Oleh :

Razzi Rahman, Shed, Lizz, Dini, Samara, Azwa, Shah, Aisyah

“Aaarrrrgghhhh!” Jeritan nyaring gadis berwajah bujur sireh itu benar-benar membingit suasana rimba sehinggakan bergegar dedaun pokok menggugurkan embun jernih di pagi hari. Tersedar dari lenanya yang panjang, dia kebingungan memandang sekeliling…

   “Di neraka kah aku ini?” suaranya yang mendalam berbisik sendirian sambil mencuba untuk berdiri walau seluruh anggota tubuh badannya masih terasa lemah…

   Tiba-tiba, “Hello Jeans…” tegur lembut satu suara seorang lelaki dari belakangnya yang dia cukup kenal dan sekilas itu juga seperti satu ingatan ngeri terpancar bercahaya di depannya.

   Mata tajamnya terbeliak membulat terkejut, lantas sepantas kilat, dia terus lari dengan lajunya merempuh hutan tebal membiarkan kakinya yang agak panjang membawa dia kemana sahaja tanpa mengira arah tujuan. Dalam seketika, sinar harapan terpancar di wajahnya apabila terdengar bunyi seperti memekik di keheningan pagi. Dia terus berlari mengikut bunyi yang masih bergema di telinga.

   “Tungguuu!!!” Jeritnya dengan nafas yang sesak dan tersekat-sekat…Namun, kehampaan jelas terbayang ketika melihat ekor gerabak sudah pun menghilang melalui landasan yang membengkok ke barat, dengan bunyi nyaring seperti wisel turut lenyap di kejauhan. Asap dari enjin bergumpalan di udara seketika sebelum dihembus pergi oleh deruan kencang angin panas yang melecetkan pipinya yang gebu dan memedihkan rongga hidungnya yang tirus.

   “Errhh…mati aku…” 

New Logo



Apa komen anda? : [25] Comments