“Hey Mr & Miss Singles!”
Asyiknya jika jatuh cinta lagi… masa bagai terhenti, hati diulik rindu, jiwa meronta-ronta mahu dipeluk sayang. Kadang, hanya dengan ucapan “I miss you, sayang” …jantung bagai terlompat-lompat suka, diri melonjak girang! Apatah lagi, bila diri kesunyian di malam hari tiba-tiba wajahnya muncul di ingatan penuh cinta, senda guraunya bagai tiada henti buat kita tersenyum dan ketawa seorang, sekilas lalu senyumannya begitu mencuit kalbu yang begitu merindukan teman yang dapat mencurahkan kasih… Lalu kita tersedar, itu semua angan dan harapan. Mulai kita tertanya pada diri, “Mengapa aku masih single lagi?…takkan lah sebaik-baik dan seelok-elok aku ni, tak ada yang nak? Apa silap aku? Mengapa dia yang begitu berminat mulanya, kini menghilang diri?….ahhh, letihnya untuk ku mula jatuh cinta semula!” Yang sebenarnya, ada 2 faktor yang mungkin kita tidak sedar. Yang tentu pasti menghalang dari kita mempunyai insan istimewa dalam hidup kita :- 1. Faktor paling utama adalah campur tangan keluarga! Apabila kita mempunyai Ibu bapa yang ‘Control freak’ – terlalu mengawal anak. Kemana sahaja mesti ditemani ibu atau bapa. Atau diminta pula bapa/mak saudara temankan. Nak pilih kekasih pun tak boleh, ada je mak cakap yang tu tak suka, yang ni pun tak bagus. Pergi holiday pun kena ikut holiday mak dan ayah, kalau tidak…duduk je la kat rumah. Nak pergi tengok wayang pun kena pergi dengan keluarga. Siapa yang call, siapa yang hantar rumah, siapa yang berbual, semua kena report. Hehe, you and your parents macam ni ke? Well, it is positive laaa in a way..tetapi…ianya akan membuatkan ramai takut untuk mendekati anda for sure! My advise : Berhenti jadi pengecut! Mama dan papa you are your parents forever you dengar cakap atau tidak! Kita yang bercinta, bukan dia orang. You kena be firm. Bukan budak-budak lagi…kalau kahwin dah boleh jadi mak/bapak budak! So, Im sure boleh buat keputusan sendiri. Jadi, buat! Jangan pandai cakap saja…tapi bila kena diri sendiri…takut! 2. Faktor kedua utama adalah diri kita sendiri yang selalu menganggap yang hanya kita yang betul! Ini satu penyakit yang susah untuk diubatkan. Ianya telah menular dalam diri kita sejak azali lagi. Sedari kecil, kita suka menegur orang, suka mengkritik. Diri sendiri kita tidak sedar yang kita banyak lagi yang perlu diperbetul Yang kita nampak hanya keburukan orang. Kebaikan orang, langsung tidak nampak. Sehinggakan, apabila bercinta, kita asyik menegur kekasih kita, asyik membetulkannya dalam semua hal. Kita juga selalu tidak bersetuju dengan sesiapa saja, perkataan yang mula-mula keluar dari mulut kita adalah, “Taaakkk…” Hehe, you ada penyakit ni kan? Koyak lah beb…sampai ke tua lah membujang! For sure, kenal you lima minit, dia akan belah punya. Thats why mula-mula macam minat sangat, tetapi kemudian hambar lalu menghilang… My advise : Bertenang! Dalam hidup kita ni, tidak perlu segala-galanya perfect. Tidak perlu semua kena betul. Jika ada salah, so what? Jika tak cantik, so what? Berikan peluang kepada dia untuk berubah mengikut caranya. Jangan sibuk nak mengajar cara anda jika tidak diminta. Dia juga manusia yang mempunyai akal fikiran dan berhak mempunyai pendapat dan caranya. Bukan cara awak je yang betul! Berhenti mengkritik, menegur dan memberi pandangan…tidak ada siapa fikir ianya penting, tak perlu! Kedua-dua faktor ini, boleh dielakkan, JIKA MAHU!. Namun, ramai yang keras kepala, hati dan perasaan. Dalam sambil membaca ni pun, im sure ramai yang cakap, “Susah bro…” Well, Susah sebab tak mahu, senang sebab mahu… So, kalau nak single sampai bila-bila, go ahead! …TERUSKAN LAH BERADA DI DALAM KEDUA-DUA FAKTOR INI. p.s. Ada banyak lagi faktor-faktor lain, yang mungkin anda tidak sedar… ‘lihatlah diri di cermin!’ Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“KERANA” …
Download lagu KERANA di sini > https://www.razzirahman.com/muzik Alhamdulillah, bro Razzi boleh merasa sedikit lega setelah segala proses pembikinan album terbaru bersama bro Irfan Khairi dan planning untuk pelancaran juga sedang diperingkat akhir. Hopefully very-very soon kita akan dapat bersama-sama mendengar keseluruhan lagu dari album ini. Klik di sini untuk ke laman muzik So, dari semua 12 lagu pilihan kami. Jangkaan yang bakal HIT ada 5 …amboi banyaknya hit, nangis arrr haha 😥 but, yang pasti HIT “confident dia huhu 😳 ” lagu dan lirik ciptaan Bro IK yang bertajuk “KERANA” …video clip lagu ini juga sedang disiapkan, so sementara menunggu untuk mendengar dan menonton video clip nya, apa kata you all hayati dulu lirik lagu cinta ini, “Razzi Rahman& Irfan Khairi style…” 😀 have fun… KERANA Lagu/Lirik oleh Irfan Khairi Susunan Muzik oleh Kyo Kehadiran mu bagaikan pelangi pagi yang menyinari hati ini Kelembutan mu mencorakkan hidup ini kerana kasih mu abadi Bridge hebatnya cinta hingga akhirnya sampai ke tua kita berdua… Chorus kerana ku tak mahu terus hidup tanpa mu kerana ku tak mampu bernafas tanpa mu kerana ku tak mahu rindukan pelukan mu kerana tak mampu ku berjauh dengan mu… hebatnya cinta hingga akhirnya sampai ke tua kita berdua… “JOM KITA NYANYI RAMAI-RAMAI…ULANG CHORUS!” kerana ku tak mahu terus hidup tanpa mu kerana ku tak mampu bernafas tanpa mu kerana ku tak mahu rindukan pelukan mu kerana tak mampu ku berjauh dengan mu… TIP : Hehehe 😛 kelakar tak? …minggu ni kita relek-relek ketawa-ketawa. Bercinta-bercinta juga, lagu cinta pun lagu cinta juga, tetapi boring la asyik serius je kan, sometimes kita kena enjoy life, be happy, bergelak ketawa even over something serious… seperti yang I selalu cakap, “have fun and live a little!” 😉 p/s Jom bagi short komen yang happy-happy dan kelakar-kelakar!! Click here Ikhlas dari, Razzi Rahman & Irfan Khairihttps://razzirahman.com/muzik
5 tip CINTA BERGETAR!!
