Dah lama tak cerita kat you all kisah-kisah cinta saya masa dulu-dulu… Semalam banyak pula soalan yang diajukan kepada saya di blog dan facebook, soalannya pula lebih kurang sama, … “MENGAPA SAYA DITINGGALKAN BRO?”
…ini membuatkan saya teringat kisah lama ni, sewaktu saya pernah diperdaya oleh bekas kekasih saya dulu. Kisahnya… ex girlfriend saya ni dulu telah pergi bercuti ke London melawat adik lelakinya.
So, setelah about seminggu gitu kita duk berhubung walau jauh… ada la juga bergaduh sikit-sikit biasa la kan, darah muda bergelora gitu kan, hingga the last message dari dia tu cakap dia nak saya datang ke London kalau betul-betul sayangkan dia. Wo, berat jugak tu…tiket ke London, dah berapa. perbelanjaan di London is very high, x7 duit kita at that time. kalau rm700 duit kita, duit pound sterling baru 100. (more…)
Apa komen anda? :
[9] Comments
“Menangani situasi berkongsi kasih dengan bijak”
Bagaimanakah situasi seorang isteri yang tiba-tiba terpaksa menerima hakikat, suaminya kahwin lain? Betapa remuknya hati, kecewa dimadu dalam diam, hancur sebuah kebahagiaan yang bertahun-tahun dimilikinya seorang, kini terpaksa berkongsi kasih…
Bagi kebanyakan para isteri yang menghadapi situasi sebegini yang telah saya temui, dan telah saya tanyakan serta berbicara soal rumah tangga mereka…kebanyakan jawapan diterima hampir sama. Kalau tidak berlaku pertelingkahan yang cukup panjang, pastinya pergaduhan, tangisan, amukan jeritan lantang dan maki hamun yang selalunya terjadi.
Si suami pula, ada yang jenis senyap, dengar dan tunduk sahaja. Ada juga yang berminggu-minggu menghilangkan diri setelah si isteri dapat tahu penipuannya selama ini. Tidak kurang juga yang turut berlawan dan bertikam lidah, cuba memberi alasan untuk menyebelahinya. (more…)
Apa komen anda? :
[5] Comments