayang kan you? Rela you diseksa, dibelasah, disepak terajang?

Well, to tell you all the truth…Bro Razzi menerima email masalah domestic abuse ni sudah lebih 2 tahun. Setiap tahun sekurang-kurangnya, 10-20 wanita terus kekal dan menerima lelaki atau kekasih mereka walaupun diri mereka dikasari. Malah walau setelah meminta nasihat dari bro Razzi pun mereka TIDAK BERANI untuk keluar dari perhubungan itu. Sedangkan mereka belum pun berkahwin!

PENTING*

  • JANGAN jadikan diri anda mangsa hanya kerana sebuah cinta.
  • BE BRAVE, tiada apa yang anda mahu takutkan, keluar dari perhubungan itu, break it off!
  • Tinggalkan lelaki kaki pukul. Kalau kena belasah, kena ugut, worst scenario, report to the police!!
  • JANGAN KESIHAN kan lelaki abusive ini, tunjukkan lebam dan luka anda ke mata dunia!
  • Jika dia lelaki yang telah mengambil dara anda, jangan risau! Ramai lagi lelaki yang sanggup menerima anda!
  • Malu pada keluarga? Lebih memalukan lagi jika anda terus di dalam perhubungan yang menyeksakan ini
  • BERTINDAK HARI INI BEB!!!

Hey beb, There are NO MORE LOVE laaa, serious! Only left is extreemly obssession! because if there is ia tidak akan menyeksa you

“kerana cinta tidak menyakitkan, Love doesn’t hurt, if it does…that’s NOT LOVE!”

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [15] Comments


I call this, ‘miracles tips’ la sebab miracalously menjadi kepada mereka yang mempercayai akan ‘The rules of the Universe’ kalau orang islam kita panggil ‘Hukum Alam’

It works sebabnya untuk keseimbangan dunia ini. Kira kalau kita buat dan amalkan, ia akan balance kan hidup kita. Dan di dalam proses ini, anda akan melakukan 2 perkara yang sudah berkurun-kurun lama manusia mengamalkannya. :-

  1. Positive thinking – Sentiasa percaya boleh
  2. Rules of attractions – Apa yang anda fikir, bayangkan dan lihat, itu yang anda tarik dan dapat!

Here goes :-

Tip 1 : Apabila anda tidur berseorangan di bilik anda, jangan tidur di tengah-tengah. Ia seolah-olah anda tidak mahu sesiapa tidur dengan anda. Jadi, tidur hanya di sebelah. Sebelah lagi, biarkan kosong. Sediakan bantal seolah-olah anda mempunyai pasangan. Kalau katil single, beli lah double…Haaa…tapi ada pulak tu kan, tidur naaa kenkang punya besar, hahaha… camana cinta nak terundang tu beb 😉 Pelik? Pelik tapi menarik, teruskan membaca…

Tip 2 : Buang semua barang-barang yang tidak terpakai di dalam bilik anda. Ini kasi Feng shui (angin&air) sikit lah ni. Kasi masuk tenaga (chi) biar anda bersemangat! Bilik kena bersih dan lapang walaupun kecil. Biar kosong tak pa, Ini berselerak je, penuh je barang, adoi…semangat cinta nak masuk pun, segan, undur balik beb! 🙂

Tip 3 : Ruang tamu? Haaa…kerusi dan sofa tu, kenalah cari yang ala-ala romantik sikit. Jangan duk pakai kerusi antik, kayu jati ke rotan ke adoi!! Potong stim betul, keras beb. Cari sofa empuk dan berwarna sexy  kemudian biar lantai ruang tamu tu berwarna light brown or cream warm… macam tengah bercinta gitukan, bayangkan cinta anda datang visit, lepak tengok dvd…then easy untuk berdepan dengan anda, so mestilah nak cozy, romantik, selesa, seolah-olah anda bersedia untuk bercinta gitu, betul tak?