Sometimes, apabila kita sudah selalu bercinta, ada waktu kita dilamun cinta, ada pula yang mencintai kita, kadang lepas putus cinta terus saja jatuh cinta lagi…Kita rasa kita sudah kenal dan tahu tentang cinta. Tanpa ragu, kita rasa kita bijak bercinta. Tetapi, apabila kita tersungkur dan terduduk dikecewakan cinta masa itulah kita mulai terfikir, “Apa yang aku buat salah?…aku cintakan dia dan sayangkan dia seikhlas hati, tetapi mengapa dia tinggalkan aku?…mengapa dia curang?…mengapa dia menghilang?…mengapa dia tak jawab call tak balas message aku? mengapa dia kecewakan cinta suci aku? Mengapa? Mengapa?” Jawapannya :- 1. Mungkin anda Terlalu mudah – I sangat faham jika seseorang, wanita especially begitu mudah jatuh cinta dan memberi jiwa, raga dan akhirnya body…kepada lelaki yang telah lama menjadi idamannya. Because to her, inilah cintanya, inilah kasih dan sayangnya…dia mahu serahkan segala-gala kerana dia terlalu dan amat cintakan lelaki itu. Susah bila dah cinta ni…tetapi, to tell you all the truth… sekiranya begitulah caranya you all menunjukkan cinta, siapa pun akan cepat bosan! “Dah dapat madu, sepah dibuang” bukankah itu pepatah orang tua-tua?… TIP 1 : Baik wanita maupun lelaki, jangan terlalu mudah memberi cinta, meluahkan rasa cinta. Biar kita mudah mesra, dan baik hati tetapi sangat susah meluahkan rasa cinta. Biarkan cinta lumat di dalam jiwa namun tidak sekali kuluahkan haaa…Barulah CINTA akan BERGETAR di dalam jiwanya. So, pendam dan simpan cinta anda tu…dia akan dapat merasa walau tidak diluahkan, itu baru benar-benar cinta! 2. Mungkin anda Cepat mahu komitmen – Bagai menghalau dia pergi, begitulah apabila perkenalan yang sesingkat itu sudah lafaz kata cinta, sudah anggap kekasih sejati, bercakap bagai sehidup semati, terus-terusan berbual soal anak-anak nanti, sudah berbahasakan diri Mama/Papa…Bila keluar berkepit macam tak nak lepas…WO!! TIP 2 : Bukan tak mahu komitmen, tetapi jauhinya dulu. Setiap perhubungan perlukan satu penyesuaian yang betul-betul serasi, barulah boleh anda membuat komitmen, barulah boleh declare couple. Takkan baru keluar dating sekali dah couple? Takkan baru siang malam chatting belum jumpa dah jadi kekasih sejati? Berikan ruang kepada anda dan dia…cuba mengenali hati budi masing-masing at least setahun dua…biar di jiwa tu meronta-ronta barulah CINTA BERGETAR then mungkin, barulah boleh serius! Jangan cepat-cepat nak kan komitmen beb, relax… 3. Mungkin anda Terdesak – Hehehe… ini memang biasalah bagi mereka yang kurang pengalaman dalam cinta. Atau yang baru putus cinta. Nampak begitu teruja sangat nakkan cinta. Terlampau terdesak dahagakan cinta. Sehinggakan yang lelaki nampak macam nak makan wanita, yang wanita nampak macam dunia dah nak kiamat. “aku nak kat dia, aku naaakkk…dia lah saja yang aku nak, tak ada orang lain dah yang boleh ganti tempat diaaa!!” ….AYO?!! TIP 3 : Relax beb, jangan over…sebenarnya jika anda kurang tunjuk mahu, buat-buat macam tak mahu. Orang akan lebih berminat dengan anda. Buat mahu tapi malu…atau seolah-olah tidak berminat tetapi dalam hati BERGETAR-GETAR CINTA…well dia juga akan bergetaran cintanya! 4. Mungkin Emosi anda melampau – Sikit-sikit marah, menangis, cemburu, benci dan tak suka itu dan ini. Perkara kecil pun dibesar-besarkan. Belum ada ikatan apa-apa pun, bergaduh, bertekak, tak setuju itu dan ini. Jelaslah anda telah memberi tekanan yang amat dasyat kepada pasangan anda haaaa…memang cepatlah putus cinta! Tak perlu nak tanya mengapa lagi lah. TIP 4 : The best thing to do is, JANGAN tunjukkan langsung emosi anda. Biarkan dia tertanya-tanya dan ternanti-nanti, “Eh apa yang dia rasa ya…macam tak ada apa je??!” Haha…padahal Tuhan sajalah tahu betapa anda ingin menunjukkan emosi anda. Biarkan!…biarkan ia menjadi tanda tanya. Dia mesti ingin anda tunjuk emosi belas kasihan, sedih, rindu, sayu, sendu, marah,…tapi anda buat tak tahuuuu je….haaa, sure CINTA BERGETARAN kegeraman! 5. Mungkin anda Membuka pekong – Oleh kerana terlalu cinta anda asyik bercerita kepada dia tentang kisah anda sehingga anda menceritakan segala-gala kisah hitam anda dulu-dulu. Habis anda ceritakan segala-gala pekong di dada. Segala keburukan anda, kejahatan anda, kesyaitanan anda semua dia tahu. Do you think dia akan tunggu anda lagi? TIP 5 : Yang penting sekarang, bukan dulu! Nak terima cinta …terima yang sekarang. Sekarang anda sudah baik, sudah berubah itu yang dikira. Yang dulu tidak perlu dicerita, tidak perlu pun dia tahu. Kalau nak tahu sangat boleh belah! Dalam bercinta, kita kena buatkan diri kita misteri, sudah berkali-kali bro Razzi cakap ni hehe…tetapi masih ramai yang suka menceritakan kisah dirinya sekaligus 100%. Koyak laa… you all kena simpan at least 20-30% of your life, biarkan ia jadi misteri, sehingga dia tersangat ingin tahu, amat curious tentang anda, “Isshh, siapa dia ni sebenarnya? Apa rahsia dia? Apakah perkara yang dia tak nak beritahu tu walau berkali aku tanya?”…ahh, keep it as your secret je. Biarkan dia tertanya-tanya…keep it to yourself, barulah CINTANYA BERGETAR! Pastinya anda akan bertanya ALL this tips, berapa lama nak tahan ni hehe 🙂 Well, kalau I, I akan cuba tahan selama-lama yang mungkin…at least bertahun-tahun amacam? Boleh? Good luck boys and girls 😉 p/s : Thank you for all your support, email ucapan Selamat hari raya, sms raya, private mesage raya. Thank you so much to all fans, friends and bloggers! Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“Live a Little of Life”
Satu phrase yang cukup mendalam maksudnya dan sangat bererti bagi kita semua. Dimana, di dalam kehidupan kita, kita kena lalui hidup dengan mencuba apa sahaja yang kita mahu serta boleh buat kita happy. Kita jangan takut nak cuba tu, takut nak cuba ni…takut gagal. NO! Kita kena live a little …rasakan hidup ini walaupun hanya secebis…barulah our life’s complete! Then kita akan sangat happy, confident, have a clear mind… kerana kita dah dapat mengecapi apa yang kita inginkan! Look at me and bro Ik, kami ‘lepak’ je …relax punya bro’s. Berapa banyak halangan dalam hidup kami??… tapi kita face it dan enjoy the good and the bad times. Dan kita buat apa yang kita suka dalam hidup kita…which is besides doing our own business, kita teruskan our passion for… music! 😉 Kita semua kena capai this ultimate feelings of freedom, rasa ketenangan, rasa girang and…happiness! I tell you kalau I berjumpa dengan IK je, memang kami bergelak ketawa je la 😆 …when we talk about success, kita happy, but when we talk about kegagalan pun kita ketawa sakan juga! You know, hanya setelah you all rasakan yang you all benar-benar mengecapi RASA HIDUP ini, only then baru you will find true LOVE! Now…this is me living a little of life. I ada business on my own, I menulis buku-buku cinta dan menyanyi, I sing my heart out!! Why??…because I Love it!! It makes me happy! I love making money, I love writings and I LOVE MUSIC SO MUCH! That’s me…you bagaimana pula? Apa yang you suka? always ask yourself that question. Jangan sibuk fikir soal cinta dulu, jangan buang masa duk tanya, “Mana pasangan aku ni…mana cinta aku ni…aku sunyi!” NO!!…tanya diri you dulu… apa yang you suka dalam hidup you??…then buat! Buat apa yang you suka. Apabila you happy dengan kerja you…happy with things you do… rezeki akan datang pada you, cinta akan hadir dalam hidup you, insyaAllah! Well, I pun macam you all jugak dulu. Tak happy…down…sad…lonely… tak tahu apa nak buat with my life. Until I jumpa my sifu, my blood brother… Bro IK. He taught me that… do things that you like. Lepas tu Bro Razzi experience sendiri perbezaannya di dalam scenario business, life dan cinta 🙂 hehe… We come to Irfan Khairi a.k.a IK the Jutawan Internet! …siapa yang tak mahu jadi dia? dah lah kaya, successful… dan dia melakukan apa yang dia suka! Mengendalikan rancangan TV di awani, mengacara program radio 24, menulis beberapa buku best seller DAN KINI? …. Mencipta 3 lagu yang bakal hit dari album kami pula di samping hampir kesemua lirik ditulis olehnya dan juga bersama bro Razzi. You see…sky is the limit! That’s what i can say about my bro Irfan. Untuk kita…at least kalau tak boleh semua, secebis pun jadi lah… barulah namanya, kita live a little of life …kita rasa itu dan ini, kuih tu kuih ni, pergi situ pergi sini, buat itu dan ini…. Jangan sesekali, “Alaa…aku tak boleh la, aku tak biasa la, aku segan la, aku tak biasa buat tu, aku benci tu…” Well I tell you, kalau kita sentiasa berperangai begitu, sampai bila-bila lah kita tidak akan berjaya dalam hidup jauh sekali berjaya dalam cinta! Kalau nak kira, kesemua zon yang kami berdua ceburi ni, jauh dari selesa…tetapi kami mahu buat kerana itu yang KAMI MAHU! sebab itulah, saya sangat bersyukur dapat mengenali IK dan dapat pula bersama-sama mengusahakan projek istimewa kami ini… Sebuah album yang bertajuk “Suara” – memuatkan 12 lagu terbaru! Semuga kami mendapat sokongan you all! …setinggi-tinggi harapan kami mendapat tempat di hati you all. Kerana, kami ni tiada sokongan mana-mana company, tiada recording company, tiada radio station, tiada media… kami hanya berusaha dan berserah pada yang Esa. Dan kami lakukan dengan minat yang mendalam… seikhlas hati dan nurani, itu yang membezakan kami. We are full of passion 😉 So itulah Razzi Rahman & Irfan Khairi, oleh kerana itu juga bro Razzi telah memindahkan website kami ke sini. Yes! semuanya berada di sini check it out here >> https://www.razzirahman.com/muzik Kami juga memberi beberapa lagu untuk LISTEN & FREE download :- Selamanya I Love You KL Reaching Higher Rembulan Kesiangan Akhir kata, “Live a little of life… FOR ME!” means for me tuuu…is YOU! Do it for you…yourself. Buatkan untuk diri you sendiri, bahagiakan diri you, cintai diri you! Orang lain… later! 😉 p/s : Nantikan lagu hit kami lagu/lirik Irfan Khairi : “KERANA” Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