Tip 4 : Almari anda… please la wei, jangan laaa sarat macam ikan bilis dalam tin! Kalau boleh pakaian yang dah out of date tu sedekah kat anak-anak yatim hehehe. Buatkan almari pakaian anda supaya mempunyai ruang kosong. Sebelah anda letakkan pakaian anda, sebelah lagi letakkan hanger kosong 2-3, seperti pasangan anda bakal meletakkan pakaiannya di situ! Kikiki 😳

Tip 5 : Apabila makan, sediakan pinggan dan sudu serta gelas kosong. Seolah-olah anda sedang menunggu pasangan anda akan pulang untuk makan bersama-sama. Sekali, you duk ngan mak bapak pulak, mak you cakap kat bapak you, “Apahal dengan anak kita tu bang, dah angau agaknya” hahaha 😛

Tip 6 : Bagi mereka yang memiliki garaj kereta, atau parking space dalam compound rumah. Siapkan tempat kereta itu seolah-olah ada sebuah kereta lain bakal datang dating, eh!…parking. Haaa…bayangkan, gambarkan dalam kotak fikiran anda, bagaikan real. Muga-muga, terundanglah seorang pasangan yang memiliki kereta itu datang parking dan bercinta dengan anda.

Tip 7 : Gambar-gambar di dalam frame in your room tu mesti letak gambar-gambar couple sedang bercinta gitu. Sedang berpimpin tangan kat atas bukit gitu haha..ala-ala hindustan hehe. Frame gambar, mak, abah, sedara mara, binatang, artwork ke…itu semua kena letak LUAR bilik! Only your future loved ones stays and all the love that in the air 😉

Tip 8 : Lekatkan poster potret jenis pasangan yang anda idamkan di bilik tidur berdepan mengadap anda tidur. So setiap malam sambil baring, anda boleh khayalkan secara detail kehidupan anda bercinta dengan nya. Setiap hari, anda tengok je poster itu, bayangkan, gambarkan di dalam fikiran anda selama 41 hari, sehingga kemana-mana anda pergi pun anda dapat mengingati nya, dapat lihat seolah-olah percintaan anda itu, REAL! Haa…ini memang menjadi ni. Anda akan lihat, sooner or later, wajah pencinta yang hampir-hampir dengan gambar poster itu akan hadir dalam hidup anda. Tapi biar logik lah sikit poster tu, jangan lah letak poster Brat pitt pulak, Tom Cruise ke…I seh man, kut yang datang Tom Yam je wakaka 😆

Tip 9 : Apabila ditanya adakah anda sudah berpunya? JANGAN jawab “I’m single” NO! Hehehe…Instead, sentiasa menjawab, “Saya memberi ruang kepada diri saya untuk berkenalan dengan semua, walaupun saya sedang mempertimbangkan seseorang.” walaupun tak da sapa sebenarnya. Never say you single…nanti single lah you sampai bila-bila nak? Haaa rules of attractions!…apa yang you cakap, fikir, semua akan tertarik kepada you, akan menjadi dalam hidup you! Tapi, jangan pulak cakap…I dah milik orang! Habislah…siapa nak kat you lagi? 🙂

Tip 10 : Setiap hari dan setiap masa, tell yourself “I’m loveable, I’m in love!…he/she loves me!” Jangan sesekali pula, fikir yang anda tidak disayangi, tidak dicintai atau tiada sesiapa inginkan anda! It’s a NO! NO! Situations. Yakin dan percaya…and say it out loud!

Berubah hari ini, thats your 1st step! …think this way,

kalau aku tak berubah dan tak buat tip ni pun aku masih keseorangan jugak. Why not aku give it a shot, for a change. Who knows, dengan aku memberi ruang dalam rumah, hati dan jiwa aku, Cinta terundang dalam hidup ku?

Kalau terundang cinta itu, so much the better, BUT kalau tak datang juga cinta itu, well at least you’re doing something rather then nothing! Lagi pun, you won’t lose anything pun rite? Malah, rumah anda bersih, kemas, sedap mata memandang, sejuk je jiwa 😉

BUT, for those yang awal-awal cakap “TAK BOLEH KUT” then this tip takkan works for you or them yang berfikiran negatif dan tidak mahu mencuba. Begitu juga kepada mereka yang tidak mahu berubah…it will never work for you either! It’ll only work for those who believes in miracles, universe, hukum alam, positive thinking, determine… seperti siapa ya? 😉 Good luck!

More tips similar from Brother love, click below :-

p/s : Ingin melihat tip-tip cinta seterusnya dari Brother Love Sila klik di sini

Ikhlas dari,
Razzi Rahman @ Brother Love
www.razzirahman.com



Apa komen anda? : [14] Comments


no download slot machines