5 hot tips menjadi “The Charmer”
Salam to all Brother Love’s fans, friends and bloggers! …minta maaf terover due pulak artikel bro Razzi kali ni. Too busy menyiapkan proses akhir buku-buku terbaru yang bakal berada di pasaran December ini. Di samping, recording lagu-lagu terbaru…BUT, I came out with a very SPECIAL 5 HOT TIPS this week… “Bagaimana menjadi The Charmer”… Maksud The Charmer di sini ada few… :- Penarik – Mereka yang mempunyai daya tarikan yang hebat Pengayat – Mereka yang bijak menggunakan kata-kata untuk memikat, hehe kaki ngayat la tu 🙂 Pesona – Tanpa rupa yang hebat, anda dapat mempesonakan orang hingga mereka terpikat pada anda! So, adakah anda “The Charmer?” …adakah anda pandai mengayat? adakah anda memiliki daya tarikan orang? adakah diri anda mempesonakan? Jika tidak, then artikel dan tips-tips ini adalah untuk anda, no doubt! :- Tip 1 : BERCAKAP DENGAN SEMUA ORANG – Malu nak menegur dan bercakap?? …hehe, simple je tu. Mulakan dengan eye contact…bila saling berpandangan, senyum…sure ianya bertambah mudah untuk anda memulakan perbualan. CUMA, kita ni kan, hanya nak menegur dengan yang hensem/lawa sahaja. Kalau yang tak lawa, tak bergaya, pandang pun tak mahu. That’s wrong! …get to know everybody, talk to everyone! 😉 Kita kena bercakap dengan semua orang setiap masa. You all jumpa sesiapa sahaja, hitam ke putih, lawa ke tak, senyum dan tegur. Kemudian berbual-bual lah. Then jumpa orang lain pula, tegur dan berbual-bual lagi. Jika you all selalu menegur orang di sekeliling you… selalu berbual-bual seketika dengan sesiapa sahaja yang anda jumpa, tanpa you all sedari…you sudah menjadi seorang yang menarik, cara you bercakap juga akan lancar/smooth dan relax! Tip 2 : CAKAP APA YANG DIRASA – Malu? Cakapkan apa sahaja yang berada di fikiran you all di ketika itu. Let’s say… masa tu you tengah fikir nak makan apa, then you pergi ke restoran…then nampak seorang lelaki/wanita yang sedang beratur untuk membeli makan, terus cakap kat dia, “Saya suka makan nasi, awak suka makan apa?” ….the simple line macam ni pun, you all sudah boleh memulakan perbualan. Takut? Cubalah dulu…soalan macam tu, sure dia akan beri jawapan…. Or, you pergi shopping …membeli pakaian. let’s say pergi Parkson lah… “lelaki pergi ke section wanita, wanita pergi ke section lelaki” baru boleh berjumpa pasangan, betul tak?? 😆 ..then you all nampak seseorang yang berkenan di hati. So, what you do is, pergi rapat dengan dia dan minta tolong konon-konon you nak belikan hadiah buat kawan, kalau wanita buat-buatkan nak beli kemeja la, kalau lelaki buatkan konon nak beli dress la, “Excuse me, I nak belikan hadiah kat kawan tetapi I tak pandai pilih pakaian yang sesuai , you boleh tolong?” <— this line sentiasa menjadi!! I dah buat banyak kali 😀 Tip 3 : BERTANYA PENDAPAT – Selalu menjadi satu soalan yang PASTI akan memanjangkan perbualan…dengan bertanya pendapat. Dan ia boleh dilakukan kepada sesiapa sahaja. Dengan bertanya pendapat tentang berita semasa, apa yang berlaku hari ini, berita sensasi…you all dengan mudah dapat ‘break the ice’ atau memulakan sesebuah perbualan dengan mudah. Why mudah? sebab you hanya tanya…let’s say, you guys talk about KERETA. “Eh, What do you think of the new Exora?” Pastinya dia akan memberi jawapan dan cuba explain pendapat dia, so dia yang bercakap panjang bukan you. You hanya keep on asking je. The next questions will be, “Tak mahal ke kereta Malaysia macam ni?” ….then, “Kalau I pakai you rasa elok ke tak? Or maybe I beli kereta Honda atau Toyota?” …you see, mulakan dengan bertanya pendapat then you akan end up with a long conversations, …from there, tukar pula kepada dia, “Jap-jap…i rasakan kalau you yang pakai kena tau…sesuai dengan figure you” —— Well, actually…you boleh tanya just about anything, tanya tentang food preference, life, family matters, IT, work, fashion…anything beb! 😉 Tip 4 : MENUNJUK MINAT – Situasi yang paling ikhlas dan mudah untuk mesra adalah apabila you benar-benar showing to him/her yang you berminat dengan apa yang diminatinya at that time, contoh… Apabila you all nampak lelaki/wanita ini sedang melukis atau sedang designing something di komputer, cepat-cepat cakap pada dia, “Wow!…I sukalah kerja you ni, hebat sangat. I wish I pun boleh buat apa yang you buat. Very interesting!” …again, simple line macam tu, boleh charm dia untuk terus berbual dengan you dan berkenalan. probably untuk have a meeting or even a contact number 🙂 Tip 5 : CARA MEMUJI – Ramai orang bila tengok yang lawa, yang hensem mulalah tersengih-sengih, mulalah nak menggatal or nak berbaik, kemudian mulailah memuji tak tentu pasal. hehehe 🙂 Well, itu boleh dibuat TETAPI ada lebih baik jika anda lakukan different sedikit. Contohnya… Hari tu Bro Razzi pergi Subway sandwich kan, the girl yang buatkan sandwich tidaklah lawa…tetapi, rambut dia menarik tetapi dia memakai topi subway. So, what i said to her, “Kalau you buka topi ni, mesti nampak lagi lawa rambut you, kan?” …simple line, tetapi I terus buat dia ketawa besar sambil menutup mulut! 😆 …terus je i dapat lebih isi steak hehe, you see… I memberi pujian kepada dia, refering kepada sesuatu yang benar-benar patut dipuji! Memang rambut dia lawa, dan dia tahu tu… that’s why dia terus suka! Jangan puji muka dia jika dia banyak jerawat… sure dia tahu you tak ikhlas dan saja nak mengayat! So, begitulah beberapa HOT TIPS menjadi “The Charmer” …latihkan diri anda dengan ayat-ayat dan line-line yang simple-simple je, jangan jiwang atau berbunga-bunga…tu semua dah out of date dah beb, abang, kekanda, dinda, “Kaulah permata hati dan pengarang jantung ku” WO!!…stop there! Itu dah berlalu… nowadays kita kena lebih santai, relax dan banyak charm kan dengan actions dan sikap mengambil berat serta ingin tahu the opposite sex, then you akan jadi The Charmer in no time 😉 Wooo…dah banyak dah tip Bro Razzi bagi kat you all nihhh, hehehe, uihhh habih secret-secret semua 😛 Cukup-cukup… ke nak lagi?? IF nak lagi kenalah tunggu buku terbaru Razzi laaa… InsyaAllah, by December atau New year akan berada di pasaran, tungguuuu… Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“Yahoo!” Jatuh cinta…
Wo…happy? Exciting? Jatuh cinta…me? Oopss…bunyi macam bro Razzi bersorak riang kerana jatuh cinta je kan …sorry, hehe…Apa yang I maksudkan ialah, Yahoo Messenger atau most of us call it YM. Dan dari chatting di YM ni ramai yang jatuh cinta, walau tidak pernah berjumpa, walau tidak pernah bercalling-calling… tapi boleh jatuh cinta? Sejauh mana kebenarannya?… Well, I boleh cakap kat you all…memang telah terbukti beberapa kenalan bro Razzi sendiri yang couple akibat jatuh cinta melalui YM! Some bloggers in my blog ni pun ada yang coupling dah hehe… Asalnya, komen-komen, then chatting kat my private chatbox then dia orang kasi lagi private, chat kat YM pulak….lama-lama gua ngayat lu….lu ngayat wa, terus terjatuh cinta. You camana pulak? Pernah jatuh cinta kerana YM? Ke sampai sekarang ni duk tengah bercinta dengan dia ke? Atau, dalam stage usha mengusha di ym? Hehehe 🙂 Well, I pulak sebenarnya juga mempunyai pengalaman tersendiri di dalam kancah Yahoo messenger ni. Pada mulanya, memang I tidak pernah percaya pada chatting dimana-mana sekali pun. I do it just for the thrill of it! Tapi baru-baru ini, ada lah seseorang ni telah dapat mengubah pendirian I terhadap YM. Dia juga telah hampir-hampir dapat mencuri sesuatu milik bro Razzi tau, tapi I rasa macam 10% je la kut hahaha….I have a very wide, huge concrete wall 😉 Anyway, apa yang I nak cakap kat sini. Jatuh cinta melalui chatting atau di YM ni boleh…bukan tak boleh. Malah chatting di YM ni memang thrilling sangat. Cuma yang tak best nya…bila orang yang kita chatting tu tidak 100% jujur dengan kita. SO…you all MESTI pastikan, orang yang you chat tu is FOR REAL!! Pastikan :- Gambarnya tu betul. Better kalau dia ada friendster atau facebook yang banyak mempamerkan photo dia yang sebenar. So kita tahu rupa dia macamana, bukan hanya sekadar brat pitt atau JLo, rendah ke tinggi…muda ke tua…dan sebagainya. Also, jika dia orang yang jujur, dia juga meletakkan gambar yang real sikit. Contoh macam bro Razzi ni, kat facebook ada gambar time smart and time selekeh. Ada time slim, ada time boroi. Ada yang time photo shoot with makeups n lighting. Tapi juga ada time without makeups. So Im for real…bukan hipokrit. Also, kalau boleh at least bukan sekadar chatting tetapi juga pernah call and talk on the phone. Baik kah dia?…yes ini kena pastikan kebaikan seseorang itu dalam masa yang lama sedikit. Sebabnya, kalau orang tu bangsa kasar atau tidak baik, ia akan muncul juga dari perbualan semasa chatting tu. Awal-awal semua ok, tapi bila kena provoke sikit-sikit, terus melenting hehehe… Try to talk about life, agama, family, pendirian, pendapat tentang dunia semasa, tentang pengetahuan am. JANGAN asyik mengorat dan cakap soal cinta je beb… memang asyik, memang best tetapi…you all tidak dapat memastikan orang yang chat dengan you seorang yang bijak, inteligent atau sangap! Ngayat kampung je ….lama-lama bosan! Kena test IQ dia… barulah chatting you all always interesting. Jokes is great!…banyak-banyakkan jokes. Tapi jokes yang bertamadun la…jangan lawak bodoh. Sometimes apa yang kita perkatakan tentang soal semasa pun boleh membuatkan kita ketawa dan tersenyum… Kalau ada Kuiz jokes lagi interesting! 😉 Cerita soal sex? Boleh juga…tapi kalau dah lama bercinta la, takut kan nanti ada yang tak suka, terus benci. Skip kepada pengetahuan sex… itu lebih berguna. Daripada cakap, “Eh I steam la tengok body you dalam gambar ni. Tak sabar nak kahwin dengan you.” Ini khas untuk yang dah couple lama laaa wei… The best is selepas seminggu dua duk berchatting tu, set a date laaa…sampai bila nak bercinta di alam maya je. At least jumpa sekali, gi minum kat public food court ke, so kita tahu macamana orangnya di luar. Caranya, tuturnya, fikirnya… dapat kita perhatikan. Bottom line, make sure semua REAL!! barulah chatting itu amat mengasyikkan…lebih-lebih lagi orang yang kita chat tu kita kenal sangat tetapi tak dapat berjumpa atau can’t be reach. Maybe sebab jauh di seberang 😉 Mulalah merindu, mulalah angau…tersengih sorang-sorang, tengok cermin pun senyum je seolah-olah dia ada kat depan kita kan. Bamm!! tiba-tiba dia BUZZ je, terus teruja giler, kan! Sometimes bersorak… “YAHOO!” 😛 Some other nights, kita tercari-cari dan tertunggu-tunggu sebab dia tak online. Itu tandanya, kita sudah jatuh hati…rasa sayang dan pastinya ingin bercinta jika tiada apa yang menghalang. My final say, well…we can chat kat ym…who knows, mungkin you for me and Me for you…, so siapa nak jatuh cinta kat YM? Add me and jom chat, see if you can break my wall! 😀 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“I Love You K.L”
Wahhh…posting kali nihh, menarik je bunyi dia kan 😀 …bukan apa, I memang LOVE KL, Kuala Lumpur ni bagai sudah menjadi Home Town saya lah, sampai kan jalan-jalan lebih tahu jalan di KL sebabnya, hampir separuh hidup saya adalah di Kuala Lumpur, you macamana? I’m sure you pun LOVE KL as much as I do… segala-galanya bermula di sini, kan? Tapi nak cakap, ni haaa…kita ni kan asyik dengan cinta je kan, every day Bro Razzi duk berceloteh pasal cinta je…haa dah lama dah tak cite-cite pasal me and my best friend/brother, Sifu Irfan Khairi… SO, i thought, maybe kita cerita pasal CINTA juga, tetapi Cinta lain…Cinta Kuala Lumpur, about how much bro Razzi n IK, love Kuala Lumpur… So this time around ni, we take a break la jap dari our daily work ni kan. Relax in KL, dan kami kalau berdua santai, memang muzik je la yang kami borak…So happen bro IK tiba-tiba je dapat idea…cam biasalah Jutawan Internet kita ni, idea tu datang je 🙂 Then he starts writing, I pula starts singing…at the end of the day, we finished a song! So, because we love KL so much, hingga kita ciptakan sebuah lagu tentang KL…Perrghh…nak tahu Tajuk lagu dia? Well…tajuk lagu ni I LOVE YOU K.L 😉 hehe…and I know you all pun love KL…kita semua cintakan Kuala Lumpur…So, bro Razzi & Ik decided untuk beri you all lagu ni FOR FREE…YES, PERCUMA!!! DOWNLOAD FREE, Klik di sini -> Muat turun lagu sekarang “I LOVE YOU KL” Here are the lyrics… “I Love You K.L” – Lirik : IK / Lagu : KYO Been around the world Travel all the seas There’s only one place i’d be Somewhere thats close to me A place with a thousand smiles And you wont disagree Oh it’ll steal your heart Will ya come here with me Chorus: I Love You K.L Still remember it ain’t that long ago When the sun set in The lights shines up It takes your breath away Yeah, it takes your….breath away Oh Come here…with me To the place I grew up The place i want to grow old We can dance under the stars The stars of Kuala Lumpur Just you and I dancing along This is the place for us to be… Kuala Lumpur Amacam best kan? 🙂 So Im sure you pun mesti nak dengar lagu ni kan…sambil-sambil santai time, relek-relek, “terimalah dari kami Razzi Rahman & Irfan Khairi ~ I LOVE YOU K.L” please click below… 2 ways to listen :- Cara 1 – Click button play yang pink karer tuuu kat player at my blog side bar – anda boleh terus mendengar segera! Cara 2 – Click link ini >> https://www.razzirahman.com/muzik/iloveyoukl.html then click button play. Feedback anda amat dihargai :- a) Apa perasaan anda terhadap Kuala Lumpur setelah mendengar lagu ini? I terharu b) Adakah anda merasa semakin bangga dengan Kuala Lumpur? I know I do c) Adakah anda turut menyanyi-nyanyi lagu ini? hehehe… 😛 Kami berdua menanti reply all of ya! p.s : If you do like the songs, how about download it and save to your computer FOR FREE!! – Klik di sini dan Download I LOVE YOU KL sekarang. Ikhlas dari, Razzi Rahman & Irfan Khairiwww.razzirahman.com
Adakah you berani bercinta?
Dunia lelaki hari ini, tidak mengimpikan seorang wanita yang hanya duduk ‘terpencil’ …kecut sendirian dan menunggu untuk lelaki menyedari ujudnya dia, dan menanti lelaki datang memikat! Nope, no way! Sebagai wanita hari ini, anda seharusnya BERANI dan bijak berjuang dalam kancah memikat cinta yang datang dan pergi. Bukan hanya lentuk memandang jika ia datang dan bukan menunduk jika ia pergi. Sebaliknya, anda kena bangkit dengan berani dan ‘melaungkan’ pada lelaki, “Hey, Im here!” NAMUN, sememangnya agak susah untuk memahami lelaki itu saya tidak nafikan. Oleh sebab itu, anda sepatutnya “bukan memikirkan susah memahami lelaki sebaliknya, persiapkan diri anda, cantikkan diri anda, ubah penampilan diri anda untuk menghadapi lelaki!” Jadi wanita yang menjadi kegilaan lelaki masa sekarang. Berbagai info tentang mencantikkan diri ada di internet, get it now! Ubah fesyen lama anda, be up to date!! “Tak perlu sibuk nak faham lelaki, lelaki akan buat anda faham jika anda dapat menarik hati mereka dan membuatkan mereka tersangkut pada anda!” Simple notes for all the girls :- Nota 1 : Lelaki sejati nowadays sudah TIDAK terpikat pada wanita yang hanya mendengar kata lelaki. Sebaliknya, lelaki akan lebih terpikat kepada wanita yang punya pendirian sendiri. Malah jika anda bijak menyuarakan pendapat dan juga menyumbangkan kepintaran anda, maka andalah wanita pilihan lelaki hari ini! Nota 2 : Berikan cabaran kepada lelaki, buatkan mereka merasa teruja bila tercabar! BUT at the same time, anda masih amat menghormati lelaki. Dengan cara ini, anda mempamerkan yang anda tahu apa yang anda mahu dan sekiranya anda menjadi seorang isteri, anda akan menjadi isteri yang dianggap pintar serta dihormati! Nota 3 : Jangan takut untuk memulakan dahulu memikat lelaki, kerana sebenarnya lelaki juga takut untuk memikat wanita. So, yakin dengan langkah anda dan ikhlas. Nota 4 : Bijak berbual, dan tunjukkan yang anda adalah seorang yang caring. Kagumi kerjayanya, bakatnya. Let him know, yang dia adalah sumber inspirasi you… lelaki suka tu! Nota 5 : So, kalau dia berminat, dia suka kat you, ON….kalau dia tak suka well, at least you tahu dia tak suka dan you boleh go on with the next guy hehe 😉 p/s : Artikel ini adalah rangkuman petikan preview dari buku Razzi, untuk you all dapat rasakan sedikit hangatnya. Buku 101 NOTA MENCARI CINTA (untuk wanita) ini akan berada dipasaran pada December 2009 ini. Lebih terperinci, “HOT & REAL”, So tungguuuu… Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
“Thrill” tak?
Bila bercakap pasal thrill ni…macam-macam thrill ada dalam kehidupan kita. Tapi since we are at Brother Love’s blog, for sure la I nak cakap pasal thrill dalam relationship la kan, nama lagi blog cinta hehe 🙂 1st of all, nak faham juga apa erti thrill ni kan, for some yang faham tu okeylah. Tapi, bagi mereka yang agak kurang faham, jom sama-sama kita cuba memahaminya… thrill yang dimaksudkan adalah, “The undescribable feelings of excitement!” amacam? Boleh faham? Hehe…don’t worry, I pun tak berapa nak faham tu :)) Okey, for example, bila kita jatuh cinta…, kita rasa tak boleh duk diam, tersengih sendirian, merindu giler kat dia, excited sangat nak jumpa, macam bila bersama dia, ada satu perasaan yang amat menggegarkan jiwa gitu haaa….. pernah rasa kan? Best sangat kan? Habis naik bulu roma… berdenyut-denyut habis seluruh anggota, bernafas pun tak lepas, sesak je haha!! …well itu thrill! 😉 AKAN TETAPI…masalah yang muncul, adalah apabila rasa thrilling tu hilang. Aduhh…memang tak dapat nak repair, very hard! Macam, bila kita tengok dia pun kita rasa – seolah-olah tak ada rasa apa-apa fuhh…memang bahaya apabila perasaan keterujaan itu sudah hilang, ‘kethrillan’ itu habis… maka habislah sesebuah perhubungan itu… “Itu yang I selalu sangat takut…you guys macamana? masih ada thrill?” Some of us, selalu tidak sedar yang thrill sudah hilang, lalu masih ingatkan perhubungan you all still going strong. Sedangkan pasangan kita hanya berlakon saja, nak jaga hati. But the truth is…?? Cuba perhatikan, adakah dia masih excited to talk to you, masih teruja nak jumpa you? If not…maknanya dah tak da thrill lah tu 🙂 Ada macam-macam thrill, berbagai cara dan berbagai rasa dalam cinta :- Tidak mahu komitmen juga kerana tidak mahu hilang thrill dalam relationship. Some of them, tak mahu kahwin, tidak mahu sebarang ikatan kerana apabila sahaja ada ikatan, rasa thrill tu akan hilang. Pelik tak? They prefer, “just enjoy the moment – enjoy the ride” tengoklah kalau ada jodoh, ada lah. sebabnya untuk keep the thrill. Pelik tak pelik, apabila berlaku curang kepada pasangan, memang rasa thrill habis bila dapat melayan yang lain hehe… Menipu pasangan begitu thrilling sekali, bila nak-nak tertangkap pulak tu kan, rasa macam sempit ruang untuk bernafas hahaha!! Bila ramai yang syok kat kita….wahhh teruja tu. Bila apa sahaja yang kita cakap dapat membuatkan dia merasa ghairah…huhu baru cakap saja, belum jumpa, belum buat apa-apa. Memang thrill! Dapat merasa seperti kembali bercinta macam masa-masa sekolah dulu wahhh…best!! Bila ada yang memuja-muja kita, memuji-muji rambut kita, bermain-main dan membelai-belai rambut…thrill tak? 🙂 Bila ada yang baru kenal, yang kita interested tiba-tiba say “I sayang sangat kat you…” ….kita boleh tak balas, senyap je dan layan rasa thrill tu hahaha 🙂 Some of us, berlari-lari bila nampak laptop, tak sabar nak buka YM, nak chat dengan dia yang probably ada online…bukak-bukak, aduuuhh offline pulak, thrill jugak tu haha!! Bila tackle-tackle tak dapat… “CIS!!…geram aku!” hehehe…thrill tuuu tak dapat yang kita pikat. Buat kita lagi nak pikat dia. Milik orang, jatuh cinta dengan kita thrill tak? Uuhhh bahaya…tapi memang thrilling! Bila kita keluar dengan pasangan kita, tiba-tiba ada pulak yang datang dari belakang dan pegang tangan kita sedangkan tangan kita lagi satu memegang tangan pasangan kita, uhhhh…takut, teruja, ngeri….tapi exciting giler! Blind date? scary!!…but thrill giler. So exciting kan bila kita wondering je macamana la rupa dia yang sebenar. Berchatting saban hari, saban malam…tapi tak jumpa-jumpa, tak kenal-kenal…tapi bila chat tu kemain lagi, macam dah 10 tahun bercinta 😛 …bayangkan tiba-tiba, esok ni adalah hari kita akan bertemu fuuuuuhhhhh……CRAZY! Hehehe…I get thrilling only by talking about it! 😀 Well, to me all this adalah “The thrill of a lifetime” pengalaman yang tak dapat kita lupakan dalam hidup kita. Malah, jika kita selalu merasa thrill, wajah kita juga turut kelihatan begitu ceria sekali, ketrampilan kita juga akan bertambah menarik sehingga mengundang begitu banyak cinta! Jadi kita kena ada thrill selalu, kena ceria. SEKIRANYA kita asyik fikirkan kegagalan, kekecewaan. Kita selalu bermasam durja, selalu marah, wajah kita seperti bermasalah je, kita tidak akan menjadi penarik kepada happiness, malah kita akan bertambah-tambah lagi gagal! I hope I can never lose it, the feelings, the experience, the thrilling of it. Sedihnya, apabila terikat, bercinta, bertunang, berkahwin… semua ini hanya tinggal kenangan, tiada lagi kehangatan, tiada lagi semangat untuk berlari menjawab handphone, tiada lagi beriya-iya membuka chat space, tiada lagi mahu keluar enjoying the moment…tiada lagi thrill, kalau ada pun hanya dengan orang baru, MENGAPA? Hanya Tuhan saja yang tahu… We can try to keep the faith, try to keep the thrill and hope for the best! But for now, “Let’s us shut up and drive!” 😉 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com
Lelaki POWER…konon la :)
This week, i dedicate this new article for woman, by revealing the secret of what man really are! 🙂 hehe… well, man will not like it, but it’s the truth about them. Yang kononnya power, konfiden, brutal, tak berperasaan, tak da hal nya la konon! Ramai wanita tidak sedar yang sebenarnya, lelaki juga banyak kelemahannya. To woman, man are :- the man of the house berkuasa dan tegas dalam hidup tidak kisah jika ditinggalkan ramai wanita inginkan mereka tak berkerjaya tapi masih ada wanita inginkan boleh keluar kemana sahaja tiada siapa boleh halang boleh dihubungi mengikut waktunya boleh melakukan apa sahaja dengan bebas That’s bullshit!! …for your info girls, man are weak!! They just act like they are not. Kononnya strong, power…ada lesen! The actual fact is they are vulnerable all the time! Hanya dengan melakukan apa sahaja dalam list di atas itu, mereka dapat gain confident…dapat merasa mereka in control! Padahal…. Example 1 :- Take a married couple ~ The husband keluar rumah ikut suka dia, balik pun tak tentu masa… bila wife tanya atau berleter, wife pulak yang kena marah. Yang wife ni pulak…terima je lah perangai suami, sebab tak nak bergaduh, nak dengar kata suami. Yang kononnya, man of the house dan berlesen tuuu… CUBA, buat macam ni…JANGAN MELAWAN, tetapi DO THE SAME! keluar ikut suka, balik tak tentu masa…bila suami call or sms, jangan jawab, go missing. Tengok dia risau ke tak 😀 …bila balik, buat tak tahu je. Kalau di tanya…diam je. Mesti suami mengamuk kan? Why? Because they are weak!! Result : Si suami pun takut juga bini dia kena kebas! cakap je besar, strong la konon, power laa…girlfriend ramai konon, semua orang nak kat dia la konon, TAPI bila isteri buat sama, TAKUT!!! Huh…ingat dia suka ke kalau isteri dia diangkut orang lain? tercabar la kan. So, buat dia rasa takut 😆 Example 2 :- Non married couple ~ Same thing…the different is they are not married. Tapi yang peliknya ramai wanita sudah mula takut kehilangan. Jadi dengan sendirinya hanya menerima perangai pasangan masing-masing yang tiada perasaan, tidak berperi kemanusiaan, pasang girlfriend 2-3, kecewakan girl tu, kecewakan girl ni… Girls, cuba buat supaya pasangan lelaki you all tu rasa gusar sikit!…jangan ikut angin dia beb. Kalau you tak nak buat betul-betul, lakonkan senario itu. Buatkan seolah-olah you ni pun sama ramai lelaki yang nak kat you. Buatkan seperti you juga busy keluar dengan lelaki itu dan ini…barulah pasangan you rasa takut, marah dan tercabar, sebab THEY ARE WEAK! Result : Lelaki mana pun takkan suka girlfriend dia keluar dengan jantan lain walaupun dia sendiri keluar dengan macam-macam perempuan. Itu sifat natural lelaki, cemburu buta, why? sebab lelaki adalah pengdengki dan lemah! Cakap je besar…konon boleh pasang 2-3, girlfriend boleh handle, konon tak da hal punya!! B%/@[-] laaa…dia pun takut hilang girlfriend dia beb!! SO, bottom line girls… be strong! be brave! be brutally honest! jangan biarkan lelaki menindas anda sedangkan mereka juga adalah kaum yang lemah! Maybe fizikal lelaki gagah…tetapi mentally mereka definately are weak! You all pun tahu lelaki mudah jatuh cinta, mudah terpikat dengan girls yang sexy, manja, pandai gesel…so itu maknanya, mereka mentally LEMAH!!… so, take advantage of this silly situations! or better yet…just find a new and better man!! Notes to woman : There are many more man yang benar-benar menghargai wanita… a good man! You girls kena percaya among them, there are one great man for you! Notes to man : Treat a woman like a treasure, like precious diamond though… Even you nak ada 2-3, go ahead…jika mampu! But dont treat them like garbage, or just like a maid, house guard and nanny… they have heart, which are better then you! My final say : The fact is, lelaki perlukan wanita, as much as wanita perlukan lelaki. Don’t deny that, as if you man are powerful…YOU ARE WEAK! 😉 Ikhlas dari, Razzi Rahman @ Brother Lovewww.razzirahman.com